Wednesday, July 24, 2013

KOPIAH PUTIH [II]


[KOPIAH PUTIH I]

                                                                Gambar macam biasa Madmie China Punya Baik Hati :)


“Hari ini berbuka kat mana?”

“Hmm, tak fikir lagi. By the way, kau dah siap assignment Chemistry?”

Mushaf cover hijau pucuk pisang dicapai perlahan-lahan. Kerusi meja study cushion biru muda, ditarik. Sedikit demi sedikit. Zip cover mushaf dibuka. Tangannya melilau cari penanda.
Buka muka surat dia last berhenti.
 
Muka surat tiga lapan empat.
Bad sambung tilawahnya. Awal-awal dah kena;

Dan sungguh (Al Quran) itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. 27:77

Terhenti.

“Belum” Bad tarik nafas. Dalam sikit. “Masjid Negeri nak?” Bad pandang Igi. Igi buat-buat tak layan. Terus larut dengan assignment Chemistry nya.

Bad masuk bilik. Sambung baca. Takut ganggu Igi dekat meja study. Selang dua tiga minit. Igi masuk bilik. Bad terhenti. “Kenapa?”. Bad tenung Igi. Kening kiri terangkat. Tiba-tiba.


“ Nak gerak pukul berapa?”

“Kau dah siap kerja tadi?” Bad mulanya mengharap. Tapi takut takut ganggu Igi. Dia buat-buat tak kisah.

“Belum” Igi jalan terus ke tingkap. Tengok kat luar. Redup. Tingkap bilik sebelah pokok sena. “Malam ni boleh sambung, aku pun dah lama tak Tarawih kat situ”

“Ha, kita pergi awal sikit boleh?Ada rezeki sempat chop talam Nasi Arab” Bersinar mata Bad. Terus mushaf ditutup. Mengharap. Tapi muka control.


“Awal kau tu pukul berapa?”

“Kita ‘Asar kat situ jela, ok?”

“So nak gerak sekarang?”

Bad bangun dari katil. “Kau tengok apa tuh?” Duduk tepi Igi. Sama-sama memerhati ke luar tingkap. “Gerak sekarang ok?”

“Motor aku ke motor kau?”

“Mana-mana je” Bad terus ke loker. “Tapi aku nak mandi dulu, hehe”



------------------------


“Aku dah siap. Kau tak nak mandi?” Bad baru siap mandi. Dia bergegas masuk bilik. Baju melayu kelabu dicapai dari dalam locker. Kotak hitam kecil diambil. Butang baju Melayu, dimasukkan satu persatu. Kemas.

“Tak pela. Aku dah wangi” Bad pandang Igi. Pandang serong.

“Kau nak kata aku tak wangi la?”

“Takdelah. Ha cepatlah, tadi beria”


Cepat Bad pakai baju. Pakai seluar dan pakai apa yang ada. Something missing. “Mana kau dapat kopiah putih tu?”

“Aku beli la. Kenapa?”

“Aku takde kopiah la”

“Nanti kat Masjid Negeri kan ada gerai jual kopiah segala bagai tu kan, kau beli la nanti” Igi dah ke pintu. Dua helmet atas rak kasut diambilnya. Sepatu crocs diambil dari rak tadi.


“Eh bunyi macam nak belanja je?”



------------------


“Kak, yang ni berapa satu?”

“Yang putih ke yang hitam”

“Eh lain kaler lain harga ke?” Bad angkat kening.

“Sama je. Ha yang ni lima belas. Tapi bulan puasa ni, akak kasi la dua belas”

Akak buat lawak.

Bad ambik. Yang hitam. Dia try. Tengok cermin kat kedai tu. Kiri, kiri, kanan, kanan. Kiri lagi. “Ok tak?”

“Putih lagi ok kot”

“Ala nanti sama dengan kau punya. Lagipun putih cepat kotor la”

“Laa kalau hitam sama pulak dengan abang tu” Igi muncung kan mulut, tuju abang kedai tu. Tengah susun kurma. Suami akak tadi. Barangkali.


“Yela. Tapi cepat kotor la”

“Habis tu hitam tak cepat kotor?”

“Err. Tak nampak la kalau kotor?”

“Haa tu lagi bahaya, nanti kau buat solat yang kotor, tapi tak sedar”


Terdiam Bad.

“Ok fine”

“So dik, putih ke hitam?”

“Akak rasa?” Bad saje. Nak timbulkan perbualan.

“Dua-dua pun bagus. Laris sikit bisnes akak”


Err.

“Puith la Kak”


------------------------


Ramai orang baca Quran, tak cuba memahami. Malas. Atau mungkin tak nak tahu banyak arahan-arahan Quran yang kena ikut.

Ramai orang juga tak nak belajar Ilmu agama, nanti banyak kena amal. Atau mungkin banyak kesalahan mereka akan terbongkar.

Ramai pakai kopiah hitam. Sebab nampak bersih. Atau tak mudah kotor.

Zahirnya.

No offense to sesiapa yang pakai kopiah hitam. Ini bukan soal kopiah. Tapi soal sikap. Berdiam diri dalam kesilapan mungkin nampak senang, tapi ia tidak menenangkan. Tuntut la ilmu. Tu je nak cerita. Haha.

8 comments:

aku-bukan-robot said...

bila yang dosa semua terasa biasa. pasti sangat sukar mahu membeza yang mana dosa yang mana pahala. hoh!

sebab dah nampak chantik semua kan?

erkk? =,="

Iammuslim said...

Salaamm inspektor, harap inspektor boleh consider utk update blog setiap hari, bulan2 ramadhan ni kan, ada baiknya tingkatkan amal, huhu, update blog tu kan amal jugak, hehe

Inspector Saahab said...

aku-bukan-robot

Hmmm mugnkin. ayuh perbanyak taubat :)

Iammuslim : haha. moga amal ciput ini Allah terima. Buat setakat ini kena stick to plan asal, dua hari satu post. setiap HB genap, kul 12 malam. hehe

Anonymous said...

Inspektor, ada tak suggestion blog2 yg sekapal dgn inspektor, hehe, yg aktif la, nak buat koleksi bacaan

Inspector Saahab said...

enonimos :

sekapal tu macam mana ?o.O
link kt side bars tu, ce tengok. tapi tak pasti la aktif ke idak :)

Ungkel Rijal said...

akhi, at least kopiah boleh basuh ye dok? :P

Anonymous said...

Dah usha dah..tapi semua cam jenis update 4 tahun sekali je, hehe

Bayu Biru said...

masyaallah.. :) sweet je