Wednesday, August 28, 2013

KENANGAN : ROKOK



Beberapa purnama yang lalu, ada seorang sahabat yang saya kenali sejak di bangku sekolah menengah yang Alhamdulillah telah dipilih Allah untuk bersama dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini telah bertanya saya satu soalan yang saya pun tertanya-tanya juga. Untuk menambahkan perisa, mari kita namakan sahabat tersebut sebagai Roberto, bukan nama sebenar.

Antara dilemma mereka yang dipilih Allah melaui saringan ujian air peluh dan sebagainya, lalu berubah dan bersama-sama tekad atas jalan dakwah dan tarbiyah ialah bagaimana mereka hendak berurusan atau berhadapan dengan teman-teman seperjuangan lompat pagar sekolah dahulu, teman sepermainan dan teman segosip zaman gelap dahulu yang belum merasai nikmat hidayah dan iman yang mereka kecapi.


Rata-rata para du’at kecewa dengan diri sendiri, cewah ayat kau, kerana mereka tidak dapat menarik rakan-rakan mereka ini untuk turut bersama bernaung di bawah bumbung dakwah dan tarbiyah.
Yang menjadi lebih malang, mereka seakan tidak tahu, atau menghadapi masalah bila berjumpa dan kembali berurusan dengan rakan-rakan ini. Kadang-kadang mereka berasa seperti kembali terjun ke lumpur cemar itu apabila bersama-sama teman-teman versi hitam putih ini.

Dan saya sendiri pun berasa sangat lemah bila bertemu mesra dengan rakan-rakan dahulu, yang belum mengenali kita yang ‘baharu’ dan memahami misi kita yang baharu ini. Kadang-kadang terlajak jugak la, boleh dikatakan dua tiga kali terlajak bila bersama mereka. Ohoi.


Untuk menjawab persoalan ini, suka saya untuk berkongsi pengalaman hidup waktu zaman bujang dahulu.


Di sekolah dahulu, di Maktab Rendah Sains Mara XX, atau mana-mana mrsm yang lain, organisasi pelajar yang tertinggi terdiri daripada Badan Wakil Pelajar (BWP) dan Lembaga Disiplin Pelajar (LDP). Ya, bunyi macam gempak. Tapi memang gempak. Heh.

Basically, LDP ini kerja mereka untuk jaga disiplin pelajar, kerja cari kesalahan orang, hoho dan asyik-asyik hantar report dekat warden. Manakala BWP terdiri daripada pelajar-pelajar yang diberi amanah untuk menjaga kebajikan pelajar. Mereka ini dipilih melalui system demokrasi, yakni undian para pelajar dan guru. Ada kempen dan manifesto ok. Haha.

Antara skop tugas BWP ni, kita ada Biro Makanan yang memastikan makanan pelajar cukup dan bermutu, halal dan baik. Kita ada Biro Pengangkutan yang urus hal-hal pengangkutan pelajar balik ke rumah. Kita ada Biro Aspura dan Aspuri yang kerjanya mengemas katil di asrama, dan banyak lagi biro lain seperti akademik, kerohanian dan sekufu dengannya.

Hoi panjang pula promote BWP ni.


Ditakdirkan Allah, saya ni atas sebab yang tidak relevan telah diundi untuk menjawat satu daripada portfolio BWP ni yakni Ketua Biro merangkap Biro Keusahawanan. Peh. Memang aktiviti keusahawanan di maktab kami waktu itu bertambah rancak. Usahawan kad top up dan usahawan yang menawarkan perkhidmatan gunting rambut tumbuh begitu drastic, bagai cendawan tumbuh selepas hujan walau di tanah yang gersang.

So, nak ceritanya saya ni berkawan dengan semua jenis pelajar, semua orang. Baik yang hisap rokok,yang makan burger, kaki surau, kaki ponteng, kaki bangku dan sebagainya la.

Pada waktu yang sama saya antara orang yang boleh dikatakan memperjuangkan kempen anti-rokok di kalangan pelajar, walaupun seorang BWP, kami tidak la boleh berkomplot dengan pelajar-pelajar lain untuk sewenangnya langgar disipilin maktab. Kan.

Pada suatu malam yang hening, di asrama, waktu tu saya masuk port lepak pelajar yang memang tempat main daun terup dan makan meggi dalam Tupperware yang tak perah basuh tu. So ada la dua tiga orang member tengah syok merokok.

So saya masuk duduk duduk. Kalau waktu tu dah ikut usrah, in sha Allah saya dah buat liqa’ time tu, ahha. So member yang merokok tadi cepat-cepat padamkan rokok masing-masing. Ada yang sambung kat luar bilik. Ada yang tanya, “Ok tak aku hisap depan kau?”

Nah gitu citernya.

Ekceli saya tak kisah sangat pun. Tak kan nak melenting. “Ok jer” . Bila member merokok, kadang-kadang buat-buat tak nampak la. Biasalah, rokok tu kira macam choki-choki. Haha.


Ibrahnya kat sini, walaupun saya bukan kaki report, tapi kawan-kawan yang merokok tu still hormat status kita. Depa tanya boleh tak hisap rokok depan kita. Dan walaupun kita ok, depa still memilih untuk tidak buat demikian depan kita. Depa hisap rokok kat luar bilik. Ataupun stop terus sementara saya ada kat situ.

Sebab apa?

Hormat mungkin.
 
Atau depa malu dengan peribadi kita, ada jawatan pula tu kan.
Bukan saya nak angkat bakul sendiri,
tapi saya rasa kat sini ada jawapan yang kita cari.

Kondisi ini biasa je sebenarnya, macam kita jumpa orang-orang besar, ulamak contohnya, kita akan behave sebab kita hormat mereka.

So untuk selesaikan masalah tadi, da’ie kena capai tahap tu.

Seorang du’at itu hidup dia seperti manusia biasa, tapi manusia biasa tidak hidup sepertinya. Dia makan seperti orang lain, tapi orang lain tak makan sepertinya. Dia solat sebagaimana orang lain, tapi orang lain tidak solat sepertinya.

Haa, macam mana tu?

Sebenarnya, memegang gelaran du’at tidak menghalang kita untuk hidup dengan orang kebanyakan. Kita boleh hidup bersama mereka, dan mereka boleh hidup dengan kita. Dan memang tugas kita untuk hidup dalam kalangan masyarakat supaya cahaya Ilahi itu dapat menerangi kesemua orang.

Isunya, kita sendiri kena capai tahap orang hormat kita, sebab kita da’ie. Orang malu untuk bermaksiat depan kita sebab peribadi kita sebagai seorang da’ie. Orang tak kan ajak kita buat perkara yang tidak baik sebab amal kita yang soleh. Dan orang nak rapat dengan kita pada waktu yang sama, sebab kita rapat dengan Allah s.w.t.

So inilah perkara yang kita kena usahakan terlebih dahulu, jadi benar-benar seorang du’at, tinggalkan maksiat, banyakkan amal soleh, dan jaga hubungan dengan Allah.

Kita perlu benar-benar berubah sehingga orang yang di sekeliling kita memahami kita dengan seadanya, dan lama kelamaan mereka akan menerima kita dan mampu hidup bersama kita.

Cakap, tulis memang senang..


Ya. Tidak dapat dinafikan. Tapi tidak boleh dinafikan juga perkara ini bukan sesuatu yang mustahil. Bila kita benar-benar hidup untuk ummah, nescaya mereka akan hidup bersama kita. Tak pasti sama ada saya menjawab soalan tadi atau tidak, tapi saya rasa sedikit sebanyak tulisan ini ada point-point yang boleh kita sama-sama renung-renungkan.

Akhir kalam, cewah


“Aslih Nafsak, Wad’u Ghairak”
“Perbaik diri, Serulah yang lain”

2 comments:

Nora Nordin said...

LDP mcm lebuhraya damansara-puchong je.... neway bagus entry ni. menimbulkan persoalan dalam otak saya. to gain respects from others, specifically org yg kita x kenal cemane ea? contohla, if anda ke shopping complex and kebetulan budak2 baru blk skola dating kat mall tu, depan mata anda, apa tingkah atau perkataan yg sesuai utk diberikan kpd mereka?

Inspector Saahab said...

Hmmm

praktikalnya saya pun kelu. Cuma luangkan masa sejenak hadami hadith berkenaan kemungkaran. Yakni dengan mengubah, bukan mencegah.