Tuesday, August 13, 2013

MONOLOG DALAMAN : TICKET



Semalam saya terbaca satu status udate mukabuku seorang senior ni, bunyi nya lebih kurang,

“Hari ni dah 6 syawal,
sepatutnya tilawah Quran pun dah 6 Juzuk la kan?”

Sentap boh.

Mohon maaf la kalau anda pun tersentap.
Tapi memang tu tujuannya. Eheh.



Thanks to Madmie China :)
---------------------------------

Saya ni ada banyak kelemahan. Cuma hari ini nak share satu. Biasanya sebelum bercakap, saya fikir banyak kali nak cakap apa dalam kepala. Lepas susun point semua, saya pun bayangkan consequence saya cakap macam ni atau macam tu. Sebab banyak sangat imaginasi, akhirnya tak cakap pun.

[Tiba-tiba]


So, pada satu hari di bulan Ramadhan yang lalu, kengkawan sebaya dari Maktab Rendah Sains MARA yang-namanya-dirahsiakan dahulu ada anjurkan program ifthor jamai’e. Kumpul-kumpul yang mana balik awal untuk raya, buka puasa sesama dan pada hari berikutnya ada rancangan melawat Maktab yang-namanya-dirahsiakan itu.

Saya ada plan dalam kepala nak bagi sedikit perkongsian la dengan kawan-kawan pada malam tu, kalau tak kongsi kepada semua, mungkin pada yang makan semeja, tak pun kepada dua tiga orang la. Dah cantik dah plan dalam kepalanya. Saya juga telah antisipasi beberapa soalan yang mungkin bakal ditanya dan juga telah bersedia dengan jawapan yang memenuhi skema pemarkahan.

Tapi malangnya, bila dah jumpa member lama, sembang punya sembang, plan semua melayang. Bila dah masuk bab merepek, susah la pula nak reverse. Nak U-turn pula minyak tak banyak. Eh. Memandangkan semuanya dah dalam kepala, elok la saya kongsi ayat-ayat yang disusun pada malam tu kat sini. Mana tahu, ada member yang hadir malam tu baca kat sini. Ataupun paling kurang, anda yang baca dapatlah manfaatnya.


----------------------------


Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Binaan Islam berdiri atas lima perkara” yakni lima rukun Islam yang kita belajar tu la. Menariknya, Rasulullah tak pula sebut “Islam itu lima perkara”, tetapi “Binaan Islam itu berdiri atas lima perkara”.

Maknanya, lima perkara itu bukan Islam. Maknanya lima rukun Islam kita itu belum cukup Islam. Kalau kita dah settle lima ni pun, itu bukan Islam. Sebab Islam tu satu binaan, atas lima perkara tadi. 
Faham ke?

So apa Islam sebenarnya?

Kat mana nak cari Islam?


[So masa ini saya membayangkan saya tengok wajah kawan-kawan saya. Sambil menunggu jawapan. Dan saya juga telah menjangkakan bahawa tidak ada jawapan. Eh.]


Sebenarnya Islam ada kat mana-mana. Islam ni suatu binaan, yang merangkumi seluruh hidup kita. Di meja makan ada Islamnya. Di bilik air ada Islamnya. Di padang bola ada Islamnya. Di court takraw ada Islamnya. Dan di tempat-tempat ini juga, ada yang tak Islamnya.

Bahkan Rasulullah dah ajar kita, hidup dengan cara Islam dalam segenap hal, sebesar-besar urusan memerintah Negara dan sekecil kecil hal hingga nak buang air pun diajar. Begitulah luasanya skop Islam, binaan Islam. In fact, kalau zaman Rasulullah ada futsal, mungkin kita dapat belajar sunnah macam mana bermain futsal secara Islamnya.

Cuma,  sekarang kita tengok la balik diri kita.


[Ni masuk part muhasabah. Cakap pun slow-slow.
Ok ni juga termasuk dalam bayangan saya.]


Kat mana Islam dalam hidup kita. Ada tak Islam kat rumah kita. Ada tak Islam semasa kita di tempat belajar. Dalam kereta. Tengah naik motor. Kita punya pergaulan ada Islam tak, pakaian kita malam ni haa, ada Islam tak, inbox phone kita, dekat alam maya, dan even tengah solat, adakah benar-benar ada unsur Islam kat situ.


Satu hal lagi, penting juga kita kena tahu sebab apa kita kena hidup dengan cara Islam? Agak-agaknya kenapa ek?


[Satu lagi soalan, satu lagi pause. Tengok muka semua. Mungkin time ni dah ada yang bosan. Kutuk belakang. Bangun dan beredar dari tempat duduk. Ok ini juga sebahagian daripada imaginasi saya, wahaha]


Ok, sekarang ini kalau kita perasan, nak masuk toilet pun kena bayar. Kalau toilet KLCC tu, mahal kot. Padahal nak pergi buang air je. Pun kena bayar. Kalau korang naik bus ekspress malam-malam, bila dia berhenti singgah mana-mana, biasanya toilet kat situ pun kena bayar. Toilet dah la buruk, seriyes busuk, masam tapi terpaksa la juga bayar.

Tu toilet.

Kita semua nak masuk syurga Allah, yang tak tergambar indahnya, tak tergambar perhiasan kat situ, hidangannya yang beraneka, yang baunya in sha Allah tak masam bahkan wangi yang juga tidak dapat dibayangkan, mesti bayaran dia lagi mahal. Mesti ticket dia mahal nak masuk.

Dan tak de ticket lain kita boleh guna melainkan dengan ticket Islam dan Iman kita. Melainkan dengan Ticket amal kita.

Dah tak kira kita la kita anak siapa pun kat dunia sekarang, duit mak ayah banyak mana pun, bawak kereta apa sekalipun, jiran Perdana Menteri, bahkan anak yang dipertua Negeri pun, still kena pakai ticket yang sama.

So, check balik, kita ada tak ticket tu?

Dan back to point awal tadi, Islam tu bukan lima perkara sahaja, tapi satu binaan yang berdiri atas lima perkara.


Hmmm..


Ok jemput jemput minum

[Ni kononnya plan nak buat lawak, sebab mungkin waktu tu muka semua dah tense. Padahal tak boleh minum sebab tengah puasa. Dan saya dah menjangkakan lawak tu tak menjadi]


-----------------------


Macam tu la monolog dalaman saya pada malam tu. Dan hadis tadi, untuk rujukan, boleh semak buku hadis empat puluh, susunan Iman Nawai, hadis yang ketiga.

Sedikit nota :

Pada malam tu saya berbuka lebih awal lima minit sebab terlalu eksaited jumpa kawan lama. Tengah kenchang bersembang, ada pula air mangga kat depan, selamba badak je minum. Member kat sebelah pula tengok je. Bersubahat. Hoho. Rezeki sungguh.

Pada waktu yang sama, agak sedih sebab ada member yang dahulu merokok, masih lagi merokok, dan dulu yang tak merokok, dah merokok sekarang. Dan ada member yang rambut dah kaler merah. Saya tak tanya pula dia sama ada dia warnakan atau berlaku mutasi pada replikasi protein. Maka saya memilih untuk berhusnudzhon. Husnudzhon la sangat.

After all, saya tetap gembira. Rata-rata dah matang :)

If you happen to read this, then know that this is specially written for you.
Yes, you know who you are.

9 comments:

Muhammad Ameruddin said...

Gulp3...
*Kenyang minum air atau ...

Inspector Saahab said...

Amer :

Haha. JOm gulp sesama :3

nars said...

Allahu terkesannya. sebab kadang2 dakwah tu tak perlu official liqo' or usrah, tp anywhere anytime. melepas nak tarbiah adik2 sepupu yg nak espiem, pmr.

jazakallahukhairan ingatkan balik pasal "kaca mata Islam", being reflective dlm semua perkara.

Anonymous said...

kita merancang, DIA pun merancang. dan DIA sebaik-baik perancang. mungkin dia nak ingatkan saya, 'lepas ni kau pun kena plan macam ni jugak. jumpa kawan lama, kena ada plan. kena ada target.' Dushh sebijik. dan untuk awak pulak, mungkin kena masuk mode jom-kita-betulkan-niat-balik. back to basic I guess..
wallahualam... ada hikmah yg mungkin kita tak nampak sekarang.. :)

Anonymous said...

yeah monolog.. andailah didialogkan.............

#btw, ramai gak batch2 yg buat iftar bulan Ramadhan lpas. my batch dr mrsm *dirahsiakan pon buat gak. but u're not part of them la kot. wahaha

Bebunga Kertas said...

Hmm. Terima kasih atas perkongsian tu. Sangat terkesan.

Tapi.. rasa terkilan jugak.
Berkaitan Syahadatul Haq kita.
Yelah, kekadang kita bukan makin beriya lagi dah plan isi untuk bagi pengisian kat member-member.
Tapi, bila masa tu dah tiba, diri masih lemah nak sampaikan.
Takut orang cakap kita bajet la, ape laaa.

Teringin sangat nak share dengan dorang, apa yang kita dapat kan.
Tapii, benda simple pun susah nak buat:(

Inspector Saahab said...

duty calls people !

SiPencerita said...

Mmmm..kisah minum air 5min awal tue sama dgn sorg akh nie..mmm

Jzkk for sharing.

Inspector Saahab said...

AKH MANAAA ??? O.o