Sunday, September 8, 2013

SENTUHAN AL AKH #4



 Madmie China's masterpiece :)

"Salam akh, usrah survival malam ni, tempat biasa lepas Isha'. In sha Allah moga Allah pemudah.."

"Wasalam alaik akh. Fi amanillah. Ana bukan tak nak datang akh..tapi fitnah keluarga akh. Allahu. Ana kena slow down sikit.."


Entah berapa kali akh itu terpaksa menolak ajakan berusrah dan bermusyawarah dari ikhwah sekitar kampung halaman usai pulang bercuti. Entah berapa kali. Kadang kadang dia kecewa dengan diri sendiri. Malu kerana tidak sekental yang lain.

Akh itu takut dan khuatir kalau kalau ikhwah yang lain kecewa dengannya. Namun. Mehnah. Ah kehidupan. Aku mengerti. Terlalu.

"Akh ana faham. Moga Allah beri kekuatan pada anta dan kita semua. In sha Allah. Kendur bukan bererti gugur. Kami sentiasa di belakang anta akh "

Akh itu tidak pernah tidak tersentuh. Ikhwah. Mana mungkin kecewa dengan yang lain. Bahkah akh itu telah berburuk sangka. Bukan. Dia bukan berburuk sangka cuma dia sedar al akh itu akhiranya manusia juga.


"Jazakumullahu kheir akh. Sampaikan Salam ana pada yang lain. Ketahuilah walau jasad ana di sini tapi roh ana sudah terbang mencari antum semua...


----------------


Bukan drama. Adaptasi kehidupan. Kerana beginilah jalan dakwah mengganjari kami. Dengan sentuhan al akh !

Seperti biasa.
Aku di sini lagi menemani kalian. Kerana sentuhan ini terlalu bernilai untuk disia siakan.

Ikhwah. Ah. Aku tidak mengerti. Kami bukan sesiapa. Tiada pertalian darah. Bukan jiran sebelah rumah. Jauh sekali pernah bersekolah bersama. Tidak. Tidak juga membesar bersama.

Mungkin kami datang dari bumi yang sama. Mungkin bertutur bahasa serupa. Tapi bukan itu. Bukan itu yang menyatukan. Jalan dakwah inilah yang menyatukan kami. Hairan. Ya pada awalnya. Tapi aku belajar menerima.

Bukan kerana bumi ini terlalu sempit. Tetapi kerana rahmat Allah. Limpahanya mengisi segenap ruang. Kerana rahmat itu menyatukan kami. Dan penyatuan ini tidak mengenal beda latar belakang. Jauh sekali menilai rupa paras. Tulus.

Bahkan Dia sudah berfirman,

“...Dia telah menetapkan rahmah (kasih sayang) pada diriNya..”
(Al An’am:12)

Dan rahmah, kasih sayang itulah yang mengalir dalam jiwa-jiwa kami. Kasih sayang itulah yang bertebar ke segenap pelosok bumi, mencari-carijiwa yang kekosongan. Ada pada haiwan. Ada pada manusia. Ada pada ciptaanya. Yang mereka merasa. Rahmah Allah. Kasih sayang.

Suatu hari di bulan Ramadhan.


“Akh, petang nanti kita ifhtor jama’ie di markas ya?”

“In sha Allah. Kalau tak ada pape ana hadhir”

Petang itu.

“ Assalamu’alaikum.. Aseef ana lambat.. antum dah lama sampai ke”

“Wasalam’alaik akh. Eh tak de la. Kami pun baru sampai”


Wah. Tapi aku yakin aku sudah terlambat.

Petang itu kami berkenalan dengan beberapa ikhwah, yang baru pulang bercuti. Muka baharu. Mungkin baharu bagiku kerana aku la yang baharunya. Terlalu baharu bahkan.

“Anta cuti berapa lama?”

“Lama jugakla, dari Jun lagi”

“Oh. So apa perancangan untuk lokaliti kita ni?”

Eh.

Maghrib itu kami ifhtor bertalam lagi. Biasa-biasa sahaja. Lauknya diangkut dari bazaar Ramadahn. Aku mengagak. Tiada ayam percik. Ah duat. Itu cukup baik.


“Akh, anta selalu ‘itikaf kat mana ye?”

“Hmm. Ana memang plan nak gi ‘itikaf. Tapi susah la akhi. Kat rumah, susah nak keluar malam, apatah lagi nak menginap kat luar”

Ah. Beralasan. Bahkan tidak menjawab soalan.
Aku.


“Malam ni kami plan nak ‘itikaf kat Masjid besar, jom”

“Ahha, ana tak boleh jamin..akh”

“Takpe akh, duduk rumah pun boleh kejar lailatul dar kan”


Menenangkan. Ah.

Usai ifthor, solat Maghrib. Kami bersembang sekejap lagi. Agak-agak Isha’ makin hamper, aku permisi. Yang lain ada yang ke pelbagai destinasi. Namun rata-rata ke Masjid besar. ‘itikaf jamaie. Aku. Ah.

Di sepertiga malam, saat sepatutnya para du’at sudah di mihrab cinta, mengadu resah dengan Rabbnya, gayanya lambungku masih di tilam empuk, pesanan masuk,

“Akh, kalau hidup mu’min itu baik baik belaka, tiada ujian, in sha Allah pasti ada yang tak kena. Ambil peluang ini dekatkan diri denganNya. Doakan kami juga akh ! Moga kita thabat”

Yosh.

Kalian?

Bukankah sentuhan itu, ah. Cukuplah.

“...Wasjud waktarib”
(96:19)

Adaptasi kehidupan.

Kerana akh itu lagi lagi berjaya menyentuh qalb akhnya !

2 comments:

Aqilarin said...

blog ni memang ramai penulis ye? urm, lain sikit gaya penulisannya.

yah, moga tsabat akh. bak kata KH Rahmat Abdullah, kita tak nak akh yg selalu menutur "aseff".

Inspector Saahab said...

Setakat ni satu je.

Wah terkesan dengan kata kata beliau.