Monday, December 23, 2013

KENAPA ORANG AGAMA BERCAKARAN



Dewasa ini (cewah) kita sering digembar gemburkan oleh media massa tentang pergelutan( dah macam wrestling) dan kes cakar mencakar antara orang agama di peringkat dunia mahupun di peringkat kecil kecilan seperti di Malaysia yang aman damai ini.

Ada kes tuduh menuduh sesama mufti dan bekas mufti. Para asatizah kata yang ini betul, yang ini tidak betul. Timbul buku buku bertopengkan agama yang betujuan memburukkan individu individu itu dan ini. Gerakan gerakan Islam yang tidak habis habis bertikam lidah. Diburukkan lagi dengan komentar komentar tidak matang di alam maya oleh mereka yang buat-buat tahu.

Dan banyak lagi. Akhirnya, rakyat yang marhaen, yang baru bertatih hendak melazimi membaca al Quran, yang baru hendak beramal dengan agama ini keliru. Mereka kecewa dengan orang agama yang seperti harapkan pagar, pagar runtuh. Kecewa dengan golongan berserban yang indah khabar dari rupa.  
Lalu Quran ditinggalkan. Silap haribulan agama ini ditinggalkan.
Dek persengketaan ‘orang agama’.
Ni diperingkat ‘atas sana’.
Tidak kurang meriahnya perang mulut, perang mukabuku, perang wassep, perang wechat, lines dan macam-macam perang lagi yang berlaku dalam kalangan para duat, (atau bukan duat pun in the first place?) di peringkat akar umbi. Cuma mungkin kisah mereka ini tidak disiarkan di mana mana akhbar kerana tiada pihak yang berminat.
Atau bukan politics-based issues.
Apa dah jadi ?
Kata Malaysia aman?
Di mana harmoninya Islam ?
Bukankah Islam itu sejahtera?
Emosi.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: " Sekiranya kamu tidak berperang nescaya kamu akan dikurniakan azab yang pedih dan Dia menggantikan kamu dengan kaum yang lain"
(At Taubah :39)

Imam Ibnu Taimiyah dalam mentafsirkan ayat ini berkata:
"Kemungkinan azab itu diturunkan daripada Allah dan kemungkinan azab itu dengan tangan manusia sendiri. Apabila manusia meninggalkan jihad di jalan Allah, kemungkinan Allah akan menguji mereka dengan menjadikan permusuhan dikalangan mereka sehingga mereka terjerumus kedalam fitnah sebagaimana yang berlaku.

Kerana manusia apabila sibuk dengan berjihad di jalan Allah, Allah akan menyatukan di antara hati-hati mereka dan membina kasih-sayang antara mereka dan dijadikan kepedihan kepada musuh Allah dan musuh mereka. Apabila mereka tidak berangkat ke jalan Allah, Allah akan mengazab mereka dengan menjadikan mereka berpecah-belah dan bermusuhan sesama sendiri."


Terbakar.


Begitulah komentar Ibnu Taimiyah tentang fenomena ini. Jawapan kepada permasalah yang timbul. Sebab apa timbulnnya pergolakan dalaman ini, kerana orang agama sudah lari dari trek asal perjuangan mereka. Mereka mungkin masih memegang status pendakwah, ustaz atau apa-apa gelaran yang sesuai, tapi focus mereka sudah pun lari. Tugas utama sudah dibuang ke tepi tepi sungai, di makan anak anak ikan. Heh.

Baiklah.

Ini pula huraian saya seputar tafsiran ayat ini oleh Ibnu Taimiyah mengikut apa yang saya faham. Kalau tak setuju dengan apa yang terkandung dalam blog ini , “Sila keluar dari blog ini” Heh. In sha Allah kalau tak setuju kita sama-sama pindah ke mana-mana.


Secara umumnya, beliau cuba menafsirkan ada dua azab yang bakal menimpa para duat, yang sudah diajak untuk “berperang” dalam ayat itu, atau  dalam konteks sekarang buat kerja dakwah, beramal dengan amal yang sama-sama difahami oleh para duat, tetapi apabila mereka tidak melakukan hal sedemikian mereka menolak.

Azab pertama adalah yang di akhirat sana, yang hanya Allah sahaja yang tahu. Allahu’alam.
Azab yang satu lagi pada tafsiran beliau adalah pergaduhan dan perbalahan sesama para duat di dunia lagi, akibat banyaknya masa lapang, akibat meninggalkan medan jihad dakwah, akibat menolak seruan beramal.

Ada logiknya.

Sebelum itu, para ikhwah dan akhawat yang membaca, sila relatekan isu ini dengan situasi akar umbi, bukan melihat kepada drama-drama kafir-mengkafir, syiah-mensyiah, dan kagum-mengkagumi peringkat kebangsaan yang layak mendapat Grammy awards itu sahaja.


Yang logiknya,

Apabila kita yang banyak masa terluang ini, mulalah kita melihat kepada amal orang lain. Mulalah kita cemburu. Lalu kita memasang zhon, atau prasangka-prasangka yang banyaknya adalah dosa. Maka prasangka ini disebar dari mulut ke mulut, kemudian dengan bantuan teknologi habis satu dunia tahu. Boo.

Selain itu, dek banyaknya masa terluang, mulalah kita libatkan diri dengan jidal atau perdebatan yang melucukan serta tidak pernah habis antara puak-puak dan aliran-aliran. Mulalah kita semua menjadi pahlawan papan kekunci dan mengeluarkan hujah hujah bernas di alam maya, seolah-olah kitalah yang paling betul.

Di samping itu, akibat banyaknya masa terluang, kita mula melabel label. Ada golongan yang kita label sebagai radikal. Ada yang dilabel syadid, ekstremis. Ada juga yang kita label asyik tarbiyah je, gila usrah, kemaruk politik, dan banyak lagi. Ada yang kita label tak sabar-sabar nak naik tangga, eh. Nastagfirullah.

Lagi parah,

Sempat pula kita compare, timbang tara, hakimi dan kritik amal amal da’wi orang lain. Walhal kita pula, sekadar duduk di depan laptop dan buat buat bising. Buat buat beramal.
Mulalah ada dialog dialog seperti;

“Geng tabligh tu tak berape kena dengan masyarakat kita”

“Alaaa, yang muslim pun tak cater lagi, terus nak sasar non-muslim”

“Depa ni, tak muntij!”

“Ni buat dakwah senyap-senyap, mesti nak jatuhkan kerajaan ni!”

“Diorang ni demo semangat, subuh fail” (yang ni macam releven)

“Ni pejuang Islam ke pejuang Melayu?”


Dan banyaaakkk lagi dialog dialog sumbang yang menjatuhkan satu sesama yang lain. Nastaghfirullah. Banyak nya masa kita. Sempat pula kita layan semua ini. Sempat pula kita berkomentar tak tentu fasal. Tak sedar kah kita orang orang yang memandang tinggi akan keilmuan agama kita melihat kita?

Tak sedar kah kita dalam diam kita sedang menjadi fitnah buat agama ini?

Dan paling penting, tak sedarkah kita setiap huruf tu akan dihitung dan dihisab. Setiap like itu akan dipertontonkan. Setiap segenap kecil perkara akan Allah rekod dan khabarkan kepada kita pada suatu hari nanti.


“…Kitab apakah ini?! Tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya.”
-Al Kahfi :49

Lucu sungguh.

Kata Mat Luthfi,

“Jika anda rasa kurang bijak, sila lawati dan baca komen komen di page page politik alam maya, anda pasti rasa bersyukur kerana lagi ramai yang....”

Lebih kurang.

Saya rasa kata-kata yang sama applies untuk situasi kali ini.
No offense.


Risiko juga untuk sambung entry ini.
Saya rasa selebihnya sama-sama la kita fikirkan.
Sebagai pengakhiran, mari kita renung ayat di bawah,


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

(Al Hujurat :12)

 
Ayat ini di mulai dengan seruan,
“Orang-orang yang beriman”

Dan akhirnya di suruh mereka itu,
“Bertakwalah kepada Allah”

Dan bertaubat.
Nastaghfirullah.

6 comments:

manusia said...

ntahlah. sometime rasa diri sendiri hipokrit habis. fuhh!

benarkah dah masuk islam secara keseluruhannya? haih .

nak berdebat pun punya adab.
tapi manusia kini. bukan mahu mencari kebenaran. tetapi saling mejatuhkan. alahai

masing2 menyangka mereka benar. sibuk menghakimi yang lain. tak sedar. kiri kanan sedang mencatat.

astaghfirullahalazim.

Inspector Saahab said...

Allahu Rabbuna

Mr. Terompah said...

T_T kadang kadang hairan, orang agama ada yang suka salah menyalahkan org lain, mengaibkan dan merendah-rendahkan org agama yg lain. suka nak menang.

bak kata prof Muhaya, "orang yg kesedaran keegoan ni sombong. bila sombong dia suka bersaing (yg tdk betul caranya). bila bersaing nak menang, bila nak menang dia dengki. bila dengki dia benci. lepas benci dia dendam. bila dendam dia marah. lepas marah dia tamak."

Lalu bila semua kita akan menang.TT_TT

Jzkk ahi.

manusia said...

Jujurnya . Apa yang berlaku depan mata sekarang agak memeningkan. Terutama bagi orang yang baru sahaja nak mengislahkan diri. Join "geng" ni dicakap tak betul. Yang betulnya jemaah mereka shaja . Lalu berlakulah perdebatan dan sangkaan-sangkaan kami lebih baik dan blah-blah. Sebenarnya, apa yang kita mahu? Itu belum termasuk dari page ustaz yang menyuarakan pendapat mereka dialam maya tntg ustaz lain yg akhirnya timbul pula perdebatan druangan komen mereka mn yg mbnrkn dan mn yg tdk. Blaku pula ptelingkahan pnjg engkau sesat engkau tidak.

Hmmm.. Kita ini, benar-benar mahukan redha Allah atau sekadar mnnjukkn my jemaah is the best forever! Anda pnya tak brada dijln yg btul2. Asyik thu usrah sj err.. fkir. Think deeply.

Anonymous said...

Islam nowadays telah ditimpa bala sebab para du'at mengajak manusia kedalam tanzim mereka,bukan mengajak manusia kedlm Islam.
statement diats diambil dlm salah satu buku karya Fathi Yakan.

perdebatan juga dikatakan satu wabak penyakit sekarang.al-Quran m'sebut permslhn perdebatan dgn m'jelaskan bahwa ia adalah satu cara yang tidak mendatangkan hasil,tak m'hasillkan kebenaran dan tak m'bawa kebaikan.

firman Allah:
And if they dispute with you, then say, 'Allah knows well what you do'.(surah al-hajj 22:68)

Ayat diatas antara bukti yang menunjukkan al-Quran melihat p'mslhn p'debatan secara berhati-hati.Dlm ayat tersebut juga Allah memerintah Rasulullah s.a.w tidak menuruti p'debatan mereka,dan menutup pintu p'debatan dgn ringkas ,dgn mengatakan:Allah amat mengetahui apa yg kamu lakukan..

(^-^)"
sekadar perkongsian
wallahu'alam

mawaddahlokman said...

Nastaghfirullah wanatubuilaih. Muhasabah besar buat para du'at. Moga amal dakwi dan tarbawi yang kita lakukan tidak disia-siakan Allah kerana dosa du'at itu sendiri. Moga dijauhkan juga drp segala penyakit hati yang menyebabkan kita tergelincir dan akhirnya menjadi fitnah kpd dakwah. Nastaghfirullahal adzim