Friday, December 13, 2013

NASIHATI AKU !



Sometimes we don’t need a long entry to wake our hearts up, a short yet meaningful message is enough to touch the soft spot.



Hence, here are some


--
Apabila seseorang itu berlama-lama dalam keadaan futur sehingga menjadi kebiasaannya, maka ia menanggung risiko besar yaitu mati dalam keadaan futur. Ini yang paling kita takuti, karena Allah menilai kita berdasarkan akhir dari perbuatan.

“Sesungguhnya seorang hamba itu ada yang melakukan amalan ahli neraka padahal ia termasuk ahli surga, dan ada pula yang mengamalkan amalan ahli surga padahal ia termasuk ahli neraka. Sesungguhnya amal itu tergantung pada kesudahannya.” (HR. Bukhari).

Adoii.


--
“Burung-burung keluar pagi balik petang mencari rezeki. Tawakkal mereka kepada Allah begitu tinggi. Tiada pernah ku dengar burung menyimpan ulat hari ini untuk dimakan minggu hadapan. Percaya bahawa rezeki telah Allah tetapkan untuknya setiap hari. Kenapa aku tidak setawakkal itu?”



--

Allah mengajarkan kepada manusia tentang tujuan manusia dijadikan adalah untuk menjadi abid-hamba (51:56) dan menjadi khalifah-pemimpin (2:30). Bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi kedua-duanya hamba dan pemimpin? Ini memerlukan kepada satu keseimbangan yang mantap.

Abid yang tidak menjadi khalifah hanyalah mengira tentang diri sendiri, beramal islami hanya untuk diri sendiri. Tidak mempedulikan apa yang sedang berlaku kepada persekitarannya.

Sedangkan khalifah yang tidak menjadi abid pula akan merasakan bahawa dunia ini dia yang punya, lalu menggunakan segala kemampuannya untuk mengorek sumber-sumber harta untuk poket sendiri.

Siapakah aku? Siapakah anda? Abid atau Khalifah?


--

We improve ourselves in the eyes of people, thinking that we have changed much over the past years.

Little did we know,
Our heart sickens and sickens more.

--


Some.
Cukup dulu kot


Salam Jumaat :)
Al Kahfi JOM !

5 comments:

Mr. Terompah said...

err. nak tanya lah. apa beza nasi lemak panas dgn nasi lemak sejuk tu? tangok kat sana ada, kat situ pun ada.

lagi satu, apa beza nasi lemak dengan nasi & lemak?

hoikhok

Inspector Saahab said...

yg panas yg baru la kan. masak panas panas. atau yg lama tapi masih laris haha

ok furu'

Anonymous said...

Macam mana nak stabilkan antara abid dan khalifah?
Any tips?

Anonymous said...

Kepada anonymus di atas..

Saya tidak dapat memikirkan apa-apa tips untuk stabilize antara abid dan khalifah melainkan anda benar-benar faham akan maksud dan tanggungjawab kedua-duanya.

Terdapat sinergi yang begitu ampuh antara kedua-dua entiti tersebut sehingga menyebabkan salah satu tidak dapat berfungsi dengan baik jika salah satu diabaikan.

Pointnya di sini adalah kefahaman. Tanya hati, adakah anda benar-benar faham tentang peranan dan tanggungjawab yang datang daripada kedua-duanya.

Kepada inspektor...

Rindu kat anda. Hehe. Sudah lama benar kita tidak bertemu.

Inspector Saahab said...

O.o