Saturday, December 14, 2013

SENTUHAN AL AKH #12



Siapa sangka.



Aku bertemu dengan seorang al akh hari ini. Di saat pagiku yang penuh dengan kemalasan, usai solat Jumaat aku pamit meninggalkan masjid itu. Pada awalnya berniat untuk ke kelas. Namun setelah hampir dua puluh atau barangkali tiga puluh minit menunggu bas, tiada tanda tanda ia bakal muncul.

Lalu aku ubah direksi nya.

Ke Masjid Jamek!

Tempat kegemaran di waktu lapang. Ke kedai kedai kedai buku yang berlambakan di satu bangunan yang tidaklah indah pada permukaannya, atau pada pandangan mata kasar tapi cukup menyediakan material mengisi jiwa. Adapun bangun malam itulah aktiviti yang paling mengisi. Sebenranya memang aku ada hajat mahu membeli sebuah buku fikrah.

Ok.

Entah kenapa kali ini aku menulis terlalu jujur.


Di saat aku asyik meneliti sebuah buku tulisan Abu Ammar, sarat dengan mesej dakwah sekitar pengalaman beliau yang sudah lama menapaki jalan ini, mesej sekitar hambatan hambatan di jalan dakwah, di saat itu ruh aku bangkit, ada satu ruh lain yang menyapa dari belakang lalu ruh kami bersatu. Epic!

Subhanallah !

Apa lagi kalau bukan takdir.

Ketemu al akh seorang ini yang aku rasa tiada kepentingan untuk aku garap di sini siapakah gerangan beliau. Akh yang dahulu kami bersama-sama belajar mengenal perkataan dakwah di kolej. Namun dia setelah itu menyambung kuliahnya ke perantauan. Dipilih Tuhan untuk berbakti di negeri orang.

Sudah agak lama.

Dan entah kenapa. Entah kenapa pertemuan singkap ini begitu hangat. Aku dan dia dahulu tiada la selalu sangat bersembang. Yela, walau aku ligat menyusun abjad abjad huruf di alam maya ini, hakikat di dunia reality aku ni boleh tahan pemalu.

Oh entah kenapa aku jujur lagi.


Lalu kami bersembang. Jujur aku kata, walau bertemu dengan figura yang aku kenal atas jalan dakwah, tapi belum tentu pokok bicaranya seputar dakwah dan tarbiyah. Tidak kurang bahkan sering, pertemuan pertemaun sebelum ini dengan sekelian banyak al akh, berakhir dengan omong kosong juga.

Atau mungkin aku yang buta menghitung.

Persetankan.

Tapi kali ini, atau memang tiap kali, akh ini memang aku kagum dengan intipati bicara dia. Tidak tersasar jauh merewang ke negeri Sembilan atau ke istana kayangan. Pasti dakwah dan tarbiyah. Kami berkongsi cerita, pengalaman dan perkembangan. Sudah pastinya diawali dengan soalan soalan formality bertanya khabar, setelah sudah sekian lama tidak bertemu.

Berbicara isu isu yang hangat di tanah air dan di negeri sana.

Dari sudut itu, sudah cukup untuk menyentuh aku. Keraiannya dan bicara dia. Atau aku memang asyik asyik terlalu mudah tersentuh ?

Entah.


Yang pasti, ada biacara beliau yang mahu aku sampaikan kali ini.

Diajukan kepada aku satu soalan, aku ditanyanya soalan?
Memang silap lah!

“Aku tertanya tanya. Macam mana nak tahu kita dah ditarbiyah. Ada tak buku yang cerita pasal apa itu tarbiyah, cabang-cabang dia, materi materi dia?”

Begitu bergelora semangat di matanya.

Mungkin pada kalian entah apa punya soalan, tapi ia buat aku berfikir sejenak. Entah. Aku tiada jawapan untuk itu. Kerana secara jujur, beliau cukup arif apa itu tarbiyah dari sudut teorinya. Aku yakin soalan itu mahukan jawapan yang hidup. Yang membumi.

Lalu aku diam. Sediamnya.

Kami setelah itu berangkat ke suatu tempat.
Makan makan. Sebelum aku berangkat ke kelas. Sempat la berkongsi sedikit atau tak banyak apa yang berlaku sekitar waktu antara dua pertemuan.

Entah. Ia cukup menghidupkan.
Diakhiri dengan mesej ringkas sebelum berpisah lagi,

“Kau jaga diri kat sana”

Terharu.

Biasanya akulah yang ucap dahulu sepotong ayat ini. Tapi kelihatannya kali ini aku lebih memerlukannya. Dan ternyata kata kata keramat itu sampai kepadaku. Dari seorang al akh yang tidak kurangnya berbisa. Lagi-lagi akh itu menyentuh qalb akhnya.


Jaga diri.
Besar maknanya.



Aku ke Kampung Baru, dia ke Nilai.
Laluan yang bertentangan, tapi destinasi kami sama.

Ke syurga!

2 comments:

Mr. Terompah said...

TT_TT baguus sekali. siapa kah al akh itu? negeri manakah dia berbakti?

gaya penulisan sudah semakin mirip salim a fillah. ewah.

Inspector Saahab said...

Hmmmm.