Tuesday, January 7, 2014

AINA ENTA ?



Kami ibarat kasut, dipijak pijak dan terus diperkotak katikkan !!
 
Satu hari aku di KL Sentral. Aku lihat seorang kanak-kanak perempuan kecil berlari lari kegelisahan di celah celah orang ramai. Kemudian aku berangkat dan beralih ke tempat lain. Kemudian aku melihat atau terlihat seorang ibu muda sedang bersila diatas lantai, sambil mendodoikan bayi di pangkuannya. Tidak lama kemudian kanak-kanak perempuan tadi datang dan merenget. Lalu si ibu naik marah, dipukul si kanak-kanak perempuan tadi dengan senaskah akhbar, ditengking dan ditenyeh telinganya sehingga dia menjerit. Tekanan hidup. Allah.


Di suatu hari yang lain, aku bersiar siar dengan abang Murabbi di Bukit Bintang, kot. Destinasi kami ke Low Yat untuk survey computer riba. Di pertengahan jalan, aku melihat atau terlihat atau terpandang seorang wanita berbangsa cina, dalam lingkungan empat puluh an, sekadar berbalutkan plastic, mundar mandir di tepi jalan sekitar situ. Aku kaget dan kehairanan. Sekali lagi, nasib manusia tidak terbela. Dihimpit tekanan hidup.


Di satu malam aku berlegar-legar di gerai gerai mamak, di sebuah Bandar yang namanya terpaksa dirahsiakan. Usai makan malam yang ringkas, aku perhati ke sekeliling. Anak anak muda bertebaran, berpeleseran. Lelaki dan perempuan. Dengan rokok dan asap shihanya yang menebal bak kabus memutih. Baik yang bertudung mahupun tidak. Keruntuhan akhlak. Aku makin bawah. Siapakah yang harus dipersalahkan?


Di sudut yang lain, di alam maya, aku melihat dan membaca perdebatan yang tidak berkesudahan antara golongan agamawan. Saling menjatuhkan. Saling menuduh. Satu post mengcecam yang itu. Kemudian ada pula reply post. Isu khilaf dibangkit dan dibesar-besarkan. Akibatnya, rakyat yang tidak tahu menahu bingung. Mereka kemudian kecewa dan membawa diri, menjauhi agama. Alam pakah ini?


Di alam reality, pergoalan isu agama sekali lagi menjadi hangat. Ada pihak yang sepatutnya menjadi pembela, terlebih kedepan, tunjuk garang sehingga akhlak agama ini dicemari. Lalu menjadi fitnah buat agama yang maha tinggi ini. Maka timbul lah perpecahan. Larilah manusia dari kesejahteraan. Kelemahan diri dinisbahkan kepada keberadaan orang lain. Aduh, apa dah jadi?


Di bumi tuhan yang sama, tatkala rakyat sedang berjuang sehingga keringat keluar mencurah, para pemimpin pula terus menimbulkan kontroversi dengan gaya hidup yang entah apa-apa. Maka rakyat bangkit, menunjukkan ketidakpuasan hati. Tapi, seperti dijangka, rakyat yang hidup kais pagi makan pagi inilah yang dipersalahkan, diselar dan dilabel sebagai pengkianat! Di manakah keadilan ?


Di dunia sebelah sana pula, masyarakat pimpinan taghut terus menerus menekan agama ini dan umat dari segenap sudut. Penderitaan di bumi Syria yang berterusan. Penderaan fizikal dan emosi di bumi Gaza. Hak hak umat Islam yang dinafikan hampir di serata dunia. Planet apakah ini ? Dan di dunia yang sama, orang orang besar yang juga Islam, tetapi menyokong dan bersekongkong dengan kepimpinan taghut ini. Syaitan manakah yang meyesatkan mereka ini !


Isu akidah. Isu kempimpinan. Isu ekonomi. Isu penderitaan dan penyeksaan. Isu gerakan Islam. Isu agamawan. Isu rakyat yang ditindas secara halus. Entah bila akan berakhir.


Al bathil terus teguh meneraju takhta.
Aku keliru !


Bilakah akan datang seorang lelaki yang akan membela nasib umat hari ini ? Yang akan membebaskan rakyat dari belenggu kebejatan ekonomi kepada kehidupan yang lebih aman dan harmonis ? Yang akan menjadi tempat rakyat mengadu nasib, mengadu kurangnya beras di rumah mereka, yang akan sama-sama merasai penderitaan rakyat.


Bilakah akan muncul seorang lelaki yang akan menegakkan keadilan. Yang meletakkan hukum Allah di tempat yang selayaknya, yang paling tinggi? Yang akan mengharmonikan pergaduhan antara orang agama. Yang menjadi rujukan di saat rakyat kekeliruan. Yang menjadi ikon dalam hal hal keagamaan.


Sampai bila harus aku tunggu munculnya sosok tubuh yang akan membantu ummat hari ini daripada fenomena keruntuhan akhlak ? Yang akan merawat jiwa para pemuda. Yang akan mengisi kekosongan dalam jiwa mereka. Yang akan menyelesaikan isu isu kebejatan social. Yang akan menghukum dengan adil dan saksama. Bukan membabi buta menggunakan nas nas agama untuk menegakkan hukum sendiri demi kepentingan peribadi.


Di manakah lelaki itu, yang aku cari cari, yang sepatutnya menggalas tugas dan tanggungjawab memimpin umat ini menentang kerajaan taghut. Yang akan memimpin umat ini sama-sama menyebarkan keindahan dan keharmonian Islam. Yang akan menolak sebarang unsur jahiliyah yang menyerang umat dari kiri dan kanan, atas dan bawah. Yang akan mengembalikan kemuliaan umat ini?


Di manakah lelaki itu? Yang akan menyatukapadukan umat ini dibawah satu kalimah syahadah. Yang akan menjadi benteng buat umat dunia secara keseluruhannya. Tempat rujukan, tempat mengadu nasib dan meminta bantuan. Yang akan menghapuskan sebarang garisan pemisah ummat hari ini. Yang akan menolak sempadan geografi, perkauman, kebangsaan dan bermacam lagi.


Di manakah sosok tubuh itu ?

Aku tunggu hadirnya, seorang lelaki yang aku bisa panggil;

“Ya ‘Amirul Mu’mineen…”


Ye, di mana?

Ya Amirul Mu’mineen, keluarkan kami dari zaman fitnah ini!

Ya ‘Amirul Mu’mineen, aku rindu padamu.


Keluarkan kami dari system perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah semata, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama kepada keadilan Islam. Keluarkan kami !


Ya Amirul Mu’mineen,

Aina Enta ?

8 comments:

Hg said...

mungkin lelaki itu adalah kamu.

shahnonsalleh said...

The closer you look, the less you will see. Everything happen for a reason and iA all these happening for that sosok tubuh utk muncul and yes that sosok tubuh maybe YOU...

enonimes said...

mungkin kita perlu berhenti mencari, tetapi berusaha menjadi.
kalau bukan kita, mungkin anak2 kita, atau anak2 binaan kita.

jalan dakwah ini memang panjang..

manusia said...

percaya atau tidak dunia hari ini sangat kelakar. manusia sudah tidak mampu berfikiran waras lantaran iman yang dicampak bagai sampah . mungkin ramai terlupa yang sebenarnya kita ini hamba. bukan Tuhan.

hoh!

lupa diri sebagai hamba tapi berlagak sebagai ketua. arghh!

mana mungkin yang hilang satu kaki mampu berdiri tegak.heh?

terlalu mudah melabel. kau liberal, kau wahabi, kau bla.bla. oh dan aku yang paling soleh. pheww!

kita bukan Tuhan, sepatutnya kita yang bantu tunjuk jalan. tapi kita melempar hukuman. haih =,="

umat islam hari ni. takut dengan bayang sendiri . "tak buleh, bible jangan dalam bahasa melayu nanti ramai keluar dari islam!" tapi berapa ramai yang jauh dari islam tanpa baca bible pun? "

eh, macam lari tajuk.ngee~
apa pun ,serius ,jika kita mahu, bukan hanya satu sosok amirul mukminin yang bakal menjelma.bahkan beribu, ya kalau kita mahu.

oh. ini sungguH ingatkan diri yang pertama.

btw well written membukan tirai 2014! semoga kita menjadi yang bekerja. wallahuam.

Inspector Saahab said...

HG & SHAHNON : -,,-"

nasi lemak seremban said...

jzkkkk jkk kg rusa.

kita menanti, sedangkan mungkin apa yang dinanti itu, akan datang dari usaha tangan kita sendiri.

macam kita menanti orang memberi nasi lemak, sedankan mungkin hakikatnya, kita yg kena membuatnya sendiri. dengan resepi kita sendiri.

btw, itu kasut cinderela kah? hikhok

Inspector Saahab said...

seremban : bila nk update ? heh

ummiakhyar said...

touched.