Wednesday, January 8, 2014

BELAJAR DARI IBRAHIM A.S



Telah sedikit qudwah yang memberi contoh
Telah menular sifat-sifat angkuh
Sampai bila kita mahu tetap jatuh
Andai terus-terusan mengangkat orang-orang bodoh?

-Abi Noah

------------------



Antara perkara yang paling saya nanti-nantikan dalam pertemuan usrah,atau dalam halaqah mingguan adalah taddabur Quran yang sangat epic dari Abang Murabbi atau daripada rakan sehalaqah. Kadang-kadang tidak pernah terlintas pun bahawa ayat Quran itu boleh memberi pengajaran yang sangat dekat dengan kehidupan hari ini.

Maka, saya akan kongsi satu hari ini.
Bahkan telah beberapa artikel tadabur telah dikongsi sebelum ini, semoga Allah meenrima picisan picicasn yang telah dan bakal ditulis. Amin.

Semasa berada di kolej Antarabngsa dahulu, dalam satu pertemuan halaqah kami berbincang tentang Nabi Ibrahim a.s yang boleh dikatakan seorang Nabi yang mempunyai wawasan yang sangat jauh. Kenapa?

---


Dan ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari akhirat.

Allah berfirman, “Dan kepada orang kafir sekalipun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”

Al Baqarah :126


Perhatikan doa Nabi Ibrahim ini dengan teliti.

Nabi Ibrahim berpandangan jauh kerana mendoakan keamanan bagi negeri Mekah dan sememang doa ini dimakbulkan. Yang menariknya, beliau meminta supaya dikurniakan rezeki hanya kepada orang-orang yang beriman kepada Allah, seolah-olah meminta Allah tidak memberi rezeki bagi orang yang kafir.

Jika pengkhususan ini dimakbulkan, sudah pasti yang tinggal hari ini di atas muka bumi ini hanya orang-orang yang beriman. Kebuluran dan pupus la kaum yang ingkar kepada Allah. Begitulah jauh dan tinggi cita-cita Nabi Allah Ibrahim ini.

Tetapi, Allah tetap mengurniakan rezeki kepada hamba-hambaNya yang ingkar ekoran sifat rahmah dan kasih sayangnya yang melimpah ruah buat segenap makhluk ciptaaNya.

Point saya adalah, begitu kehadapannya pandangan Nabi Ibrahim, dan inilah yang perlu kita contohi. Sudah pasti doa doa ini bukan untuk kepentingan diri tapi untuk kebaikan keturunannya, untuk kita hari ini.

Antara reality dan masa hadapan.


Seperti kata-kata yang sering didengari di cuping telinga kita dahulu, waktu mula-mula berkecimpung dalam subjek penulisan penilaian akademik, jika kita ingin lihat bagaimana umat hari ini lihatlah pemimpinnya, jika kita ingin lihat umat masa depan, lihatlah pemudanya.

Apa yang berlaku di ‘rumah’ kita hari ini, tidak dinafikan sedikit sebanyak kerana ada factor kelemahan kepimpinan yang menerajui Negara ini. Pelbagai isu yang timbul. Rakyat terus menderita dan ditindas secara halus. Sebabnya? Lihat pada pemimpin. In a way, saya terpaksa bersetuju bahawa pemuda di zaman mak  ayah atau nenek kita dahulu bukanlah yang terbaik.


Maka apa yang kita harapkan kepada masa hadapan adalah bergantung kepada apa yang pemuda hari ini ada untuk ditawarkan. Hukum alamnya, pemimpin akan datang akan diangkat dari kalangan kaum muda, dengan suara majority. Kerana kita hidup di dunia yang mana prinsipnya ‘majority always wins’ walaupun majority itu di pihak yang salah, maka kita terpaksa ramaikan golongan yang mahu ke depan, membawa perubahan.


Meskipun di Negara kita ada juga pengaruh prinsip “Cheating always wins”, hal ini terpkasa kita letak ketepi kerana kita percaya kepada perancangan Allah s.w.t.

 Maka apa yang boleh pemuda lakukan untuk masa depan yang baharu?

Ye.

Mencontohi nabi Ibrahim.

Berwawasan,

Berfikir jauh ke hadapan, bukan untuk kepentingan diri semata.

Pemuda atau suka saya sebutkan golongan mahasiswa perlu hidup untuk berjuang.


Maaf terlebih dahulu saya ucapkan, tapi sudah masanya untuk kita semua, saya dan anda mula serius membuat anjakan paradigm. Peh ayat kau. Kita tidak mau lagi mahasiswa, golongan yang menjadi tulang belakang masa depan Negara ini larut dengan hiburan yang melampau.

Kita tidak mahu lagi golongan mahasiswa yang tidur sepanjang hari apabila kuliah batal. Cukuplah, cuti cuti yang lampau dihabiskan di hadapan televisyen. Sudah-sudahlah orang muda buang duit di panggung wayang dan di stadium stadium sukan untuk keseronokan sekelip mata.

Usahlah kita bazirkan waktu ummah yang berharga ini dengan menonton drama unsur cinta murahan, aksi aksi kurang sopan di alam maya, perdebatan minda kelas entah ke berapa di laman social dan bermacam lagi aktiviti aktiviti riang yang kurang sihat. Jauhilah ini semua.

Sudah-sudahlah golongan mahasiswa habiskan masa larut membaca novel novel berunsur cinta dan bermacam genre tidak matang lain. Hentilah membeli majalah majalah hiburan. Melanggan bahan bacaan seperti komik kanak-kanak dan bermacam lagi. Permainan games, ah, anda tahu apa yang saya akan tulis.


Sebaliknya, kita semua perlu mula banyak melibatkna diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Datangi penduduk untuk merasai penderitaan mereka. perlu mengkaji sejarah dunia, sejarah Islam dan Negara kita khusunya. Banyakkan menghadiri kelas kelas agama supaya minda kita lebih terbuka. Kajilah. Bacalah. Dalamilah ilmu.

*Tetibe malam ni*.

Suka saya untuk berkongsi satu keratan artikel;


“Contohilah mahasiswa di mana pun, yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Bukan mahasiswa yang hanya menongkah dagu melihat keasyikan dunia hiburan luar. Bukan mahasiswa yang hanya ingin mengejar CGPA dalam pendidikan formal mereka. Bukan mahasiswa yang hanya tidur sepanjang hari jika tiada kelas. Bukan mahasiswa yang hanya ‘bias’ kepada sebelah pihak apabila mendapat sesuatu berita tanpa selidik asal usulnya. 

Bukan juga mahasiswa yang hanya membaca ketika musim peperiksaan. ”


Golongan pemuda harapan Negara. Tiada yang salah tentang itu. Persiapkan diri dengan kelengakapan yang sepatutnya. Kerana suatu hari nanti, kita akan tamat kuliah, bertebaran di merata tempat. Pada waktu itulah akan berguna segala kesiapan ini, kita akan menjadi agen pengubah dalam masyarakat.


Namun, ada satu perkara yang tidak saya sebut di atas. Jika perkara ini ditinggalkan, hasilnya akan tetap sama. Generasi pelapis tiada bezanya jika tiada eleman ini. Jika tiada benda ini, maka usahlah kita mengharapkan Malaysia yang lebih cerah. Jika tiada elemen ini, maka akan berpanjanglah gerhana ini.

Maka, berusahalah untuk tetap teguh wahai kalian yang sudah bersamanya. Yang belum merasai kenikmatan dijaganya, maka carilah. Cubalah.

Apakah ia?

Ya, Tarbiyah.


Kalian,
Ketahuilah kalian adalah Ibrahim dalam harapan ini.

 Gambar tiada kaitan ;)

3 comments:

manusia said...

"bukan juga mahasiswa yang hanya membaca ketika musim peperiksaan."

ok tengah study lalu tertidur dan tersentak lalu terjatuh. auchh!

sibuk mencari semangat . padahal dalam al-quran dah ada banyak pelajaran.

King Louis Xll pernah kata,
"Nak lawan org Islam, hendaklah memisahkan mereka dari Alquran."

ok.sekian jzkk!

Inspector Saahab said...

bangkit. err

Anonymous said...


Tarbiah bakal angkat kita yg lemah
Bakal rungkai jiwa yg gundah
Selesaikan yg tak sudah
Hidup tak bermakna tanpa tarbiah.
Maaf menyibuk kat ruangan komen ni.
Huhuu