Wednesday, January 1, 2014

ONE WORD : MANFAAT



Dalam satu pertemuan atau halaqah, saya pernah share satu hadis yang saya secara personalnya terkesan yaitu hadis berikut;


“Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”
 (HR. Thabrani dan Daruquthni)


Dah share lepas tu hurai-hurai sikit, tambah perisa, taruh ajinamoto dan sebagainya, kemudian salah seorang daripada audiences atau mad’u bertanya,

“Macam mana kita nak tahu apa yang kita buat tu bemanfaat?”




Menarik.

--------

Kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat tu bermanfaat, tapi walhal pada mata orang lain tak bermanfaat pun. Tetapi kita nak usaha kita itu bermanfaat pada orang lain. Maka kaca mata manusia sekeliling yang menilai sama ada sesuatu itu bermanfaat atau tidak perlu kita ambil kira.

Manfaat itu sesuatu yang subjektif. Ia bergantung kepada orang yang menerima dan masa tersebut. Ringkasnya, benda itu bermanfaat apabila ia paling diperlukan oleh seseorang pada waktu tersebut.

Sebagai contoh,

Tengah musim banjir hari itu, kita pergi ziarah rumah kawan-kawan kita yang menjadi mangsa. Antara manfaat yang kita boleh usahakan ialah tolong bersihkan rumah, bawak selimut, penyapu atau mop lantai. Sebab pada waktu demikian, inilah perkara-perkara atau bantuan yang mereka perlukan.

Tapi kalau kita pergi ke rumah kawan yang sama pada musim perayaan kemudian bawak mop lantai, tak ke macam sarkas gitu ? Silap hari bulan dia pun tak mengaku kawan. Eh.

So untuk menjadi yang paling bermanfaat kepada manusia atau ummah secara amnya, agaknya apakah benda yang paling umat hari ini perlukan di waktu dan saat ini?

Kerana rata-rata saya dan kawan-kawan dahulu apabila ditanya apa manfaat yang kami akan bawak dari kerjaya dan pelajaran atau perusahan kami suatu hari nanti, kami akan jawab,


“Saya akan jadi sekian sekian untuk mengharumkan nama Islam”

“Saya nak jadi orang Islam pertama yang buat itu dan ini”

“Saya nak meletakkan Islam kembali ke depan dalam bidang ini dan ini”

“Saya nak bawa produk Islam menembusi pasaran antarabangsa..”

“Orang Islam yang pertama sampai ke Pluto...”


Hmmm.
Of kos tak salah.

Tapi apakah yang umat Islam perlukan hari ini adalah nama yang harum ? Seharum mana pula tu?

Apakah benar benar umat Islam Palestine contohnya memerlukan tokoh Islam yang boleh sampai ke bulan lantas mereka boleh bersorak bertepuk tangan dan berkata, “Yeay yeay”

Apakah di Malaysia umat Islam perlu, ok you can name it.


Melihat realitiy umat sejenak!
Maka setelah melihat ke sekeliling, berapa banyak lagi bangunan pencakar langit yang harus kita bina untuk melihat keperluan umat hari ini ?

Berapa banyak lagi konsert yang perlu kita anjurkan untuk akhirnya sedar bahwa umat Islam bukannya kekurangan atau dalam fasa memerlukan hiburan ?

Berapa banyak lagi wang yang harus dibazirkan ekoran menghantar orang Islam ke situ dan ke sini, ke planet Named, ke Bulan atau ke Matahari sekalipun kononya untuk mengharumkan nama islam, untuk akhirnya kita sedar bukan itu yang kita benar-benar perlukan.

Berapa banyak lagi yang perlu kita ‘bazirkan’? 

Melihat sekitar umat yang makin tenat, tertindas, seolah tiada harapan, seolah berada di penghujung nyawa, tak kan kita nak setia sampai hujung nyawa melihat dan berputih mata. Situasi situasi ini mendesak kita untuk belajar dari seerah ar Rasul bagaimana dalam situasi yang hampir sama di zaman Mekah, Rasulullah s.a.w diutus mengembalikan harapan itu.

Ok macam poetic pula.
So apa yang umat perlukan sebenarnya?
Boleh direct tak? Heh


Ummah sebenarnya perlukan sedikit bimbingan untuk meneruskan hidup atas jalan yang benar. Kita memerlukan segolongan manusia yang boleh membwa peringatan dan berita gembira kepada ummah. Memerlukan orang orang yang boleh membawa ummah kepada Islam yang syumul, mengenal hakikat kewujudan manusia. Kerana pendek kata ummah perlukan tarbiyah.

Maka adakah salah untuk memilih menjawat apa apa jawatan ?

Of kos la tidak. Di mana kita berada, siapa kita dan posisi kita dalam kalangan manusia kebanyakan merupakan peluang untuk kita memberi manfaat yang diperlukan ini. Sudah tentu kita memerlukan para doctor, jurutera, mekanik dan banyak lagi kerjaya, tetapi kita memerlukan mereka yang bukan sekadar mengisi kekosongan lapangan ini, tapi pada waktu yang sama mampu memenuhi keperluan sebenar umat hari ini.

Kerana itu wahai kalian,

Sebelum apa-apa, persiapkanlah diri kalian untuk memberi manfaat yang ummah hari ini perlukan. Itupun jika kita benar benar mahu berinteraksi dengan hadis tadi, yakni mahu menjadi muslim yang paling baik.

Orang yang tidak ada sudah tentu tidak dapat memberi.

Mudahnya, kita sangat memerlukan individu individu yang boleh melakukan kerja pentarbiyahan, yang boleh menggalas tugas sebagai murabbi, membimbing umat hari ini. Cita-cita kita besar. Cukup besar sehingga tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya.

Jalan dakwah merupakan satu satunya jalan yang boleh membawa manfaat yang paling besar ini, yang mampu memenuhi keperluan semasa ini. Bagi yang sudah pun berjalan atas jalan manfaat ini, teguh dan tetaplah kalian. selagi mana kita di situ, selagi itu umat memerlukan kita. Selagi kita disitu, itulah takdir Allah, kerana masih ada sisa manfaat pada kita.


"..Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi..."
[QS. Ar-Ra'd : 17]


Dan bagi yang akhirnya memilih untuk berhenti dan berjalan di jalan yang lain, boleh jadi, mereka sudah tidak lagi mampu memberikan manfaat yang umat benar benar perlukan. Sudah tidak tersisa manfaat pada manusia manusia ini. Mereka hidup sendiri sendiri, bukan lagi sebahagian daripada cita-cita yang besar ini.


"Apabila kita hidup untuk diri kita semata, maka kelihatan kehidupan ini singkat dan kerdil. Ia bermula sejak kita sedar dan berakhir bersama umur kita yang terhad.

Adapun, jika kita hidup untuk orang lain, iaitu hidup untuk sesuatu perjuangan maka sesungguhnya kehidupan itu panjang lagi dalam. Ia bermula dari mana bermulanya keinsanan. Ia terus melebar selepas kita meninggalkan muka bumi ini.”
-Syed Quttb


Maka saudaraku, sempena tahun baru yang baru sahaja bertandang ini, ayuh kita ubah paradigm. Cewah. Ayuh berusaha menjadi manusia yang paling bermanfaat kepada orang lain lantas menjadi muslim yang paling baik.

Di akhirnya, tiada seorang pun yang dapat memberi manfaat kepada orang lain sebenarnya melainkan dengan izin Allah. Manfaat itu datang dari Allah, cuma mengalir melalui usaha dan batang tubuh kita.


Alirkan manfaat !
Beramal lah kalian !

5 comments:

manusia said...

sometime dah rasa cukup bermanfaat. tapi rupanya ia hanya mimpi.fuh!

agak-agak 2014 mercu tanda apa lagi yang bakal dibina? heh! tahun melawat kata mereka. ho.ho

ummah semakin tenat dan banyak yang mati . andai kita masih berdiam diri.

kerja kita. banyak dan terlalu banyak .cbe check[ al hadid :16]

btw. well written!

Abg terompah said...

bertandan ke bertandang? bertandan tu macam, setandan pisang. okbai.

btw, jzkk. (Y)

salaam.

Inspector Saahab said...

manusia : curious. siapa anda ?

Abg (?) Terompah : errr
wasalam ^^

D-SIM said...

hi.

rindu.

Inspector Saahab said...

simi : :3

tetibe buat drama sedeyh eaaa