Wednesday, May 7, 2014

SEJAHTERAKANLAH DIRIMU !




Agama Memberi Nilai

Lama sangat dah kiranya saya tidak berkongsi artikel tentang tadabbur al Quran. Dua tiga hari kebelakangan ini dibelasah teruk dengan tugasan tugasan pelajaran yang menyebabkan masa untuk menulis meruncing. Somehow, rasa sedikit los-er. Err.


Meskipun ramai boleh la cakap, belajar kerana Allah, belajar pun dakwah. Tetapi entahlah, sebab diri kita la akhirnya yang lebih tahu. Kalau duduk fikir sejenak, macam ada sesuatu yang tak kena.  Bila difikir-fikir balik, disambung puzzle hidup ini, banyak yang kita buat untuk kehidupan di masa depan yang baik kalau tidak pun selesa.

Belajar untuk dapat kerja. Kerja untuk dapat gaji. Gaji untuk beli keperluan hidup, untuk makan, beli rumah, untuk beli pakaian, tanggung kos hidup, kemudian sampai seru untuk kahwin, sara anak bini and the cycle cycles.


Paksinya rezeki. Kebanyakkan daripada kita terperangkap dalam kitaran ini. Kehidupan berpusing sekitar usaha mencari rezeki, untuk meneruskan kelangsungan hidup sehingga hari akhir. Lalu di mana Allah swt dan seruan-seruanNya yang kita laung-laungkan ? Yang kita kata hidup setiap waktu untuk ibadah ?

Tatkala kita sedang hidup berpaksikan rezeki ini,

Sekali sekala kita ‘menghadap’ Allah. Ada waktu-waktu tertentu. Waktu waktu sukar biasanya. Waktu musim peperiksaan. Waktu menerima musibah. Ditimpa bencana. Waktu kita berasa lemah dan keseorangan. Lalu kita cari Allah, sekali sekala.


Dan hal ini sekali lagi diramalkan al Quran;


Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami, dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya,dia kembali ke jalan yang sesat seolah olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan

(Yunus :12)


Kecil dan ciliknya cita-cita hidup kita. Sebab itu la, usia hanya sebilangan angka manakala agama hadhir memberikan nilai. Manusia tanpa agama, tidak bernilai, sebaliknya hanya gumpalan daging dan darah, yang menunggu masa untuk kembali ke kuburan.


Cukuplah sesi muhasabah ringkas.



Tumblr
Tadabbur Lagi

Baiklah di mana kita tadi ?

Oh kita masih di sini.



Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam keseluruhan; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

(Al Baqarah :208)


Rata-rata daripada kita sering dengar ayat ini dibaca di majlis majlis ilmu dan di jilsah jilsah tafakkur seantero dunia. Baik di dunia realitas mahupun di dunia maya, di situs situs di internet. Bahkan tidak mustahil mungkin sebahagian besar daripada kita sudah menghafalnya dalam bahasa arab beserta terjemahan!

Ya ayyuha ladzina ‘amanu’, udkhulu fi silmi, kaafah !

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya”

Begitulah lebih kurang pada pemahaman saya meneliti terjemahan Melayunya.


Pertama sekali, kita lihat ayat ini menyeru orang-orang beriman. Fokusnya kepada orang yang beriman. Ia menarik perhatian mereka yang beriman. Yang menariknya, al Quran sering kali menyeru orang beriman dengan seruan ini, yakni berbentuk fe’el kalau dari segi tatabahasa arabnya.

Fe’el atau kata kerja dalam seruan ini ialah ‘amanu’. Orang yang ‘amanu’. Di tempat lain, ada juga orang beriman digelar dengan sebutan “al mu’minun” yakni hadhir dalam bentuk isim atau kata nama. Bezanya di sini sebutan atau seruan dalam bentuk kata kerja atau kata nama.

Mesti ada signifikannya. Dalam banyak tempat, sebutan kata kerja “amanu” la yang dipilih Quran. Kenapa? Ini kerana kualiti orang beriman itu pada amal dia, bukan pada pelabelan atau cop atau title beriman yang dia miliki. Al Quran nak ajar kita bahawa kata kerja mengatasi kata nama atau gelaran. Tiada guna kita Islam tetapi perangai macam jembalang, err. Tiada guna label mu’minun tetapi jika tidak beramal.


Dan tak usah risau juga la kalau dilabel liberal, dipanggil gila atau berbagai jenis labelan yang lain kerana amal-amal kita la yang sebenarnya yang take into account. Bukannya Islamnya seseorang kerana nama dia Ahamad atau Abdul. Bukan kerana ada bin atau binti. Tetapi amal.
Begitulah yang boleh kita tadabburi daripada pendekatan ini.
Orang beriman mesti beramal.


Seterusnya, satu perintah “udkhulu” yang hadhir dalam bentuk ‘amar atau ayat seruan, yang membawa maksud masuklah!. Tunduklah. Bernaunglah!

Ke mana?
“Fi silmi”

Terjemahan biasanya meletakkan silmi itu sebagai Islam, masuk ke dalam Islam. Di sini kita dapat lagi sesuatu yang menarik, kenapa Allah swt nak suruh orang yang sudah beriman, yang ‘amanu’ yakni beriman in the sense dia beramal, masuk ke dalam Islam? Bukankah orang yang beriman ini in the first place sudah Islam ?

Sebab itu la sebenarnya terjemahan yang lebih tepat kepada ‘silmi’ adalah kesejahteraan. Bukan sahaja masuk Islam, tetapi masuk tunduk ke dalam kesejahteraan, yakni sifat agama Islam itu sendiri. Banyak yang kita boleh belajar daripada kosa kata ini.

Kalau kita masuk Islam, kononnya tunduk dengan Islam, beramal dengan Islam, tetapi tidak sejahtera, mesti ada sesuatu yang tidak kena. Kononnya membawa perjuangan Islam, tetapi tidak menawarkan kesejahteraan baik kepada diri kita mahupun kepada diri orang lain, maka perlu didefinisi semula perjuangan kita itu.

Kesejahteraan natijah daripada kita tunduk dan masuk kepadanya bukan sahaja memberi kesan kepada diri kita, tetapi kepada seluruh alam.


Daripada segi akhlak contohnya,
Kesejahteraan yang macam mana?

Sepatutnya masuknya kita ke dalam kesejahteraan ini menyebabkan akhlak kita sejahtera,aman dan tenang sehingga menarik orang yang belum Islam atau belum memahami Islam secara syumul untuk sama sama bernaung dalam agama kesejahteraan ini. Yang non muslim tertarik dengan kita, bukan rasa threatened.

Kita pula sentiasa aman, walau dicaci, diuji kiri dan kanan, dilabel itu dan ini, orang tuduh dan fitnah, orang khianati, baling batu, hamburkan kata-kata kesat, orang buat post atau artikel tabur fitnah, kita remain cool dan peaceful. Sejahtera.

Bukannya kita lawan balik. Batu dengan batu. Reply post. Buat artikel baru. Buat sidang media. Saman di court. Gaduh. Bermasam muka. Bergaduh di alam maya. Sampai beratus komen. Unfriend mad’u di facebook bila dakwah ditolak. Bukan begitu sejahteranya.


Sepatutnya seorang du’at, bila dibaling batu, kita bagi buah, persis pokok kata Hassan Al Banna, atau bila dibaling buah epal contohnya, kita bagi pie epal, tambah seorang akh, dalam versi yang lebih kelakar mungkin.

Nah, sekarang bagaimana pula dengan ‘kaafah’ ?
Kesejahteraan secara keseluruhannya ?

Ya. Aman keseluruhannya. Dalam dan luar. Rohani dan jasmani. Sehingga kita berasa sentiasa bahagia. Sehingga kita tsabat atas jalan ini. Luaran yang aman dan sejahtera sehingga tiada sisi pun daripada kita yang boleh dijadikan senjata kepada musuh Islam untuk menolak dakwah kita.

Maksudnya,

Luaran kita seolah-olah perfect,
Sehingga tiada kata-kata yang membawahkan seperti;


“Kau pun bangun tidur pukul 12, nak ajak aku usrah”

“Kata da’ie tapi datang kelas lambat”

“Konon budak usrah, tapi gelak macam jin tanah”

“Nama je budak usrah, mengumpat no 1”

“Sembang dakwah kencang, subuh pukul 8 jugak”

“Duta Islam, tapi time management macam apa dah kau ni”

“Macam mana Islam nak menang kalau da’ie macam kau asyik fikir pasal makan je”

“Berangan je lebih kau ini, beramalnya tak”


Dan banyak lagi statement panas yang menunjukkan kita belum sejahtera secara keseluruhannya. Sentap walaweh!

Begitulah sedikit tadabbur yang boleh saya kongsi. Selebihnya saya tidak mampu untuk kongsi atas sebab sebab yang kita cerita kemudian. Banyak ibrah daripada sepotong ayat ini. Belum lagi kita ambil kisah bagaimana para sahabat yang mengimani ayat ini.

Jauhnya kita daripada al Quran,
Daripada akhlak al Quran yang ada pada Rasulullah saw


Tiada manusia yang sempurna.
Tetapi marilah kita sama-sama berusaha ke arah itu.
Maka masuklah ke dalam kesejahteraan secara kaafah.
Sejahterakanlah dirimu !

Wallahu'alam

10 comments:

Inspector Saahab said...

Dalam usaha menelaah kembali bahasa arab. Doakan. atau ada cadangan cara belajar ?

chad_NH said...

makan dalam sangat. sejahtera, fuhh.

ini tulisan bukak mata. moga Allah redha.

dan hari tu baru terfikir

"Mungkin, kini luaran kelihatan lebih baik dari yang dulu.
Tetapi jiwa dan hati hakikatnya lebih keruh dari yang sebelumnya."

bajet macam menipu manusia lain. padahal ditipu oleh diri sendiri.

haila.
fuhh!

eh btw belajar bahasa arab tu. cuba time cuti sem ke amik kelas bahasa arab. tak pun sekarang ada je kan kat muka buku or mana2 belajar arab online kalau tak silap la.

Isyraf Imrani said...

Saya ada 3 cadangan

Kelas Semat Quran, Ampang
Kelas2 di UIA
Online dengan Nouman Ali Khan

Inspector Saahab said...

Chad : ok

Isyraf : wow. Tak pernah tahu kelas semat tu. btw,

kelas UIA tu boleh pergi random camtuke ? :3

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Kalau saya nak print post ni boleh tak? Jzkk

Inspector Saahab said...

Wasalam. boleh aje.

Ammar Hanapiah said...

datang jordan. biah bahasa arab disini sgt mantap. even kanak kecil mampu bertutur fasih dlm bahasa arab, penangan tarbiah parents mereka :3

Inspector Saahab said...

amvoi

:3

menarik ide itu

Anonymous said...

Banyakkan penulisan tadabbur ayat dan seerah plisss. Jazakallah.

Inspector Saahab said...

enonimos. in sha Allah. tp seerah rasanya baca buku better. ada sgt byk buku seerah yg bagus.