Monday, August 11, 2014

"AU LIYASMUT"


Suatu lagi perkara yang menarik tentang al Quran ialah, Allah swt hanya akan menerangkan perkara yang penting sahaja. Sekiranya sesuatu perkara itu tidak diterangkan secara jelas, melainkan ia soal hukum hakam yang dijelaskan oleh hadith, maka pertanyaan yang timbul disebalik ketidakjelasan itu adalah tidak wajar.


Ada masa Allah menceritakan sesuatu perkara dengan sangat detail dan ada masa-masa Allah tidak mendedahkan suatu perkara tersebut dengan begitu detail.


Sebagai contoh,

Dalam surah Al Aadiyat, yakni surah ke 100, Allah swt memulakan surah ini dengan sumpahan yang bermaksud, “Demi kuda betina yang berlari kencang dengan terhengah-hengah,”


Kebiasaannya terjemahan Melayu bagi al aadiyat ialah kuda perang tetapi dari bahasa Arabnya ia sebenarnya merujuk kepada kuda betina. Persoalannya, mengapa Allah swt begitu detail menyebut kuda betina?



Pada pandangan pertama, mungkin kita tidak akan mengajukan persoalan ini kerana dilihat tidak penting. Tetapi sekiranya Allah swt menjelaskan dengan sedemikian rupa, maka ia mesti sesuatu yang penting. Ada mesej yang penting di sebalik pendetailan itu, jika tidak mesej yang dibawa oleh surah itu tidak sampai. Bak kata mereka yang berkata, tak umphh.


Dari segi hukum alamnya, jantina haiwan memainkan peranan penting untuk menerangkan kelebihan haiwan tersebut. Sebagai contoh, apabila bercakap soal nyamuk (ok serangga bukan haiwan), umum mengetahui nyamuk betina sahaja yang menghisap darah. Maka kalau nak bercerita tentang hisap darah, tidak wajarlah watak nyamuk jantan digunakan. Lagi, kalau bercakap pasal ayam yang berkokok pula, ayam jantan sahaja yang berkokok.


Kalau seseorang itu bercakap tentang ayam betina yang berkokok, maka nampak sangatlah dia tidak berilmu dalam hal sedemikian. Itulah flaw manusia. Tetapi tidak dalam al Quran yang flawless itu.


Kerana apabila suasana perang yang ganas, dahsyat dan mendebarkan yang hendak digambarkan dalam surah ini, maka wajarlah watak kuda betina digunakan. Ini kerana kuda betina lebih gagah di medan perang berbanding kuda jantan. Hebak bukan. Yang lebih hebak, begitulah Allah swt menjaga al Quran daripada segenap sisi supaya tidak dapat dipertikaikan lagi keajaibannya.


Pokok pangkalnya, benda detail dalam al Quran itu penting, dan jika tidak diterangkan dengan detail, maka tak penting la tu.


Mari kita lihat perkara-perkara yang tidak dijelaskan dengan terperinci.


Surah Yusuf.


Allah Azza Wajal mengi’lan surah Yusuf dalam al Quran sebagai surah penceritaan yang paling baik. Ahsanal qasas. Box office gitu. Surah Yusuf merupakan satu-satunya surah yang menceritakan perjalanan hidup seorang Nabi daripada awal sehingga akhirnya secara lengkap.

Allah swt berfirman,


“Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik…”
(Yusuf: 3)


Antara ciri-ciri sebuah cerita yang paling baik, yang kita juga boleh fikirkan ialah banyaknya konflik yang melanda watak utama. Watak utama pula seakan akan tidak ada masa depan semasa permulaan dan perkembangan cerita tetapi akhirnya menjadi hero. Selain itu, ciri-ciri cerita yang baik mempunyai banyak watak. Begitulah sedikit sebanyak yang kita dapat daripada surah Yusuf.


Suka saya untuk bercakap soal watak yang banyak.


Andai kita menonton satu filem yang mendapat anugerah Oscar contohnya, yang mana dimainkan oleh banyak watak, kita merasakan sangat perlu untuk watak ini dinamakan. Tidak feel dan memuaskan jika watak watak ini dirahsiakan identity mereka, atau sekadar dinamakan A,B,C atau D. Lebih lagi jika watak dalam novel, yang mana wajah mereka tidak dapat dinikmati, kita mendambakan nama mereka didedahkan.


Namun berbeza dalam surah Yusuf. Memang terlalu banyak watak yang berperanan dalam surah yang paling baik ini. Adanya Nabi Yusuf as sebagai hero, bapanya Nabi Ya’kub, sebelas orang lagi saudaranya, ibunya, pembesar mesir, perempuan perempuan di mesir, isteri pembesar, pedagang dan banyak lagi.


Yang menariknya, al Quran hanya mendedahkan nama Nabi Yusuf as dan Nabi Ya’kub as. Bahkan nama watak ibunya dan adik beradik yang tidak kurang penting dirahsiakan. Kerana apa?


Kerana di sisi Allah tak penting pun untuk kita tahu nama mereka. Andai kata nama saudara-saudaranya itu ada Alehanndro, Benjamin, James, Persie dan sebagainya, so apa yang kita dapat ? Informasi yang tidak membangkitkan iman. Bahkan mungkin perhatian kita akan melencong kepada nama-nama ini tanpa melihat pengajaran besar surah ini.


Keduanya hikmah Allah swt merahsiakan nama mereka ini mungkin untuk menjaga keaiban suatu nama apabila watak yang dinamakan itu adalah watak yang melakukan perkara yang tidak baik dalam jalan cerita itu. Ada mesej di situ bahawa kita mengambil pelajaran daripada kesilapan seseorang tetapi tidak mendikriminasi dia sebagai seorang manusia.


Begitulah, benda yang tidak penting tidak wajar mendapat tempat dalam al Quran. Allah swt begitu menjaga status kemukjizatan al Quran.


Ada satu lagi contoh yang lebih jelas untuk kita sama-sama lihat daripada sekelian banyak contoh, meskipun anda sudah dapat pointnya, tetapi suka hati sayalah saya nak cerita juga contoh ini. Erk.


Dalam Surah al Kahf, surah yang pada permulaannya bercerita tentang pemuda al Kahf, sekumpulan pemuda yang melarikan diri dan berlindung dalam lindungan Allah swt dalam sebuah gua, Allah swt tidak mendedahkan berapa bilangan mereka. Sehinggaa persoalan bilangan mereka diperdebat sesame manusia dan hal ini dirakam oleh surah berkenaan.


Untuk itu, mari kita meninjau ayat berikut;


Nanti (ada orang yang mengatakan), “(Jumlah mereka) tiga, yang keempat adalah anjingnya” dan (yang lain) mengatakan, “(Jumlah mereka) lima, yang keenam adalah anjingnya,” sebagai tekaan terhadap apa yang gaib,

Dan (yang lain) mengatakan, “(Jumlah mereka) tujuh, yang kelapan adalah anjingnya,”. Katakanlah, (Muhammad)


“Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka, tidak ada yang mengetahui mereka kecuali sedikit. Kerana itu janganlah engkau berbantah tentang hal mereka, kecuali bantahan lahir sahaja dan jangan engkau menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda) itu kepada siapa pun”

Al Kahf :22



Saudara,


Daripada keseluruhan cantuman pengajaran ayat ayat Quran di atas, ada satu mesej yang sangat besar yang dapat kita teladani daripada al Quran. Yakni, Allah swt hendak mengajar kita supaya tidak melibatkan diri dengan perbincangan dan persoalan atau percakapan, hal-hal yang furu’, remeh dan temeh.

Merenung sejenak ke dalam perbuatan kita seharian, terlalu banyak kita melibatkan diri dalam perkara yang tidak bermanfaat ini. Perbincangan yang akhirnya tidak membawa kita maju ke mana-manapun. Perbualan yang tidak membangkitkan iman dan apatah lagi jika memberanakkan dosa. Sama ada di dunia reality bersama rakan sekerja, atau bersama ikhwah dan akhawat dan apatah lagi di alam maya yang sangat kelaut isunya.



Sekiranya ia perkara tidak penting maka tinggalkanlah.
Sekiranya perbualan itu tiada matlamat maka diamlah
Sekiranya perdebatan itu berkenaan hal hal remeh, maka jauhilah


Saya akhiri artikel ini dengan satu petikan ucapan, entah la ada kaitan ke tak, erk



“Dalam masa yang sama, rakyat atau golongan majority ummah pula secara zahir membuat pengakuan melalui lidah mereka bahawa tumpuan mereka hanya berlegar sekitar soal kehidupan. Seolah-olah mereka tidak pernah dikurniakan oleh Allah sebarang agama yang boleh menjadi bahan perbualan mereka atau boleh mengisi masa untuk mereka bincangka”

-Al Maududi


ps: Tidak dapat update seregular biasa kerana laptop rosak. Sape nak belanja satu boleh pm wahaha. Erk.


2 comments:

Anonymous said...

Jd, amat perlu utk elakkan bertanya & berbahas perkara yg x membangkitkan iman&membuahkan amal...
Tp, jgn pula sampai fikiran kt tertutup&sempit dgn x mengajukan soalan.
Malu bertanya sst jalan.
Persoalan juga dapat menambahkan keyakinan utk kita terus beramal...
Jzzk ats perkongsian.

Anonymous said...

Ingat tak kata2 Ishab yg lebih kurg brbunyi, aku suka kebebaran ditunjukkan oleh lidah lawanku. Tau tak cimplete sntbces? Boleh share sni x?