Saturday, August 23, 2014

SENTUHAN AL AKH #23



Courtesy of Facebook

Siapa kata dakwah dan tarbiyah tidak memerlukan sumber kewangan yang boleh tahan besar dan berterusan memang tipulah. Bahkan antara elemen yang penting untuk memastikan kelangsungan dakwah di sesuatu tempat, adalah dengan adanya sumber kewangan. Sehinggakan kerana krisis kewangan, ada al akh yang berundur daripada gerabak ini. Besar bukan?


Begitulah kita dapati dalam al Quran, tiap-tiap kali Allah swt bercerita tentang jihad, perkataan jihad hampir kesemuanya akan disusuli dengan perkataan al mal yakni harta kemudian an nafsi yakni dirimu, nyawamu melainkan hanya pada satu tempat sahaja perkataan nafsi mendahului perkataan al mal. Satu tempat itu kita dapati dalam surah At Taubah, ayat yang aku yakin dihafal sudah oleh kalian;


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh..”

(At Taubah :111)



Begitulah akh ini seorang, selaku bendahari kehormat dalam perkumpulan usrahnya, dia justeru masak benar dengan kesulitan kesulitan berbentuk kewangan yang dihadapi oleh al akh yang lainya. Sehinggakan, dia ada masa-masanya tidak sampai hati untuk menghantar pesanan-pesanan kepada ikhwan yang lain tentang peringatan untuk melakukan infaq bulanan. Kerana hampir setiap kali pesanan dihantar secara pukal, pasti ada yang menjawab,


“Aseef, ana akan cuba usahakan”


Akh itu benar benar menjadi saksi bagaimana seorang akh diuji oleh Allah swt dengan ujian berbentuk wang ini, yang mana setiap kali dia berada di posisi menyaksikan kesulitan itu, dia tersentuh.  Namun yang lebih menggentarkan jiwa, ada al akh yang tatkala dia dihurung masalah kewangan, masih mampu melakukan infaq secara konsisten. Bahkan ada jumlah infaqnya menakjubkan, menginsafkan si bendahari kehormat.


Di acara lain, selain daripada wang yang diperlukan untuk infaq bulanan, untuk tabung dakwah dan aktiviti tarbiyah, entah mengapa kerap kali juga ikhwah diuji dengan tragedi tragedi yang memerlukan peruntukan wang yang besar untuk keluar daripada ujian tersebut. Dan di setiap tragedi yang menimpa, ikwah pasti akan melancarkan tabung kilat, maka adalah al akh yang merenung tabung itu dan bersedih kerana tidak mampu menyumbang.


Benarlah kami teruji dengan jihad harta ini. Ujian yang menimpa seorang al akh adalah ujian untuk semua. Ia merupakan ujian untuk melihat sejauh mana ikhwah disekeliling komited untuk membantu seorang al akh yang berada dalam fasa kesusahan. Ia mengajar kami erti mujahadah dan tawakal kepada Allah swt, bahawa betapa Allah swt lah yang mengagih-agihkan rezeki kepada hamba-hambaNya dengan adil dan rahmah.


Berbalik kepada  soal dakwah dan wang, kewangan memang unsur penting.


Untuk menyantuni mad’unya, untuk membayar bil rumah ikhwahnya, untuk menanggung kos program tarbiyah sama ada yang berkala bulanan mahupun mingguan, untuk kos petrol yang di mana ada al akh yang bergerak dari satu bandar ke banda yang lain untuk sesi halaqah, untuk kos bayaran tolnya, dan tidak lupa untuk hal hal persendirian akh itu, kerana akhirnya ikhwah itu juga manusia, yang harus makan, minum dan mendapatkan keperluan-keperluan asas yang lain.


Maka bukan tak banyak akh yang berada dalam dilemma.


Sehinggakan ada kisah kisah bagaimana al akh berkorban perihal kewangan ini yang benar benar menyentuh hati akhnya yang lain. Wahai!


Suatu hari, seorang akh mendapatkan akh yang lain, bertanyakan khabar dan apa apa mushkilah yang mungkin dia boleh sama-sama usahakan.

“So far ok? Ada masalah pape tak?”


Tetapi sudah menjadi tabiat ikhwah, meskipun masalahnya banyak, dia hanya mampu bermanis muka, mengukir senyuman seolah-olah tidak ada apa apa yang berlaku.


“Hmm. Cerita je kalau ada masalah. Study ke? Mad’u ke akhi? Masalah duit ke?”

“Alhamdulillah. Study so far ok lagi. Mad’u pun boleh la slow slow. Yang duit tu terasa jugak la sikit. Sewa rumah dengan kos pakai kereta, macam banyak juga la”

“Oh. So sekarang macam mana nak manage?”

“Kena jimat la kot. Control belanja, masak kat rumah, camtu la”


Subhanallah!


Begitulah al akh itu yang seorang. Komitmennya kepada dakwah dan tarbiyah sehingga dia sanggup korbankan urusan dirinya. Tidakkah kalian tersentuh?


Yang membuatkan aku lagi lagi tersentuh, dia bukanlah al akh yang sudah lama atas jalan dakwah, bukan yang sudah menghadiri sekelian banyak program, tetapi begitulah semangat dan keimanannya justeru membuktikan tempoh keberadaan atas jalan ini tidak membedakan seorang akh daripada akh yang lain, melainkan amal dan taqwanya.


Benarlah, di bumi Malaysia yang kita cintai ini, bukan sahaja ikhwah, pelajar pelajar institusi pengajian tinggi lebih lebih lagi yang berada di kota metropolitan Kuala Lumpur ini pun mengalami masalah yang sama. Bayangkan! Mereka yang tidak ada komitmen pada mad’u, tiada komitmen dengan urusan dakwah dan tarbiyah pun kesempitan. Apatah lagi seorang al akh!


Dan di kesempatan lain, akh itu mendatangi akh yang lain pula, bertanya hal yang sama. Kali ini antara jawapan yang diusulkan akh itu, lagi menyentuh akh itu!


“Ana dah bincang dengan naqib, dia kata ok je ambil PTPTN, boleh bayar ansuran kereta. Amik sekadar perlu la, parents pun cakap ok. ”


Allahu akbar!

Aku tidak membayangkan konsdisi ini berlaku. Ini yang didapati daripada seorang akh, bagaimana dengan yang lain?


Begitulah, akh itu sehingga sanggup mendapatkan bantuan PTPTN yang umum ketahui kadar bayarannya yang menggila, semata mata untuk menyantuni mad’u, untuk kos kereta dan kos rumah ikhwah yang disewanya berasama yang lain.


Akhi, kau telah benar-benar membuatkan diriku tersentuh!



Benarlah, benarlah cerita yang sampai ke telinga kita, Abu Bakr r.a telah memberikan segala-galanya untuk kelangsungan dakwah ini, sehingga yang ditinggalkan olehnya untuk anak anak dan isterinya ialah Allah dan RasulNya. Takbir bergema!


Lalu bagaimana dengan kita yang masih mampu hidup mewah ini ? Ke mana wangmu berlalu pergi ya akhi? Kalian?


Yang merisaukan aku, dan juga menyedihkan, ramai yang setelah terikat dengan tabung PTPTN ini kemudiannya hidup kembali seperti robot, kerana mahu skor peperiksaan, supaya bayaran dapat dikurangkan. Tekanan daripada ibu bapa untuk cemerlang makin dahsyat. Maka mulalah sedikit demi sedikti perhatian dan komitmen kepada dakwah dan tarbiyah luntur. Aku risau!


Maka apa solusinya?


Ramai yang berkata,

“Business akhi”

Ya.


Benarlah berniaga itu sumber kewangan yang boleh diharap. Cuma, sekali lagi aku risau, business apa yang sesuai untuk akh yang kesempitan wang, pada waktu yang sama masanya banyak perlu disumbangkan untuk membina rijal rijal umah, banyak terpaksa berkejar kejar ke program tarbiyah?


Sebab itu, sungguh menyentuhkan hati apabila didapati ada ikhwah yang terpaksa mempromosi businessnya kepada teman teman ikhwah juga, dalam halaqah pula. Kerana seolah-olah itulah masa yang dia ada untuk memasarkan produknya, dan seolah-olah sekumpulan kecil manusia itulah pelanggan harapannya. Bahkan iklan iklan ikhwah ini berebaran dalam kumpulan kumpulan aplikasi whatsApp.


Dilemma ikhwah.


Aku menjadi saksi ikhwah, akan pengorbanan mu. Dan ketahuilah ini semua cukup menyentuh al akh itu. Sehingga setelah merenung kesemua permasalahan ini, lalu akh itu menyatakan tekad,


“Aku mesti fikirkan sesuatu untukmu akhi...”


Dan sementara itu, untuk sekalian al akh yang sedang berkorban, aku bawakan sekali lagi firman Allah swt tadi,


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh..”


Sesungguhnya kita semua telah menyahut firman ini, dan kita sedang menempah ticket untuk ke syurgaNya. Bertahanlah akhi!



Dan teruskanlah dengan sentuhanmu yang menggugah itu !


ps : Saya berhasrat untuk membukukan siri ini. What say you ? Erk

7 comments:

Anonymous said...

Benar, yg membuat kami adik2 mula2 tertarik dgn jln Dnt ni bila melihat pengorbanan2 yg dberikan murabbi n d gang. Sehingga kami terfikir, apa yg drive mereka hingga tahap itu.

Ya, Bukukan siri ini!

Anonymous said...

Tersentuh

Anonymous said...

In shaa allah. Saya setuju! Moga Allah merahmati dan memberkati segala usaha. Tp kisah2 ni benar2 bg inspirasi pd saya. T_T

Anonymous said...

i havent faced such conditions.. mungkin kerana belum benar2 all out! T.T

anis said...

Boleh bukukan.

Sarah Imtiyaz said...

Sgtlah dialukan utk bukukan kisah2 benar . Utk menunjukkan masih ada manusia2 brjiwa bsar sprt para sahabat dahulu . Hidup ..

Anonymous said...

inshaAllah kalau bukukan saya akan beli.