Tuesday, March 10, 2015

UMI






Bukan homescik. Tetapi entah kenapa, setiap kali tamat cuti di rumah dan tiba waktu untuk pulang ke medan amal yang sebenar, hatinya sering berat. Berat untuk meninggalkan rumahnya, tempat dia jatuh bangun di waktu kecil dahulu tatkala mula mula belajar bertatih, berjalan dan seterusnya berlari.

Udara kampung yang nyaman, kucing kucing jalanan yang bermain manja dan mesra di kaki lima rumahnya, bunyi bunyian pelepah pelepah kelapa bergeseran sesama mereka tatkala disapa bayu petang yang redup, semut semut hitam yang bekerja tanpa kenal erti penat dan futur, dan banyak lagi sudut alam yang sinonim dengan kampung halamannya terus menerus melekat di hati.

Seakan sukar untuk melepaskan semua itu pergi.

Semakin mendekat hari untuk pulang ke kampus, untuk meneruskan amanah menuntut ilmu, dan lebih daripada itu untuk meneruskan amanah dakwah di pundaknya, seakan akan terasa makin kuat dayat tarikan itu.

Namun, apalah sangat semua itu. Maka, digagahi jua. Usai langkah langkah terakhir meninggalkan rumah selangkah demi selangkah, dia menoleh dan melambai Umi buat kali terakhir, untuk persinggahan kali ini. Umi lah daya penarik paling besar untuk si anak terus berada di rumah, untuk pulang ke rumah.

Begitulah Umi bagi seorang anak. Tidak cukup ruang yang ada untuk ditulis satu persatu betapa besarnya peranan Umi.

Umi adalah perkataan bahasa Arab yang seerti dengan ibu saya. My mother. Dan terjemah-terjemahan yang lainnya la.

Al Quran saat pertama kali turun kepada generasi para Sahabat  sering mendatangkan mesej mesej peringatan dalam bentuk yang tidak diduga, tidak disangka, penuh kejutan dan unsur suspen. Ia menyebabkan (pendapat) mesej yang dibawa dalam perlbagai bentuk itu terus subur hidup dalam jiwa para sahabat.

Umpamanya,

Allah swt berfirman,

“Fa ummuhu Haawiyah..”


Ayat dalam Surah Al Qari’ah di atas menjelaskan tentang dahsyatnya penyiksaan dan ganjaran buat ahli neraka. Allah swt menggunakan perkataan Ummuhu. Ummu ialah Ibu manakalah suku kata ‘hu’ merujuk kepada dhomir, atau ganti nama ‘dia’ especially untuk lelaki.

Sungguh mengerikan apabila neraka Haawiyah itu dinisbahkan sebagai ibu bagi penghuninya. Jauh sekali menyimpang daripada apa yang kita faham tentang perkataan Ummu, atau Umi.
Seolah-olah Allah swt nak bagi tahu, buat mereka ini, neraka itulah ibu mereka. tempat kembali, tempat nak minta pertolongan, tempat nak dapat kasih sayang, tempat nak rasa masakan sedap, itulah dia tempatnya! Hawiyah!

Pemilihan kosa kata yang sangat tepat untuk membawa mesej kedahsyatan ini dengan kadar kedahsyatan yang tidak dapat diotakkan oleh otak yang terbatas ini. Agaknya inilah pengalaman pengalaman tarbiyah para sahabat dahulu, mendapat tarbiyah secara langsung daripada al Quran, dengan redaksi ayat yang membekas ke dalam jiwa, tatkala dibaca ayat ayat ini oleh Rasulullah saw kepada mereka.

Neraka ini sangat dahsyat.

Jika kita dapat bayangkan suatu suasana yang dahsyat, maka ketahuilah neraka itu lebih lagi daripada itu.


Namun sangat aneh kita lihat hari ini, cara Muslim sendiri menjalani hidup dengan pesta maksiat, membuat onar secara terbuka, pergaulan bebas di bilik bilik kuliah, dengan pakaian mendedah aurat, bercakaran di khalayak, meninggalkan solat, mencuri, membuat fitnah fitnah tidak berasas, dilakukan dengan penuh yakin, yakin bahawa tidak ada tempat yang kita namakan sebagai neraka itu.

Seolah-olah benda ghaib itu sudah tidak mendapat tempat dalam sudut keimanan kita.

Sebenarnya saya tertanya-tanya, bagaimana sebenarnya didikan ataupun tarbiyah yang berkesan daripada Rasulullah kepada para sahabat, yang mana hanya bercerita tentang teori semasa berada di zaman Mekah, para sahabar r.a ajmain begitu hangat membara keimanan mereka.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan program kita  barangkali.

Mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari tatkala kita telusuri ayat tadi, bagaimana mesej mesej syurga neraka ini dibawa dalam bentuk yang berbeza-beza oleh al Quran.

Benarlah saranan ini;

“…dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.”

(An Nisa :63)

---
Random.

3 comments:

Anonymous said...

dalam usrah perlu ada mehwar imaniyyah. kena ada sentuhan2 yg buat kita rasa nak menangis, merasai kebesaran Allah. kena rasakan adanya syurga dan neraka sehingga kita menangis kerana takut untuk dicampakkan ke dalam api neraka dan takut untuk tidak dapat masuk ke syurga.

-pakcik hassan

Ainaa Athirah said...

Salam wbt. Jazakallahu khairan kathira! Since 2012 (lost count, x igt dh eheh) sy start baca blog anda. Dan anda buat saya sangat suka part anda tulis pasal tafsir neh. Im proud of you bro. Moga Allah juga redha dengan anda. Next book pasal tafsir, boleh?

inspector saahan said...

Wasalam alaikum wbt. Jzkk atas masukan. Insya Allah next buku adalah himpunan cerpen bawah suluhan surah al fatihah. Nantikan ye. Biidznillah.