Friday, April 29, 2016

MENGEMBALIKAN LEGASI MURABBI




Ungkap Sayyid Quttb,


Dalam ayat ini Allah tidak mengatakan “telah datang seorang dari dari kamu (minkum)” malah Ia mengatakan “dari (kalangan) diri kamu”  (min anfusikum) kerana ungkapan ini lebih peka dan lebih mendalam hubungannya serta lebih memperlihatkan semacam hubungan yang rapat yang mengikat mereka dengan beliau, iaitu beliau adalah sebahagian dari diri mereka yang mempunyai hubungan jiwa yang lebih mendalam dan lebih peka.
Berikut ialah ayat yang dimaksudkan;





Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
(At-Taubah :128)


Sekali lagi kita mengambil buah fikiran serta fiqh dakwah yang diungkapkan oleh Sayyid Qutb melalui penfasiran Quran, fi zilalil Quran.

Suatu pandangan yang cukup halus dan mengesankan jiwa. Menceritakan  bagaimana sepatutnya menjadi satu sosok murabbi. Murabbi tidak sekadar dating mengelola  halaqah seminggu seklai dan kemudian bertemu pada pertemuan minggu berikutnya.


Murabbi bukan sekadar datang seacara fizikal, bertanya khabar seputar kehidupan anak binaanynya lalu dia pun berlalu pergi. Dia bukan sekadar sebahagian daripada anak binaan kerana di sana ada hubungan hubungan lain seperti hubungan tinggal setempat, hubungan pelajaran senior dan junior, hubungan cikgu dan guru mahupun hubungan rakar sejawatan.


Tidak. Ternyata.


Lalu siapakah murabbi?


Tidak sanggup untuk kami tulis sosok seorang murabbi itu. Kerana kisah mereka tidak perlu diagungkan dalam tulisan tetapi tersemat dalam jiwa jiwa manusia yang disentuh oleh mereka. Mereka ialah kitab-kitab yang bergerak, dengan segala kudrat yang ada, membaca ayat-ayat Allah, duduk dan tinggal bersama binaannya. Sehingga ia melupakan sebahagian urusan dirinya, kerana di hadapan kedua matanya yang kelihatan ialah anak binaannya.

Ia datang dengan penuh senyum dan kelembutan, bersedia mendengar dalam keadaan dia sendiri penuh banyak yang hendak diluahkan.



Mari kembalikan sosok kemurabbian itu, yang menjadikan dakwha dan tarbiyah nafas dan nadinya.

No comments: