Sunday, December 4, 2016

HALAQOH DENGAN RASULULLAH




"Khi, kalau kita dalam masjid, tengah baca Quran, lepas tu ada kuliah, yang mana patut kita buat? Terus baca Quran atau dengar kuliah?" Tanya Akh A kepada Akh B yang juga teman serumahnya suatu ketika.


"Hadaf kuliah dengan baca Quran ni antaranya nak dapatkan pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri. Kalau dapat capai dengan dengar kuliah, elok dengarlah kuliah tu. Banyak keutamaan majlis ilmu"

"Oh" Sambil mengangguk, faham.

"Tapi kalau kuliah mengarut, cerita politik, hentam orang sana sini atau asyik cerita pasal jimak, duk gelak tak tentu pasal, anta teruskan la baca Quran, haha"


Lalu pada malam itu, Akh A mengambil satu sudut dalam masjid berhampiran rumahnya. Sejak ikut tarbiah, dah lama tidak luangkan masa mendengar peringatan daripada kuliah kuliah di masjid. Alasannya agak boleh diterima. Selalu waktu antara magrib-isyak adalah waktu turun ke medan amal, ziarah binaan, bertanya khabar, makan bersama dan sebagainya.


Atau ada dalam kalangan orang tarbiah lebih prefer dengar pengisian daripada kalangan yang ikut tarbiah juga. Reason being, takut nanti fikrah ustaz ustaz kat luar sana macam-macam, nnti bercampur baur. Sedangkan kuliah atau pengisian atau baca Quran nak dapatkan peringatan untuk diri, untuk lembutkan hati etc. Dengar, kemudian filter mana yang perlu, dan ambil manfaat dari siapa-siapa pun

Nastaghfirullah.


Tapi malam tu ditakdirkan Allah tiada kuliah magrib. Akh A menyandarkan belakangnya ke dinding sebelah kiri, betul-betul di bawah bayu penyaman udara. Spot yang baik, nyaman, tenang lagi mantap.

Dia menyeluk saku. Samsung Galaxy Note dikeluarkan. Quran apps for android, icon Quran apps dipilih. Memulakan bacaan di tempat dia berhenti. Surah Muhammad. Satu ayat ni menarik. Spotted. Ayat 16.


وَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ حَتَّىٰ إِذَا خَرَجُوا مِنْ عِنْدِكَ قَالُوا لِلَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مَاذَا قَالَ آنِفًا ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ


Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan perkataanmu sehingga apabila mereka keluar dari sisimu, mereka berkata kepada orang yang telah diberi ilmu pengetahuan (sahabat-sahabat Nabi):

"Apakah yang dikatakannya tadi?" Mereka itulah orang-orang yang dikunci mati hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka.

57:16


Huh.

After some time ikut tarbiah, kadang kadang kita mula demand. Bila dah dengar banyak pengisian, jumpa macam-macam jenis Sheikh, baca kitab itu kitab ini, kita mula rasa aktiviti rutin seperti halaqah mingguan itu sudah tak relevan. Kita rasa perkongsian murabbi dalam liqa kering. Kita rasa nak tukar murabbi. Performance ahli liqa pula mengecewakan. Asyik tidur, tak respon, kerja tak siap, perkongsian pula biasa biasa, bosan... Etc.

Macam-macam kita rasa. Kenapa? Kenapa?


Kita rasa kita kena move on. Stagnant kalau masih nak liqa yang dua tiga jam seminggu tu. Rasa perubahan diri dah tak berlaku. Rasa ayat-ayat Quran pun dah tak bagi efek. Sering kita tengok orang sekeliling kita punya masalah.

Little did we know,


Di era Rasulullah saw, ada orang yang attended liqa bersama nabi. Murabbi dia ialah Rasulullah saw. Yang bagi perkongsian ialah Rasulullah saw. Bapak segala murabbi. Mestilah dah habis basah dan merecik-recik. Dan ahli liqa mereka ialah para sahabat yang kerja mereka menjadi mujahid di siang hari dan rahib yang menangis di malam hari.

Yet, orang-orang macam ni selepas meninggalkan majlis nabi, boleh pula diorang tanya,

"Eh tadi apa yang dia (Rasulullah) cakap?"

Astaghfirullah.

Rupa rupanya orang-orang ni walaupun hadir dalam majlis ilmu bersama Rasulullah, tetapi tak dapat manfaat juga. Tak fokus pun. Peringatan peringatan yang datang kepada mereka seolah-olah sia-sia. Ada juga orang macam ni. Jadi kita nak salahkan siapa? Murabbi mereka? Ahli halaqah mereka ?

Kemudian Allah kata mereka ini ada 2 sifat.


1) Hati terkunci
2) Ikut al-hawa


Persoalannya, kenapa agaknya kisah orang-orang macam ni ada dalam Quran ? Sebab kewujudan mereka ni evergreen. Watak-watak ni sentiasa ada. Orang yang berbeza. Tapi sama ciri-ciri dia.
Jadi untuk kita-kita yang rasa ada simptom penyakit ni, hisab lah diri. Tanpa menafikan mungkin benar faktor external seperti murabbi tak perform, orang lain yang men-downkan. Tetapi periksalah diri kita dahulu. Kalau rasa kering, tidak terisi, dah tak boleh committed dengan program tarbiah etc, boleh jadi kita juga ada 2 masalah besar ni. Allah dah kunci hati, nauzubillah, dan mungkin dah lama bergelumang dengan al hawa', sehingga kita gembira dengan keadaan kita itu.


Jadi, berdoalah supaya dibuka pintu hati oleh Allah swt, tinggalkan bisikan-bisikan al-hawa', move on juga, tapi in this sense.

Akhi, ayuh kembali kepada Allah!

Terima kasih Akh A!


4 Syawal 1437H

No comments: