Thursday, April 13, 2017

APPLY CUTI DARI DAKWAH




“Kenapa Akh H tak datang?” Lirik mata ke meja putih. Kosong dan hambar.

“Tawaqquf” –Ringkas.

“Apa tu?”

“Murabbi bagi dia tawaqquf jap, sort of cuti. Attend liqa je. Sebab masalah tertentu”

“Wah, ada eh option macam tu”

“Sepatutnya takde khi, huhu”

“Jadi ?”


“Budi biacara murabbi. Terpaksa la cari jalan keluar. Sebab tarbiyah ni bukan semata-mata kita ambil berat pasal prestasi dakwah, dah hafal hadis no berapa, atau mutabaah macam mana, tapi juga hal-hal manusiawi, yang ramai terlepas pandang..” Bukan senang jadi murabbi. Dilemma. Kadang-kadang tersepit dengan keadaan-keadaan binaan masing-masing.

“Oh..”

“Kenapa?”

“Banyak lagi nak kena belajar..”


“Huhu, belajar kan lifelong process..”


A pat on the back. Lembut. Manja.


---


Beberapa bulan kemudian.


“Salam. Boleh share ke results hari tu macam mana?”

“Sedih. Tak sanggup nak share. Nk apply cuti je rasa”

Terkedu si penanya.


“Allahu Akbar. Semoga apa yang berlaku, kita sabar dan menekuni hikmah yang mendatang. Yang cuti tu, serius? Boleh consider”

“Mana boleh amik cuti huhu, nantikan tinggalakn sunnah buruk pula”


Semoga saf dakwah ini terus diisi oleh akh sepertimu, terus maju di saat urusan kehidupan membuatkan seluruh fikiranmu bingung. Semoga Allah kuatkan tulang punggung kalian, buat semua daie dan murabbi yang dilanda dilemma seperti ini. Kita memang merindukan sosok-sosok seperti ini dalam gerabak ini.


Supaya gerabak yang usang ini kembali ceria dan bertenaga, dengan bertambah bilangan penumpang. Kita tidak mahu penumpang yang sedia ada terpaksa menangisi kesilapan semalam, menjemput orang yang tidak sepatutnya menggerakkan gerabak ini.

Tuesday, April 11, 2017

BUAT AKH YANG KEKECEWAAN



Khowatir Surah Qasas



Surah Qasas merupakan antara surah yang sarat dengan pengajaran-pengajaran yang begitu dekat dengan para duat, pejuang kebenaran yang menempuh jalan yang sukar dan hari-harinya berhadapan dengan kejadian-kejadian yang boleh mengecewakan dan mematahkan semangat.


Sekali lagi, seperti  mana banyak kesempatan dalam surah-surah yang lain, Allah swt menjadikan kisah nabi Musa as sebagai latar surah ini, untuk diambil dan dinikmati pengajarannya. Sungguh istimewa sosok nabi Musa ini kerana kisah-kisahnya sering menjadi rujukan para daie. Alangkah besarnya manfaat dan kebaikan yang mengalir buat nabi Musa. Ternyata beliau layak mendapat kemuliaan dan penghargaan ini. Begitulah Allah mengangkat hamba-hambaNya yang banyak bekorban dan berjuang untuk agamanya, mereka tidak akan dilupakan dan ganjaran untuk mereka tidak putus-putus.

Baiklah, berbalik kepada surah Qasas.


Uslub atau pendekatan surah Qasas ini memiliki keistimewaan tersendiri. Di awal surah, Allah swt menyebut beberapa janji Allah kepada bani Israel dan juga kepada keluarga nabi Musa. Kumpulan ayat yang menyebut sebilangan janji-janji Allah ini boleh dikatakan ‘trailer’ atau ‘prolog’ bagi keseluruhan surah. Kemudian, dalam saki baki ayat yang seterusnya, sedikit demi sedikit, satu persatu janji yang Allah sebutkan ini menjadi kenyataan dalam kisah nabi Musa. Storyboard nya sungguh epik dan memukau.


Tidak hairanlah, Syeikh Amr Khaled mengangkat tema “Thiqah dengan Janji Allah”[1] bagi surah Qasas ini. Kerana bagi orang yang yakin dengan janji Allah, dia tidak akan berhenti di separuh jalan perjuangannya, dia akan bertahan, bertenang dan meneruskan perjalanan takdir yang Allah tetapkan sambil menunggu dengan penuh tawakal dan sabar dalam beramal untuk menunggu kebenaran janji Allah swt.


Keseluruhan sifat ini ada pada nabi Musa as.

Selain daripada mencungkil tema surah dengan mengkaji ayat-ayat dalam surah ini, Syeikh juga berkongsi hikmah mengapakah surah ini dinamakan al-Qasas.

Dari segi bahasa, Qasas bermaksud kisah-kisah. Dalam surah ini, perkataan ini muncul pada ayat ke 25 tatkala nabi Musa menceritakan kisahnya kepada si ayah kepada dua perempuan yang ditemuinya dalam perjalanan pelariannya dari kezaliman firaun.

“...maka tatkala Musa mendatangani bapanya dan menceritakan kepadanya cerita mengenai dirinya..”
(Al-Qasas :25)


Barangkali surah al-Qasas diangkat menjadi nama surah berikutan kisah nabi Musa ini. Sebenarnya, perkataan qasas berasal dari perkataan qoso, yang juga membawa maksud mengikuti, to follow. Ini selari dengan pengunaannya dalam ayat ke sebelas. Ketika mana ibu musa menyuruh kakaknya mengikut atau ‘trace’ jejak nabi Musa,

Al-Quran menyebut perkaataan ‘qusiihi’..


“Dan berkatalah ibu Musa kepada saudara perempuan Musa, ikutilah dia..”
(Al-Qasas:11)


Apa yang menarik adalah komentar yang diberikan oleh syeikh berkenaan keselarasan makna perkataan ini. Surah Qasas bukan sahaja menceritakan bagaimana sedikit demi sedikit janji Allah terbukti dan materialised dalam kisah-kisah perjuangan nabi Musa, tetapi yang lebih penting adalah untuk sampai kepada masa terbuktinya janji –janji tadi, kita meski mengikut jejak perjuangan nabi Musa. Satu sisi pandang yang menarik.


Ia bukan sekadar sekumpulan ayat berbicara tentang kisah-kisah, bukan sekumpulan kisah-kisah untuk dinikmati plotnya, bukan untuk diceritakan sebagai lipur lara dan sebagainya, tetapi satu petunjuk, kisah yang perlu diikuti secara keseluruhannya untuk mendapatkan habuan berupa kebenaran kepada janji-janji Allah swt. Janji Allah swt merupakan janji yang evergreen, relevant dan tidak tertakluk kepada sebab kisah itu.

Ia akan terbukti.


Golongan lemah, yang ditindas akan diberi kekuasaan mewarisi urusan dunia. Itu adalah pasti. Tetapi sejauh mana kita yakin dan bersedia untuk mengikuti siri perjuangan nabi Musa itu menjadi persoalannya.


Ikhwah fillah,


Pengajaran ini begitu penting dan bermanfaat buat aktivis dakwah. Saban hari mereka diserang syubhah tentang kemenangan islam. Hari-hari dakwah ditolak. Musuh-musuh islam semakin kuat dan berkembang dengan cepat. Pada waktu yang sama orang yang meninggalkan dakwah juga bertambah,bahkan kadang-kadang kadarnya lebih cepat berbanding orang yang ingin bersama dakwah. Tidak hairan dan tidak mustahil, akn timbul keraguan dan prasangka dalam benak ikhwah sekalian untuk meninggalkan jalan, untuk berasa perjuangan ini tidak membawa ke mana-mana.

Tetapi tatapilah kisah nabi Musa ini dengan sebetulnya.

Ikutilah ia. Qusiihi.

Dengan mengikut track perjuangan inilah baru kita akan menikmati kebenaran janji Allah swt. Kita tidak tahu bilakah masanya janji-janji itu akan tertunai dan menjadi kebenaran sekali lagi dan lagi. Kita juga tidak tahu apakah kita sempat untuk menikmati janji itu tertegak. Tetapi cukuplah kita yakin akannya dan terus mengikuti jejak langkah nabi Musa, yang yakin dengan janji Allah.


Sekiranya kecewa dengan  halaqah setelah hambar pengisiannya, atau tidak yakin dengan keberkesannya, atau kecewa prestasi tajmik yang mencabar, mad’u yang gila-gila, penolakan yang radikal, ancaman musuh, dirudum pelbagai masalah kehidupan pula, janganlah jadikan berhenti daripada mengikut jejak ini sebagai option yang wajar untuk diambil. Sebaliknya berilah diri kita sedikit masa.

Ikutilah .



Teruskan perjalanan. Semakin lama kita akan semakin yakin dan memahami tabiat jalan ini insya Allah.


Orang yang berhenti setelah diuji berkali-kali, dan setelah begitu lama berada di titik kekecewaan sebenarnya telah berhenti mempercayai kebenaran janji Allah swt. Di saat kita mahu berhenti, sebenarnya jarak kita dengan janji itu telah terlalu dekat. Alangkah ruginya jika kita tidak bersabar sedikit lagi.

Begitulah besarnya manfaat surah ini. Ia patut dibaca oleh para ikhwah yang mulia berkali-kali, ditadabur terus menerus dan dijadikan bahan hiburan tatkala semua perkara yang lain telah mengecewakan dia.

Maka akhi,

Kembalilah! :)


[1] Khowatir Qur’aniyah

Sunday, April 9, 2017

"ITU ANA, INI ANA.."





Kalam qudama sekali-sekala kita dapatkan dalam menapaki jalan tarbiyah ini. Bukan kerana kita kekurangan pengisian ataupun tidak membaca mesej-mesej dan peringatan tentang dakwah dan tarbiyah dalam buku yang berlambakan, tetapi ‘nature’ manusia sentiasa ingin contoh yang real, yang hidup, yang boleh dirujuk dan pengalaman bergelumang dengan dakwahnya boleh member motivasi.
Inilah kenang-kenangan yang ikhwah dapati dalam pertemuan-pertemuan mereka itu. Mengadap qudama yakni tokoh-tokoh yang lebih dahulu menapaki jalan ini.

Di satu kesempatan, dititipkan di sini sedikit nasihat daripada seorang ustaz.

"Dalam dakwah ni ada penyakit ana-niah... "

"Macam mana tu ustaz? " Semua mata menatap sang ustaz. Pertama kali mendengar term yang begitu menarik ini.

" Penyakit bila ikhwah mula menghitung apa yang dibuat. Ana buat itu. Ana buat ini. Ana bawa halaqah. Ana yang kena isi daurah, ana kena jaga ri, ana kena itu ini.. Dan banyak lagi ana ana lain. 

Kayak ana-niah gitu kan.. "

" Astaghfirullah "


" Sepatutnya ikhwah mencontohi Nabi Ismail. Bila menyetujui utk disembelih dengan tenang beliau menjawab, satajiduni insya Allah minal sobirin. Dia akur dia hanyalah salah seorang dari banyak hamba yang bersabar. Meskipun dia berbuat banyak, berkorban banyak. .. "

Huhu.
 
Jzkk akhi Ustaz.


Ana-niah dalam dakwah.


Kalam si Ustaz ini benar sekali. Bila ada dalam kalangan binaan ataupun aktivis dakwah mula menghitung amal-amalnya, maka banyaklah prasangka-prasangka yang akan timbul. Alangkah indahnya di kesempatan ini kita renungkan sejenak nasihat yang hampir sama daripada Sayyid Quttb.

Nasihat ini beliau ungkapkan ketika menafsirkan ayat;

“Dalam janganlah engkau memberi dan merasakan pemberia itu banyak”
(Mudathiir : 6)


Kita bawakan sahaja di sini, untuk tatapan bersama.

Pendakwah Harus lupakan kepentingan diri dan membangkit-bangkitkan jasa dan bakti.


“..Kerana masih banyak lagi yang harus diberi dan dikorbankan oleh beliau, dan masih banyak lagi kesukaran, pengorbanan dan kepenatan yang akan dihadapi oleh beliau. Allah tidak mahu beliau memandang apa yang dikorbankannya sebagai sesuatu yang besar, banyak dan membangkit-bangkitkannya..”


Masha Allah. Nasihat yang tepat dikala kita mula menghitung dan merasa sudah banyak memberi. Semoga nasihat-nasihat yang berlimpah dari muara wahyu ini terus subur dalam jiwa kita.

Tuesday, April 4, 2017

HALAQAH YANG DIRINDUI




Jemaah solat beransur-ansur meninggalkan dewan solat. Masing-masing menuju ke rumah, sesudah isyak berjemaah. Suasana tipikal di mana-mana masyarakat muslim melayu yang masih menghidupkan sebahagian sunnah yang sudah semakin dilupakan..

“Disebutkan dalam Quran, bila penghuni syurga ni memasuki syurga, mereka memuji-muji Allah swt atas kurniaan hidayah dari Allah sehingga la mereka dapat memasuki syurga..” Kata-kata pembuka dituturkan, lembut dan perlahan.

Menusuk...lirih mata singgah satu persatu kepada binaan yang hadir pada malam itu. Tidak keterlaluan pandangannya dilontarkan. Bersahaja.

Begitulah sepatutnya kita dalam hidup ini, setiap apa yang kita lakukan, semuanya tidak akan mampu dan dapat kita lakukan melainkan dengan petunjuk dari Allah swt.


Suasana malam itu sugguh tenang. Sekali sekala kedengaran bunyi kenderaan lalu-lalang di jalan raya yang tidak jauh dari bangunan masjid. Kenderaan pun sudah tidak laju dipacu, mungkin kerena sudah lewat waktu isyak, yang tinggal pada si pemandu hanya saki baki kudrat setelah sehari suntuk memerah keringat mencari rezeki yang halal..mungkin..

Lalu dia menyambung,

“Hal ini sebagaimana disebut dalam surah al-Araf, ucap mereka, ‘Segala puji bagi Allah yang memberi petunjuk kepada kami ke pada ini, dan tidaklah kami mendapat petunjuk jika bukan kerana Allah yang memberi petunjuk. Wa ma kunna linahtadiya, lau la an hadan Allah.. alangkah baiknya untuk mencontohi sikap ahli syurga ini, kita melazimi doa ini...”

Bicara dteruskan,


“Begitu banyak nikmat yang kita peroleh setelah petunjuk kepada hidayah, islam, iman dan tarbiyah yang Allah berikan. Kita dapat menikmati kebahagian berukhuwah. Dapat menikmati kelazatan menghadiri program-program tarbiyah. Kita disimbahi nikmat beribadah bersama-sama, solat berjemaah, tilawatul Quran, qiyam di malam hari ini, membaca zikir pagi dan petang dan seterusnya Allah mengurniakan di samping kita orang-orang yang sentiasa menasihati dan meluruskan kita semua. subhanaAllah ikhwah, ini semua adalah buah petunjuk dari Allah swt.”

Wama kunna linahtadiya lau la an hadan Allah....

“Dan tidaklah kita ini termasuk yang mendapat petunjuk, jika bukan kerana petunjuk dari Allah swt...” Mata memandang ke lantai, seolah-olah merenung sejenak simbahan nikmat yang sering dipinta untuk ditambah, tetapi jarang-jarang sekali diyukuri...


Seakan kedengaran lirik nasyid yang didendangkan kumpulan Nadamurni yang menjadi halwa telinga penggerak amal islami tahun 80 an dahulu...zaman-zaman kegemilangan pemuda-pemudi islam, yang benar-benar rasa izzah dengan islam di kampus, di tempat kerja, dalam kalangan masyarakat sehinggakan tidak rasa ganjil untuk berpakaian menutup aurat sempurnah, menghidupkan sunnah, melazimi tilawah di mana-mana..zaman itu..

Apa yang ada...jarang disyukuri..
Apa yang tiada...sering dirisaukan...


Sehingga ke part;

‘dunia bagaikan..air lautan...
diminum hanya menambah haus..’


Lirik yang menyentuh.


“Siapa sangka...” Tazkirah iftitah pada malam itu diteruskan, sehingga suasana ruhiyyah benar-benar terbina. Ikhwah yang hadir pun sudah semakin dalam fokus...


“Siapa sangka, dahulu kita yang mungkin bersama halaqah atas sebab main-main, nak isi waktu kosong atau sebab nak makan, atau sebab terpengaruh dengan rakan sebilik atau mungkin sebab takut senior, tapi sampai sekarang walaupun mungkin sebab-sebab tadi dah tidak ada, Allah masih pilih kita dan kita pun bersyukur dan gembira atas pilihan ini. Siapa sangka kan, kita akan sampai serius dengan tarbiyah seperti mana kita hari ini...” Subhanallah

Wama kunna linahtadiya lau la an hadanAllah...

Masih lahgi membina suasana.

Bagaimana mungkin halaqah itu tidak dirindui...

“Ana sendiri terbayangkan...” Si murabbi yang mengendalikan pertemuan malam itu terus membangkitkan suasana keinsafan...”Kalau lah bukan kerana tarbiyah, kalau tidak ada pertemuan-pertemuan bersama antum macam ini, mungkin sekarang dah duk melepak atas katil, tengok movie tah apa-apa, mungkin sekarang sedang lepak di mamak tengok gusti dengan kawan-kawan...Allah...”


Senyuman dilontarkan kepada ikhwah yang hadir, tanda penghargaan dan kesyukuran. Senyuman yang menghidupkan dan menenangakn. Yang penuh isyarat yang seakan-akan difahami walaupun tidak ada kata-kata. Bahasa senyuman penuh makna, mengalu-alukan kehadiran semua pada malam itu. Sehingga semua merasa senang dan tidak sabar untuk melanjutkan agenda pada malam itu..

“Alhamdulillah khi..” Seorang akh mencelah. Positif.

“Alhamdulillah... kita berdoa semoga Allah terus memilih kita merasai kemanisan iman ini. Entah sampai bila kita akan terus diberi perasaan ini, tetapi kalau kita sama-sama jaga dan usahakan, sama-sama doakan, insyaAllah boleh...”


Bersambung ...?