Saturday, April 1, 2017

NASIHAT UNTUK MUSTA'JILUN




Sebenarnya ada sebab yang sangat valid kenapa dalam risalah-risalah imam Hasaan al-Banna, beliau banyak menekankan aspek masa. Seperti mana satu kata-kata yang kita hafal, al-waktu juz’i min al-ilaj[1], masa sebahagian daripada rawatan. Terburu-buru itu banyak padahnya. Sedangkan nature atau tabiat agama dan juga manusia itu, perlukan masa untuk melakukan sesuatu perubahan atau untuk take effect.

Sering kali kita kecewa ketika mana kita melupakan aspek masa.
Perkara ini telah diungkapkan pula oleh masyeikh yang lain, yang datang setelah imam Hasan al-Banna umpamanya sheikh Muhammad Rasyid dan juga Dr Hamam Said.


“Banyak berlaku da’i akan rasa putus harapan semasa mereka berdakwah. Mereka telah menggunakan pelbagai hujah dan bukti, tetapi sambutan dari pihak mad’u amat dingin. Sebenarnya perasaan kecewa ini lahir dari sebab dia telah menggugurkan satu elemen yang penting daripada elemen-elemen fomula dakwah iaitu elemen masa”.-Dr Hamam Said


Jadi akhi, berilah masa kepada dirimu sendiri untuk memahami kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling kita ini.

Seorang akh dalam satu sesi bengkel merumuskan seperti berikut,

“Kita mungkin rasa berat, usaha kita tidak berbaloi. Mungkin juga sebab kita takde pengalaman lagi, pastu cepat sangat buat keputusan. Kesimpulannya, kita kena stay lagi dua-tiga tahun sekurang-kurangnya untuk fahami jalan dakwah ini..”

Ia satu kesedaran yang baik.

Memberi masa kepada diri sendiri untuk memahami jalan dakwah ini.

Dua tiga tahun sebenarnya tidak cukup.


Tetapi boleh jadi kefahaman ini sebenarnya sering diwarisi oleh para murabbi. Murabbi selalu membandingkan pengorbanan, pertumbuhan, juhud dan keringat mutarabbi mereka dengan para sahabat Rasulullah saw. Ia satu sumber motivasi yang baik. Tetapi alangkah sedih dan merasa hinalah para binaan bila melihat betapa jauhnya keadaan mereka dengan keadaan yang dimaksudkan oleh para murabbi. Lalu sikap gopoh ini pun terwarisi, menetap dalam fikiran mereka.

Kita begitu sedih dengan kisah tragis, ikhwah yang baru sahaja cuba menghafal jalan-jalan tarbiyah, cuba mengenal selekoh-selekohnya dan di mana lubang-lubangnya ini sudah mengambil keputusan untuk terus berhenti.


“Ana rasa ana slow, buat asyik tak jadi..”

“Ana mungkin melambatkan kisa semua. Daripada antum fikir pasal ana, baik ana je yang keluar..”


Begitu banyak lagi skrip yang tidak sihat seperti ini sampai ke telinga kita.

Alangkah baiknya kita merenung sejenak kata-kata sang daie berpengalaman ini;


Mana-mana perkataan yang diungkapkan oleh para da’i, ia tidak akan pergi begitu sahaja. Ia sebenarnya masuk ke dalam “bekas besar” mad’u, disimpan oleh akalnya, dan akan menjadi timbunan. Kemungkinan lahir kesan satu perkataan yang diungkapkan selepas beberapa tahun disebabkan satu sikap yang menggerakkan sehingga menyebabkan ia mengingati semula perkara sebelumnya.

Kemudian apa yang dikatakan oleh da’i pada hari ini kesannya diperolehi oleh seorang da’i yang lain selepas beberapa tahun. Banyak kali berlaku ketika kita bercakap dengan seseorang, dia berkata: “Perkara ini aku pernah dengar daripada seseorang”.[2]


Atau pun mari kita renungkan pula kata-kata daie yang lain;


“Di antara ciri dakwah ini juga ialah:
Bertahap-tahap dalam mengatur langkah,menunggu masa, tidak tergesa-gesa mahu melihat hasil..kerana tiap-tiap sesuatu ada masanya yang telah ditentukan”[3]


Alangkah matangnya pemikiran ini.


Semoga kita pun matang akhi!


[1] Himpunan Risalah Imam Hasan al-Banna
[2] Qawaid Dakwah, Prinsip 10
[3] Muntalaq, Bab 15

1 comment:

Inspector Saahab said...

Musta'jilunn-orang yang gopoh