Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts

Tuesday, July 1, 2014

RAMADHAN & ULUL ALBAAB




Secebis Pengalaman


Semasa berada di tingkatan tiga, di suatu perhimpunan rasmi di maktab rendah sains mara kami suatu petang, Tuan Pengetua membuat satu pengumuman yang penting. Katanya, pada tahun berikutnya, maktab kami akan dijadikan maktab atau MRSM Ulul Albab yang pertama di Malaysia, atas cabaran Pengerusi MaRA, beliau (Tuan Pengetua) telah menyahut cabaran itu.


Di kesempatan itu beliau bertanya kepada semua pelajar dan guru, siapa yang tidak setuju. Maka ramailah yang bersuara, bukan sahaja pelajar, bahkan cikgu cikgu yang duduk di pentas turut bercakap cakap sesama mereka. Yelah, dengan perubahan yang mendadak sebegitu rupa, dengan kerja yang bakal bertambah, jadual belajar dan mengajar yang bakal bertukar, sistem yang bakal berubah, ramai yang kelihatannya tidak bersetuju.


Boleh tahan tergugat Tuan Pengetua melihatkan response yang mengecewakan itu sehingga beliau mengeluarkan kata-kata autokratifnya, “Siapa yang tak setuju, either teachers or students, boleh apply for transfer next year”.

Begitulah.


Buat kali pertama dalam sejarah saya melihat Tuan Pengetua yang dihormati ramai itu menunjukkan sifat genetic yang kebanyakannya diwarisi oleh pemimpin negara pada hari ini. “Kalau tak setuju sila pindah”. “Tak nak bayar tol, cari jalan lain”. “Ayam mahal, tak usah makan ayam”. Eh.


Tahun berikutnya, rombakan itu berlaku seperti yang diumumkan. Dan tiada seorang pun setahu saya baik dari kalangan guru mahupun pelajar yang berpindah. Memang kami mengalami perubahan jadual, gaya makan, dan beberapa perubahan lain. Cikgu la yang penat, ada yang kena berkursus itu dan ini untuk memahiri sistem baharu itu, untuk mendukung cita-cita sebuah mrsm bergelar Ulul Albaab.


Di suatu malam seorang ustaz merangkap warden asrama bercerita tentang Ulul Albaab. Beliau bercerita dengan maksud untuk mempromosi penjenamaan itu dan antara lain untuk meredakan kebingungan yang melanda para pelajar. Beberapa ayat daripada al Quran dipetik yang berkenaan dengan Ulul Albaab.


Yang saya ingat, kata ustaz Ulul Albaab ini orang yang terpelajar, maksudnya pintu utama. Orang yang menjadi rujukan, golongan professional yang pada waktu yang sama boleh bercakap soal agama, hafal al Quran dan tahu hadis. Dalam banyak banyak ayat marketing yang digunakan, saya ingat dalam kepala terjemahan Ulul Albaab, yakni pintu utama. Bukan apa, somehow teringat cerita Ahmad Albaab.



Siapa Ulul Albaab?



Mencuit hati sungguh pengalaman yang lampau itu. Kita lupakan dahulu cereka mrsm, cita cita sang pengetua dan cerita si ustaz.


Albaab itu adalah kata jamak daripada Lubb.


Ia memberikan maksud isi atau inti. Atau beberapa terjemahan Inggerisnya iaitu core, pulp, pith, gist, marrow atau bahasa mudahnya the important or essential part or essence. Jauh benar dengan terjemahan yang dibawa oleh ustaz, kerana ejaan albab untuk pintu berbeza dengan albaab. Pintu kata dasarnya bab.


Tidak mengaplah, bukankah manusia itu penuh khilaf?



Adapun tujuan saya menulis di sini bukan untuk sama-sama kita gelakkan sang ustaz, kerana jika itu hadafnya, saya harus gelakkan diri sendiri kerana bertahun lamanya juga saya beriman dengan terjemahan ini sehingga diberi pencerahan baharu, tidak terlalu lama yang lalu.


Maka dapat kita simpulkan secara kecil bahawa ulul albaab adalah golongan orang yang mendapat inti dan isi sesuatu perkara, bukan mendapat kulit, atau perkara luar. Bak kata Ustza Hasrizal, mereka yang get the point.


Dalam al Quran ada enam belas tempat Allah menggariskan ciri-ciri Ulul Albaab. Kebiasaannya perkatan Ulul Albaab mengakhiri sesuatu ayat, setelah ayat tersebut berbicara tentang sesuatu yang kompleks, yang memerlukan pemahaman dan intelek yang tinggi untuk ditapis dan dikeluarkan gist atau inti ayat tersebut.


Tidak hairanlah, ayat ayat ini merujuk kepada golongan yang memahmi inti, Ulul Albaab.



Kita lihat beberapa contoh;



“Dan di dalam qisas itu ada (jaminan) hidup bagimu wahai Ulul Albaab agar kamu bertakwa”
(Al Baqarah :179)


Contoh pertama di atas. Kan sukar untuk difahami apabila Allah swt berfirman bahawa pada hukuman bunuh dibalas bunuh itu ada kehidupan. Bukankah membunuh pesalah itu maksudnya menghilangkan kehidupan buat mereka? Bagi yang bukan Ulul Albaab, mereka akan melihat hukum qisas suatu yang kejam, ganas, memudaratkan, kerana mereka melihat kepada kulit, luaran semata-mata.



Bukan isi dan inti. Bukan essence of qisas.
Sebab itu, hanya bagi Ulul Albaab, orang yang get the point ini melihat disebalik hukuman itu, adanya kehidupan.


Kita lihat contoh seterusnya;


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulul Albaab”
(Ali Imran :190)



Bagi orang biasa, bukan orang yang mendapat inti, tatkala mereka melihat langit dan bumi, mereka mungkin tidak rasa apa-apa. Pertukaran siang dan malam yang penuh misteri itu hanya sekadar satu kejadian alam yang normal bagi mereka. Mereka lihat betapa indahnya ciptaan alam sekitar, lalu teruja, wow cantiknya, ok, ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Itulah,sekadar di situ sahaja penghayatannya.


Tetapi bagi Ulul Albaab, inti dan isinya ialah tanda tanda kebesaran Allah swt. Tanda kekuasaan Allah swt sebagai khaliq. Lalu merendahlah mereka, tunduk dan sujud kepada Tuhan sekelian Alam.


Kita lihat contoh ketiga,



“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu, terdapat pengajaran bagi Ulul Albaab…”
(Yusuf: 111)



Setelah bercerita panjang lebar tentang kisah Nabi Yusuf a.s dan diakhiri dengan rumusan kisah kisah para nabi yang diutuskan, Allah swt menutup surah Yusuf ini dengan firman di atas.


Bagi mereka yang bukan dikategori sebagai Ulul Albaab, tatkala membaca kisah Nabi Yusuf umpamanya, mungkin take-home message yang mereka dapat ialah Yusuf s.a itu lelaki yang handsome, jahatnya saudara nabi Yusuf, mungkin jalan cerita persis drama Indonesia yang mereka dapat atau pengalaman seperti membaca novel novel dramatik, tidak lebih daripada itu.


Tetapi bagi Ulul Albaab, bagi mereka pengajaran melimpah ruah banyaknya. Mereka mungkin belajar tentang perjuangan di jalan dakwah, liku liku dan ujian kehidupan, cerita seseorang yang bangkit daripada titik yang paling lemah, musibah kehidupan,belajar untuk tidak berputus asa dan sebagainya.


Begitulah.

Cukuplah sampai situ kita meneliti beberapa ayat Quran tentang Ulul Albaab.



Ramadhan dan Ulul Albaab



Persoalan yang saya ingin bawakan, bagaimana agaknya persepsi Ulul Albaab terhadap Ramadhan. Apakah inti atau gist Ramadhan yang dilihat oleh mereka yang get the point ini?


Secara umumnya, apabila bercakap tentang Ramadhan, rata-rata dalam kalangan kita mungkin akan terbayang akan ibadah puasa dan terawih. Atau mungkin akan membayangkan tentang pengalaman bersahur, berjalan di bazaar dan berbuka. Ada yang melihat ia sebagai pesta ibadah di rumah rumah Allah, iktikaf, sedeqah, mengeluarkan zakat dan sebagainya.


Bagi pengusaha kuih raya, Ramadhan tandanya income akan meningkat dek tempahan tempahan kuih raya. Bagi peniaga peniaga pasar, Ramadhan adalah peluang berbisnes di bazaar Ramadhan, dan begitulah seterusnya. Bermacam persepsi dan bayangan yang bermain di kepala setiap orang tentang Ramadhan.


Dalam al Quran hanya sekali Allah swt sebutkan tentang bulan Ramadhan, yakni dalam surah al Baqarah;



“Bulan Ramadhan, bulan di dalamnya diturunkan al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara haq dan bathil)…”
(Al Baqarah :185)



Yang menariknya dalam ayat tunggal yang menyebut perkataan Ramadhan ini, Allah tidak langsung mengaitkan Ramadhan dengan puasa ataupun terawih, apatah lagi bazaar Ramadhan, kuih raya, cushion baru mahupun pesta bermain mercun.

 
Tetapi perkara pertama yang menjelaskan Ramadhan ialah, diturunkan Quran padanya. Itulah yang menjadikan Ramadhan special. Quran sebagai petunjuk, penjelasan, pencerahan dan pemisah antara haq dan bathil.


Seolahnya, Allah swt mahu sampaikan mesej kepada kita, inti, isi atau gist Ramadhan adalah al Quran. Yang lebih menarik, ayat ini diturunkan di zaman Madinah, kepada para sahabat yang rata-ratanya sudah lama muslim dan beriman, sudah lama membaca bahkan mengamalkan al Quran, tetapi Allah swt menspesifikan fungsi al Quran.


Al Quran sebagai petunjuk, penjelasan dan pemisah.


Bukankah para sahabat sedia maklum akan hal ini? Bukankah mereka memang sudah sejak daripada zaman Mekah lagi sudah mengimani hal ini?


Seolahnya Allah swt mengajak hamba-hambaNya pada waktu itu untuk kembali mengkaji, mendalami dan mengamalkan al Quran seakan-akan itulah kali pertama mereka berinteraksi dengan al Quran. Seolahnya Ramadhan datang untuk memberi nafas baharu kepada penghayatan al Quran. Begitulah.


Kemudiannya, barulah Allah swt bercerita tentang puasa, pada sambungan ayat tadi.



Saudaraku,


Saya kira, selayaknya bagi Ulul Albaab, sudah pasti yang mereka lihat pada Ramahdan itu ialah satu fasa untuk kembali kepada al Quran, meskipun mereka in the first place sudah lama berinteraksi dengan al Quran. Dalam Quran, ia menjelaskan fitrah manusia dan muslim khususnya.


Sudah lama ia berbicara tentang muslim yang asli dan sejati. Al Quran menunggu-nunggu kita untuk kembali menjadi muslim. Kembali kepada ajaran al Quran. Dan Ramadhan, inilah waktu yang terbaik untuk melakukan kesemua itu. Inilah waktu terbaik untuk mengembalikan keaslian kita, supaya kelak kita layak meraikan hari fitrah.


Maka marilah kita jadikan bulan Ramadhan ini bulan al Quran yang intensif. Tutuplah tv kita, kurangkan tidur, berbuka dengan ala kadar, kurangkan ke bazaar, bersahur ala kadar, jauhilah pusat pusat hiburan, panggung wayang mahupun pusat membeli belah yang boleh memakan banyak masa kita, tetapi dampingilah al Quran. Baca, dengar, hafal, berjaga dan tidur dengan al Quran.


Semoga Allah swt kurniakan kita kekuatan untuk melaksanakan cita cita ini.


Wallahu’alam.

Wednesday, August 7, 2013

RAMADHAN :QUICK MUHASABAH




Besar kemungkinan ini adalah post terakhir untuk Ramadhan 1434 Hijrah. Tarikh yang signifikan, harus ada post. Hehe.

Saya masih teringat, lagu Raihan bersama Man Bai yang sangat fofular sehingga kini berkaitan Ramadhan, mohon izin nak nyanyi sikit,


Ku mengharapkan Ramadhan

Kali ini, penuh mana

Agar dapat kulalui, dengan sempurna

Selangkah demi selangkah

Setahun sudah berlalu

Masa pantas berlari (?)


Ku mengharap, kita semua mengharap datangnya Ramadhan membawa seribu makna. Persediaan berhadapan dengan Ramadhan bermula beberapa bulan lebih awal. Kalau di kolej saya dahulu, dari bukan Rejab lagi para pelajar yang memberi tazkirah selepas Asar memperingatkan kami semua untuk meningkatkan kualiti ibadah supaya tidak terkial-kial di bulan Ramadhan nanti.


Mengimbau kembali beberapa bulan yang lalu, persiapan menghadapi Ramadhan, memang luar biasa, membuktikan Ramadhan benar-benar sesuatu yang dianntikan. Ibarat sang Mentua membuat persiapan menyambut kehadiran menantu buat kali pertama. Meriah. Dengan gulainya, cat rumah, tukar langsir, ganti perabot. Macam tu la.

Di kolej dahulu, malam-malam tertentu dihidupkan dengan taddarus al Quran. Pada setiap Isnin dan Khamis jemaah Maghrib di surau suram kerana majority pelajar berpuasa dan berbuka di luar. Wah. Kagum sejenak. Sejenak jela.

Kemudian diserikan lagi dengan doa dipanjatkan supaya Allah sampaikan kepada kita semua kepada Ramadhan.

“Allahuma ballighna Ramadhan”

Begitulah.

Tatkala Ramadhan makin hampir, status berunsur rindu, cinta, ternanti-nanti, penuh syukur dan teruja menunggukan kedatangan Ramadhan membanjiri muka buku. Saya kira di twitter pun perkara yang sama. Saya assume. Pesanan dan nasihat berkenaan Ramadhan memenuhi garis masa. Betapa Ramadhani nya alam maya. Hebak benar Ramadhan ini. Namun hebak lagi kuasa Allah s.w.t yang mengatur perjalanan Ramadhan ini.


Masa pun berlalu. Hujan pun turun. Jerebu datang dan pergi. Air pasang dan surut. Bunga kembang dan kuncup. Siang malam silih berganti.

Akhirnya Ramadhan datang. Semua orang bergembira. Rata-rata hanyut dek arus ibadah. Puasanya lengkap. Infak yang meningkat. Dakwah makin kenchang. Malaysia makin aman. Semua orang bahagia. Hidup gembira. Ramadhan pun berakhir. Syawal pun datang. Anak anak pulang ke kampung. Happy forever.

Ok.

Itu dongeng semata.


Apa yang berlaku sebenarnya?

Sejujurnya Ramadhan kali ini benar-benar bermakna. Dari pelbagai perspektif, Ramdhan tahun ini sangat luar biasa. Dengan krisis di Mesir sana. Dengan kezaliman yang berleluasa di Syria. Dengan fenomena jerebu di Malaysia yang mengganas. Dengan bertambahnya kes bunuh di Malaysia saban hari. Dengan adanya Pilihan Raya Kuala Besut. Kalau nak disenaraikan memang raya ketiga baru siap.

Fuh. Banyak benar event signifikan berlangsung di sepanjang Ramadhan. Bukankah itu cukup bermakna?

 Tapi betul ke?


Setakat itu sahaja Ramadhan bermakna buat kita?

Saya kira tiada yang lebih bermakna di bulan Ramadhan melainkan diberi peluang menyucikan diri sepenuhnya, meninggalkan karat-karat jahiliyah, mengibadahkan hari-hari yang berlalu dan kembali kepada fitrah. Bukan Fitrah Asilah. Bukan juga Fitrah Multazamah Binti Khuspadinaran.

Berbekalkan makna ini, bermakna kah Ramadhan kita?

Penyucian, kembali kepada Fitrah. Proses penyucian tidak lengkap jika tidak disuci dan murnikan dengan hidup di bawah naungan al Quran. Sesuci mana pun kita rasa sepanjang berada dalam madrasah Ramadhan, ia tidak akan lengkap jika tidak ada elemen al Quran. Soalnya, hidupkah al Quran dalam jiwa kita?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk sama-sama kita renungi dan hayati.

Rata-rata mungkin berjaya mengkhatamkan al Quran di bulan Ramadhan. Bahkan mungkin ada yang lebih sekali. Tapi sejauh mana ia membekas dalam jiwa kita. Sejauh mana al Quran membaluti diri kita setelah karat jahiliyah di kikis?

Setelah merenung kembali, sebulan yang lampau, mungkin hari ini nafas kita ada unsur kekesalan. Namun kekesalan tida bermakna sudah tiada harapan.

Carilah makna anda.


Ok serieyes rasa malas nak tulis dah.
Ketupat pun tak goreng lagi.


------------------------


“Assalamualaikum, Ramadan hampir melabuhkan tirainya, pagi ni adalah subuh terakhir Ramadan thn ini... Teruslah munajat, rintih dan ratap kepada Allah swt... Moga datangnya Syawal, seribu satu perubahan dalam diri dpt diperkasakan melalui TAKWA yg dihasilkan... Kekalkan momentum Ramadan utk bulan-bulan mendatang... ya Ramadan, sayunya hati kami, Ya Syawal, selamat tiba... Apapun TAKWA adalah segala-galanya...”

-Ust Roslan Mohamed

Thursday, August 1, 2013

SUDAH ASLI KAH KITA?



Semalam kita Sambut Hari Pahlawan.
Kalau tak percaya sila rujuk previous post. Iklan.

Hari ini dunia sukan Negara dikejutkan dengan pemergian pemain hoki kebangsaan yang banyak berjasa menaikkan nama Negara melalui sukan hoki yakni Mendiang Chua Boon Huat, yang maut nahas jalan raya pagi tadi. Peh dah macam laman sukan tidak rasmi pula.

Apa-apa pun saya merupakan seorang daripada masyarakat civil yang meminati mendiang dalam arena sukan hoki, atas bakat dan professionalism yang mendiang pamirkan di atas padang. Namun tak de la saya minat gila sampai hafal no IC atau beli bunga bagi kat dia.

Yang menarik, apa yang saya tahu, mendiang merupakan satu-satunya pemain hoki berbangsa Cina yang sering beraksi untuk Negara di atas padang, so selalu tertonjol la aksi beliau. Memandangkan player lain kebanyakannya berbangsa India dan Melayu.

Ok jangan cakap saya racist.

 (Google)

Apa-apa pun, hari ini kita ingin bercakap soal keaslian.


Hmm. 
Keaslian.

Jika kita perhatikan sejenak di sekeliling kita, banyak perkara sudah hilang nilai keasliannya. Entah mengapa, meniti perederan masa, keaslian sesuatu benda makin terhakis, dan kita lebih cenderung untuk memilih yang tidak asli. Err. Macam merepek.

Cakera padat yang asli, sudah tidak laris. Hadirnya cakera padat cetak rompat yang lebih mendapat tempat di hati masyarakat. Keaslian riadah, sukan dan permainan telah dicemari dengan adanya video games dan permainan dalam pintu (indoor games) yang lebih diminati.

Banyak lagi.

Bila kita dengar orang cakap Malaysia Masih Aman, sebenarnya aman yang dimaksudkan sudah tidak asli. Dicemari dengan kes kes jenayah yang berlaku saban hari. Tugas seorang guru yang sepatutnya mendidik anak-anak bangsa sudah tidak asli, diseleweng, dikerah untuk agenda politik. Tengok kiri tengok kanan. Statement panas.

Keaslian. Sudah dirobek.

Apa lagi?

Islam sendiri sudah tercemar keasliannya pada mata masyarakat. Asal sebut Islam sahaja, muncul la bayangan ekstremis, pengganas, pengebom berani mati. Bahkan di Malaysia, asal Islam sahaja, mesti ada kaitan dengan Melayu. Masakan tidak, menurut Perlembagaan Negara Malasyia yang berdaulat ini, takrifan bagi Melayu pertamanya ialah Islam, maka secara algebranya dapat disimpulkan Islam itu Melayu. Lihat, tidak lagi asli.

So apa kaitannya?

Dalam banyak perkara, tidak dilupakan juga peranan manusia, sudah dicemari keasliannya. Manusia sudah tidak asli. Umum mengetahui penciptaan manusia semata-mata sebagai hamba kepada Allah.



“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia meleainkan supaya mereka menyembahKu”
(Ad Dzariyat:56)


Namun hari ini manusia sudah lari daripada lapangan tugas yang asli. Baik sedar mahupun tanpa sedar, manusia banyaknya menjadi hamba kepada sesama makhluk, hamba kepada keinginan diri, hamba kepada kerja, kepada wang ringgit, pangkat dan harta dan menjadi hamba kepada persepsi masyarakat!

Bukan lagi jadi hamba Allah semata-mata.

Maka untuk mengembalikan keaslian ini, Allah telah merangka satu program khas, sebulan lamanya untuk mengembalikan umat manusia kepada keaslian. Ramadhan datang untuk memulihara manusia. Bukan tapir, badak sumbu dan harimau Nusantara yang berhadapan fenomena kepupusan sahaja perlu dipulihara, bahkan manusia pun!


Sebab itu di akhir Ramadhan, kita sambut ‘adilfitri.
Hari meraikan fitrah, keaslian.

Persoalannya, bagaimana blueprints Ramadhan berfungsi?

Hmm, yang menariknya apabila tiba Ramadhan, ada benda yang halal menjadi haram. Setahu saya, hanya dua perkara. Pertamanya makan, atau lebih tepat memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dan menggauli pasangan, bagi yang dah kahwin la. Orang kita selalu cakap, bila Ramadhan, haram mengumpat, haram bergosip, kena jaga pandangan, kena control nafsu dan banyak lagi.

Eh.

Sejak bila benda yang kita list kan tadi halal?

Mengumpat, bergosip, cuci mata, lihat aurat apatah lagi memperlihat aurat memang dilarang, baik di bulan Ramadhan mahupun di bulan-bulan yang lain. Tapi mentality sudah berubah. Kerana keaslian sudah dicemari.

Ramadhan mengajak kita kembali mengikut perintah-perintah ini sepanjang kita berpuasa. Bagi mereka yang benar menjaga puasa, mereka benar-benar akan menjauhi perkara-perkara di atas. Secara tidak langsung menjadikan sepanjang temph puasa sebagai tempoh ibadah. Kemudian diserikan pula dengan amalan tambahan seperti tadarus Quran, solat-solat sunat, sedekah dan infaq, ziarah menziarahi, iktikaf dan banyak lagi.

Nah ini semua menjadikan hari-hari kita berada dalam satate ibadah.

Walhal, sepatutnya inilah yang berlaku sepanjang masa. Bukankah tiap saat kita sepatutnya dijadikan waktu ibadah? Merujuk kepada ayat Quran tadi?

Rata-rata kita merasakan tempoh beribadah hanya sepanjang solat, atau menunaikan haji, umrah. Sebaik sahaja ibadah khusus ini selesai, maka mode kehidupan bertukar menjadi seperti biasa. Biasa tu macam mana?

Sekali lagi keaslian dicemari.

Maka puasa mengajar kita menjadikan hari-hari kita benar-benar berada pada kondisi ibadah. Walaupun pada waktu itu kita bukan sedang qiyam solat. Kerana ibadah seorang hamba kepada Allah adalah sepanjang hidupnya. Ramadhan datang mengembalikan mode ini. Inilah keaslian yang manusia perlukan. Sebulan lamanya kita belajar, mengibadahkan hari-hari kita selari dengan tugas hidup kita, dan supaya di akhirnya kita mendapat sijil takwa.

Namun Ramadhan tidak menjanjikan keberhasilan.

“Mudah-mudahan kamu bertakwa”


Begitulah penghujung ayat kefardhuan puasa. Mudah-mudahan, bukan suatu kepastian, tapi memberi harapan. Kitalah yang menentukan sama ada kita benar-benar layak menggenggam sijil takwa atau tidak. Atau kita lihat la di akhir nanti, adakah usai Ramadhan, hari-hari kita kembali asli? Atau terus tercemar?  


Setakat hari ini, sudah asli kah kita?

Monday, July 22, 2013

TADABBUR RAMADHAN



Tadabbur #9



Assalam’alaikum

Hmm. Dah lama tak menyambung sesi tadabbur. So kali ini saya ingin berkongsi satu lagi ayat, untuk sama kita renung dan hayati. Mudah-mudahan kita peroleh manfaat darinya.

Bunyi soleh je intro, efek Ramadhan agaknya.
Heh.


“Mahasuci Allah yang menguasai kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”
(Al Mulk:1-2)

Yang nak disentuh hanya ayat dua (2). Sentuh macam mana tu? Haa pandai-pandai la anda tafsir perkataan sentuh kat sini. Ok kerepek. Cuba perhatikan, Allah mulakan dengan

“Yang menciptakan mati dan hidup”

Pelik tak?


Biasa pada ayat-ayat lain, perkataan hidup akan disebut terlebih dahulu. Yang menciptakan hidup dan mati. Frasa hidup dan mati ini lebih selari la dengan kita. Daripada tiada, kita dihidupkan, kemudian dimatikan bila sampai ajal.

Tapi seolah-olah dalam ayat ini Allah (Wallahu’alam) merujuk kepada kematian di dunia, bila ajal kita sampai dan “hidup” itu merujuk kepada kehidupan yang kekal abadi, setelah dibangkitkan dari alam barzakh. Nampak tak permainan di situ? Teng teng teng.

Seolah-olah kehidupan pertama, kehidupan di dunia tidak layak pun untuk mengambil tempat dalam ayat ini. Tidak layak pun untuk disebut dalam ayat ini. Kerana tidak penting di sisi Allah. Tidak signifikan pun. Seolah-olahnya begitu. Kehidupan di dunia itu terlalu kecil, tiada apa yang nak dibanggakan, terlalu singkat.

Tapi ironinya, dalam kesingkatan, dalam ketidaksignifannya dunia ini, dalam ketidakpentingnya alam ini, kita masih berlumba mengumpul kekayaan. Masih bergegas untuk hiburan yang melampau. Masih terbawa-bawa, fanatic dan begitu teruja dengan hari-hari mendatang. Sehingga kita lupa akan kehidupan yang akan datang, yang kekal.

Di tambah keterangan, apa tujuan ini semua,

“Untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang labih baik amalnya”

So dunia sekadar medan ujian. Untuk menguji kita semua, sapa yang lebih baik amalnya. Dunia untuk beramal. Bukan untuk berhibur. Bukan untuk pasang angan-angan. Bukan juga untuk mengaharap balasan. Amal semata.

Dan yang menariknya, dalam ayat-ayat berkenaan ujian, biasanya ujian dikaitkan dengan iman. Diuji hamba-hamba Allah di dunia, untuk tengok, siapa yang benar-benar beriman. Tapi sebaliknya dalam ayat ini, iman digantikan dengan amal.

Kerana apa?

Kerana amal itulah terbitan iman.
Kalau benar-benar beriman, mesti ada amal.

Maknanya, indicator iman di dunia ialah amal. Tak usah cakaplah amal yang tidak ikhlas atau menunjuk-nunjuk tu. Kita ambil yang positif. Satu lagi, frasa “lebih baik amalnya” mempunyai unsur persaingan. Siapa yang lebih baik. Siapa yang lebih bagus amalnya.

So Allah nak kasi hint kat kita, supaya kita tengok amal-amal orang di sekliling kita, dan compare dengan amal kita. Ha, siapa yang lebih baik. Bahkan, kita kena merebut gelaran “lebih baik”. Kita digesa untuk bersaing dalam beramal. Bila kita faham ayat ini macam ini, kita patutnya tidak boleh senang duduk.

Terus kita kena check solat kita. Check tilawah kita. Check qiyam kita. Infak kita. Hubungan kita dengan ibu bapa, dengan rakan-rakan, dengan guru-guru. Check semua. Baik ke tidak. Kita kena berlumba. Kalau rasa ada tak kena, kena perbaiki. Sebab itulah tujuan hidup di dunia.

Satu perkara lagi, amal yang lebih baik tidak bermakna lebih banyak.

Baik dan banyak tu pun dua perkataan yang banyak bezanya.

Amal yang lebih baik mungkin merujuk kepada ikhlasnya. Mungkin pada kualiti penghayatannya. Pada tahap mujahadahnya. Pada istiqomahnya. Walaupun sedikit dan kecil. Tidak guna juga banyak beramal tapi tidak ikhlas. Banyak beramal tapi on off.

Ini juga kita kena take note.

Itulah sedikit sebanyak intisari ayat, yang saya faham la.

Moral of the story,

Marilah beramal. Kena pula bulan Ramadan ini, mari kita berlumba dan bersaing untuk merebut gelaran yang lebih baik amalnya. Tingkatkan kualiti ibadah kita. Terawih kita. Tilawatul Quran kita. Infaq kita.

Jangan ingat duk makan je keje  bila puasa. Jangan ingat tidur je di siang hari. Yang suri rumah jangan ingat duk masak untuk berbuka je. Bila berbuka pula, jangan makan sampai mulut pun cramp. Ha. Tapi fokus la pada amal-amal fardi.

Dan jadilah seperti Abu Bakr



Dalam sebuah hadis Anas atau al-Hasan: Nabi bersabda:
“Sesiapa melawat orang sakit hari ini, mengiringi jenazah, diberi taufiq berpuasa pada hari ini, maka wajiblah syurga baginya.”


Kata al-Hasan, Nabi besabda kepada sahabat-sahabatnya:


“Siapa antara kamu melawat orang sakit hari ini?”
 

Kata Abu Bakar: “Saya”.
Sabdanya: “Siapa antara kamu bersedekah sedikit hartanya pada hari ini?”
Kata Abu Bakar: “Saya”.

Sabdanya: “Siapa antara kamu mengiringi jenazah hari ini?”
Kata Abu Bakar: “Saya”.

Sabdanya: “Siapa antara kamu berpuasa hari ini?”
 Kata Abu Bakar: “Saya”.

Sabda Nabi SAW: “Ia (amalan-amalan itu) mewajibkannya (yakni syurga)”


Musannaf Abdul Razzaq (no: 6765)


Moga Allah terima amal-amal kita semua.

Moga kita tergolong dalam kalangan yang “lebih baik” amalnya.

In sha Allah.