Friday, June 22, 2012

MENANGKIS KEFUTURAN


Kelopak kelopak mawar mula meruntum jatuh

Dibuai ke timur ke barat sebelum menginjak ke bumi

Warna kemerahan bak saga padam, rentung dijilat suria

Layu, dedaun bersaksi, melihat rentak yang bakal disoroti

Gamit, dalam dingin suara berteriakan

Menyenandung isi terbuku di laut dalam

Gerimis senja, menanti tibanya malam meraikan rembulan

Di tepi tingkap jasad berdiri kokoh

Bait-bait lagu membawa khayalan memetik bintang

Sekali sekala terukir di bibir kaku

Lorong-lorong malap yang pernah menjadi teman akrab

Cebisan saki baki masih bersinar dalam kamar

Tertewas jua iman tika teman bertandan menjemput

Jasad yang kokoh tadi mulai longlai dalam gelap

Indah lagu, indah lagi cahaya malam

Menangis daku, melagukan keinsafan tanpa irama

Jauh


Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya. Itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar

(Al-Hadid : 21)

Jumaat yang hening

2 Sya’ban 1433 H

17 comments:

  1. pandai berpuisi...

    #Futur bukan sekadar barah.....

    ReplyDelete
  2. walau sudah ku perah otakku, masih sukar utk ku fahami. sastera habes. uh uh

    ReplyDelete
  3. musheh : haha
    in sha Allah sekali sekala peningkan otak :)
    jazakillahhukheir kerna sudi baca.
    oh sy kira anda byk berjasa melariskan blog di kalangan rakan2 anda. heh.

    ReplyDelete
  4. my fren sangat gilaakan blog2 islamik cemni. HAHA.
    sy promot skali je kot,, untung dpt kawan2 semangat waja. uh uh

    ReplyDelete
  5. hohoi~
    nampaknya mesej dalam post kali ini
    hanyalah yang bold dan italic yg last2 tu
    ayat Quran
    hehe

    ReplyDelete
  6. musheh : alhamdulillah ada kawan camtu haha. cerah masa depan


    ana muzakkar : kot 3 comments ?

    hehe
    sapa sapa ?

    ReplyDelete
  7. struktur dan susunan yang menyentuh hati..
    hehe...mendalam maksudnya tuu..

    ~dua tiga kali juga mentadabburnya.
    :)

    ReplyDelete
  8. azra, sape sahab ni? kawan intec nta ke? haha, nak jugak korek rahsia.

    ReplyDelete
  9. Peacemaker :
    eheh ;P


    musheh : azra ? spe tu?
    intec ? ape tu? err

    ReplyDelete
  10. eh azyulail azra?
    eh jalan tiga? haha.

    ReplyDelete
  11. cess
    geng bus sekolah bangi rupa2nya
    =.="

    ReplyDelete
  12. sastera memang gila

    Alhamdulillah kita semua in sha Allah normal :P

    ReplyDelete