Pada suatu
hari yang cemerlang, sekumpulan remaja sedang berbincang hangat tentang isu
kristianisasi di pedalaman Sabah. Salah seorang daripada mereka telah
melahirkan rasa kekecewaan yang terlampau kerana tidak ramai yang tampil untuk
mendakwah penduduk di pedalaman Sabah dan menyaingi semangat yang ditonjolkan
oleh missionaries Kristianisasi.
Macam mana
perasaan sedih itu dilahirkan?
Wallahu’alam la yang tu.
Wallahu’alam la yang tu.
Setelah
kekecawan itu diluahkan, seorang yang lain dengan lantang berkata, semua ini
salah Jabatan Agama Islam kerana memandang isu ini sebelah mata. Pihak berwajib
tidak menghantar da’ie untuk bertugas di sana.
Oh.
Nampak
gayanya buat dakwah ini kerja Jabatan Agama Islam jela ye dak? So orang kat
jabatan jela ada chance nak masyuk syurga? Er? Buat penat la belajar jadi
doctor tapi tak dapat join jabatan agama Islam dan masuk syurga?
Intro.
-----
Hakikatnya
masih ramai yang tidak tahu dakwah itu wajib. Malas nak komen panjang la bab
tu. Sebenarnya banyak dalil daripada al Quran dan hadis yang menerangkan
kewajipan berdakwah. Tapi ada jugak yang salah faham. Ada yang masih beriman
bahawa buat dakwah adalah fardhu kifayah.
Cukup segolongan yang melakukan.
Ayat
berikut menjadi hujah yang dicanang;
Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan
orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf dan mencegah dari
yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
(3:104)
(3:104)
Dengan
termaktubnya perkataan ‘segolongan’ dalam ayat di atas menyebabkan ramai
berpendapat tugas ini adalah fardhu kifayah. Saya ada tiga hujah untuk
menyangkal pendapat ini, cewah. Dah macam debat pula. Kalau tak setuju nasib
la.
Pertamanya,
‘segolongan’ di sini bermaksud tugas dakwah ini ada pengkhususan. Contohnya
tugas dakwah perlu berjalan di semua tempat. Tapi setiap seorang yang buat
dakwah tidak wajib berada di kesemua tempat. Contoh, kalau kita jadi jurutera,
kita wajib la berdakwah sesama jurutera, dalam lingkungan kita. Doctor buat
dakwah di hospital. Cikgu di sekolah.
Student kat
college. Cenggitu. Bila dah ada wakil wakil di tempat tempat ini, maka seorang
cikgu tak perlulah berpenat lelah buat dakwah di pejabat pos seumpamanya.
Boleh
terima ke?
Err
Keduanya,
siapakah ‘segolongan’ yang dimaksudkan ini ? Seperti yang kita sedia maklum, al
Quran itu diturunkan untuk ummat sekalian alam. Bukan untuk yang Islam sahaja.
Tetapi kepada seluruh manusia. Dan ‘segolongan’ ni bukan merujuk kepada
segolongan daripada orang Islam, tapi ‘segolongan’ daripada manusia.
So,
basically yang baca al Quran adalah orang Islam. Secara rasmi diamanahkan
kepada umat Islam menyampaikan dakwah kepada yang lain. Untuk lebih jelas, kita
tengok sini;
Kamu (Umat Islam) adalah umat terbaik yang
dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh yang makruf dan mencegah yang
mungkar dan beriman kepada Allah.
(3:110)
(3:110)
Clear?
Dan berikut
adalah hujah yang paling best.
Hehe.
Hehe.
Sekalipun
dakwah itu fardhu kifayah, kita kena ingat bahawa hukum fardhu kifayah asalnya
fardhu ain. Tetapi ia beralih jadi fardhu kiyafah apabila ada segolongan yang
melakukan perkara tersebut dengan syarat perkara tersebut mencapai matlamatnya
dan selesai dengan jayanya. Bereh?
Contoh.
Solat
berjemaah di masjid adalah fardhu kifayah. Satu hari, waktu Zohor dah masuk.
Kemudian di masjid rumah kita belum ada yang pergi azan. Kena pula time tu kita
baru nak lepak lepak atas kerusi urut jenama Gintel yang baru sampai semalam.
So kita rimas. Tup tap dua tiga minit kemudian, nampaklah Jebat jiran kita ke
masjid. So kita menarik nafas lega kerana tanggungjwab solat berjemaah di
masjid telah terlepas.
Tapi hello,
Jebat sorang boleh ke sembahyang jemaah. Jebat imam, Jebat makmum? Pakai mazhab
mana ni? Huhu. So matlamat solat jemaah tak tercapai. Maka ia masih wajib.
Sama la
buat kerja dakwah. Kita ada matlamat untuk dicapai. Dan ia masih belum tercapai
bahkan masih sangat jauh dan panjang perjalanan untuk mencapainya.
Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi
fitnah dan agama hanya bagi Allah semata
(2:193)
(2:193)
Pendek kata
matlamat dakwah tercapai bila tiada lagi fitnah pada Islam. Pada waktu tu,
barulah status wajibnya beralih kepada fardhu kifayah. Waktu itu, bukan setiap
manusia kat Bumi masuk Islam, tapi mereka semua tunduk kepada Islam meskipun
mereka Yahudi, Buddha atau Hindu dan sebagainya.
Fitnah tu
macam mana?
Lain kali kita sembang lagi ye.
Lain kali kita sembang lagi ye.
So, dakwah
wajib ?
Ke sunat mu’akkad ?
Ke sunat mu’akkad ?
-,-‘
Ps :
pemahaman saya semata. Boleh dibidas dengan lastik sekiranya bercanggah dengan
mana-mana prinsip rukun tetangga anda, eh.
10 comments:
bak kata pakcik roslan, sebab belum wujud ustaziatul alam, maka hukumnya masih lagi wajib.
ok, no objection.
dakwah tu wajib .. sebab bila kata tak wajib.kita. kompem. masing2.main pas2 kat manusia lain. fuhh.
Izzati : yup
Bukan Robot : setuju. bila tak wajib. sume main pass, macam pass baton nk lari2 pulak. dan semua mentaliti cenggitu, at last xde orng pun bwt kerja. kannn
setuju dgn pendapat awak, chakir. sometimes ramai org ingat dakwah ni kena jadi ala-ala ustaz gitu.
dakwah tu sebarkan benda yg baik. so setiap org Islam kena sebarkan benda yg baik2...tol tak.
p/s: apsal Jebat menjadi contoh? ce citer...ce citer...kahkah!
Ustaziatul 2 ap ye?
man qola lailahaillallah wahua daie =)
teacher : betol :)
Jebat ? randomly. klasik gittew.
tahulah nama kekasih pujangga, pinjam :P
enonimos : ustaziyatul = rujukan.
hamizah : indeed
ohohoho~~~!! bangga tcer kekasih pujangga tcer menjadi contah yg baik...wakakaka!!!
mitop maaf me nyampuk....boleh tak nyatakan drpd mana dtgnya " man ko lailahaillalah fahuwa daie".... hadis atau kata ulama... pastu, mengenai ayat kuntum khaira ummatin.... yg sy tahu, lafaz kuntum tu merujuk kpd para shbt, bukan kita..... mohon penjelasan.
Yeah.. toifah..
Post a Comment