Sunday, May 8, 2016

WA'YU SIYASI





Orang beriman peka dan sensitif. Mereka melihat sesuatu kejadian dengan pandangan yang berbeza, tidak dapat dijangkau oleh orang lain. Sehingga apabila kita mendengar pandangan - pandangan mereka akhirnya kita tunduk dan bersetuju. Benarlah, berbeza sungguh pandangan melalui kaca mata taqwa.

Pada malam itu.


"Sesape nak mula dulu? Sedikit Update dalam dan luar negara? " Akh A membuka ruang untuk semua.  Sudah menjadi rutin halaqoh itu, perbincangan sekitar isu-isu semasa turut menjadi agenda mereka.


"Haaa yang latest rasanya news yang London elected first Muslim mayor tu" Sahut Akh B.

           "Haa. So apa pendapat antum sume?" Komentar dan masukan dari yang lain sering diajukan. Meskipun jarang sekali ada yang menyahut.

"Surprisingly. Sebenarnya islam ni sentiasa ada harapan... Mungkin tu tanda Allah nak tunjuk dan tegur kita yang kat sini, kalau Muslim dekat barat boleh perform, why not kita? " Pandangan Akh C.

"Huhu sentap sentap... "

"Bukan nak kasi sentap pun. Just something to ponder... "


Di media memang ramai yang share berita tu. Teruja. Kagum dengan muslim. Nama tokoh tersebut di angkat dan diagungkan agungkan.


"Tu la kan. Actually sangat menarik tu. Despite Islamophobia kt sane, tapi nampak la orang educated macm English tu sangat open minded... ”

Yadda yadda.


Analisis ringkas dan tidak bertauliah pada malam itu. Dalam halaqah tarbiah bukan sahaja bahan usrah sekitar al Quran dan hadis mahupun sirah yang dibincangkan. Kerana seorang akh yang hendak dilahirkan juga adalah yang memiliki wa'yu siasi atau kesedaran politik. Kerana kita yakin, dari halaqah kecil inilah lahirnya politikus islam untuk masa depan bersama.


"Ala kulli hal, hopefully kita harap more good news la daripada dia ni dan sepatutnya membakar semangat kita untuk push diri, all out dalam dnt.. "

Kemudian pada hari hari berikutnya kita diberi pencerahan. Mendengar pendedahan dan sudut pandangan baharu dari jiwa yang peka dan sensitif.

"Betul ke pelantikan Datuk Bandar Muslim tu satu berita gembira? "


Selalunya pengetahuan akan menghubungkan seseorang dengan kebenaran. Orang tidak mengetahui, terhijab dari al haq dan boleh mengambil pandangan pandangan yang silap.  Disebabkan itulah barangkali ada pepatah yang agak masyhur mengatakan kejahilan lebih dekat dengan kuburan berbanding kematian. Ketidaktahuan itu seolah mematikan fungsi akal, bila akan tidak dapat difungsikan maka apalagi nilai kehidupan insani?


Memetik satu kata kata al ustaz yang lebih memahami hal ini,


"Di negara Barat yang tidak menerima islam mustahil seorang Muslim boleh meningkat naik lebih lebih lagi dalam politik melainkan setelah menggadaikan beberapa prinsip islam. Lalu, tidak ada apa yang boleh dibanggakan..... "

---

" Assalamualaikum ikhwah. Just nak share something to ponder berkenaan dengan akhbar alam islami kita semalam....

Meski pun ramai di kalangan umat Islam di dunia antarabangsa yang kagum dengan pencapaian Sadiq, pendirian beliau terhadap isu umat Islam dipertikaikan dalam beberapa perkara seperti :


1-Sadiq Khan menyokong LGBT dan mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

2-Sadiq menyokong keputusan Parlimen Britain untuk keterlibatan ketenteraan Britain untuk menyerang Irak dan kemudiannya ke atas Libya.

3-Sadiq menyokong perjuangan hak bangsa Yahudi dan mengiktiraf Negara Israel.

4-Sadiq mempunyai pendirian sebagaimana Barat yang lain terhadap isu hijab bagi Muslimah di UK.


Huhu. Semoga kita tidak kecewa lagi.


"One lesson learnt. Bahawa jika bukan melalui pintu tarbiah yang kita sama sama imani ini, walaupun bagaimana wasilah dan pendekatannya, masalah mungkin tidak akan selesai.... "


Alhamdulillah. 


Inilah sepak terajang tarbiah. Memahami inti inti islam dan asas asasnya dengan terbuka, dengan tadabur, renungan yang tajam dan mendalam.


----


Projek Buku Sepak Terajang Tarbiyah

No comments: