Showing posts with label RIYADUS SOLIHIN. Show all posts
Showing posts with label RIYADUS SOLIHIN. Show all posts

Saturday, March 30, 2013

MARI BERAMAL



Hadis no 361:

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w bahawa ada seseorang berkunjung ke tempat saudaranya yang berada di lain desa, kemudian Allah Ta’ala mengutus malaikat untuk menghadangnya, dan setelah malaikat itu bertemu dengan orang itu kemudian bertanya;

“Mahu ke mana kamu?” Orang itu menjawab, “Saya akan berkunjung ke tempat saudaraku yang 
bertempat tinggal di desa itu”

Malaikat itu bertanya, “Apakah kerana kamu merasa terhutang budi kepadanya?” Orang itu menjawab, “Tidak, saya mencintai dia kerana Allah Ta’ala semata.”

Malaikat itu berkata, “Sesungguhnya aku utusan Allah untuk menjumpaimu dan sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana kamu mecintai saudaramu kerana Allah”

(HR Muslim)


Hadis no 370:

Dari Ibnu Mas’ud r.a. berkata. “Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah .s.a.w. kemudian bertanya, “Wahai Rasulullah bagaimana pandangan tuan tentang seorang yang mencintai sesuatu kaum tetapi dia belum pernah bertemu dengan mereka?”

Maka Rasulullah bersabda. “Seseorang itu akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu, (nanti di akhirat)”

(Muttafaqun ‘Alaih)


Hadis no 377:


Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat, “Manakah mereka yang saling mecintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri,”

(HR Muslim)


Hadis no 382:

Dari Mu’az r.a. berkata, “Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah Azza Wajalla berfirman, “Orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu, maka mereka akan memiliki mimbar-mimbar dari cahaya yang diinginkan pula oleh para nabi dan para shuhada”

(HR Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan shahih)


Himpunan Hadis dari Kitab Riyadhus Solihin
Susunan Imam Nawawi


Mari Beramal :)


-----------

Secebis peringatan. Untuk dikongsi.
Pinjamkan daku sekelumit Cuma masamu.
Wah dah macam Fatimah Syarha pun ada.
Bukalah mata seluasnya, lihat kehadapan sejauh mata bisa memanah
Jujur pada diri, bacalah atas dasar mencari kebenaran
Bukan membenarkan keinginan atas kebenaran

 
Sudah sekian lama kita di sini, kerana apa?
Menagih peringatan. Tidak henti-henti
Buat pedoman hidup. Mungkin.
Namun tidak hairankah kalian?
Kerana apa setelah peri banyaknya teguran dan peringatan
Kita masih di takuk lama
Dan kita terus menagih. Aneh.
 
Apa yang kita harapkan sebenar. Ilmu sudah menggunung
Namun masih sepi tanpa amal
Lagi-lagi kita mencari, bahan bacaan buat peringatan
Adakah benar kita ingin mencari peringatan atau sekadar jadi tatapan harian?

Di luar sana, setapak pun tidak ubah.
Kita ini sebenarnya dambakan seminit keinsafan sahaja
Terus mencari hujah-hujah menembak jiwa
Kemudian kita berbalik pada jasad yang sama
Terus menerus bergelumang dalam lumpur hitam itu

Apa natijahnya kita masih di sini?

Apa pandangan kalian jika seseorang yang kalian nasihati sekadar mendengar,
alih-alih mereka masih melakukan yang sebaliknya?

Adakah ini suara kekecewaan? Sudah pasti tidak.
Apa untung daku kecewa? Pastinya ini sebuah harapan.
Agar membawa arus baharu. Eh?

Saturday, July 28, 2012

ON MANIS


Anda bosan?
Ingin teman untuk berbual dan berkongsi kisah dan cereka suka dan duka. Tawaran hebat.

Taip ON MANIS dan hantarkan kepada sahabat-sahabat anda. Tidak percaya akan keberhasilannya? Anda ternyata memandang enteng akan ubat yang paling mujarab ini. Ayuh kita baca kisah manis yang memaniskan ini.

Himpunan Hadis yang sangat manis dan menyentuh
dari Kitab Riyadus Solihin susunan Iman Nawawi

Aww. Semanis kurma.

**************************************
1) Sumpah Sweet

Dari Abu Idris Al-Khaulanin rahimahullah berkata, “Saya masuk masjid Damaskus dan di sana ada seorang pemuda yang mengkilat giginya. mereka selalu mengerumuninya dan jika mereka berselisih pendapat maka mereka minta pertimbangannya, maka saya bertanyakan tentang pemuda itu, lantas dijawab bahawa pemuda itu adalah Mu'az bin Jabal r.a.

Esok harinya saya pagi pagi benar datang ke masjid tetapi pemuda itu lebih pagi daripada saya dan saya dapatkan dia sedang solat. Saya menunggu sehingga dia selesai solat kemudian saya datng kepadanya dari arah depannya serta menyampaikan salam dan berkata

"Demi Allah, saya mencintaimu kerana Allah"

Dia bertanya, "Benar kerana Allah ? "

Saya menjwab , "Ya kerana Allah"

Dia bertanya "Benar kerana Allah?"

Saya menjawab "Ya kerana Allah"

Kemudian dia menarik hujung selendangku untuk mendekat kepadannya dan dia berkata
"Sambutlah berita gembira, sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Tabaraka wa ta'ala berfirman, "CintaKu tercurah untuk mereka yang saling menyintai kerana Aku, mereka berkawan kerana Aku, mereka saling mengunjungi kerana Aku dan mereka saling membantu kerana Aku"

(HR Malik)


2) Sweet Terlampau

Dari Abu Karimah Al-Miqdad bin Ma’dikariba r.a dari Nabi s.a.w, beliau bersabda: “Jika seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahukan kepada saudaranya itu bahawa dia mencintainya”

(HR Abu Daud dan Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan shahih)



3) Tension, sweet sangat


Dari Mu’az r.a berkata, “ Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah Azza Wajalla berfirman, “Orang-orang yang saling menyintai kerana keagunganKu, maka mereka itu akan memiliki mimbar-mimbar dari cahaya yang diinginkan pula oleh para nabi dan para shuhada.”

(HR Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan shahih)


4) Sakit jantung, terlebih sweet

Dari Anas r.a bahawa ada seorang lelaki duduk di hadapan Rasulullah kemudian ada seseorang yang lalu di situ, lantas orang yang duduk di hadapan Rasulullah berkata, “Wahai Rasulullah, sungguh saya mencintai orang itu”

Nabi .s.a.w bertanya kepadanya, “Apakah kamu sudah memberitahu kepadannya?” Lelaki itu menjawab, “ Belum” Beliau berkata, “ Beritahukanlah kepadanya” Kemudian lelaki itu menemui orang itu dan berkata, “Ssesunggunya saya mencintai kamu kerana Allah” Orang itu menjawab, “ Semoga kamu dicintai oleh Zat yang menjadikan kamu mencintaiKu keranaNya”


(HR Abu Daud dengan sanad shahih)


********************************

Cukuplah dahulu untuk edisi pertama. Terlalu sweet. Saya khuatir ramai yang akan mengidap penyakit kencing manis usai membaca hadis-hadis ini. So, siapa kata Islam itu tidak sweet?

Uhibukkum Fillah :)


Cinta yang halal, berlambakkan.
Mengapa masih mencari yang haram?