Showing posts with label TUJUAN HIDUP. Show all posts
Showing posts with label TUJUAN HIDUP. Show all posts

Sunday, August 11, 2013

ANTARA DUA DARJAT




Sarikei, bukan nama sebenar merupakan seorang anak Jati Malaysia. Satu hari yang indah, suhu pun rendah, aman dan sentosa, maklumlah Malaysia kan aman, satu soalan telah diajukan kepada Sarikei,


“Apa nama ibu Negara Malaysia?”

“Kuala Lumpur”

Cemerlang. Sepantas kilat beliau menjawab soalan tadi.
Kilat pun tak sepantasnya. Ok over.
Soalan kedua, 

“Apa nama ibu Negara German?”

“Hmmm…”

Krik.
Krik.

“Dublin kot?” Tettt. “Saya ingat, saya ingat, Berlin?”

Boleh tahan.


-----------------------

Lohan, putih melepak. Tubuh tinggi lampai. Mata biru. Anak Jati German. Lohan, juga bukan nama sebenar. When asked,

“What is the capital of German?”

In a split second He answered,

“Berlin. Well don’t you have a tougher question?”

Cis.

“Well, how about Malaysia?”

“Err, what is that?”



----------------------

 Begitu la kisahnya.

Encik Osman telah menanyakan satu soalan kepada Sarikei,

“Apakah tujuan hidup kita?”

“Ibadah”

“Lagi satu?”

“Eh ada dua ke? Hmm.. Khalifah kan?”


Not bad.

Untuk tidak biased, Encik Osamn juga telah menanyakan soalan yang sama kepada Lohan,

“Lohan, Lohan, can I ask you something?”

“Sure”

“Well, what’s the purpose of life”

“Hmm. Woo, that is really a tough question. I’ve never thought of that. Be good maybe?”

“So you’re being good?”

“I’m trying”


Be good. Escapism.

Begitulah ceritanya.


----------------------------

Orang yang tahu dan hidup dengan apa yang dia tahu.

Sarikei tidak mempunyai sebarang masalah menjawab soalan pertama. Yelah. Dia anak Jati Malaysia, hidup di Malaysia, pasti tahu benar geografi Negaranya.

Begitu juga dengan Lohan, tidak ada masalah menjawab persoalan yang sama.

Orang yang tahu tapi tidak hidup dengan apa yang dia tahu.

Namun, Sarikei bila ditanya tentang apa ibu Negara German, dia terkebil kebil. Heh. Mungkin dia tahu. Tapi dia tidak hidup di German. Jawapan itu tidak terus bermain di fikirannya. Akibatnya, cubaan pertamanya gagal menepati skema jawapan.

Bahkan, Sarikei perlukan masa yang lama untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Orang yang langsung tidak tahu.
Haa, Lohan pula, mana mungkin dia tahu apa ibu Negara Malaysia, kalau Malaysia pun dia tidak tahu.



------------------------

Sarikei tahu satu dari dua tujuan hidup, yakni ibadah. Lantas dia menjawab dengn betul. Kerana dia mungkin benar-benar hidup dengan hakikat ini. Tapi, apabila bercakap soal khalifah, ada sedikit kekeliruan di situ.

Mungkin dia tahu. Tapi dia tidak hidup untuk itu.

Nah, Lohan pula, langsung tidak terfikir.

Tanya diri kita sejenak. Apa tujuan kita hidup? Anda mungkin boleh jawab keduanya dengan betul, kerana saya yakin anda hidup dengan kedua hakikat ini. Tapi bagaimana dengan orang di sekeliling kita? Jiran jiran kita?

Orang yang berlegar di tempat kerja kita? Yang lalu lalang di hadapan rumah kita? Yang meluncur laju atas jalan raya di kampung halaman kita?

Adanya “pause” dalam jawapan mereka boleh dijadikan indikasi sejauh mana jawapan itu benar-benar hidup atau jawapan semata. Ini hanyalah indikasi paling minimum.

Kerana,

Kita yang boleh jawab keduanya dengan betul pun belum tentu lagi menunjukkan ia benar-benar merupakan jawapan yang menggambarkan hidup kita. Jawapan tu mungkin betul kerana kita budak usrah!

Thursday, June 21, 2012

ALAT TUNGGANGI MATLAMAT

Baru-baru ni ada kawan saya bercerita pasal lagu Yuna, tajuknya Kosong. Sayu pun dengan reaksi pra-matang, apakah? Tiada tajuk lain kah. Patut la anak-anak muda jiwanya kosong, asyik duk sebut kosong kosong. Cuba tukar lagu jadi penuh, penuh, in sha Allah penuh la jiwa itu, kan lebih tarbawi gittew. Heh.

Tetibe je

Assalamu’alaikum


“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Ayat di atas, mugkin dah kali ke lapan juta sembilan puluh tiga anda dengar ayat ni. Diulang-ulang. Lantak pi la, saya nak tulis juga hari ini. Dalam ayat itu, Allah berfirman secara ayat mudahnya, Dia ciptakan manusia dengan jin tiada sebab lain, tiada Dia cipta manusia untuk makan, cipta manusia untuk tido, untuk berhibur situ sini, untuk lenggan kangkung lenggan bayang, bukan untuk sibuk kerja lupa dunia, belajar lupa agama, tengok bola lupa anak bini.

Tapi diciptakan manusia supaya beribadah kepadaNya, menghambakan diri dan jadi abid kepada Dia setiap detik saat dan waktu.

TAPI TAPI TAPI

Dalam nak beribadah, ada benda yang perlu kita capai supaya ibadah diterima. Contoh, nak solat, kena tutup aurat, nak ada baju, nak beli baju kena ada duit. Nak solat di masjid, nak pergi masjid ada kenderaan, tubuh badan nak kena sihat, baru sempurna rukun rukun pergerakan, tak gitu?

Nak bayar zakat, pergi haji pun nak kena ada duit. Nak kena butat persiapan sebelum meninggalkan kampong halaman. Inilah benda-benda yang kita perlu ada dalam mencari kesempurnaan ibadah.

Perlu bekerja?

Perlu belajar?

Perlu ada duit?

Perlu makan?

Perlu rehat?

Perlu riadah?

PERLU PERLU PERLU


Kalau orang nak pergi berperang, tujuan dia nak lawan musuh la kan, tak kan saja-saja pergi perang nak test power kot, so menang atau syahid. Tapi, ada ke orang pergi berperang sehelai sepinggan dan sebutir periuk belanga? Heh. Tak la kan. Mesti ada pedang, perisai sebagai senjata. Kuda perang untuk ditunggangi sebagai kenderaan. Tapi still objektif perang, kalahkan musuh. Itu matlamat. Ni la yang kita kena paham. Nak capai objektif kita kena ada alat.

Duit, pakaian, makan, tidur rehat, riadah, kerja, belajar itu alat. Saya ulang itu alat. Beribadah kepada Allah itu matlamat! Apabila kita belajar, bekerja, tidur, makan, main sebab nak capai matlamat tadi, maka di situ dikira ibadah. Ni kita panggil ibadah umum. Paham kah?

TAPI TAPI TAPI

Apa yang berlaku hari ini. Manusia-manusia dah confused. Matlamat sudah dibuang ke laut. Alat pula dijadikan matlamat. Tak percaya? Saya bikin anda panas?

Contoh, orang kerja sebab nak cari duit nak infak, nak buat ibadah tapi hari ini mereka kerja gila mati sampai tension gaduh laki bini sebab nak kumpul harta, berlagak sana-sini. Orang beli kereta sebab nak pergi masjid, pergi ziarah, tapi hari ini mereka kumpul kereta buat pameran, supaya megah bicara, tinggi kepala. Alahai.

Contoh lagi, orang beli baju nak tutup aurat, supaya sempurna ibadah. Tapi hari ini rata-rata beli baju, tapi disengajakan yang buka aurat, dedah situ dedah sini buat pameran tengah jalan. Ni pakai ayat mana? Mazhab mana? Ke belajar kelas fardhu ain selalu ponteng? Heh.

Contoh, orang belajar supaya dapat kerja, dapat cari rezeki sara anak dan bini-bini serta mak ayah, belajar supaya dapat jadi hujah untuk agama, tapi hari ini ada yang keliru. Belajar tinggi-tinggi lupa daratan. Belajar sampai pukul tiga empat pagi lepas tuh subuh gajah putih. Subuh jemaah itu sah sah fail. Kemudian ditanya, buat apa belajar?

“Belajar kan ibdah. Kerana Allah”

Ni memang nak kena pelempang.


Lagi contoh, orang beriadah sebab nak jaga kesihatan supaya selalu fit. Dapat jalan gi masjid sembahyang jemaah. Tapi hari ni beruskan sampai maghrib pastu lupa nak tutup aurat time sukan. So macam mana nak jadikan sukan kita ibadah? Paham? Orang tidur pun sebab nak rehat, makan sebab nak jaga kesihatan, nak buat amal. Tapi hari ni ramai orang mati kekenyangan dan tidur lama sangat sampai tak bangun-bangun. Itukah ibdah?

Astaghfirullah

Astaghfirullah

Astaghfirullah

Matlamat dan alat dah bersimpang siur. Oh kawan-kawan. Oh diri. Habistu, tally kah kehiduan kita seharian ni dengan seruan Allah tadi ? Anda ada jawapan untuk diri masing-masing. Kalau kita gagal beribadah kepada Allah dua puluh empat jam sehari, maka bukankah kita telah lari dari tujuan hidup?

Ayuh tajdid niat.

Gunakan alat sebaik mungkin.

Jangan keliru !