Showing posts with label IDUL FITRI. Show all posts
Showing posts with label IDUL FITRI. Show all posts

Monday, August 20, 2012

MALAM ITU

Allahuakhabr

Allahuakhbar

Allahuakhbar

Malam itu, sebaik azan Isha’ berkumandang dengan penuh gah mengisi ruang ruang kosong dalam molekul udara, saya bergegas mengatur langkah yang bergaya menuju ke masjid. Lokasinya berdekatan dengan rumah. Sudah ramai yang tiba. Entah mengapa, pada malam itu terasa seperti ingin berada di saff hadapan, kalau ikutkan hati nak duduk di ruang imam, heh, tapi takpelah.

Tut tut, Berjaya menyelinap masuk ke saff hadapan. Malu pula, pakai selekeh, hingus meleleh, tapi sebaris dengan pakcik pakcik yang tegar hadir ke masjid. Entah apa dalam hati para pakcik itu yang berbisik. Tapi takpelah. Yang penting nawaitu. Insha Allah. Maka bermulalah adegan menunaikan solat Isha’ berjemaah.

Skip skip skip.


Salam diberi. zikir ringkas dialunkan. Pada kebiasaanya, sebaik salam diberi, saya akan terus meninggalkan jemaah, buat hal sendiri kat belakang masjid. Tapi kali ini, duk di saff hadapan punya pasal, saya stay. Oh lupa, malam itu ada yang terbeza. Selesai zikir zikir ringkas, tengok para jemaah dengan tok imam saling pandang pandang, eh eh macam ada apa apa aje. Saya pun turut sama pandang, haha.

Oh. Sah. Ya esok raya. Maka mulalah adegan takbir raya. Wah. Ini kali pertama, bertakbir raya pada malam raya di saff hadapan. Untung saya. Ini takdir. Sayu je suara tok imam malam tu. Bertakbir membesarkan Allah yang satu,takbir tanda kemenangan, takbir tanda kita kini suci, hari fitrah mendatang.

Saya pandang kanan, pandang kiri. Muka muka semuanya tunduk, mengenangkan dosa lampau barangkali. Pakcik pakcik ini tidak tampak begitu gembira. Sambil takbir dilaung, ada yang wajahnya muram. Ada yang wajah menyesal. Boleh jadi teringat anak anak diperantauan. Atau boleh jadi teringat bini di rumah. Eh. Yang pasti riak wajah berbeza beza. Malam itu, sungguh luar biasa.

Malam itu, selesai perjuangan sebulan di Ramadhan. Satu tempoh tarbiyyah dari tuhan. Keesokannya bakal meraikan hari kelahiran baharu, kembali kepada fitrah, suci dari dosa, sepatutnya. Setelah selesai solat dan doa dan bersalaman, saya pulang ke rumah. Saya lalu satu persatu rumah rumah di kawasan kejiranan. Suasana malam itu juga berbeza.

Ada rumah yang meriah persiapannya. Kanak-kanak bergelak riang, membakar pelita, memasang lampu kedip kedip. Ada rumah cerekanya sebaliknya. Ada rumah sunyi sahaja, gelap seolah-olah malam itu tiada signifikannya. Ada rumah menyambut kehadiran malam itu dengan pertambahan ahli, tidak kurang juga yang menyambut dengan kekurangan ahli. Sayu bila teringat ahli keluarga dan jiran tetangga yang sudah mendahului. Malam itu sungguh luar biasa.


Sebaik sampai dirumah, saya duduk duduk di luar sejenak, bintang bintang bergemerlapan dengan cemerlang. Semuanya tampak terang. Boleh jadi index pencemaran udara malam itu sangat rendah. Seakan boleh digapai bintang dengan tangan, sungguh dekat. Sungguh, malam itu luar biasa.

Sebulan, sudah berlalu tempoh tarbiyyah dari Tuhan. Tiba tiba risau pula, aku kini meraikan hari fitrah. Namun diluar sana, bila bila sahaja boleh datang perkara perlara yang boleh menodai kesucian ini. Anasir anasir di luar sana boleh sahaja merobek hasil tarbiyyah ini. Mampukah momentum iman dan amal diteruskan?

Cebisan kali ini kelihatannya tiada point sangat. Entah. Sekadar menulis di satu malam yang luar biasa. Muhasabbah. Istiqamah. Doa. Insha Allah, dipermudah urusan.

" Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani agar kamu bersyukur"
(An Nahl:78)

Laillahailallahu Allahuakhbar

Allahuakhbar walillahihamd

Saturday, August 18, 2012

PARALLAX ERRORS

Dihujung kota, berdiri teguh sekujur tubuh tua, kedut kedut pada wajahnya menampakkan dia makin lusuh dimamah usia. Longlai dan lemah, langkah diatur. Saban hari bertarung dengan terik mentari, menggembleng tenaga, memerah keringat, bergolok gadai kudrat yang ada, demi sesuap nasi. Sekelumit Cuma sudah memadai untuk hidup menumpang di Bumi Ilahi.

Drama semata mata.

Idul fitri sudah makin menghampiri. So close. Ini juga bermakna hari kemenangan makin dekat. Cuma, yang menang kita atau hawa nafsu? Bukan apa, takut takut tiba sahaja 1 Syawal nanti kita berubah tiga ratus delapan puluh enam darjah ke timur. Serta merta. Tewas di hari kemenagnan. Al maklumlah, pada hari itu, syaitan syaitan yang dikurung akhirnya bebas. Pasti mereka keluar dengan penuh bertenaga dan strategi baharu untuk menyesatkan kita.

Maka, adakah kemenangan di hari fitrah itu sesuatu yang suci atau bakal dinodai? Eh apa kau merepek ni. Shh. Di kesempatan ini, saya Cuma ingin menggariskan beberapa pesanan penaja dari pihak gerai Nasi dan Lemak.

Beberapa perkara ralat di 1 syawal yang kita sering terlepas pandang lalu menodai kesucian hari fitrah. Rugi la jika sebulan kita membanting tulang, memerah peluh dan keringat meningkatkn keimanan dan ketakwaan, tut tut pada hari kemenangan itu yang menang adalah syaitan syaitan yang dibelenggu kerana kita terlepas pandang. Eh, dapat point nya?

Ok straight to the pint.

Ni yang saya perasan. Raya punya pasal, banyak benda tak terkawal. Pertama bab salam. Memang benar, digalakkan untuk bersalaman di pagi raya nanti, bermohon maaf, apa orang kata? Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita satukan ? eh. Cuma, bersalaman ini boleh bawak pahala boleh bawak dosa. Jika bersalaman tanpa berpegang pada garis panduan yang mahram tetap mahram.

Namun yang berlaku biasanya pada hari raya, habis semua orang kita nak salam tangan. Intai intai duit raya la katakan. Tidak boleh la begitu. Suka saya di sini mengingatkan kalian supaya cakna dan ambil berat tentang hal ini. Rapat atau baik mana pun kita dengan mereka-mereka yang haram untuk kita bersentuhan, maka tak usah la nak jadikan alasan. Contoh, kita dengan kakak atau abang ipar, haram juga. Dengan pak cik atau makcik yang kawen dengan adik beradik mak atau ayah kita, haram la kan. Saya cakap ni yang lain jantina la. Yang sama jantina tu sapa peduli, sah sah la boleh.

Ni bab salam tangan.



Pada hari raya juga mulalah busana muslimah bertukar ganti, bagi yang perempuan la. Bagi yang lelaki biasanya berbaju melayu, tak leh nak kata apa,cutting dan patternya memang macam tu dari dahulu lagi, tak de yang menggugat nafsu apatah lagi iman. Isu nya pada baju raya akhawat kita. Bukan la saya ingin menuduh, Cuma sekadar peringatan dan renungan.

Biasanya di pagi raya ni la kita nak sakan, kain belah situ belas sini. Sarung kaki pun dah dicampak tah ke mana. Hijab yang dahulu melepasi paras dada kini dibelit belit sampai ke atas kepala. Al maklumlah, hari raya, hari kemenangan la katakan, nak juga kita sekali sekala merasa itu semua. Namun harus diingat, orang-orang macam kita yang disentuh dengan aura tarbiyyah ini perlu nya terbeza dengan orang kebanyakan, kita punyai prinsip. Jangan gadaikan prinsip dek melihat sedara mara yang melaram bagai nak rak.

Semuanya kerana raya.

Inilah isunya. Nampak kecil. Tapi sebenarnya tidak timbul statement kecil atau besar kerana benda ni memang tiada saiz. Eh.

Beberapa ralat lain adalah seperti bab makan. Yang ni tak perlu nak kupas. Sendiri mahu ingat. Bab solat jemaah. Banyak kes dilaporkan, musim raya ini jadual solat lari sikit. Sibuk duk kutip duit raya. Ingatlah, duit raya tu semua Allah yang bagi. So pandai pandai la berterima kasih.

Sekadar coretan

Tak guna tulis ni sekarang.

Kalau anda baca pun saya pasti raya dah pun berlalu.

Kerana pada saat post ini diterbitkan, saya yakin rata-rata dalam kalangan kita sedang hanyut dalam arus ibadah. Apa-apa pun mana yang baik kalau boleh amalkan. Sebenarnya bukan kalau boleh, tapi memang perlu kan. Semoga madrasah tarbiyah kita sepanjang Ramadhan membuahkan hasil. Peace.