Showing posts with label ONE WORD. Show all posts
Showing posts with label ONE WORD. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

ONE WORD : POKE



Poke.

Mengikut defnisi Concise Oxford Dictionary-Tenth Edition, poke dari segi verb nya ialah jab or prod with a finger or a sharp object. Dalam bahasa Sepanyol, poke ialah atizar manakala dalam bahasa Peranchis pula poke diterjemah sebagai pousser. Dalam bahasa Latin poke adalah latus podico manakala dalam bahasa Belanda pula adalah stekken.

Baiklah, terima kasih kerana sudi membaca.

Bagi yang sudah lama berkecimpung dalam dunia Facebook, ada suatu permainan atau application yang di namakan sebagai Poke. Seorang pengguna facebook bolehlah menekan ‘Poke’ sebagai hint untuk menegur kawan alam mayanya yang lain. Biasanya yang menggunakan Poke ini ialah mereka yang ingin menegur kawan lama ataupun mereka yang tiada kerja. Err.

Apabila seseorang di’poke’ maka akan keluar la notis poke dan jika ditekan kepada link notis tersebut, pengguna akan dibawa ke senarai individu yang telah menge’poke’ beliau tapi malangnya ‘poke’ mereka tidak dibalas. Poke balas ialah, poke back.





 Untuk menghayati makna ‘poke’ yang lebih hidup, mari kita baca kisah berikut;



--------


Pada suatu hari Selasa yang suram, usai kelas tamat kurang lebih pada Jam 6 Petang, Ana telah memilih untuk pergi membeli ticket bus untuk pulang ke kampung pada hujung minggu yang sama. Entah macam mana, hendak dijadikan cerita, Ana terdengar seorang kawannya juga mahu membeli ticket bus, di stesen yang sama, maka Ana menyurakan keinginannya. Maka mereka pun bersama-sama ke Stesen Hentian Putra untuk mendapatkan ticket masing-masing.


Pada mulanya mereka menaiki Bus RapidKL B103 dari Bangunan Yayasan Selangor, maklumlah bilik kuliah Ana dan kawan Ana terletak di bangunan yang tersergam indah itu, kemudian turun di pusat Bandar Titiwangsa. Dari situ keduanya sekali lagi menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu LRT atau Light Rail Transit dari Stesen Titiwangsa menghala ke arah Stesen PWTC yang hanya jarak satu stesen.


Kedua Ana dan kawanya merupakan rakyat Malaysia contoh kerana menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Syabas dan tahniah diucapkan.

Setibanya di Stesen PWTC, Ana dan kawannya berjalan menghala ke Stesen Hentian Putra yang merupakan antara Stesen Bus perjalanan domestic yang terbesar di Ibu Negara. Setibanya di sana, mereka melakukan urusan jual beli. Usai membeli ticket masing-masing, Ana dengan berat hati memberitahu kawannya bahawa mereka terpaksa berpisah di situ.

Ini kerana Ana akan berjalan ke Stesen Komuter KTM hentian Putra untuk ke UKM pada petang itu juga. Mereka pun berpisah. Jam sudah menunjukkan pukul 6 setengah, kurang lebih. Dari sinilah bermulanya kisah epic Ana pada hari itu.

Dalam perjalan dari stesen bus ke stesen KTM, seorang lelaki warga tempatan telah menegur Ana. Kemudian dia berjalan disisi Ana, menemani Ana ke stesen KTM. Berikut merupakan perbualan mereka yang sempat dirakam.



“Bro, nak balik mana Bro?”

“Tak balik lagi pun, beli ticket je” Ana ingatkan lelaki tersebut antara driver taxi yang nak tawarkan taxi masing-masing. Sebab Ana ini memang muka public transport.

“Macam ni Bro, aku baru lepas dari penjara ni, dah lama tak makan, kau ada lima ringgit tak. Kau kasi lima ringgit aku kasi earphone BB ni haa?” Lelaki itu mengeluarkan earphone BB bewarna hitam dari pocketnya. Ana mula nervous. Mukanya merah.

“Err, tapi aku pakai Samsung”

“Alaa, kau ambil jela, pasni kau jual la kat sapa-sapa. Tapi aku rasa soket dia sama je.”

“Ok la. Aku takde duit kecil Bro, ni kau ambil 10 ringgit, pergi makan. Earphone kau simpan ek. Nama kau sapa?”

“Aku Jai. Betol ni bro? halal?”Terkejut Ana. Amboi tanya halal pula.

“Mesti la halal Jai, Melayu tolong Melayu” Err. Kuat betul semangat Kemelayuan Ana. Sepuluh ringgit dihulurkan.

“Terima kasih Bro. Nama kau sapa?”

“Aku..Ahmad. Ok jumpa lagi” Sebenarnya kalau boleh Ana dah tak nak jumpa dia.

“Ok”

“Eh jap Jai, alamak aku memang dah takde baki la. Nanti aku nak beli ticket KTM, nak dinner lagi. Tadi aku baru beli ticket bus. Tak cukup ah, kau ada dua tiga ringgit tak?”

“Kau ni, tak kan takde duit”

“Eh betol la Jai, vaucer buku je aku ada ni”


Jai hulur tiga ringgit dari sakunya. Kemudian berlalu pergi.
 
Baik juga hati Jai. Kalau tak memang Ana tak naik KTM hari tu, untuk pertemuan halaqah di Bangi.
Kedua mereka berlalu pergi, ke haluan masing-masing.

Ana memuhasabah. Ana yakin mesti ada hikmah kenapa diutus Jai untuk menegurnya. Lantas Ana baru teringat, minggu lepas mereka satu usrah ada set satu mutabaah baharu yakni infaq sekali seminggu, dan untuk minggu itu, infaq Ana belum keluar. Mungkin Allah sedang ‘poke’ Ana.

Setiba di tangga untuk turun ke stesen KTM, ana terserempak dengan seorang peminta sedekah di kaki lima, lantas dihulurnya sejumlah wang.


Begitulah kisah Ana. Dan Poke.
Dan Jai.



---------------------------


Saudaraku,

Saya yakin setiap daripada kita pernah sekali jika tidak dua kali atau banyak kali mengalami hal yang demikian. Ditegur secara langsung daripada Tuhan, setelah kita melakukan sesuatu atau setelah kita melalaikan sesuatu.


“Nta ada masalah?”

“Haah. Lately ana rasa malas sangat nak tadabbur Quran”

“Oh, so nta nak selesaikan macam mana?”

“Hmm, dua tiga hari lepas, anak usrah ada message, sentap juga la ana?”

“Oh ye, mesej apa?”

“Dia ada tanya macam mana nak rajinkan diri untuk tadabbur al Quran”

“Peh, tepat tu akhi”

“Ni Allah nak tegur ana in sha Allah”

“Ok dah tu,apa lagi kan”

“In sha Allah”


Dialog dua orang ikhwah yang disunting.

Banyak sebenarnya dalam hidup ini kita ditegur sedemikian rupa. Apabila kita mencari perspektif langit di setiap apa yang berlaku, pasti ketemu hikmah nya. Cuma kadang-kadang, sudah terdetik akan hikmah dan teguran itu, tetapi ego kita membatasi diri kita untuk beramal.

Tanda-tanda ini kita abaikan.


Sebenarnya tidak selalu hati kita boleh detect tanda tanda ini. Maka saudara, bertindaklah apabila ia berbuat demikian. Kerana suatu hari nanti, jika kita terus melalaikan teguran teguran ini, tidak mustahil apa apa pun yang berlaku tidak dapat kita tanggapi mesej yang tersurat.

Waktu itu, kita bermaksiat pun rasa tidak bersalah.
 
Mujurlah kalau ada yang datang menegur secara bersemuka,

Kalau maksiat sembunyi sembunyi?

Maka kita binasalah seorang diri.


Kerana berkenalan dengan manusia di jalan dakwah ini, antara yang perlu disyukuri dan diperhatian, banyaknya mereka yang berbaik sangka.

Wallah'alam

Tegurlah saudaramu ini

Thursday, April 24, 2014

ONE WORD : QUWWAH




“Akhi enta Qiyam bape kali seminggu ?”

“Ehmmm sensitipnya soalan ini. Tiga, kurang lebih je, kot. Kenape?”

“Peh, Qowiy nya”


-----------------


“Ana dengar Akh Andrew tu bawak empat halaqah, belajar medic plak tu”

“Haah, qowiy habis dia tu”


-----------------


“Akhi, dah pukul tiga pagi ni, enta masih online Facebook ? Qowinya..”

“Ok ini makan dalam. Ana off sekarang. Akhi enta pun mohon off”


---------------



Err.


Ini antara dialog lawak jenaka sesama mereka yang berada dalam sistem usrah, bergerak bersama harakah dakwah dan tarbiyah. Qowiy. Itulah perkataan yang sepatutnya berbau pujian dihamburkan kepada mereka yang mantap amalnya, sama ada amal fardi (amal ibadat sendiri) atau amal da’wi (amal dakwah). Namun kadang kadang maksudnya sinis dan makan dalam.


Kadang-kadang, entah, macam salah pula apabila dikatakan qowiey. Apa sebenarnya qowiy ini? Daripada dialog di atas pun saya pasti kita bisa agak qowiy itu orang yang mempunyai semangat juang yang tinggi, bersungguh dan mempunyai kekuatan sehingga dia langsung tegar dalam amal-amalnya.

Ada benarnya.


Qo-wiy ialah satu perkataan dasar bahasa arab, gabungan huruf (qof), (wau)dan (ya) yang secara bahasanya bermaksud kuat, bertenaga, gagah, kental atau beberapa terjemahan bahasa Inggeris nya ialah strong, powerful, forceful, intense, vigorous, hardy dan seumpamanya. Biasanya memang qowiy ini merujuk kepada kekuatan fizikal.


Untuk menjadi seorang jundi (tentera) dakwah, salah satu ciri yang sangat penting yang harus dimiliki ialah Qowie, yakni kekuatan. Bahkan, Hassan al Banna meletakkan ciri pertama individu Muslim yang digarispandunya sebagai kuat/sehat tubuh badan, yakni Qowiyul Jismi.


Dalam al Quran ada beberapa tempat Allah swt menyebut tentang perlunya qowiey atau sifat kuat ini dalam keperibadian seseorang yang ingin mengembankan risalah ini.


Dalam Surah Maryam umpamanya, Allah berfirman;


“Wahai Yahya, ambillah Kitab ini dengan bersungguh sungguh”
(Maryam :12)


Meskipun terjemahan Melayu meletakkan perkataan bersungguh-sungguh, namun perkataan kuat lebih tepat kerana bahasa Arabnya, Allah dengan jelas menyebut;


“Ya Yahya, hudziil kitaaba bi Quwwah..”


Quwwah itu sendiri bermaksud kekuatan, terbitan dari perkataan qowiy. Tidaklah tanpa maksud, perkataan quwwah digunakan melainkan ia satu elemen sangat penting untuk mereka yang akan mewarisi kitab Allah hari ini yakni al Quran. Al Quran merupakan satu amanah yang sangat berat bebannya.


Berat itu dirasai oleh Rasulullah saw dan para Sahabat. Sebab itu mereka tiada pilihan melainkan melatih diri mereka untuk memiliki quwwah, daya juang, semangat keperwiraan dan kepahlawanan yang tinggi untuk menjayakan manhaj al Quran ini.

Betapa beratnya mesej al Quran ini disebut sendiri oleh Allah swt;


“Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat”
(73:5)


Seberat apa?


“Kalau sekiranya Kami menurunkan al Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah berantakan disebabkan takut kepada Allah”
(59:21)


Begitulah.


Malangnya, amanah yang berat itu tidak kita rasai. Apabila al Quran kita baca, kita tidak rasa apa-apa. Meskipun kita berteriak bersorak mahu menyampaikan mesej yang paling baik ini, kita belum merasai urgensi untuk meningkatkan daya tahan diri. Bahkan, apabila dibaca Quran,kita siap boleh adakan pertandingan bertaranum lagi. Alangkah!


Saudaraku,

Dakwah ini tidak akan berkembang dan berhasil melainkan di tangan mereka yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Mempunyai kekuatan yang menggerakkan, jiwanya kental, dan cita-citanya tinggi. Kekuatan ini termasuklah kekuatan fizikal, rohani dan emosi. Mereka yang tidak memiliki sekelian jenis kekuatan akan meletakkan senjata sebelum sempat panji Islam berkibar di seluruh pelusuk bumi.


Memetik kata-kata Tokoh Tarbiyah,
Almarhum KH Rahmat Abdullah;

“Dakwah berkembang di tangan orang-orang yang memiliki militansi, semangat juang yang tak pernah pudar. Ajaran yang mereka bawa bertahan melebihi usia mereka. Boleh jadi usia para mujahid pembawa misi dakwah tersebut tidak panjang, tetapi cita-cita, semangat dan ajaran yang mereka bawa tetap hidup sepeninggal mereka.
 
Apa artinya usia panjang namun tanpa isi, sehingga boleh jadi biografi kita kelak hanya berupa 3 baris kata yang dipahatkan di nisan kita : 
Si Fulan lahir tanggal sekian-sekian, wafat tanggal sekian-sekian”

Entah mengapa hari ini, kader kader muda, seperti kita ini makin manja atas jalan dakwah. Tidak boleh diberikan tugas last minute. Seringkali memberi alasan tidak bersedia. Bak kata seorang Ustaz, “Kita tidak mahu ikhwah yang sering terkeluar dari mulutnya afwan, afwan”. Kita memang begitu.

Dari dahulu hingga sekarang, mutabaah amal kita belum juga meningkat. Hari-hari dalam minggu kita masih berlalu tanpa bangun malam. Pun begitu, kita masih belum tegar berjaga malam untuk perancangan dakwah. Kita sering merungut dengan ujian dan cubaan yang sekelumit cuma. Seakan sudah pudar semangatr militansi.

Quwwah.
Kekuatan yang hilang.

Oleh hal yang demikian saudaraku,
Marilah kita sama-sama bina kekuatan ini dengan mencabar diri kita. Letakkan kayu ukur yang tinggi untuk menilai diri kita. Paksakan diri kita melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Of kos la benda baik. Saya tidak tahu apakah ada pelajaran yang boleh menjadikan kita seseorang qowiy melainkan kita terus berada atas jalan dakwah, melewati segala ujian dan bercita-cita dengan hasil yang tinggi.

 Di suatu masa dahulu, seorang akh pernah tag saya dengan suatu note di mukabuku yang suka saya untuk berkongsi keratannya di sini;


“Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Da'wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa. Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Da'wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu. Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Da'wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh. Da'wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.”


Perlukan tempoh bertenang?

Memang agak keras. Namun, tidak mengapa. Ini semua untuk refleks diri saya juga yang hanya banyak bicara, tapi amalnya lesu seperti aliran sungai yang cetek di musim kemarau.

Saya akhiri dengan satu lagi keratan buku yang menginsafkan;

Tatkala Allah SWT memberikan perintah kepada hamba-hamba-Nya yang ikhlas, Ia tak hanya menyuruh mereka untuk taat melaksanakannya melainkan juga harus mengambilnya dengan quwwah yang bermakna jiddiyah, kesungguhan-sungguhan.

Sejarah telah diwarnai, dipenuhi dan diperkaya oleh orang-orang yang sungguh sungguh. Bukan oleh orang-orang yang santai, berleha-leha dan berangan-angan. Dunia diisi dan dimenangkan oleh orang-orang yang merealisir cita-cita, harapan dan angan-angan mereka dengan jiddiyah (kesungguh-sungguhan) dan kekuatan tekad.

Namun kebatilan pun dibela dengan sungguh-sungguh oleh para pendukungnya, oleh karena itulah Ali bin Abi Thalib ra menyatakan : “Al-haq yang tidak ditata dengan baik akan dikalahkan oleh Al-bathil yang tertata dengan baik”.


--------


“Akhi, semua orang dah macam qowiey semacam ini, kita bila pulak?”

“In sha Allah kita qiyam pukul tiga esok akhi, huuuuu nanges”

“Tiga pagi ke petang akhi? Heh”

Tuesday, February 11, 2014

ONE WORD : ISTIGHFAR



Allah Ta’ala memerintahkan manusia yang mukallaf supaya beristighfar setiap kali selesai mengerjakan amal soleh atau amalan yang baik.

Dia memerintahkan Rasul-Nya s.a.w supaya beristighfar di ketika penghujung usia baginda di dalam firman-Nya yang bermaksud:

 
“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah); Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
(An-Nasr: 1-3)


Allah perintahkan para hujjaj supaya beristighfar setelah mereka menyelesaikan haji mereka. Firman-Nya bermaksud:

“Kemudian hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Al-Baqarah:199)


Demikian para nabi, orang-orang soleh yang terdahulu dan yang kemudian, mereka beristighfar memohon ampun sedangkan mereka mengerjakan kebaikan, kebajikan dan amal soleh.

Nabi Nuh a.s mengajak kaumnya beristighfar sebagaimana dinyatakan di dalam ayat yang bermaksud:

“Maka aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun.” (Nuh:10)

Adam dan isterinya mengakui kesilapan dengan memohon ampun seraya berkata:

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.”
(Al-A’raf:23)


Nabi Hud a.s. juga menyeru kaumnya berisatighfar dengan katanya (maksud):

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula)
Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu…” (Hud:3)


Nabi Sulaiman a.s. ketika melihat angkatan tenteranya yang hebat dan kerajaannya yang mantap, berkata dengan penuh tawadhuk (maksudnya):
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya.”
 (Sod:35)

Nabi Ibrahim a.s. ketika di penghujung usianya setelah selesai menjalankan tugas dakwah yang diperintahkan kepadanya berdoa (maksudnya):
“Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;”
(Asy-Syu’ara’: 82-83)


Dan Allah berjanji kepada mereka yang beristighfar tidak akan menimpakan azab sengsara di dunia selagi mereka tetap beristighfar. Firman Allah bermaksud:

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).”
(Al-Anfal:33)

Dia sentiasa menyeru manusia semua agar tidak berputus asa dari rahmat serta keampunan-Nya.

“Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Maksud az-Zumar:53)


Allah juga menegaskan bahawa sesiapa yang menjauhi dosa-dosa besar, akan diampunkan dosa-dosa kecilnya.

“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga).”
 (Maksud an-Nisa’:31)

Maha Suci Allah yang sentiasa menghulur ‘tangan’ di waktu siang untuk mengampuni dosa yang dilakukan di waktu malam. Dan menghulurkan ‘tangan’ di waktu malam untuk mengampuni dosa yang dilakukan di waktu siang.



Maka bilakah orang yang belum bertaubat akan bertaubat?

Bilakah orang yang menjauhkan diri daripada-Nya akan kembali kepada-Nya?
Bilakah orang yang masih leka dari mengingati Hari Pembalasan akan menginsafi dirinya pada hari yang tiada guna segala penyesalan?

Mana lagi penyesalan yang lebih hebat daripada ini, ketika kita melihat ratusan ribu insan berdosa mendapat keampunan-Nya Yang Esa, sedang kita tidak termasuk di dalam golongan itu? Kita seorang yang tercicir dari senarai hamba yang diampuni oleh Tuhannya?
Na’uzubillahiminzaalik

Marilah beristighfar
-Dipetik dari blog Ustazah Maznah dan disunting untuk bacaan umum heh.