Keunikan
Bahasa Arab
Sebagaimana
yang telah saya garapkan sebelum ini, antara keunikan bahasa arab yang dimuliakan
dengan al Quran itu adalah, banyak perkataannya hadhir dalam dua keadaan, kata
nama beserta kata kerja atau sifatnya. Apabila Allah swt memilih perkataan
perkataan ini untuk menjelaskan sesuatu perkara, kombinasi kata nama dan kata
kerja perkataan tersebut membuktikan al Quran suatu mukjizat agung dari sudut
bahasanya.
Sebagai
contoh,
Hati dalam
bahasa arab bermaksud Qolbun. Kombinasi qof, lam dan ba. Qolbun ini bukan
sahaja bermaksud hati jika diterjemah semula ke dalam bahasa lidah kita, tetapi
juga bermaksud yang berbolak balik. Atau beberapa translasi Inggerisnya ialah
overturn, reverse dan inverting. Kesemua
kata kerja ini memang bertepatan dengan sifat hati,yang sering berbolak balk.
Memetik
kata-kata Abu Darda r.a yang tersemat dalam al Muntalaq;
“Hati lebih
cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak”.
Tumblr
Insan
Perkataan
arab yang lainnya yang termasuk dalam kategori ini ialah insan, yakni manusia,
human being. Ahli bahasa mengutarakan perkataan insan berasal daripada beberapa
perkataan yang lain. Antaranya nasia, yang bermaksud pelupa. Sifat pelupa ini
memang padan la dengan manusia.
Selain itu,
perkataan insan juga berasal daripada perkataan uns, yang bermaksud cinta,
penyayang, love, compassionate dan merciful, antara lainnya. Ibnu Faris
mengatakan bahawa manusia dipanggil insan kerana mempunyai perasaan belas,
sayang dan bukan sahaja menunjukkan sifat sifat ini, bahkan mendambakan sifat
sifat ini.
Manusia
membutuhkan kasih sayang daripada yang lain.
We want to love and to be loved.
Nah mengapa
pula saya utarakan hal ini?
Dalam surah
Ar Rahman pada ayat ketiga, yang uniknya menceritakan perihal pencipataan manusia
setelah ayat kedua Allah swt menyebut tentang al Quran, dalam ayat ketiga ini
Allah swt menggunakan perkataan insan.
‘Allama al
Quran..
Yang mengajarkan Quran
Yang mengajarkan Quran
Kholaqol
insan..
Yang menciptakan manusia
Yang menciptakan manusia
Berkenaan
dua ayat ini, ada beberapa study yang menarik, bahkan menakjubkan dari sudut
bahasanya. Pertama sekali, perihal al Quran disebut mendahului perihal
penciptaan manusia. Seolah-olahnya mesej di situ, Quran jauh lebih penting.
Melalui al Quran manusia tahu tujuan penciptaannya. Ini menunjukkan, tujuan
penciptaan manusia membawa misi dan mesej yang sangat besar dan utama, lebih
utama daripada penciptaan manusia sendiri.
Apabila al
Quran disebut terlebih dahulu, menunjukkan betapa tiada gunannya hidup kita
kalau tidak berpegang dengan manhaj hidup ini. Hidup tanpa panduan al Quran
langsung tidak membawa erti. Al Quran diturunkan kepada manusia untuk memberi
nilai dan makna dalam kehidupan. Maka mengapa kita tidak cuba berinteraksi
dengan al Quran ini ?
Seterusnya,
pemasyhuran tentang al Quran terlebih dahulu lebih releven apabila kita dapat
kaitkan fungsi al Quran dan sifat manusia yang telah kita diskusikan di atas.
Peringatan
dan Kasih Sayang
Memandangkan
manusia itu pelupa, maka Allah datangkan al Quran sebagai peringatan. Dalam al
Quran banyak ayat yang bercerita tentang peringatan. Peringatan tentang hari
qiamat, peringatan tentang tanggungjawab manusia, peringatan tentang punca
kebinasaan umat terdahulu dan terlalu banyak lagi.
Peringatan
diberikan kepada mereka yang lupa dan lalai. Maka nampaklah perkaitan susunan
ayat yang cantik antara dua ayat ini.
Seterusnya,
bertepatan dengan sifat manusia yang mendambakan kasih sayang, al Quran
sebenarnya menghubungkan manusia dengan Allah swt, untuk meraih kasih sayang
yang paling luhur,sejati dan paling utuh untuk mengisi kekosongan jiwa mereka.
Al Quran itu sendiri merupakan tanda kasih sayang Allah swt kepada
hamba-hambaNya, bertepatan pula dengan nama surah ini, surah Ar Rahman.
Mengetahui
akan hakikat al Quran ini, mengapa kita masih tidak sudi meluangkan masa
membaca, memahami, mengkaji dan mengamalkannya? Itu satu persoalan besar yang
wajar ditanya oleh setiap daripada kita.
Saudaraku,
Al Quran
akan kekal sebagai peringatan dan manifestasi cinta Allah swt kepada hambaNya,
sehinggalah dunia ini melabuhkan tirainya. Sekarang terpulang kepada kita untuk
mengambil pengajaran daripada peringatan dan mengisi jiwa kita yang kosong itu
dengan kasih sayang yang dihulurkan atau tidak.
Tidaklah
saya menulis melainkan untuk mengajak diri saya terlebih dahulu dan kalian yang
membaca sehingga ke patah perkataan ini untuk kita sama-sama kembalikan
kehidupan yang berpandukan al Quran. Jadikanlah al Quran teman akrab, satu
obsesi harian kita.
Moga
pencerahan ini menggandakan keghairahan kita untuk belajar mukjiazat paling
agung ini. Semoga Allah teguhkan hati hati kita untuk beramal dengan agamanya.
Semoga usaha kita ini diangakat sebagai satu jalan untuk mendekatiNya dan
diredhaiNya.
Wallahu’alam.
Ps :
Linguistic study daripada artikel ini bersumberkan video kuliah Ustadh Nouman
Ali Khan. In sha Allah jika berpeluang, saya sambung. Sebarkan !
2 comments:
My brother suggested I might like this blog. He was entirely right.
This post truly made my day. You can not imagine just how much time I had
spent for this information! Thanks!
Also visit my web-site :: testosterone supplement reviews
I love this post, terima kasih untuk penulisan ini. Find it hard to read Quran these days it sadden me. Mungkin hati masih berbolak balik dan sedang mengeras. Btw Ustadh Nouman Ali's lectures memang terbaik. Dua kali dapat pergi cerramah beliau kat UK. I like most masa dia ulas tentang takwa. Thanks again. Keep it going saudara.
Post a Comment