Monday, May 12, 2014

THE J WORD




Tak Kenal Maka Tak Cinta

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Betol la kot. Tapi siapa sedar, betapa ramai orang yang bercinta atau jatuh cinta kerana tidak kenal. Mungkin kita boleh ubah frasa ini, tak kenal maka tersalah cinta. Eh.

Kesimpulannya, kena lah berkenalan gitu ?

 
Jangan cepat melatah membuat kesimpulan, dan mohon tidak jadikan perkara ini sebagai dalil untuk anda meluaskan pengaruh dan kenalanmu sehingga ke wilayah yang berlainan jantina atas justifikasi mencari cinta. Kerana sudah terang lagi bersuluh, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.


Adapun yang saya ingin kita sama-sama renungkan, betapa ramai dalam kalangan kita terjebak dengan sesuatu perkara yang tidak patut kerana kita tidak kenal, tidak tahu atau tidak mempunyai pengetahuan tentang hal hal yang berkenaan. Betapa ramai terlibat dalam perbuatan dosa kerana tidak tahu yang mana dilabel sebagai dosa, betapa ramai pula bermesra dengan jahiliyah kerana tidak kenal apa itu jahiliyah dan seumpanya.

Mesti ditulis juga, betapa ramai pula yang dilabel liberal, err, kerana kedangkalan pihak yang melabel memaknai sesuatu terminalagoi termasuk sifat-sifat dan ciri-cirinya.

Ada suatu kata-kata yang menarik yang saya lupa entah termuntah dari mulut mana, bunyinya seperti ini;


“Apakah kita akan menjauhkan manusia dari agama kerana kita salah memberi makna?”

Cukup dalam dan tepat saya kira.



Dalam banyak-banyak terminalogi yang disalaherti hari ini, saya ingin mengajak kita semua kembali memaknai, apa itu jahiliyyah, sebenarnya.

Bagi yang biasa terlibat dengan gerakan Islam dengan arus tajdidnya, mahupun arus baharu, yang bersifat harakiy, membaca pula buku-buku karya ulama’ harakiy, pasti kita akan terlebih sering menjumpai perkataan jahiliyyah yang sangat banyak ditekankan.

Pertembungan antara jahiliyah dengan Islam, pergeresan yang tidak pernah berakhir dan sesi tarik menarik yang tidak berkesudahan.

Persoalannya, umum mengetahui, bahkan ada dalam buku teks sejarah dan pendidikan Islam silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bahawasanya jahil itu bermkna bodoh.


Maka, berdasarkan makna ini, apakah masih releven sebenarnya term jahiliyah di zaman keilmuan ini ? Di zaman semua orang sudah sedar akan kepentingan ilmu, sedar betapa mundur dan gelapnya masa depan tanpa ilmu, di zaman anak-anak bersengkang mata membakar minyak di tengah malam untuk mendapat anugerah dekan.

Macam ironi.

Maka, mari kita semak semula. Apakah ‘jahil’ yang diertikan bodoh itu merujuk kepada ketidaktahuan semua ilmu ? Kalau begitu, ramai la yang jahil. Bukan senang nak kuasai semua bidang ilmu. Err, dan saya kira tuduhan jahiliyah itu sesuatu yang agak berat dan sukar diterima. 
 Maka kita tolak ketepi makna ini.

Jadi, jahil sebenarnya merujuk kepada apa ?



Wahyu Menyucikan Jahiliyyah


Kalau masih ingat, dalam buku teks pendidikan Islam, apabila bercerita tentang sejarah Islam, kelahiran ar Rasul s.a.w dan sebagainya, perkataan jahiliyah sering dinisbahkan dengan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Sinonimnya jahiliyyah dengan Arab. Apa yang Arab ada atau apa yang Arab tiada waktu itu yang membuatkan mereka ‘layak’ menggondol gelaran sedemikian rupa?

Setelah Muhammad bin Abdullah itu diangkat menjadi Rasul dan menyebarluas risalah Islam ke seluruh jazirah Tanah Arab, dengan tiba tiba Arab di’suci’kan daripada perkataan jahiliyyah dan diangkat dengan gelaran Masyarakat Islam Arab. Apakah Arab yang tidak lagi dilabel sebagai jahiliyyah itu sudah ada kereta berteknologi tinggi ? Sudah mampu melayari Internet dan berutus whatsapp sesama mereka?

Tidak pantas bukan.


Maka, dapat kita buat kesimpulan kecil, bahawa yang menjadi titik pemisahnya ialah wahyu. Dengan wahyu yang awalnya diturunkan kepada Nabi s.a.w, hilanglah jahiliyyah, sedikit demi sedikit yang ada pada masyarakat Arab amnya.

Cuma, jika kita undurkan masa sejenak, tatkala Arab diberi gelaran sedemikian rupa, apa pula gelaran yang wajar diberikan kepada masyarakat yang berada di penjuru dunia yang lain ? di Eropah? Di Timur? Di Asia?

Kenapa buku teks kita hanya menonjolkan Arab sebagai masyarakat jahiliyah, kenapa tidak yang lain? Bukankah mereka pun belum mendapat sentuhan wahyu Ilahi itu?

Nampak tak permainan dan doktrinasi yang dimainkan oleh buku teks itu ? Yang sebenarnya tidak mahu kita menganggap bahawa Eropah atau mana-mana kuasa besar dunia sekarang yang belum disucikan dengan wahyu dilabel sebagai jahiliyyah.

Hinggakan kalau ada gelaran seperti,

“Orang Amareka Jahiliyyah”

“Masyarakat Eropah Jahiliyyah”

“Masyarakat Jepun Jahiliyyah”


Tidak masuk akal,
Err, kan pelik bunyinya.

Walhal, kondisi mereka sama sahaja seperti orang Arab dahulu.

Baiklah. Ini cerita dahulu. Berbalik kepada reality hari ini. Wahyu sudah berlegar di sekeliling kita, sudah tertulis rapi dalam naskah dan mushaf al Quran, maka siapa lagi yang patut dilabel jahiliyyah ?
Itulah masalahnya.


Jahiliyyah Moden


“Jauhkanlah dirimu dari sebarang hawa yang bukan bernama Islam.”

Itulah teriakan amaran yang dilaungkan oleh Maimun bin Mahran rahimahullah -seorang ahli hadis yang thiqah- ketika dia merasa takut kita semua akan diperdaya oleh kilauan pelbagai nama, memetik kata-kata yang ternukil dalam kitab al Muntalaq karya Sheikh Ahmad Rashid.


Secara mudah, apa-apa selain Islam, yang tidak datang dari wahyu adalah bersifat jahiliyah. Pun begitu, definisi ini masih belum jelas. Lebih lebih lagi buat masyarakat kita yang wahyu pun kita tidak benar benar tahu, apatah lagi faham. Meskipun wahyu itu meniti di bibir kita sebagai wirid harian.

Luangkan masa sejenak untuk mengenali jahiliyyah.
Tetibe rasa futur untuk sambung.

4 comments:

Cielo Zunnurien said...

penulisan yang boleh dikatakan agak matang..well done..saya faham setiap bait-bait kata anda..

Inspector Saahab said...

err. ok

Tomyam Campur said...

bagi orang yang pernah dapat teori SJ, dan kini sedang dalam proses mendapatkan sesi praktikal pula. Saya terasa begitu payah sekali nak elak walaupun rasa macam dah faham dah selama ni. Saya fikir, mungkin memang Allah nak bersihkan sisi ketidakikhlasan yang ada dalam diri, oleh itu Allah uji dengan perkara jahiliyyah lalu. Tapi saya nak minta pendapat IS, bagaimana kiranya enta sendiri mengatasi masalah datangnya jahiliyyah lama? Jzkk.

Inspector Saahab said...

Tomyam :

enta ? mana tahu saya lelaki ? tah tah perempuan. err

Saya kira saya pun berada dalam situasi yg sama. disapa jahiliyyah lama.

pertamanya;

saya memang asyik kandas juga.

cuma tips yg boleh saya kongsi;

1) kenal pasti kelemahan anda. sbb apa berlaku jahiliyyah itu. kalau sbb masa lapang bnyk maka busy kanlah. kalau sbb duduk sorng maka duduklah dalam keramaian

2) selalu taddabur al Quran

3) gandakan amal setelah terperosok, sbgai denda. i.e infaq sejumlah wang, baca Quran dua tiga juzuk ke

3) banyakkanlah berdoa

:)

Quality tips ini mgnkin tidak ada pada saya.

Wallahu'alam