Showing posts with label TARBIYYAH. Show all posts
Showing posts with label TARBIYYAH. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

WALAUPUN DUA SAAT


Angkatan pelopor Islam itulah angkatan yang mendapat taufik Allah dan akan berjaya. Sesiapa yang tidak menyertai mereka sekarang, pasti akan menyesal dan ‘kecewa habis’ sebagaimana Zuljausyan al-Dhababi r.a., seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang tidak Islam kecuali selepas pembukaan Mekah. Rasulullah SAW.  pernah mengajaknya kepada Islam selepas peperangan Badar

“Baginda bersabda:

“Tidak mahukah kamu menjadi salah seorang pelopor dalam kerja itu”?

Dia berkata: “Tak mahu”

Baginda bersabda: “Apakah yang menahan kamu”?

Dia menjawab: “Aku telah melihat kaummu mendustakan, mengusir dan memerangi kamu. 
Tengoklah nanti. Jika kamu mengalahkan mereka, aku akan berimanlah.. dan aku akan mengikutmu. Jika mereka mengalahkan kamu, aku tidak akan mengikutmu.

Setelah beliau Islam, dia sentiasa kecewa dan menyesal kerana tidak segera Islam ketika diajak oleh Rasulullah S.A.W.”

Bukankah pada hari ini, ramai orang berfikiran sama seperti beliau? Realiti pertempuran Is­lam mengajak mereka supaya menjadi kelompok perintis,  pelopor, pendahulu dan ketua kebangkitan Islam, tetapi mereka enggan. Mereka hanya duduk memerhati di belakang dan menunggu siapakah yang akan menang.

Berapa banyak agaknya jari-jemari yang akan digigit kerana rasa kesal ketika Allah memberi kemenangan kepada kumpulan Islam?


-Al Muntalaq
-Bab 9


-------------------------


Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Mekah).

Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.

(Al Hadid :10)


-----------------------


Tidak sama. Sebelum. Sesudah itu.
Lebih tinggi. Darjat.

Tidak sama.

Hari ini ramai orang nak buat baik. Cuma ternanti-nanti. Menunggu dan menanti waktu yang sesuai. Kisah sahabat yang menyesal tak habis di atas cukup wajar untuk kita taddabur dan ambil pengajaran. Jangan sampai nanti kita pula menggit jari, gigit gigi dan gigit segala ada kerana tidak memanfaatkan peluang yang ada.

Ayat Quran di atas, jelas.

Tidak sama yang berjuang sekarang dan selepas ini. Tidak sama itu bahasa mudahnya berbeza. Di mana perbezaannya ? darjat di sisi Allah.

Mengapa Allah menggesa kita untuk be part of ‘this’ sekarang, now, instead of selepas ini, sesudah itu? Kerana kita tidak tahu apakah masih ada ‘selepas ini’ buat kita. Atau kita bakal pergi sebelum sempat mengecapi fasa ‘selepas’ ini.

Keduanya, sekarang, kenapa kita tidak mahu bertindak sekarang ? Bertindaklah sekarang. Shieldtox kan ada. Eh. Ini kerana sekarang kita rasa malas. Kita rasa masih awal. Kita mahu guling-guling atas katil dulu. Kita mahu habiskan ais krim potong yang semakin cair itu. Kita mahu chill dulu. Ketahuilah, di saat dan titik itu, itulah saat dan titik yang terbaik untuk kita bergerak. Di saat itulah kita butuh mujahadah yang tinggi. Di situlah titik tolak yang terbaik dan termahal nilainya di sisi Allah.

Malangnya kita masih menuggu.


Ketahuilah,

Tidak sama orang yang menginfakkan hartanya sekarang dan yang bercita-cita untuk menginfakkan hartanya selepas sudah bekerja nanti walaupun sekarang di sedang bertungkus lumus mengumpul emas segunung Kinabalu untuk diinfakkan. Tetap ia tidak sama.

Tidak sama orang yang membawa halaqah walaupun satu sekarang berbanding orang yang bercita-cita untuk membawa dua puluh halaqah (o.o) setelah dia bekerja nanti. Tetap tidak sama.

Tidak sama orang yang bersama-sama dalam gerabak dakwah dan tarbiyah sekarang berbanding orang yang memasang niat untuk menggabungkan diri minggu hadapan, bulan hadapan mahupun tahun hadapan atas alasan belum bersedia atau apa-apa aje alasan yang ‘nyah kau alasan’.

Tidak sama orang yang ingin menghabiskan bacaan al Quran, tilawah dan taddaburnya selepas ini, berbanding orang yang sedang berusaha gigih menyempurnakannya sekarang meskipun dia dibanjiri kerja yang bertimbunan, komitmen dunia yang mendayu-dayu memujuknya untuk berteman tapi mesra.

Tidaklah sama orang yang ingin menyambung menelaah pelajaran dan membaca untuk persiapan peperikasaannya sekarang berbanding yang menunggu-nunggu tarikh semakin hamper dengan tarikh peperiksaan untuk memulakan langkah pertama.

Tidaklah sama orang yang menunggu masuk waktu tidur untuk menyempurnakan mutaba’ah amal hariannya berbanding orang yang bersegera memenuhi jadual amal tersebut. Tidak sama dan tidak serupa.

Tidak sama orang yang memulakan tarbiyah dzatiyah sendiri, tanpa kelolaan murabbi  berbanding orang yang menunggu untuk ditegur untuk mula mempertingkat amal dan memperbanyak bahan bacaan, serta menyantuni adik-adik dan sebagainya.


Sesaat selepas ini tidak sama dengan sesaat sebelum ini 
walaupun bezanya dua saat. Ya. Walaupun dua saat.


Jadi apa yang kita tunggu ?

 
Jangan kita jadi seperti berikut;

(Pada saat itu) mereka menyeru orang-orang yang beriman: “Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?”

Orang-orang yang beriman menjawab: “Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu dan kamu telah menunggu-nunggu , dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong 

sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).

“Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!”

(57:14-15)


T_T

Sunday, November 18, 2012

PELIK TAPI BENAR

Assalamu’alaikum dan salam satu akidah. Hoho. Retis gitu.
Nak merepek. Ini amaran.

Pelik. Tengok masyarakat ni, makin pelik. Dan hakikatnya kita pun pelik, sebab kita ni sebahagian daripada masyarakat. Masalah social yang menjadi-jadi, anak-anak remaja yang indah khabar dari rupa dan seumpamanya. Pelik.

Ok tak masuk point. Dulu saya pelik bila dengar member cerita budak sekolah agama pun berzina, hisap rokok dan edar dadah. Pelajar dari sekolah berasrama penuh pun buang anak. Yela, asrama dah penuh, tak tahu nak simpan anak kat mana, buang la. Kejam. Bab buang anak ni memang kritikal. Sampai pihak hospital kena sediakan tabung siapa tak nak anak boleh tinggal kat situ, mulia sikit.
Lagi pelik bila ada orang tak serupa bikin. Belajar tinggi tapi tak reti-reti nak amal. Ilmu agama belajar menjulang-julang ke langit, pendidikan Islam top scorer, best student, tapi masih gagal menutup aurat.

Si perempuan, belajar bahasa arab, faham al Quran, baca kemain lagi, taranum sampai terpekik-pekik siap dengan qiraat, tapi masih tabaruj bagai nak rak, macam orang jahiliyah. Boleh pulak tak jaga ikhtilat lelaki dan perempuan.

Si lelaki, masuk university belajar ilmu usuludin la, tasawur la, macam-macam nama lagi. Mak bapak ulamak, tapi boleh bila nak kahwin pilih bini tak islamik, tak tutup aurat. Nak didik barangkali. Bukan nak kutuk, tapi pelik. Pergi supermarket pun pelik, mak ayah pakai jubah pakai serban tapi anak permpuan pakai jeans, ketat dan sendat pula. Rambut biru. Ni pun pelik.



Pernah saya jumpa sorang mak ngan anak ni, waktu tu saya di stesen bas, nak hantar kekanda naik bus ekoran seruan untuk berkhidmat untuk Negara. Si Mak tadi tegur anak, ada dua tiga urat rambut terkeluar dari tudungnya yang comel dan pink tu, mak kata, apa ni, aurat. Mak dia pun masuk kan balik, guna jari jemari dengan lembut. Tapi hakikanya anak tadi pakai baju lengan pendek. Ahh. 

Pelik.

Ada orang pegang jawatan tinggi, of kos la tahu Islam tapi segan nak laksanakan hukum Allah, ni pun pelik. Ada orang pegang title pemimpin Islam tapi keluarga sendiri taka de Islamnya. Pelik juga.
Sebab tu la, betol orang cakap, faham ilmu agama dengan faham agama tu dua benda yang berbeza. Tinggi mana belajar agama, tahu hukum haram halal, boleh buat fatwa sekalipun, belum tentu seseorang tu faham agama.

Sebab tak faham agama, perkara-perkara pelik di atas berlaku.

Ada orang nak bangkang, sebab dia belajar ilmu banyak, katanya nak faham agama kena tahu dan faham ilmu agama. Maknanya kena belajar la usuluddin, tasawwur, ilmu fiqah dan sekala bagai tu. Persoalannya, macam mana Sumayah yang orang pertama syahid tu boleh sangup mati untuk mempertahan akidah walhal dia tak pernah masuk kelas PAFA pun?

Bilal bin Rabbah sangup diseksa demi mempertahan akidah, walaupun tak masuk kelas fardhu ain. Banyak lagi contoh sahabat yang lain yang sanggup berhadapan dengan beraneka bentuk penyiksaan demi menjunjung kalimah La illahailaLlah, walaupun mereka tak sempat nak pergi ceramah ustaz Azhar, tak sempat nak tengok rancangan bersama ustaz Don.

Kita-kita ni, pergi program tanyalah ustaz, tengok rancangan imam muda la, ustazah pilihan la, tapi still tak reti-reti nak amal, apa masalah? Mudah. Tak faham agama.

Mereka tadi, faham agama.

Mari tengok satu hadis ni;

Daripada Mu'awiyah (RA): Saya pernah mendengar nabi bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."
 [Bukhari dan Muslim]

Tak heran la dalam hadis tu cakap, bila Allah nak bagi kebaikan kepada seseorang, Allah akan kurniakan kefahaman agama. Maknanya, dalam banyak-banyak jenis kebaikan, kefahaman dalam agama adalah kebaikan yang terpaling sangat baik.

Tidak pula disebut, Allah akan bagi anak yang ramai ke, harta yang banyak ke kalau dia nak bagi kebaikan kat seseorang. Padahal benda-benda ni pun kebaikan. Sebab tu la kita kena beriman bahawa kebaikan yang merujuk kepada kefahaman agama merupakan kebaikan yang mutlak, yang tidak datang darinya keburukan. Bahkan kefahaman agama merupakan kebaikan atas kebaikan, kebaikan yang akan menghasilkan kebaikan.

Persoalan seterusnya, macam mana nak dapat kefahaman agama.

Hmm. Dalam satu lagi hadis, nabi bagitahu nak faham agama kena faham dengan hati. Dan apa yang saya faham dan saya nak kongsi malam ni, untuk memahami sesuatu dengan hati,bukan sekadar tahu melalui akal, kita kena lalui satu proses, namanya tarbiyah. So, pendek kata nak faham agama kena melalui tarbiyah.

Persoalan lagi, mana nak dapat tarbiyah ni?

Kalau la pergi kelas fardhu ain, pergi kelas pendidikan agama tu merupakan port untuk ditarbiyah, maka sepatutnya semua pelajar yang join tu faham agama la kan? Reti nak tutup aurat la kan? Remaja tak berzina la kan? Tak de la yang hisap rokok kan?

Tapi tak. Reality nya bukan begitu. So bukan di situ berlakunya proses tarbiyah.
Agak-agaknya di mana?

Jeng jeng.
To be continued…

Saturday, November 3, 2012

KAHWIN PUN JIHAD


Boleh tak saya nak merepek hari ni?
Terima kasih.
Lama dah tak mula dengan bagi salam,

Assalamu’alaikum

Jihad. Hurm. Bila dengar perkataan jihad, tiba-tiba scene ledakan bom, hujan peluru berpandu bermain dalam minda. Teriakan kanak-kanak Afghanistan, rangkaian al Qaeda, eh, Darah mengalir la, musuh berkuda di hadapan la, parit perang Khandak la, terbayang pedang samurai dihunus dan kita berlari ke hadapan tanpa hala tuju, membelah dada orang dihadapan, percikan darah merah mengalir pekat ke muka kita, peluh mengalir laju dan seumpanya.

Peh. Radikal sekali. Tak ubah seperti bila mana Jepun datang dan memancung mana-mana kepala penduduk tempatan yang enggan tunduk pada mereka.
Memang jihad tu maksud dia perang pun. Memang la kan.
Dapat rasa tak unsur sarcasm di situ?

“Weh JOM jihad”
“Weh kau ni sesat ke? Tak nak la aku, kahwin pun belum”

Ini biasa.

“Weh jihad JOM!
“Weh kau ni, ganas la. Patutla Islam dilabel sebagai agama terrorism, adanya orang macam kau ni, jihadist, ganas, phew”

Ini pun biasa.

Jihad sebenarnya bersungguh-sungguh. Tapi bersunnguh-sungguh dalam konteks jihad bukan bersungguh-sungguh yang biasa-biasa, tapi bersungguh-sungguh yang sungguh bersungguh-sungguh. Eh. Ok kerepek di situ. Tapi faham la kan?

Mujahadah juga asal perkataan jihad. Dalam erti kata lain, mujahadah jihad ni, macam ada kaitan, lebih kurang sama. Sepupu sepapat, DNA mapping yang suit each other. Kerepek two pint o.

Berusungguh-sungguh dalam jihad, mesti ada pengorbanan. Kalau pergi perang, mesti jihad, bersungguh-sungguh perang. Tak de la orang gi perang tak sungguh-sungguh bawak galah atau pisau kat dapur, tu bukan perang namanya, tu nak kait rambutan pastu  nak makan ramai-ramai. Pengorbanan dalam perang, harta hatta nyawa. Tu biasa. Menang atau syahid.




 

 
Ok tolak ketepi la bab perang, bunyi macam ganas. Nanti anda cop saya puak pemisah tebing barat plak.

Selain perang, kena ada jihad dalam benda lain juga. Contoh, buat dakwah kena jihad, dalam pelajaran pun kena jihad, dalam nak mengikis karat-karat jahiliyah pun kena jihad, dalam nak beribadah pun kena jihad,nak mentarbiyah diri pun kena ada jihad, even nak kahwin pun kena jihad. Yela, tak percaya? Kahwin mestila bersungguh-sungguh, semangat gitew, ada pengorbanan, harta, tenaga, masa, buat kenduri la katakan. Tak tahula pulak kalau ada orang yang tak sungguh-sungguh kahwin, ragu-ragu. Main belasah je. Haha.

Kembali serius.

Lupa nak letak “koff koff” pada setiap contoh di atas, sebab semua contoh mencecah batang hidung sendiri, kecuali bab kahwin la.

Apa yang saya nak cakap, setiap orang, lain mujahadad dan jihadnya. Elemen mujahadah ini nilai dia lagi tinggi apabila kita berat nak melakukan sesuatu tu, bila banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Ada benda, kita tak perlu mujahadah sangat, kita boleh buat dan laksanakan tanpa keringat dan air mata darah.

Contoh, ada orang suka belajar. Gila belajar. Kalau sehari tak belajar, tumbuh ruam pada kulit, alergik kalau tak belajar. So bila belajar je, jantung jadi tenang, darah pun mengalir perlahan. Orang macam ni, mujahadah dalam pelajaran macam tak perlu sangat, sebab dia boleh belajar dengan riang gembira tanpa perlu pengorbanan dan berusungguh-sungguh menentang keinginan diri untuk bermalas-malasan dan mematikan penangan syaitan. Koff koff.

Lain orang, mujahadahnya pada tempat yang berlainan.

Dalam beribadah khusus pula, ada orang tak rasa mujahadah bila disuruh bangun qiammulail. Sebab sejak merah lagi, lahir-lahir lagi parents dah ajar bangun malam. Hoho. Sape mak bapak dia ni kalau ada? Nak berkenalan sikit. Contoh la ni. Tapi mungkin orang macam ni, bangun malam mantap, tapi bila suruh baca Quran, pergi kelas PAFA atau suruh puasa sunat, mereka liat. So mujahadnya kat situ.

Apa point merepek ni?

Allah suka pada amalan yang banyak elemen mujahadah. Orang miskin yang bersedekah lagi disukai daripada orang kaya yang bersedekah. Yela. Orang kaya sedekah itu biasa, tapi ironi bagi yang miskin, nak makan pun kais pagi makan malam, tapi masih mampu jihad untuk bagi sedekah. Maka orang macam ni lebih baik darjatnya.

 
 
..Tidak sama orang yang menginfakkan (hartanya di jalan Allah) di antara kamu dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menginfakkan (hartanya) dan berperang setelah itu..
(57:10)

Nampak tak?
Kalau dah nampak tak payah baca repekan di bawah.

Dalam ayat kat atas, orang Islam yang bersama Nabi, yang sanggup infak harta dan pergi berperang waktu Islam masih sekelumit cuma, masih lagi baharu dan masih ditentang, mereka golongan awal ni lebih tinggi darjatnya. Kerana pada waktu itu, bila mereka gi berperang dan infak harta, perlu kepada mujahadah yang sangat tinggi.

Sebaliknya, orang yang baru nak join Nabi setelah Islam dan mula naik, setelah dah buka kota Mekah, mereka juga Islam, tapi disebabkan waktu tu penglibatan mereka dah kurang mujahadah, so kurang la darjatnya.

Nampak kan?

Soalnya, apa amalan kita yang perlukan mujahadah yang banyak, yang kita amalkan? Di mana elemen mujadah apabila setiap kali kita tewas dalam amalan kita? Bila tewas dalam bab belajar, tewas mengekang keinginan nafsu yang membuak-buak, tewas dalam bershahadatul haq?

Di mana?

Cuma, Cuma Cuma, nanti jangan pula yang datang jupa anda bila cakap pasal jihad, depa cakap, pergi tengok bola dekat stadium pun jidah. Pengorbanan wang ringgit, masa, traffic jam dan segala mak neka lagi. Ha, ni memang nak makan nasi basi.

Jihad itu ada pada ibadah kita. Kalau pergi stadium tengok bola yang kononya jihad tu, atas dasar apa kita pergi tengok bola in the first place? Syariat atau nafsu. Dan adakah amalan sedemikian kita rasa boleh diangkat sebagai ibadah ?

Krik krik krik