Showing posts with label EID. Show all posts
Showing posts with label EID. Show all posts

Wednesday, September 23, 2015

DAN TUHANMU, BESARKANLAH!




It has been quite sometime since I last posted something here. After so long, it feels like a stranger to write here. The air is now different. I can say almost everything is now different, peculiar and unfimiliar. Tetibe.

English terus!

As quoted,

“Setiap urusan ada masa-masanya”


Boleh jadi kadang-kadang Allah swt dengan penuh sifat RahmatNya mentakdirkan kita sekeping masa, sekelumit waktu daripada baki hidup yang penuh dengan harapan ini untuk bersendiri, bermuhasabah dan bertafakur. Menyepi dan menyendiri bukan bermakna berundur. Akan tetapi ia adalah proses mengumpulkan kekuatan dan bekalan untuk kembali tampil dengan semangat, kefahaman dan harapan baru!

Itulah mungkin yang boleh dikatakan. Sudah hampir bahkan sepurnama lebih paparan alam maya ini sunyi daripada khabar  berita.


Sedikit tadabur, mengenangkan perayaan Idul Adha yang bakal menjenguk kita buat sekelian kalinya insya Allah.


لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنْكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ


Daging-daging haiwan korban dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.
Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu.
Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
(Al Hajj :37)

---


Allah swt memang menggesa kita mencari jalan, wasilah untuk mendekatkan diri kita kepadanya sebagaimana yang difirmankan-Nya dalam ayat ke 35 surah al Maidah, (rujuk 5:35). Adapun begitu, wasilah ini mestilah selari dengan apa yang disampaikan oleh ar Rasul Muhammad saw.  Antara wasilahnya ialah dengan melakukan ibadah qorban.

Bahkan qorban dari segi bahasa bermaksud qarib, yakni dekat. Ia merupakan satu ibadah dalam usaha mendekatkan diri hamba yang melakukan ibadah qorban kepada Allah swt. Ia bukan sekadar sebuah pesta menyembelih haiwan ternakan, berkenduri dan bertanding siapa yang lebih banyak bahagian qorbannya.

Dek kemerosotan ekonomi yang meruncing ini, pasti ramai yang tidak mampu untuk melakukan ibadah ini dan terpaksa berputih mata. Dengan harga bahagian korban yang perlu disempurnakan meningkat saban tahun, bukan tak ramai yang terpaksa menangguhkan dahulu hajat mereka. Tidak mengapa. Sungguh, Allah swt, tidak ada yang dapat menandingi keadilan-Nya. Kerana Allah nyatakan, bukan daging mahupun darah haiwan yang sampai kepada Allah swt, akan tetapi ketaqwaan.

Jika tidak berkemampuan berkorban dari sudut ini, maka marilah kita cari wasilah lain untuk mendekati Allah swt. Asalkan berbasiskan ketaqwaan kepada Allah swt.


Berkorban untuk agama yang indah ini dari segi masanya, tenaga, buah fikiran dan lain lain juga merupakan wasilah untuk mencari keredhaan Allah. Idul adha yang bakal kunjung dua hari lagi merupakan satu teguran dan peringatan untuk kita melihat pengorbanan kita dalam menegakkannya ad deen ini. 10 Zulhijjah saban tahun dan hari hari tasyriq yang mengirinya merupakan momen yang baik untuk kita semua, terlebih utama mereka yang menamakan diri mereka duat ila Llah untuk merenung dan menghisab diri sendiri, dalam rangka melihat sejauh mana pengorbanan dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah telah kita lakukan?


Peluang dan ruang untuk melakukan pengorbanan sebenarnya peluang yang Allah swt buka seluas-luasnya untuk kita mengagung dan membesarkan Allah swt. Bukan peluang beramal lantas merasa bangga, ujub dan takabur terhadap diri sendiri! Tidak sama sekali. Akan tetapi nikmat hidayah yang disuluhkan kepada kita membutuhkan kita untuk terus menerus membesarkan Allah swt dalam hidup kita. Membesarkan Allah swt melebihi diri sendiri, kerjaya, keluarga bahkan apa sahaja yang kita temui di persimpangan hidup ini.

Para ulamak tafsir ada yang bersetuju bahawa kelompok ayat kedua yang diturunkan kepada ar Rasul saw setelah surah al Alaq ayat 1 hingga 5 ialah surah al Mudathir dari ayat pertama hingga ayat ke tujuh. Dalam kelompok ayat ini, ia dibahagikan kepada tiga kluster atau komponen (seruan, arahan berdakwah dan persiapan-persiapan dakwah).

Ayat ketiga memulakan persiapan yang perlu dilakukan oleh Rasulullah saw dan mereka yang mengikuti baginda.

Persiapan pertama ialah,

“Dan Tuhanmu, besarkanlah!”

Warabbaka, fakabbir


Dari sudut bahasa Arab, ayat ini dibawakan dalam bentuk songsang atau pasif, kerana maf’ulu bih, yakni entiti yang diperlakukan (dibesarkan) ke atasnya berada di pangkal ayat, dalam kes ini ialah ‘Rabbaka’. Maka, ia membawa maksud extra daripada terjemahan semata-mata. Ia bukan sekadar bermaksud, dan Tuhanmu, besarkanlah.

Akan tetapi lebih intense, mendalam dan tinggi zouqnya.

Ia seolah-olah menggesa Rasulullah saw dengan suruhan;

Dan Tuhanmu, hanya Tuhanmu, besarkanlah! Bukannya benda lain, hanya Tuhanmu. Hanya Allah swt yang wajar dibesarkan, no satu, datang mendahului perkara-perkara lain. Tatkala para duat memahami ayat ini dan mengaplikasi dalam hidup mereka, maka dakwah akan kelihatan mudah, mudah terlaksana meskipun ada waktu waktunya ia sangat berat dan meresahkan jiwa. Akan tetapi, tatkala Allah swt telah dibesrakan, yang berat terasa ringan. Yang susah teras senang. Yang meresahan terasa mendamaikan. Begitulah!

Untuk kita para duat pula, di Idul Adha ini, sejauh mana telah kita besarkan Allah swt dalam hidup kita? Bolehkah kita tunduk di hadapan hukum Allah ? Tunduk dan patuh pada perancangan dakwah? Tunduk untuk meninggikan firman firman Allah ? Tidak menghiraukan sebarang kesulitan di jalan dakwah kerana Allah telah kita besarkan ?

Sudahkah kita sampai ke tahap ini?

Sungguh berat bukan!

Akan tetapi, ia adalah khabar gembira buat orang yang berbuat baik. Ia terasa indah, tenang dan berita yang dinantikan oleh orang-orang yang bersangatan dalam berbuat baik, bagi orang yang jiwa dan seluruh kehidupan mereka sinonim dengan kebaikan. Khabar gembira bahawa yang sampai kepada Allah adalah ketaqwaan. Maka pengorbanan dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah terbuka luas untuk kesemua hamba-Nya.


Akhi Fillah,

Terasa sangat dekat bukan ayat ini dengan kita? Begitulah al Quran, sentiasa kena dengan kondisi para duat, kapan pun kita membaca dan merenungnya. Kita tidak pernah bosan dengan interaksi interaksi kita dengan al Quran. Kita sentiasa ternanti-nanti dengan kefahaman kefahaman baharu yang Allah bakal kurniakan.

Cumanya, entah bilakah kita akan beramal dengannya?

Salam Idul Adha 1436

Saturday, October 4, 2014

ENTRY SYOK SENDIRI




Subhanallah, sebulan lebih sudah saya tidak menulis kerana beberapa masalah teknikal yang akhirnya, Alhamdulillah sudah diberesi. Eh. Tiba-tiba sahaja, kita sudah di penjuru (around the corner) meraikan Idul Adha. Elok juga kita lihat beberapa masukan berkenaan Hari Raya Haji ini.





Memperingati 'Eid al-Adha, Ibrahim as dan anaknya Ismail tidak pernah dilupa. Nabi Ibrahim merupakan seorang nabi yang diuji begitu dahsyat dengan siri ujian yang sangat banyak. Siri siri ujian yang dilalui baginda direkodkan di banyak tempat dalam al Quran. Sehinggalah antara kemuncak ujian yang menimpa baginda ialah mendapat wahyu untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s sebagaimana yang direkodkan dalam ayat berikut;



"Maka ketika anak itu sudah sampai baligh (dewasa), Ibrahim berkata kepadanya: "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam tidurku, bahawa aku menyembelih engkau, maka bagaimana pendapatmu?" Kata anaknya: "Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."

 (As Shaffaat:37:102)




Semasa menulis artikel berkenaan pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail a.s ini yang mana kisah mereka berdua begitu sinonim dengan perayaan Idul Adha, saudari Yasmin Mogahed (boleh google kalau nak tahu siapa beliau) memberikan komentar berikut dalam artikel beliau;



Many years ago, our father Ibrahim (AS) made a choice. He loved his son. But He loved God more. The commandment came to sacrifice his son. But it wasn’t his son that was slaughtered. It was his attachment to anything that could compete with his love for God. So let us ask ourselves in these beautiful days of sacrifice, which attachments do we need to slaughter?
-Yasmin Mogahed



Ya. Besar benar pengorbanan itu. Kerana Ismail lahir setelah Ibrahim menuju usia emasnya. Namun kerana perintah Allah swt, Nabi Ibrahim langsung tidak teragak-agak untuk melaksanakan perintah yang dia dapati melalui mimpinya itu. Tidak hairanlah, saban tahun kisah epic ini menghiasi laman-laman peringatan alam maya buat kita semua tatkala meraikan Idul Adha.



Namun, disebalik mesej pengorbanan yang sangat besar kerana ketaatan kepada Allah swt, kisah Nabi Ibrahim dan anaknya juga menggariskan beberapa hal lain dalam kehidupan yang sepatutnya menjadi teladan kita semua. Antaranya kepentingan syura, isu taat, wala’ dan thiqah. Err. Macam panas je entry ini.



Ibrahim as sekalipun diperintahkan untuk menyembelih Ismail as, baginda bertanya dahulu kepada anaknya Ismail as, walhal ia sebuah perintah daripada Tuhan.




“... Ibrahim berkata kepadanya: "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam tidurku, bahawa aku menyembelih engkau, maka bagaimana pendapatmu?.."



Begitulah, sopan dan beradabnya soalan yang diajukan oleh Ibrahim kepadanya, menanyakan pendapat Ismail tentang wahyu Ilahi itu. Jika difikirkan logiknya, Nabi Ibrahim mempunyai banyak sebab untuk tidak menanyakan Nabi Ismail akan hal itu. Antaranya, perintah itu datang daripada Allah swt, meskipun Nabi Ismail refuse, perintah tetap wajib dijalankan.


Keduanya, apalah sangat kualiti pendapat yang mampu dilontarkan oleh anak kecil seperti Ismail as dalam memberi pendapat pada isu yang besar ini. Ketiganya, posisi Nabi Ibrahim sebagai ayah kepada Ismail, sepatutnya dalam fikiran Nabi Ibrahim, pastilah anak ini kena taat kepadanya, kena wala’, kena thiqah. Gituuuh.


Tetapi tidak, babak antara dua anak beranak ini begitu mahal buat kita semua. Demikian, ia bukan sekadar soal pengorbanan, ia persoalan etika yang sungguh indah, menghormati pandangan dan tidak bersifat diktator walaupun ke atas kanak-kanak kecil. Ia soal syura yang menjadi prinsip penting dalam Islam, soal hak untuk bersuara, soal menghormati manusia lain yang ada hak untuk berpikir. Kalau antara bapa dan anak sudah diadakan perbincangan, apatah lagi antara pemerintah, pemimpin, warganegara, masharakat sivil dan ahli.


Jika dalam hal yang besar dan jelas perintahnya pun bisa dilaksanakan syura, apatah lagi dalam hal yang masih kabur dan halus. Walaupun atas nama perintah Tuhan, sesuatu perundangan itu wajar ditanya kepada pihak yang akan dilaksana.


Lebih manis dalam kisah ini apabila kita merenung jawapan Nabi Ismail as,



“Kata anaknya: "Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”



Jawapan ini kita dapati bersifat positif, dan neutral, tanpa ada sebarang pengaruh dan paksaan daripada pihak si ayah. Meskipun Nabi Ibrahim as tidak menggunakan kuasa veto sebagai seorang ayah atau tidak menimbulkan persoalan tentang taat, thiqah dan wala’, sebenarnya Nabi Ibrahim as telahpun berjaya mengajak anaknya Ismail as untuk sama-sama menjayakan seruan Ilahi itu.



Di sini dapat kita simpulkan bahawa Nabi Ibrahim telah berjaya mendidik anaknya Ismail yang masih berusia kecil itu, untuk memahami seruan Rabbani, untuk sanggup berkorban sehingga menggadaikan nyawa demi ketaatan kepada Allah swt. Nabi Ibrahim sebelum apa-apa telah menunaikan hak didikan kepada anaknya, telah memenuhi hak hak tarbiyah yang wajar diperolehi oleh seorang anak daripada si ayah, sehinggalah akhirnya timbul kerjasama yang baik, sehingga adanya thiqah, wala’ dan taat.



Saudaraku,


Begitu menyedihkan hari ini kita dapati ada segelintir manusia yang berada di posisi kepimpinan mengharapkan persetujuan orang bawahan dalam mengambil sesuatu keputusan tanpa terlebih dahulu berbincang atau membuka ruang untuk ‘si kecil’ melontarkan pendapat dan padangan mereka. Jika ‘si kecil’ bersuara, mereka kata ‘si kecil’ ini tidak taat, tidak wala’.


Mereka mengharapkan orang di bawah memberikan ketaatan dan thiqah kepada kepimpinan tetapi tidak terlebih dahulu menunaikan hak hak tarbiyah, tidak terlebih dahulu memberi kefahaman tentang islam yang sebenar, menyantuni orang bawahan dengan sewajarnya.


Dari sudut yang lebih praktikalnya, sebagai ketua kelas umpamanya, sudahkah kita mengambil kira pendapat rakan sekelas yang lain sebelum membuat sebarang keputusan, atau kita guna sahaja title ketua kelas kita itu? Sebagai naqib usrah, bagaimana kita mengendalikan usrah kita? Sebelum kita mengagihkan tugas, sudahkah ditanyakan pendapat kesemua mutarabbi kita?


Atau adakah kita juga sebenarnya mengharapkan mereka thiqah dan taat kepada kita tanpa terlebih dahulu melunaskan hak hak tarbiyah? Ini dalam hal hal yang kecil. Bagaimana pula jika kita berada di posisi kepimpinan bagi sebuah organisasi yang lebih besar seperti parti politik atau gerakan Islam yang membawa mesej yang sangat besar, sudahkah kita menghayati mutiara berharga daripada kisah Ibrahim dan Ismail ini?


Mengharapkan ketaatan atau thiqah atau wala’ tanpa syura, tanpa didikan dan kefahaman yang sempurna sebenarnya merupakan satu proses doktrinasi yang mematikan akal. Kelak akan ada sekumpulan manusia yang bangun memberontak. Pada waktu itu, kita terpaksa membina kembali kepercayaan yang sangat bernilai itu. Waktu itu, kita mungkin tepaksa menangisi isu keretakan ukhuwah kerana kita yang terlebih dahulu syok sendiri.


Sedangkan Ibrahim a.s. yang berstatus seorang nabi meraikan pendapat si kecil Ismail a.s, inikan pula kita yang banyak kemungkinannya berada di posisi yang salah.


Jadi,

Adakah entry ini akan menjadi text khutbah esok hari?

Insya Allah tidak.

Kerana Malaysia Masih Aman.


Kullu am wa antum bi kheir

Saturday, October 27, 2012

IT'S JUST ANOTHER DAY

Capal baharu yang dibeli semalam di Giant Mall di susun cermat. Pintu bilik dibuka. Berkeriut. Butang baju melayu ditanggalkan. Apa lagi. Kim merebahkan tubuhnya ke atas tilam usang asrama. Lemah. Dan puas.

Tak sampai dua minit, belum sempat melelapkan mata lagi, Sony Ericson siri W208 miliknya bergetar. Ada panggilan masuk.


 
“Kim, kau katne? Petang ni datang rumah aku, Kak Bai ajak”

“Aku..tak dapat”

“Kenapa? Datangla, lama kot..tak jumpa kau”

“Aku tak balik”

“Kau katne? Biar betol kau. Kenapa?”

“Kolej. Entah. Saje”

“Kau sorang-sorang?”

“Hmmp..”

“Takpela macam tu”

“Hmmp.”

“Eh Jap.. Kim.”

“Ye..”

“Selamat Hari Raya”

“Hmmp..Kim Salam Kak Bai”

“In sha Allah, kau..jaga diri”

“Kau pun”

Raya. It’s just another day. Hari tu tiada signifikan langsung. Hari-hari biasa lebih bermakna. Kim memandang jam tangannya. Dah hampir pukul 11 pagi. Setitik air pun belum masuk ke rongga badannya. Lapar.

Dia ingatkan best beraya di tempat orang. Cuba-cuba kali ini. Menyesal. Rasanya tak ubah seperti makan biskut mayat. Keras. Tawar pula.
Tidak keruan.

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang"
(Ar Raad: 28)

Kim on laptop hitamnya. Move cursor dekat Mozilla browser. Clicked. Search untuk laman sesawang mukabuku. Facebook. Log in.

Banyak notifications naik. Hmmp. Semua cerita raya. Lembu kena sembelih la. Kambing kena panggang la. Food galore la. Gambar make up tebal-tebal la. Salam perantauan la. Cis. Dah cakap, raya, just another day.

Kecewa.

Kim tutup latopnya.


Ah bosan. 

Pandang kiri pandang kanan. Tiada pape pun. Udara bandar tetap busuk, walaupun raya. Kim ke luar tingkap. Tengok dunia sikit. Kosong.
Kedai tutup, kemas. Perut masih lapar.

Dua tiga minit kemudian, satu message masuk. Dari Yat.

“Selamat meraikan Eidul Adha, hari membuktikan cinta kepada Allah melebihi daripada cinta kepada apa sahaja. Bagaiamana? Dengan mengorbankan masa, harta bahkan manusia yang dicintai. Moga seperti ruh cinta Ibrahim dan Ismail kepada Allah, begitu juga cinta kita. Eid Mubarak”

Hmmp. Message forward forward. Kim hilang mood nak reply. Yat plak tu. Dulu pernah sangkut dengan Yat. Once upon a time.
                       
“Kalau Yat dah tak nak macam ni, Kim ok tak?”

            “Maksud Yat?”

            “Yela. Kita buat maksiat Kim, maksiat. Yat takut”

            “Ala, kita bukan buat perkara tak senonoh pun. Tolong each other”

            “Tak boleh, Yat nekad. Lepas habis SPM ni, Yat dah tak kenal Kim”

            “Yat…itu hak Yat. Kim tak boleh bantah”

            “Kim belajar rajin-rajin..kalau dah jodoh, Yat sanggup tunggu”

            “Kalau tak ada?”

“Kim cari lain…Kim bahagia, Yat pun bahagia”

“Yat..”

“Dah la Kim, enough is enough..”

Itu dulu. Terkubur dah perbualan tu.

Kenapa nak korban kan haiwan bila Eidul Adha. Apa signifikan raya haji ni. Tiba-tiba. Tertanya-tanya pula. Kim bukak balik laptopnya. Search engine, cari maklumat pasal raya haji.
Satu tulisan, menarik perhatian Kim.

Many years ago, our father Ibrahim (AS) made a choice. He loved his son. But He loved God more. The commandment came to sacrifice his son. But it wasn’t his son that was slaughtered. It was his attachment to anything that could compete with his love for God. So let us ask ourselves in these beautiful days of sacrifice, which attachments do we need to slaughter?

Semua orang tahu cerita pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s  tapi tak ramai ambil ibrah. Kata-kata tadi dalam. Kim fikir. Tanya diri dia.
Which attachments does he need to slaughter?

Banyak.

Tapi kenapa?
Apa kena dengan ibadah korban?
Kim tak faham lagi. Keliru

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu
(Al-Hajj:37)

Takwa. hmmp