Showing posts with label SEBAR BAHAGIA. Show all posts
Showing posts with label SEBAR BAHAGIA. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

DI MANA ENGKAU KEKASIHKU?


Kanda, boleh dinda tanya satu benda tak?

Alahai dinda, dengan kanda pun nak minta izin, tanyalah seribu benda pun, kandamu ini akan setia menajwabnya.

Alahai kanda ni, malam cenggini la nak menyuitnya, (sweet)… boleh dinda muntah jap ? eh, dinda gurau je kanda.

Amboih dinda, gurau ayu nampak. Dinda nak tanya apa sebenarnya..

Kanda kanda, sebenarnya…kanda suka dinda tak ? sayang dinda tak?

Oh dinda, andai dapat kanda angkut sawah padi yang meluas ini untuk membuktikan cinta kanda, sudah lama kanda lakukan.. andai dapat kanda pecahkan batuh belah batu bertangkup ini, sudah lama kanda lakukan demi adinda..

Kanda…..
Dinda….

(lagu seiring dan sejalan diputar oleh piring hitam)

Sekali sekala tersekat. Piring hitam itu sudah usang.
*drama semata-mata

------------------------------------------------------------------------

Aisyah r.anha pernah bertanya kepada Rasulullah SAW :
"Di akhirat nanti di manakah dapat ku temui dikau wahai Kekasihku?"

Baginda Rasulullah SAW tersenyum dan menjawab :
"Di akhirat kelak, carilah aku di salah satu dari empat tempat ini wahai Aisyah :

1. Di bawah Arasy Allah SWT
2. Di tepi telaga Kautsar
3. Di hujung titian sirat
4. Di pintu neraka"

Aisyah r.anha berasa hairan dengan jawapan Rasulullah SAW itu. Maka ditanya Aisyah r.anha lagi kepada Rasulullah SAW :

"Wahai Kekasihku, mengapakah dikau berada disana? Bukankah sepatutnya dikau sudah duduk di dalam syurga yang telah Allah SWT janjikan buat mu?"
Jawap Rasulullah SAW :

 Aku berada di bawah Arasy Allah SWT untuk terus mohon belas kasihan dariNYA agar mengampunkan umatku agar semuanya dapat masuk syurga bersamaku.

 Aku berada di tepi telaga Kautsar agar aku sendiri dapat memberi minum kepada umatku kerana sekali minum air dari telagaku itu, mereka tidak akan dahaga selama-lamanya.

Aku berada di hujung titian sirat untuk terus berdoa dan mohon bantuan ALLAH SWT agar memudahkan perjalanan umatku yang menghadapi kepayahan untuk melintasi titian sirat.

 Aku berada di pintu neraka untuk terus berusaha dan berdoa pada ALLAH SWT agar diampunkan umatku dan jangan masukkan mereka ke dalam neraka."

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
(Allahumma salli ‘ala muhammadin wa‘ala ali muhammad)

--------------------------------------------------------

Di mana engakau wahai kekasihku ? Adinda, kanda kanda, keranda sekalian, sahabat dan teman, di mana lagi dapat kita cari kekasih sesetia Muhammad bin Abdullah ini? Di mana lagi ? Siapa lagi?

Mengapa kita begini? Syafaat baginda kita harapkan. Bertemu mata baginda, tatap ketampanannya, kucup pipinya, peluk erat tubuhnya, itu yang kita harapkan, tapi mampukah? Kalau di dunia kita ingkar pada suruhannya?

Kalau atas dunia kita mengejar cinta yang rapuh dan sementara?
akhi, bagun la dari tidur akhi..

Wednesday, June 6, 2012

BERSYUKURKAH AKU ?

Alhamdulillah, rombongan Cik Kiah ke Bumi Serambi Mekah sudah pun tamat dan memenuhi objetif yang dirangka. Ah rindu. Ok cukup dulu berdrama.

Orang selalu pesan, bersyukurlah, jadi saya tanya balik, apa maksud bersyukur?, jawab mereka: Syukur bermaksud kita berterima kasih kepada Allah..

Meh nak tegur sikit, syukur bukan setakat berterima kasih kepada Allah, contohnya andai kata kita tiba tiba jadi kaya raya, lalu ucap, saya bersyukur kepada Allah, sedangkan duit yang banyak tu kita simpan dalam bank tanpa bayar zakat atau sedekah, maka pada waktu itu, kita nampak macam bersyukur, tapi syukur kita tu hanya di bibir kerana kita sebenarnya kedekut. Makan lolipop song-song.

Syukur jika merujuk kepada orang kaya, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat itu seperti membayar zakat atau membantu mereka yang lemah, itulah maksud syukur bagi orang kaya. Bukan syukur dapat duit pergi disko, bila balik rumah tidur sambil berdengkur. Huh.

Atau nak bagi mudah faham, Maksud syukur adalah keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain. Itu contoh syukur merujuk kepada orang kaya, sekarang nak tanya, apa maksud syukur bagi orang beriman?


JENG JENG JENG

Maksud syukur bagi orang beriman, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat iman itu kepada orang yang belum beriman dengan cara dakwah mereka agar turut beriman dan selamatkan mereka dari azab api neraka, inilah namanya syukur atas nikmat iman. Semua Nabi beryukur atas nikmat iman melalui jalan dakwah. Kita pun sepatutnya begitu. Bukan bersyukur pakai jubah pakai serban, duduk dalam masjid lipat sejadah susun tikar.

Hari ini ramai orang islam perasan bersyukur atas nikmat iman, lalu syok beribadat sehingga lupa nak dakwah jiran atau kawan, mereka ni sama macam orang kaya yang kedekut tapi perasan beryukur..

Tak paham paham lagi..

Secara ringkasnya, bersyukur bagi orang sihat itu, adalah membantu orang lemah, bersyukur bagi orang kaya, membantu orang susah, dan bersyukur orang beriman, mendakwahkan hak kalimah..

Itulah maksud syukur yang mana bila orang kaya bersedekah, Allah janji akan tambah nikmat, menjadi lebih kaya, atau bila orang beriman berdakwah, Allah janji akan tambah nikmat iaitu kekal dalam hidayat..

Sidang pembaca yang dimuliakan, cewah, banyak sangat nikmat-nikmat yang Allah beri kepada kita. Bila mana Allah menyebut tentang banyaknya nikmat pemberiannya, Allah katakan bahawa 'la tukhsuha'. Kita takkan mampu untuk membilangnya. Biarlah seluruh lautan menjadi dakwat, dan segala dedaun di muka bumi ini menjadi lembaran kertas, pasti habis. Pasti tak mencukupi, biarpun ditambah dan diganti dengan amaun yang sama banyaknya.


Salah satu nikmat yang paling besar, yang Allah beri kepada kita ialah nikmat menjadi ummat Muhammad S.A.W.

Ramai yang tak perasan. Ramai juga yang dah perasan, tapi tak peduli kerana mereka ni segan. Malu katanya, maklumlah mengimplementasikan budaya ketimuran giteww. Nak rasa hantuk kepala ke dinding pun ada. Dan antara semua itu, yang paling ramai ialah golongan yang tidak berasa gembira, bangga, dan bersyukur kerana menjadi ummat Muhammad S.A.W
Buat manusia yang begini, satu amaran keras daripada Allah patut kita bisikkan ke telinga mereka.


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

(Ibrahim 7)


Allah tak kata, "Kami tarik nikmat" tetapi Allah kata, "Siksaan kami sangat keras!"

Subhanlallah.

Dalam ayat ini, Allah mengungut dengan sebuah amaran, betapa orang yang tak bersyukur ini, azab yang bakal diterima oleh mereka adalah keras! Sangat keras! Azab yang mungkin ditahan-tahan dahulu, sebagaimana yang kita panggil sebagai istidraj. Kita belajar time SPM dulu, istidraj tu apa, kalau tak tahu boleh tanya jiran sebelah menyebelah. Lepas tanya terus dakwah diorang.

Kerana kita makin kufur, nikmat yang diberi makin banyak. Makin lama, makin banyak. Masa itu, kita akan fikir, "Aku hebat. Aku baik. Aku dicintai Tuhan. Aku benar", dan dalam tempoh kelalaian yang panjang itu, Allah tak henti-henti berikan kita nikmatnya.

Makin tak syukur, makin kita menyimpang, makin kita lalai, makin kita gunakan nikmat-Nya kejalan yang salah, makin banyak pula anugerah daripada Allah. Aneh?

Tidak. Kerana ragamnya memang begitu.

Kerana itu,

"Usah dibimbangi akan nikmat yang belum Allah kurniakan lewat doa-doa kita, tetapi bimbangilah akan nikmat-nikmat Allah yang belum kita syukuri"


Dah banyak yang Allah beri kepada kita,

tapi apa yang kita beri kepada agama-Nya pula?

* DUSH DUSH BURN*

Friday, June 1, 2012

APA ITU UKHUWAH


Apa itu ukhuwah?
Ukhuwah itu makan seronok tak ditinggalkan
Apa itu ukhuwah?
Ukhuwah itu solat tak kejut yang ketiduran
Apa itu ukhuwah?
Ukhuwah itu makan banyak pinggan bersepah
Apa itu ukhuwah?
Ukhuwah itu bila penat tak dihiraukan
Apa itu ukhuwah?
Ukhuwah itu lapar dibiarkan keseorangan
Apa itu ukhuwah?
Ukhuwah itu simpan dalam hati cakap di belakangan
Apa itu ukhuwah?
Ukhuwah itu diejek bila minta sokongan


Oh bukan bukan!
Itu bukan ukhuwwah yang dimaksudkan!
Itu bukan ukhuwwah yang diinginkan!
Itu bukan ukhuwwah yang diimpikan!

Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu makan bersama berdulangan.

Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu berjalan ke masjid beriringan.

Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu makan seronok sama dikemaskan.

Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu bila penat tolong disenangkan.

Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu lapar segera dikenyangkan.

Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu ikhlas jujur sama dikongsikan.

Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu segera menyokong bila diperlukan.

Jadi apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu manis bila sefahaman! =)
[kredit]

Persahabatan orang yang beriman di akhirat kelak adalah sebagaimana yang digambarkan oleh Saiyyidina Ali bin Abi Talib ra :
"Ada dua orang mukmin bersahabat dan berteman akrab. Salah seorang di antara mereka meninggal terlebih dahulu dan ia mendapat berita gembira dengan syurga. Ketika itu mengingati teman akrabnya masa di dunia lalu ia berdoa;


“Ya Allah, sesungguhnya fulan adalah teman akrabku, dia yang menganjurkanku berlaku taat kepadaMu dan kepada RasulMu. Dia yang mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku melakukan kemungkaran. Dia juga yang menyedarkanku akan pertemuan denganMu.

Ya Allah jangan Engkau sesatkan dia sepeninggalanku sampai Engkau memperlihatkan kepadanya kenikmatan yang Engkau berikan padaku dan sampai Engkau meridhainya sebagaimana Engkau ridha kepadaku,"

Maka Allah berkata kepadanya :

"Pergilah, seandainya engkau tahu yang Aku berikan kepadanya pasti engkau akan banyak tertawa dan sedikit menangis.”

Ya Allah, mudahkanlah kami dalam memilih teman yang soleh yang mampu membimbing kami dalam perjalanan menuju ke akhirat. Jadikanlah persahabatan kami semata-mata keranaMu tanpa ada apa-apa kepentingan dunia atau berdasarkan hawa nafsu. Kurniakanlah kesedaran hakiki dalam diri kami agar kami sentiasa menghormati orang-orang yang soleh kerana mereka adalah kekasih-kekasihMu serta berilah kekuatan agar kami mampu menahan lidah dan fikiran kami dari mencerca dan mengeluarkan kata-kata yang buruk terhadap wali-wali dan penolong agamaMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen