“Kenapa kalau balik umah mesti futur”
“Eh takdelah. Sape kata?”
“Entah. Selalu macam tu kan?”
“Tak semestinya. Cuma bersedialah, huhu”
“Sepatutnya mana-mana bumi tidak menyucikan dan mengotori
manusia tu kan?”
“Benar. Macam kata Salman al farisi. Sebab yang menyucikan
kita adalah amal-amal kita”
“Ok.”
“Cuma, biah atau suasana adalah salah satu komponen
tarbiyah. Indirectly kita kena terima reality yang kat mana kita berada, dengan
siapa kita bergaul dan bagaimana persekitaran kita tu sedikit sebanyak dia
effect kita…”
“Carry on….”
“Sebab tu dalam hadis lelaki yang membunuh 99 orang tu
akhirnya solusi dia kena tinggalkan kampong dia tu..”
“That’s a point”
“ By the way, kenapa?”
“Rasa macam tengah futur”
“Erk..”
Terima kasih kepada akh A kerana berkongsi dengan kita. Futur.
Mana-mana akh, orang yang sedang ditarbiyah baik pun yang sudah naik pangkat ke
status murabbi dengan sendirinya melakukan kerja kerja mentarbiyah, pasti tidak
dapat tidak, bertemu dengan perkataan futur, sama ada secara akademik atau reality
dalam hidup dia.
Sebagaimana sabda Nabi SAW;
"إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة، فمن كانت
فترته إلى سنتي، فقد اهتدى، ومن كانت فترته إلى غير ذلك فقد هلك"
رواه أحمد وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما
“Sesungguhnya bagi
setiap amal itu ada (masa) semangat dan bersungguh-sungguh, dan bagi setiap
kesungguhan itu ada (masa) fatrah (kefuturan/lemah semangat). Barangsiapa pada
waktu semangatnya lemah, lalu berpegang pada sunnahku, maka dia telah mendapat
petunjuk dan barangsiapa yang berpegang pada selainnya (sunnahku) maka dia
telah binasa”
(HR Ahmad dan Ibn
Hibban dalam kitab sohih mereka)
So futur itu wajib?
Erk.
Bukan soalan itu yang harus ditanya oleh seorang yang sedang
ditarbiyah. Meskipun fasa turun naik iman itu berlaku seiring dengan
berjalannya masa, perseteruan antara keduanya yang tidak berhenti tidak patut
memungkinkan kita untuk berdiam diri dan berasa selesa. Kita mungkin bakal berhadapan
dengan kefuturan, akan tetapi yang harus dan wajib dikhuatiri ialah futur yang
dihiasi, yang mana seorang akh yang sedang berada dalam fasa iman dan amalnya
merudum, lantas ia bersenang-senang dengan keadaan itu.
Sheikh Abu Ammar telah berkongsi dengan kita akan nature
ini, dalam buku monmentalnya.
“Para da’i mukmin
sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan iman, niat, himmah, kesedaran dan
perasaannya terhadap tanggungjawab. Dari sini, dia akan sentiasa berada dalam
beramal salih atau azam kebaikan.
Dari arah lain
pula ialah tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta
kepada dunia. Menyebabkan dia dalam lalai, malas, panjang angan-angan dan
berlengah-lengah untuk belajar apa yang dia jahili”
-Muntalaq-
Lantas akh kita bertanya lagi,
“Macam mana nak tahu kita sedang futur? ”
Terima kasih keada akh A atas soalan yang dinantikan itu. Sesungguhnya
setiap mukmin itu cerminan kepada mukmin yang lain. Kadang-kadang kita tidak
dapat mengenalpasti apakah masalah yang sedang menempel pada diri kita, lantas
memerlukan akh kita yang lain untuk sentiasa menjadi cermin dan meluruskan
kita.
Mari kami ceritakan sedikit sebanyak tanda-tanda futur yang
disenaraikan oleh al-akh kita yang satu ini, semoga Allah mengganjarinya dengan
sebaik-baik ganjaran.
Tanda-tanda:
1) Rasa malas pada roh, fizikal dan mental
2) Sedikit baca Quran dan tidak terkesan dengan bacaan
3) Mula rasa tak ikhlas, mengungkit dan riya’ (beramal untuk
dilihat orang)
4) Hubungan dan kebergantungan kepada Allah mula goyah
5) Tidak terkesan dengan nasihat dan peringatan
6) Dakwah dilakukan hanya untuk lepaskan tanggungjawab dan
untuk mengelakkan dipersoalkan
7) Menyibukkan diri dan pemikiran dengan dunia, banyak
tidur, bersiar-siar dan membeli belah barang yang tidak perlu
8) Berlebihan dalam perkara mubah seperti makan, laman
sosial dan tidur
9) Keyakinan mula goyah dalam konsep pekerjaan Allah seperti
rezeki, takdir dan musibah
10) Membuang masa dengan perkara yang tak bermanfaat
11) Sangat sayang pada harta dan kekayaan sehingga tidak
mahu menginfakkannya untuk dakwah
12) Mula mengabaikan aspek plan, strategi dan perancangan
untuk dakwah
13) Menjauhkan diri dari rakan-rakan yang baik
14) Mengasingkan diri dari amal islami dan amal dakwah
15) Mula tidak menghadiri majlis ilmu dan kerap ponteng
kelas formal
16) Terhakis minat terhadap perbincangan ilmiah dan
keagamaan
17) Sering merungut dan mengeluh kerana bosan dengan tarbiah
dan dakwah
18) Sering menyalahkan orang lain, menjadi pemarah dan sukar
memaafkan
19) Menyerahkan tugas dan tanggungjawab yang dipikul kepada
orang lain tanpa sebab yang
munasabah
20) Tidak fokus dan tidak memberi keutamaan kepada maslahah
dakwah dan pembangunan ummah
21) Selalu merasakan diri betul dan tidak ingin mengaku
kesalahan
22) Mula mendekati maksiat dan tidak sensitif dengan dosa
23) Mula terpengaruh dan menyebarkan berita-berita yang
tidak benar berkenaan dakwah dan amal islami
24) Tidak mengendahkan ama-amal sunat dan tidak melazimi
tahajjud
25) Timbul syubhah dan keraguan terhadap kefahaman asas
dakwah dan amal islami
Agak heart shot di situ.
Anda, baik yang berada di rumah atau di mana-mana sahaja,
bersedia untuk dituduh futur?
5 comments:
Terima kasih akhi...atas nasihatnya...
boleh tak kongsi prevention punya part? tolong ~~~
Terima kasih atas perkongsiannya sudara... :'(
mula bersangka-sangka dengan ikhwah?
tolong tolong tolong
Post a Comment