Capal baharu yang dibeli semalam di Giant Mall
di susun cermat. Pintu bilik dibuka. Berkeriut. Butang baju melayu
ditanggalkan. Apa lagi. Kim merebahkan tubuhnya ke atas tilam usang asrama. Lemah.
Dan puas.
Tak sampai
dua minit, belum sempat melelapkan mata lagi, Sony Ericson siri W208 miliknya bergetar.
Ada panggilan masuk.
“Kim, kau katne? Petang ni datang rumah aku,
Kak Bai ajak”
“Aku..tak dapat”
“Kenapa? Datangla, lama kot..tak jumpa kau”
“Aku tak balik”
“Kau katne? Biar betol kau. Kenapa?”
“Kolej. Entah. Saje”
“Kau sorang-sorang?”
“Hmmp..”
“Takpela macam tu”
“Hmmp.”
“Eh Jap.. Kim.”
“Ye..”
“Selamat Hari Raya”
“Hmmp..Kim Salam Kak Bai”
“In sha Allah, kau..jaga diri”
“Kau pun”
Raya. It’s just another day. Hari tu tiada
signifikan langsung. Hari-hari biasa lebih bermakna. Kim memandang jam
tangannya. Dah hampir pukul 11 pagi. Setitik air pun belum masuk ke rongga
badannya. Lapar.
Dia ingatkan best beraya di tempat orang. Cuba-cuba
kali ini. Menyesal. Rasanya tak ubah seperti makan biskut mayat. Keras. Tawar pula.
Tidak keruan.
"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu
hati akan tenang"
(Ar Raad: 28)
Kim
on laptop hitamnya. Move cursor dekat Mozilla browser. Clicked. Search untuk
laman sesawang mukabuku. Facebook. Log in.
Banyak
notifications naik. Hmmp. Semua cerita raya. Lembu kena sembelih la. Kambing kena
panggang la. Food galore la. Gambar make up tebal-tebal la. Salam perantauan
la. Cis. Dah cakap, raya, just another day.
Kecewa.
Kim
tutup latopnya.
Ah bosan.
Pandang kiri
pandang kanan. Tiada pape pun. Udara bandar tetap busuk, walaupun raya. Kim ke
luar tingkap. Tengok dunia sikit. Kosong.
Kedai tutup, kemas. Perut
masih lapar.
Dua tiga minit
kemudian, satu message masuk. Dari Yat.
“Selamat meraikan Eidul Adha, hari membuktikan cinta kepada Allah
melebihi daripada cinta kepada apa sahaja. Bagaiamana? Dengan mengorbankan
masa, harta bahkan manusia yang dicintai. Moga seperti ruh cinta Ibrahim dan
Ismail kepada Allah, begitu juga cinta kita. Eid Mubarak”
Hmmp. Message forward
forward. Kim hilang mood nak reply. Yat plak tu. Dulu pernah sangkut dengan
Yat. Once upon a time.
“Kalau Yat dah tak nak macam ni,
Kim ok tak?”
“Maksud
Yat?”
“Yela. Kita
buat maksiat Kim, maksiat. Yat takut”
“Ala, kita
bukan buat perkara tak senonoh pun. Tolong each other”
“Tak boleh,
Yat nekad. Lepas habis SPM ni, Yat dah tak kenal Kim”
“Yat…itu hak
Yat. Kim tak boleh bantah”
“Kim
belajar rajin-rajin..kalau dah jodoh, Yat sanggup tunggu”
“Kalau tak
ada?”
“Kim cari lain…Kim bahagia, Yat
pun bahagia”
“Yat..”
“Dah la Kim, enough is enough..”
Itu dulu. Terkubur dah
perbualan tu.
Kenapa nak korban kan
haiwan bila Eidul Adha. Apa signifikan raya haji ni. Tiba-tiba. Tertanya-tanya
pula. Kim bukak balik laptopnya. Search engine, cari maklumat pasal raya haji.
Satu tulisan, menarik
perhatian Kim.
Many
years ago, our father Ibrahim (AS) made a choice. He loved his son. But He
loved God more. The commandment came to sacrifice his son. But it wasn’t his
son that was slaughtered. It was his attachment to anything that could compete
with his love for God. So let us ask ourselves in these beautiful days of
sacrifice, which attachments do we need to slaughter?
Semua orang tahu cerita
pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s tapi tak ramai ambil ibrah. Kata-kata tadi
dalam. Kim fikir. Tanya diri dia.
Which attachments does
he need to slaughter?
Banyak.
Tapi kenapa?
Apa kena dengan ibadah
korban?
Kim tak faham lagi. Keliru
Kim tak faham lagi. Keliru
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan
sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang
berdasarkan taqwa dari kamu
(Al-Hajj:37)
Takwa. hmmp
12 comments:
Aha style penulisan anda semakin daebak!
Anyway thank you, and Selamat Hari Raya Aidiladha walaupun dah lambat sehari.
Ni curhat diri sendiri ke..? Ahahaha..
Selamat hari raya 'Idiladha dari Klate! ;p
curhat diri sndiri lettew
ciannye die
hee :)
Eid Mubarak !
kesian beraya sesorang... lain kali kita beraya sama k.. ^.^
kadang-kadang beraya dekat tempat orang lagi bermakna dari beraya kat tempat sendiri.
just saying
pemburu masa :
-____-
hang balek umah. tak yah nk buat hypothesis tak berasas haha.
saya musuh dengan peraya rumah. sekian. esok lusa mungkin baru gencatan senjata. huh
amboi. siap bermusuh. haha
btw cerita ni best woo.
bila nak buat cerita macam baihaqi *bisik dekat telinga*
Aman! :)
tak nak kacau periuk nasi. haha. kacau tong gas je :)
keningkening
YANG LAIN:
anda semua style :)
salam idul adha
biar lambat asal jangan
yup..
time for slaughtering..
and what counts is our sincerity and not the result.
Hmm,curhat di metropolitant,
yup,lepas solat raya memang kosong tanpa pengertian signifikan sambutannya..
takbir raya yang diberi peluang kepada kita disambut begitu hambar..
:(
pergh... sentap! haha
peacemaker :
yup. the feel is no longer the same
akhi : sila update gak :)
maknanya Hari Raya Korban duat tu setiap masa & waktu lah kan :)
Post a Comment