Tuesday, October 16, 2012

ONE MESSAGE RECEIVED


“Awak kalau saya halau keluar kelas awak kata kejam kan. Kerja tak siap. Selalu datang lambat. Nota saya pun tak salin. Awak ingat dapat A macam ni?”

Sinis. Halus dan tajam. Kata-kata guru Biologos tadi bermain-main dalam minda Soleh. Sekali sekala dia ingin memberontak. Kalau ikutkan hati nak juga dia tukar nama, penat jadi Soleh.

------------------

Samsung Note di atas meja itu dicapai. Hambar sahaja.

“Ana penat la. Anak nak futur boleh? Ana nak tubuhkan Kelab Futur boleh? ”

‘SEND’

Beberapa ketika kemudian,
 
‘one message received’

“Akhi....”

“Ana nak borang tu. Borang alumni Ikhwah tu.
Ana nak isi”

“Akhi....”

“Ana tak bolehh...ana..”

“Adik adik enta macam mana? Jangan zalim akhi...”

Soleh terdiam sejenak. Dia memejamkan matanya. Gelap sahaja dunianya. Seakan cahaya Tuhan sudah padam. Keliru.







------------------
‘one message received’

“Salam abang, abang terima kasih sudi kongsi ilmu”

“Wa’alaikumsalam Shafik, kasih diterima, ahha.
Terima kasih sudi dengar, huhu”

“Erm, abang, bila kita nak lepak-lepak lagi?
Tak sabar ni, huhu”

“Wah, apa kata kita puasa esok? Then kita iftar sama-sama.
Nanti abang bagi tahu yang lain. Ok tak? ”

“OK bang, jumpa esok inshaAllah”

-----------------------------

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata:"Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.

Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar." (QS Fushshilat : 33-35)

Biduk lalu kiambang bertaut. Patah hati seribu kali, pergi jauh membawa diri. Menentang arus. Andai diberi sekuntum mawar putih, akan ku persembah setangkai kemboja kuning. Andai.

DAKWAH ADALAH TUGAS YANG SANGAT MULIA
 
Ayat dalam surah Al Fushshilat di atas dibuka dengan satu pernyataan :
"Siapakah yang lebih baik (bagus) perkataannya… "
 
Sayyid Qutb ketika menafsirkan ayat ini berkata :
"Kalimah-kalimah dakwah yang diucapkan oleh pendakwah adalah paling baik kalimahnya, ia berada pada barisan pertama di antara kalimah-kalimah yang baik yang mendaki ke langit."

Perkataan "Siapakah yang lebih baik (bagus)" Allah ulangi di beberapa tempat dalam Al-Qur'an untuk menegaskan tingginya kualiti beberapa perkara :

Dalam surah An-Nisa' ayat 125, Allah swt berfirman :

 "Siapakah yang lebih baik (bagus) agamanya daripada orang yang menyerahkan diri kepada Allah."

Dalam surah Al Maaidah ayat 50 : Allah swt berfirman :

"Siapa yang lebih baik (bagus) ajarannya dari pada ajaran Allah.".
 
Manakala pada ayat di atas Allah swt berfirman :
"Siapakah yang lebih baik (bagus) perkataannya dari pada perkataan para da'ie di jalan Allah?




Perhatikan semua ayat-ayat tersebut secara saksama, betapa tugas dakwah sangat dimuliakan oleh Allah swt. Peringkatnya sangat tinggi, setara dengan kualiti hukum Allah dan penyerahan diri kepadaNya secara penuh.

Adalah menjadi kemestian seorang pendakwah menyerahkan hidupnya kepada Allah swt. Ia tidak kenal penat menjalani tugas-tugas dakwah serta tidak mengharapkan keuntungan duniawi di sebaliknya kecuali hanyalah ridhaNya.

Firman Allah swt lagi :

"Ikutilah orang yang tiada meminta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS Yasiin : 21)

Namun kalaupun Allah swt membuka pintu rezeki baginya melalui jalan-jalan yang tidak terduga maka itu adalah kebaikan di atas kebaikan. Yang penting, jangan sampai seorang pendakwah itu orientasinya dunia kerana apabila seorang pendakwah juga berorientasikan dunia, kepada apa dia mahu berdakwah?

Bukankah tema utama dakwah adalah seruan untuk mempersiapkan diri menuju akhirat?

Rasulullah saw bersabda :

"Jika keranamu Allah memberikan hidayah kepada seseorang, maka hal itu lebih baik bagimu daripada unta merah (harta yang paling mahal) sekalipun."


------------------------------

Tip..tip..
tip...tip..

“Assalamu’alaikum akhi”

“Eh Soleh, wa’alaikumsalam. Apa khabar?”

“Akhi..Jazakallah akhi,
ana nak thabat akhi ”

“ Alhamdulillah, hmmm...Kelab tu macam mana?”

“Ana dah bubar kejap tadi”

“Bagusla. Lega ana”

“Akhi...”

“Ye..”

“Esok kita puasa dan iftar sama-sama?”

“Molek jugak tu. Enta nak bawak ana iftar kat mana?”

“Special akhi... jumpa esok inshaAllah”

“InshaAllah”

4 comments:

Anonymous said...

eheh. cantik gambar.

Inspector Saahab said...

hehe. pinjang XD

adeq said...

macam pernah baca. tp rasa macam bukan di sini. memang enta ke penulis asal? sekadar kepastian.

Inspector Saahab said...

oh yaa, cerita itu ana tulis.

tapi point pasal tugas dakwah sebagai tugas yg mulia itu cited from Tinta Perjalanan :)

'asif