Nyaman dan
harum
Pagi itu
masih suci. Keindahan alam di perkampungan Janda Terbaik itu memukau mata
memandang. Sang mentari mula memancarkan dirinya, bersembunyi di sebalik
kepulan awan awan yang berarak, perlahan-lahan. Radiasi kemerahan mengisi ruang
dan liang udara angkasa raya. Terbaik.
Bunga
memulakan harinya dengan seukir senyuman. Manis. Benarlah kata pepatah, air
yang dicincang tidak akan putus.
Seperti
biasa Bunga menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Namun
pada pagi yang cemerlang itu, dia kelihatan lebih bertenaga dan bermaya.
Barangkali pada malamnya dia bermimpikan bertemu dengan Abang Lebah. Wajahnya
yang ceria, tidak lekang dengan senyuman membuatkan rakan setugasnya Daun
tertanya-tanya.
Daun buntu.
Dia berada dalam dilemma.
Penat
memikirkan apa yang berlaku kepada Bunga, akhirnya Daun tekad dengan keputusan
untuk menanyakan Bunga akan perkara yang bermain-main dalam kamar mindanya.
Kebuntuan dan kebingungan yang melanda Daun membuatkan dia tidak dapat
menjalankan proses memecahbelahkan molekul gula dengan sempurna. Terganggu.
----------------
“Bunga… Bunga,
titew nak tanya sikit boleh tak?”
“Eh Daun,
Daun apa khabar? Tanya banyak pun boleh, pe cer? ”
“Kenapa
Daun tengok Bunga ceria semacam je hari ni? Adakah ini Bunga? Atau err, orang
lain yang berpura pura jadi Bunga, eh orang?”
“Eh Daun
ni, ke situ pulak, ke sini la sikit. Hehe. Sebenarnya semalam Bunga mimpi,
musim bunga dah nak habis. Huhu”
“Apekah??? “
“Ala Daun ni,
buat tak tahu pulak, maknanya, tak lama lagi Bunga akan gugur, huhu”
“-____-”
------------------
Dan jangan sesekali kamu mengira bahawa
orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka hidup di sisi
Tuhannya mendapat rezeki
Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan
Allah kepadanya dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal dibelakang
yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka
tidak bersedih hati”
(Ali Imran:169-170)
----------------------
Gembira….
Nikmat….
Bergirang hati…..
Nikmat….
Bergirang hati…..
3 comments:
ingatn cite sal pa..semngt nak baca..huuu,,oke2...penyampai ringkas tapi bermakna..syabas inspector.
kurang memahami. maksud bunga gugur = MATI?
ni memang nk tulis lagi panjang and make up a good story tapi dah malessss
-_-
Post a Comment