Dalam
kewangan Islam, ada satu produk yang ditawarkan kepada pelanggan muslim ini
dinamakan Bay al Dayn, jual hutang maksudnya dalam bahasa. Atau, debt trading.
Mengikut definisi umumnya,
Bay al dayn
merupakan satu sales contract, antara creditor dengan debtor atau creditor
dengan pihak ketiga, third party. Creditor menjual hak bayaran hutangnya
kembali kepada penghutang atau kepada pihak ketiga, selalunya pada harga yang
lebih murah atau at par value.
Di sinilah
timbulnya satu isu besar tentang produk yang kononya Islami ini tatkala ia
memakai nama dalam bahasa Arab. Masalahnya, apabila debt atau hutang dalam
bentuk credit itu dijual pada harga yang murah untuk mendapakan cash segera,
berlaku exchange of ribawi items pada amaun yang tidak sama, lalu tercetuslah
persoalan riba dalam transaksi ini.
Namun, atas
dasar masalahah umum ataupun public interest, penasihat syariah kewangan Islam
rata rata menyetujui produk ini untuk pembangunan sistem kewangan Islam yang
masih lagi mencari tempat dalam pasaran kewangan dunia, bahkan masih mencari
tempat di pasaran pasaran tempatan seperti di Malaysia yang kita cintai.
Kadang-kadang,
memerhati perkembangan sistem kewangan Islam di negara kita ini melalui sudut
pandang seorang siswa kewangan Islam membuatkan saya berfikir banyak kali
tentang kejujuran dan ketelusan untuk menghidupkan sistem kewangan Islam ini.
Adakah benar kewangan Islam atau eknomi Islam diperkenalkan sebagai satu jihad
untuk melaksanakan tuntutan bergelar seorang hamba kepada Allah swt atau semata-mata
untuk keuntungan duniawi.
Pada waktu
yang sama, gejala gejala ini membuatkan kita lebih menghargai nikmat bersama
dengan gerabak tarbiah, kerana kita tahu benar perbezaan antara nama dan
substance, antara tahu dan faham yang telah kita bincangkan sejak awal awal
berkecimpung dalam halaqah halaqah tarbawi itu.
Cukuplah di
sini sahaja kita kusutkan kepala memikirkan betapa tidak sihatnya sesetengah
perkara yang menggunakan nama Islam, hari ini. Untuk makluman detail tentang
produk bay al dayn, bolehlah kalian menggunakan khidmat Google atau dapatkan
penerangan terperinci daripada mana-mana pegawai bank yang menawarkan servis
Islamic Banking. Hong Leong Islamic sekalipun!
Al dayn.
Al dayn
yang kita maksudkan di sini adalah hutang. Allah swt menjelaskan dengan cukup
panjang lebar perihal hutang dalam kitab al Quran yang diturunkan buat kita
semua. Pun begitu, sekali lagi bukanlah tulisan kali ini berhajat untuk melihat
al Quran dari sudut pandang ekonomi atau kewangan Islam.
Siapa
sangka, atau sedar, al dayn yang dimaksudkan dengan hutang itu dari segi bahasa
Arabnya mempunyai root word yang sama dengan ad din, yakni agama. Cuma mungkin
sebutannya lain ekoran baris yang diletakkan untuk membezakan mesej yang hendak
dibawa oleh perkataan ini mengikut konteks ayatnya.
Pun begitu,
substance perkataan al din atau ad dayn ini tidak melencong jauh jika kita
substitute kan dalam struktur ayat yang macam mana sekalipun. Begitulah
indahnya bahasa Arab, satu perkataan yang membawa maksud berbeza, tetapi masih
boleh dipadankan dalam konteks ayat yang berbeza.
Tidak
hairanlah, saat al Ustaz Nouman Ali Khan menafsirkan maksud yaumul din yang
seringkali di terjemahkan sebagai hari pembalasan atau hari agama, juga boleh
dikatakan yaumul din itu adalah hari menuntut hutang masing-masing!
Subhanallah! Ada relevensi nya jika kita kaji dengan lebih detail.
Menuntut
hutang yang macam mana?
Ketahuilah,
hutang tidak wujud melainkan adanya proses jual beli atau pinjaman. Setelah
mentadaburi ayat ayat Allah dari masa ke masa, sedar tak sedar telah pun
terpateri bahawa kita semua, atau orang-orang beriman telahpun melakukan
transaksi jual beli tatkala Allah swt berfirman dalam kitabNya;
“Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan
syurga untuk mereka…”
(At Taubah
:111)
Akhi,
Ayat ini
sepatutnya membuatkan kita jatuh terduduk di satu sudut daripada sudut sudut di
rumah kita itu dan berfikir panjang. Dalam ayat ini, perkataan membeli yang
digunakan ialah ‘isytaraa’ yang didatangkan dalam bentuk fe’el madhi atau dalam
bahasa modernnya dalam bentuk past tense. Maksudnya apa ? Jual beli ini telah
pun berlaku dan ditemeterai dalam kitab agung ini.
Kita telah
pun bersetuju untuk menjual baik diri mahupun harta sebagai tukaran, untuk
mendapatkan syurga Allah swt yang tidak tercapai dek akal untuk membayangkan
bagaimanakah rupa syurga itu. Maka, relevenlah jika pada yaumul din itu nanti
Allah bertindak sebagi ‘pemiutang’, menuntut daripada orang-orang mukmin yang
telah melakukan jual beli tetapi belum melangsaikan hutang hutang mereka!
Sungguh!
Hari ini
perkataan syurga telalu murah dan meniti di bibir bibir kita dengan begitu
ringan. Perkataan syurga yang membawa mode kebahagiaan, keindahan dan kenikmatan
itu menghiasi tajuk drama-drama romantic yang membawa mesej percintaan yang
ironinya menyajikan adegan adegan sumbang mahram, perkataan syurga menghiasi
halaman depan novel novel cinta picisan yang menghanyutkan para pembaca dalam
dunia khayalan mereka sehingga dalam ucapan dan percakapan kita, terlalu mudah
cita cita menuju syurga diungkapkan, ukhuwah fillah till jannah, ku tunggu
dikau di pintu syurga dan tagline tagline lain yang sekufu dengannya.
Tanpa sedar
kita telah dicandukan dengan kenikmatan syurga yang belum pun kita saksikan
rupa sebenarnya sehingga kita lupa bahawa ada hutang yang perlu dilangsaikan
untuk menikmati barang dagangan itu.
Lantas,
pada hari hutang itu,
Apakah
jawapan yang telah kita sediakan untuk menjawab pertanyaan Allah swt berkenaan
hutang hutang yang tidak terlangsai itu wahai diriku?
Entah
mengapa, teringat pula pada sosok sahabat Rasulullah saw yang bernama Mus’ab
bin Umair. Mus’ab pada awal awal memeluk Islam terpaksa meninggalkan kemewahan
dunia yang dimilikinya kerana konflik dengan ibunya yang terus kufur dan tidak
bersetuju dengan keputusan Mus’ab untuk tunduk kepada Islam. Manakala
pengakhirannya pula, Mus’ab syahid di medan Uhud, setelah memperjuangkan
eksistensi agama ini sehingga ke denyut nadinya yang terakhir.
Meskipun
ayat surah at Taubah yang kita sama-sama renungkan tadi turun setelah
peperangan Tabuk manakala Mus’ab syahid ketika perang Uhud yakni beberapa tahun
sebelum Tabuk, meskipun Mus’ab belum berkesempatan untuk menikmati bacaan
Rasulullah akan ayat ini tetapi dia telah terlebih dahulu hidup dengan ruh ayat
ini dan telahpun menunaikan hutang-hutangnya untuk mendapatkan syurga Allah
swt.
Begitulah
epiknya keimanan para sahabat. Kita sering cemburu dengan mereka dan merasakan
kisah-kisah mereka ini terlalu ajaib untuk dipercayai apatah lagi untuk
dicontohi tetapi ketahuilah manusia manusia ini memang wujud. Yang paling
penting, orang orang sebelum kita telah pun memaknai maksud yaummul din dengan
baik dan telah pun membuktikan keimanan mereka dengan ayat ayat Allah, lantas
bagaimana pula dengan kita?
Mudah-mudahan
suatu hari nanti kita aman daripada persoalan persoalan ini dan dapat menikmati
kata-kata Allah ini;
“Maka
bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah
itulah kemenangan yang agung”
(At Taubah
:111)
Inspector Saahab
Siswa Sarjana Muda Kewangan Islam
Inspector Saahab
Siswa Sarjana Muda Kewangan Islam
5 comments:
masyaAllah T_T jzkk
btw, substance tu x faham la kegunaan dye..
Substance ni inti atau essence atau gist.
Assalamualaikum. Nak share sikit pengisian yg saya pernah dengar tntg ayat 9:111
Bila disebut beli, apakah yg diharapkan oleh pembeli atas brg yg dibelinya? Of course dia nak brg yg dibeli berfungsi sebagaimana dia nak brg tu berfungsi kan.. bila Allah kata Allah beli diri kta, harta, jiwa kita, sudahkah kta berfungsi mcm mn Allah nak kta berfungsi atas muka bumi ni?
Cth : kta beli pen, dgn harapan bnd tu kta blh guna utk tulis dgn baik, dakwat x putus, etc. Apa perasaan kta klu kta beli mahal2, rupanya pen tu x berfungsi dgn baik.. hmm.. fikir2kanlah bila Allah dah kata Allah beli..
salam, boleh saya tahu saudara ambil kos kewangan islam dimana? terimakasih
Zakwan
Post a Comment