Wednesday, December 31, 2014

SENTUHAN AL AKH #30






“One of the best to things to discover in this life is to discover what lies inside the people we meet. An endless discovery. And there are so many things to learn”

Lebih lebih lagi di jalan dakwah ini.


Meniti tahun ke seterusnya. Kami berjalan lagi. Entah makin laju atau makin perlahan. Tetapi yang penting, seperti setiap kalinya, kita ketemui akh itu, kemunculan akh yang dinantikan. Kadang-kadang hadir dari arah yang tidak disangka-sangka bersama dengan sekeping nasihat dan teguran. Meskipun kali pertama bertaaruf, sudah dia sematkan sebaris kata, kerana sesungguhnya pondasi agama itu nasihat.

Sebagaimana sabda ar Rasul saw;

“ Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad Dari r.a bahawa Nabi saw bersabda, ‘Agama itu nasihat. Kami bertanya, untuk siapa? Beliau menjawab untuk Allah, kitab-KitabNya, Rasulnya, para pemimpin kaum muslimin dan umat pada umumnya”

(HR Muslim)


Imam Nawawi rahimahullah meletakkan hadis ini sebagai hadis yang ketujuh dalam susunan Arbain An Nawawiyah nya.


Nasihat bukan sekadar nasihat. Nasihat adalah ketelusan. Dan nasihat yang lebih luas lagi mendalam maknanya adalah menunaikan haq haq. Begitulah seorang akh meluangkan masa melunaskan haq seorang akh yang lain.


Marilah jika berminat kita soroti sejenak perbualan mereka yang sempat dirakamkan dan disunting oleh penulis, mudah mudahan dari baris baris ayat yang bakal ditaip ini kita dapat menuai pahala. Mudah mudahan.


“Tengah cuti ke? (Teknik memanjangkan perbualan, eheh)”

“Haha. Tak pernah jumpa enta lagi. Hajat nak bertemu suatu hari nanti”

“Sedih ar. Kita pernah bertemu kot. Tapi siapalah ana untuk diingati. Haha”

(skip skip skip)

“Oh yaa ana ingat…kita discuss pasal fastaqim kama umirta kat surau kolej tu kan?”

“Wahh, terharu ah. Pagi pagi dah terharu”

“For the first time, ana tahu berkenaan rambut Rasulullah beruban disebabkan surah Hud. Dan ana masih menyampaikannya dalam pengisian sehingga kini bila bercakap tentang istiqomah dalam usrah atau bagi taujihat…moga Allah kurniakan enta pahal setimpal atau lebih baik. Teruskanlah membina manusia..”

“Subhanallah. Best kan dakwah. Fastaqim kama umirta akhi”



Ye, kau benar ya akhi. Begitulah indahnya jalan menuju ke syurga ini. Jalan yang mempunyai cerita dan cereka sendiri. Beginilah kami, di sela-sela waktu menikmati hidangan hidangan di jalan dakwah. Jika Bani Israel mendapatkan man dan salwa, tetapi kami menikmatinya dalam bentuk yang berbeza. Mudah-mudahan kami dan kalian tidak larut dengan kenikmatan kenikmatan ini.


Kami tidak berniat untuk mengajak kalian ke dunia khayalan pendiri al haq sehingga dibelit dengan belitan Iblis, terbawa-bawa dan dicandukan dengan kenikmatan ini. Bahkan tidak. Na’uzubillah min zalik. Moga jalan dakwah bukan kita cari saat kekosongan, sekadar port hiburan tatkala bulatan social kita yang lain itu gagal memenuhi al hawa yang membelenggu diri kita.

 Lalu akh itu melanjutkan;


“Allah dan hambanya tiada jalinan nasab. Sesungguhnya kemuliaan seseorang hamba itu disisi Tuhannya bergantung kepada seberapa jauh istiqomahnya. Nak mulia kena istiqomah akhi, nggak bisa bermalasan. Tiada pilihan lain selain istiqomah. Nak usahakan iman ambil masa yang lama. Tapi kalau nak menghancurkannya, sekelip mata saja. Tak nak la..”

“Menangis. Nak kena share ni. Tegur tegur la kami di sini. Moga Allah pertemukan kita lagi insya Allah”

“Insya Allah akhi. Semoga!. Tengok tengokkan doktot umah tu untuk ana please”

“Insya Allah”

“Ok. Ana tinggalkan enta dengan quote favourite ana, ‘Tanggungjawab di hadapan Allah itu tanggungjawab personal anda. Dengan tangan anda, anda membina istana anda di syurga. Usahlah bermalasan dalam berdakwah”

“Masha Allah. Enta kalau bercakap memang selalu guna bahasa high level ke akhi? Hehe, ana gurau”

“Hehe. Ana, at most times suka deep deep ni. Hehe. Assalamualaikum. Doakan ana mati di atas jalan dakwah ni. Ketika berada di waktu puncak lasana arwah akhi Iman yang dicintai”


Begitulah.

Kami dan seharusnya kalian cemburu dengan pemuda ini, yang mendasar benar cinta dan cita citanya untuk mati di atas jalan dakwah. Bukan sebarang jalan, jalan menuju kematian. Nasihat istiqomah yang akh itu titipkan untuk akhnya yang lain, begitu mahal dan wajib kita sama-sama renungi.

Tidak banyak yang dapat kami kongsikan kali ini. Hanya sajian buat bacaan ringan bagi kalian yang menantikan siri siri sentuhan al akh. Semoga akh itu menyentuh qalb akhnya lagi, dan mudah-mudahan aku diberi kekuatan untuk berkongsi lagi.


Sementara menunggu masa dan takdir menemukan kita di titik itu akhi, ayuh bangun, bangkit dan kibarkan panji kebaikan di tangan mu itu lantas berteriaklah, “Inilah aku!”. Moga moga jiwa jiwa yang masih tersisa kebaikan pada mereka mengerumunimu dan ingin bersama melayari bahtera dakwah ini.


2 comments:

Anon said...

Fastaqim kama umirta
..adakah pengisian itu diisi oleh seorg doktor?

Inspector Saahab said...

anon : macam tak ^^