Friday, December 2, 2016
HIMMAH ALIYAH
"So apa beza himmah dan humum?" Tanya Akh A kepada Akh B dalam satu sesi perkongsian.
"Himmah ni macam semangat, atau kehendak yang seseorang itu miliki untuk capai sesuatu objektif atau cita-cita, atau berazam nak buat. Humum pula keadaan, usaha atau keprihatinan seseorang itu" Ringkas. Tapi jelas.
"Contohnya? "
"Contoh nya kalau kita berazam atau bercita - cita nak jadi jutawan, ada aset satu juta by umur 30, itu himmah kita. Maka apa yang kita duk buat hari-hari, punya dashat plan strategi business, buat itu ini, kesibukan kita, itulah humum kita... "
"Oo..." Respond macam faham.
Teringat pula satu topik pengisian dalam siri siri perkongsian tarbawi, himmah aliyah. Secara umumnya, semua orang ada himmah masing-masing, azam, semangat, cita-cita atau kecenderungan. Tapi ada orang yang tinggi himmahnya dan ada yang rendah himmahnya.
Macam mana nak tahu himmah kita tinggi ke rendah? Hmm. Sudah pasti orang yang himmahnya tinggi mengejar apa yang disarankan oleh al-Quran. Nak jadi orang yang soleh. Nak mendapatkan redha dan keampunan Allah swt. Nak bina manusia. Amar makruf. Nak dirikan negara islam.
Himmah untuk tegakkan sistem khilafah, established halaqah banyak-banyak, buka medan itu dan ini.
Bila himmah sudah tinggi, seseorang itu sanggup untuk berkorban apa sahaja meskipun perlu membayar dengan harga yang mahal supaya kehendak atau himmahnya dapat tercapai. Humumnya juga akan berkadar tinggi.
Orang yang rendah himmahnya pula objektif hidup dia sekadar kehendak untuk perbaiki quality life seperti dapatkan rumah yang besar, isteri cantik, karier yang baik, kumpul duit untuk anak pinak etc. Mereka ini pula berada dalam humum yang rendah, sekitar hal berkenaan.
"Agaknya kita ni kema himmah yang tinggi ke rendah?" Soal Akh B. Retorik. Dibiarkan tidak terjawab.
Usai menghabiskan bacaan Ma'thurat pada bagi itu, Akh A mencari mushaf al Qurannya pada rak buku di sebelah kiri. Bacaan diteruskan dari tempat dia berhenti pagi tadi. Surah al Ankabut. Best. Di awal-awal surah lagi dah terhenti, tersentak.
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
29:2
Fuh.
Dalam ayat ni Allah sedang berbicara dengan segolongan orang yang mempunyai himmah yang tinggi. Kehendaknya tinggi. Yakni bercita-cita untuk menjadi orang yang beriman. Sehingga mereka dengan yakin mengatakan "Kami telah beriman"
Begitu tinggi dan mahalnya himmah ni.
Kemudian Al-Quran mempersoalkan. Boleh ke kita sekadar claim untuk memiliki himmah yang tinggi tetapi tidak berhadapan dengan keadaan yang sukar untuk realisasikan himmah tersebut? Atau humum nya tidak seperti himmah yang meniti di bibir?
Jawapannya tentu sekali tidak. Orang yang beriman, pasti akan diuji. Ada bayaran bayarannya untuk menjadi orang yang beriman. Bukan sekadar 'mendakwa' beriman. Bukan sekadar bercita-cita.
Mengenangkan usia ditarbiah yang makin bertambah, himmah kita turun dan naik. Sewaktu dahulu kita tidak pernah tahu akan himmah aliyah. Tidak pernah tahu akan cita-cita yang luhur sebagaimana saranan al-Quran. Sehinggalah kefahaman yang benar dan bersih ini Allah anugerahkan kepada kita, sedikit demi sedikit.
Masa pun berlalu.
Adakah kita masih berada pada himmah yang tinggi? Masih mengejar matlamat hidup yang luhur sebagaimana para anbiya, sebagaimana yang telah diwariskan oleh salafu soleh? Jika benar alhamdulillah.
Setelah itu, periksa la pula humum kita. Fikiran kita. Kesibukan kita. Keprihatinan kita. Usaha dan tenaga kita. Adakah kesemua ini juga berada pada kadar yang tinggi ? Atau sebenarnya kita sekadar mendakwa untuk mendapatkan objektif hidup yang tinggi tetapi sebenarnya keadaan kita tidak seperti itu??
Humum duniawi telah melupakan kita terhadap tanggungjawab membela umat dan tugas jihad memuliakan agama. Jadual harian kita padat dengan aktiviti-aktiviti untuk mencapai tujuan yang hampir, kita tidak ada masa lagi untuk aktiviti ke arah menegakkan matlamat yang lebih jauh, lebih tinggi dan mulia di sisi Allah dan juga manusia.
Akh,
Semoga perasaan, kehendak dan semangat kita masih tinggi bahkan sentiasa tinggi. Jadilah seperti para sahabat radhiallahu anhum ajmain. Sentiasa berada pada himmah dan humum yang tinggi.
Sehingga sebahagian daripada mereka dalam peperangan Tabuk, apabila diberitakan tidak dapat ikut serta dalam ekspedisi tersebut kerana kekurangan kelengkapan peralatan dan kenderaan, mereka menangis kecewa dan sedih;
وَلَا عَلَى الَّذِينَ إِذَا مَا أَتَوْكَ لِتَحْمِلَهُمْ قُلْتَ لَا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ تَوَلَّوْا وَأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُوا مَا يُنْفِقُونَ
"...dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kendaraan, lalu kamu berkata:
"Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu".
Lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata karena kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan..."
9:92
Bagaimana pula dengan kita?
6 Syawal 1437H
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment