Friday, December 9, 2016

BAJU 20 KANCING





 لأخي محبوب

 Untuk saudara kami yang dicintai,

"Apa pendapatmu jika seorang pemegang amanah itu gagal melaksanakan tugas yang diberikan ?"
" Pada pendapatku, kita tukar sahaja orangnya"


Ya. Begitulah amanah dakwah ini. Telah berlalu umat umat terdahulu, silih berganti memikul amanah yang sering gagal dilaksanakan 
.
Sehinggakan ketika tiada bangsa manusia yang ingin mengangkat tangan dan berkata, "akulah orangnya" maka Allah swt menyerahkan tugas ini kepada umat lain.


وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُمْ ۚ مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.

6:38


Ketika mana Arab jahiliah Mekah enggan melindungi Kaabah dari serangan Abrahah dan tentera tenteranya, maka Allah swt hadirkan ababil.

Ketika mana Quraisy di Mekah dan penduduk Thoif berpaling daripada seruan Rasulullah, maka Allah hantarkan jin jin untuk mendengar bacaan firmannya lalu mereka mendakwahi kaum mereka.
Ketika Masyarakat Mekah mengusir Rasulullah kerana tidak mahu beriman dan dimuliakan dengan risalah ini, maka Allah swt telah mengangkat masyarakat Madinah untuk menjadi sebaik baik masyarakat.

Ketika mana bangsa Arab sudah pun senang lenang dan menguasai dunia sehingga tanggungjawab mula dilupakan, lalu kepimpinan umat diserahkan kepada orang Ajam.


Begitulah baton silih berganti, diberikan kepada orang yang mahu, sanggup dan layak.
Hari ini, baton telah sampai ke tanganku dan tanganmu. Apakah kita akan melepaskannya atau memacu bersamanya?

Ayuh akhi ,

Jangan biarkan diri kita terhina kerana terpaku dengan dunia, lemah hamasah dan malas berjuang sehingga Allah menggantikan dengan orang lain.


Perhatikan ayat ayat-ayatNya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.

5:54


إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

9:39


هَا أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنْكُمْ مَنْ يَبْخَلُ ۖ وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ ۚ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ ۚ وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ

Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.

47:38


Ayuh berangkatlah. Seorang pejuang itu bajunya hanya satu kancing. Bukan 20 kancing. Dadanya bersedia pada bila bila masa sahaja untuk dijadikan tampanan peluru.

Jiwanya berada di tangan, bukan dalam sangkar. Ketika dikatakan,

" Mana jiwamu?"

Lantas dia menghulurkan tangan dan berkata 
" Ini dia"

Dia pun mara dan syahid bertemu Allah swt. Bukankah syahid di jalan Allah adalah nasyid yang kita ulang ulangkan suatu ketika dahulu?

No comments: