Tuesday, May 29, 2012

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH

Apa apa jela tajuknya =.=

Bayu senja bertiup ayu dari ufuk barat, datang menyapa. Percikan air laut yang dihempap ombak samudera menghasilkan satu irama kolaborasi yang memecahkan keheningan tika siang hari mula diselimuti malam. Samar-samar cahaya matahari terbenam, menyuluh dipermukaan pantai bagai sinaran yang sungguh mengasyikkan. Alunan gelojak air diselitkan dengan bunyi cengkerik yang menantikan tibanya sang bulan menambah keshahduan jauh di sudut hati. Terpana seketika.

Aiwah. Drama Melayu klasik versi prosa tradisional buku kesusateraan Melayu silibus sijil pelajaran Malaysia tampaknya mengambil tempat di situ. Heh.

Pernah bukan, bila berlaku sesuatu kepada kita, kita letakkan kesalahan itu pada diri sendiri atau orang lain, meletakkannya pada makhluk yang lain. Tika mana sesuatu ynag dirancang tidak menjadi sebagaimana rancangan Malaysia ke Sembilan, heh kita mencari asbab yang yang pada mata kita itulah puncanya, tanpa melihat hikmah disebalik apa yang berlaku. Soalnya bukan pernah atau tidak, tapi pada apa kita sandarkan asbab berlaku sesuatu itu.


Dalam satu hadis Qudsi, Allah s.w.t berfirman,

“Aku adalah sepertimana yang hambaKu sangkakan. Jika ia bersangka baik kepadaKu maka kebaikanlah untuknya dan jika ia bersangka buruk kepadaKu maka keburukanlah untuknya”

Ada fahamkah?

Benar sekali kita beriman dengan ketentuan Allah, beriman dengan qadha dan qadar. Tetapi sejauh mana iman kita itu kita zahirkan dalam kehidupan seharian. Sejauh mana kita letakkan asbab berlakunya sesuatu adalah sebagai ketetapan dan ketentuan daripadaNya. Dan sejauh mana kita melihat disebalik berlakunya sesuatu, ada hikmah yang tersembunyi, ada perkata lain yang Allah ingin kabarkan kepada kita, dan buruk atau baik perkara tersebut bergantung kepada apa yang kita fikirkan.

Mengambil contoh,

Katalah kita ini sudah menjalin hubungan yang serius dengan seorang hamba Allah ini. Sudah beberapa abad kita dan si dia bermain kata, senyum-senyum sambil kenyit mata, heh, namun semuanya beretakan tidak menjadi walaupun telah kita berkenalan hampir berkruun lamanya. Bukanlah saya menggalakkan anda untuk mengikat tali perasaan pada seseoarng yang ajnabi, tidak sama sekali cuma ibrahnya di sini apa respon kita bila seusatu yang kita inginkan itu tidak kesampaian?

Pada pandangan mata kasar mungkin kita fikir si dia itu cuba mempermainkan kita, ataupun apa-apa sahaja alasan lain yang menyebabkan hubungan berkenaan tidak menggapai objektif yang telah dicanang di awal pertemuan. Tapi yakinlah itulah ketetapan dari Allah, mungkin Dia ingin hadiahkan kita sesuatu yang lebih baik. Jika kita berfikir postifi sedemikian, maka inshaallah yang lebih baik menanti di hadapan.


Contoh lagi mudah, kita ini rajin belajar. Gila buku. Naik train pergi bandar mesti ada buku di tangan. Hari-hari tidur pukul 1 pagi bangun pukul 3 pagi sambung belajar. Bercengkam mata, membanting tulang kerana dahagakan ilmu. Namun results peperiksaan tidaklah sehebat mana. Bahkan kawan kita yang hidupnya tidur je keje lebih outstanding, pasti kita curiga. Sama ada kita curiga dengan kawan kita atau curiga dengan ketetapan Allah. Ah, tidak adil nya dunia. Aku ini usaha bagai nak rak tapi rak pun aku tak dapat.

Di sini sangatlah perlu untuk kita muhasabbah diri. Rintihan kita itu Allah tahan terlebih dahulu kerana Dia merindui suara kita yang meminta-minta merayu kepadaNya. Dia sayang akan hamba yang sering menitiskan air mata bermunajat kepadaNya. Maka kita tidak boleh cepat melatah, menyalahkan takdir. Sebaliknya anggaplah itu satu ujian yang menjanjikan sebuah nikmat di penghujungnya. Bersangka baiklah kepada Allah nescaya kebaikan itu untk kita.

Mudahkan?

Susah sebenarnya. Memang susah.

Apa yang boleh saya katakan, yakinlah dengan Allah. Yakinlah dengan janji Allah. Begitulah perjuangan kita atas jalan ini. Sukar yang teramat. Kadang sakit, kadang penat. Wang habis ditabur, tenaga habis dikerah, masa habis dicurah namun hasilnya entah ke mana. Jika habuan di dunia yang kita harapkan, maka dunia la kita dapat. Tapi dunia, apalah sangat? Setakat pizza domino’s di hujung minggu yang santai, menghirup tutti frutti tatkala panas mentari membahang, menjamah mee celup semangkuk di petang yang gemalai, apekah semua itu?


Kedengaran kumpulan nasyid tempatan sedang memutarkan lagu-lagu pilihan ramai,

erks.

So anda, bagaimana? Mahu berhenti berjuang di sini? Sudah penat? Sudah dilamun mode bercuti? Ingin bebas daripada semua ini? Sudah lali beribadah kepadaNya? Merasakan amalan kita selama ini sia-sia? Cemburu buta dengan kesenangan jiran sebelah menyebelah? Rindukan zaman gelap tika mana hidup dipenuhi dosa? Ingin kembali ke lorong lama?

Pilihan di tangan.

Cuma satu, ayuh kita renungan ayat cinta daripada Allah dibawah, semoga kita terus tasbit dengan ayat ini. Semoga ia menjadikan diri kita lebih bemotivasi untuk mengejar syurga yang hakiki

Dan bersabarlah engkau bersama orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia

Dan janganlah engkau mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti keinginannya dan keadannya sudah melewati batas

(Al-Kahf :28)

21 comments:

Azery said...

Shukran ya akhi.
tapi, lepas baca tajuk post ni, memang saya ada terfikir betul2 seperti apa yg ditulis selepas itu. pandai ya, menebak. (Bahasa Indonesia: teka/ramal)

*Rimas ke tunggu komentarribut saya? muahaha

Inspector Saahab said...

HAHA. memang sy selalu tulis draft entry tanpa tajuk. so tajuk main hentam je.

ape ape jela. wahaha

harus rimas
jazakallahukhair atas kunjungan :)
bole ajak kengkawan ke gerai ni insyaallah :)

anamuzakkar =.= said...

jzkk akhi
memang menusuk hati ini..hee
"ketahuilah dengan mengingati Allah, tenang tenteramlah hati manusia." (13:28)
tahniah...andalah raja typo~hoyyeah
boleh perbaiki lagi untuk menambahkan umphh nasi lemak di sini...
satu lagi. aseef mata ana tajam. adakah 'bercengkam mata' atau 'bersengkang mata' ?
kbye
assalamualaikum =.=

Yul said...

pergh.. mantop tajuk n intro nye..

huh. nice n3,

kebetulan baca post ni n sdg dlm fatrah exam.

"kita sanggup x tido mlm demi exam, tetapi mengapa berat bila nak bangun malam.... utk cari redha Tuhan" T.T






trima,

eh, syukran =]

Inspector Saahab said...

anamuzakkar : Jazkallah atas perihatin

ye bersengkang mata. tahniah. BM anda kemas. sy hancus >.<

ah, typo itu seni ~~
inshaallahakan menggandakan usaha untuk memperbaik rasa dan 'zouq' nya

waalaika salam :)



Yul : selamat datang. hehe
semoga bermanfaat :)
yujzikel kheir :)
bittaufiq wannajah fil imtihan :)

anamuzakkar =.= said...

pergh . yujzikel kheir . mantap2 . blajar time uskab ke ? hehe

Inspector Saahab said...

anamuzakkar :
mestila . ikhwah kelantan kan
*flips hair*
muahahah

Unknown said...

salam 'alaiyk.

singgah sini relax kan otak, daripada jurnal yang menimbun. Alhamdulillah dapat release stres dgn post yg penuh "seni" typo di bahagian awal, dan part persoalan2 di akhir entri tu, mmg sentap la. jzkk atas peringatan!

moga Allah beri kekuatan utk terus istiqomah.

Inspector Saahab said...

GMS : Jazakallahukhair atas kunjungan :)

ah, nampaknya seni typo dah jadi buah mulut huaaaa

semoga bermanfaat :)
inshaallah :)
bole baca post -post lain utk hilangkan stress inshaAllah :)

FARIZ NA'AMAN said...

Jika kamu yakin kepada-Nya, Dia akan yakin kepadamu....jangan jadikan kegagalan sebagai nokhtah,kerana harapan ada pada-Nya InsyaAllah.. BarakAllahulakom (^_^)

Ciklong said...

Allah akan jaga kita jika kita menjaga Allah :)

pergh!! mmg best la post ni. hehe.

dulu pernah alami satu situasi yg agak traumatik...tp alhamdulillah keadaan dah makin pulih.

dlm hidup ni, kalau tak ada ujian, tak best la kan? Allah turunkan ujian sebab Dia sygkn kita (macam ustazah la plak...)

ada jugak dikalangan cikgu yang berusaha keras utk pelajar2 nya tapi tak semua berjaya. lepas tu salahkan budak2 sebab tak pandai...apa da...!

Inspector Saahab said...

Fariz :
wah wah. dah bole motivate patients yg sakit gigi nanti :P


Teacher :

betol. sweet ayat tu :')
semoga bermanfaat la post ni. banyak part mengarut. lama tak tulis essei BM.
melalut dah.

ustazah pilihan :P

budak tak score, cikgu salahkan budak, mak bapak salahkan cikgu. budak salahkannn ? err pengetua ? HAHA

Reiichi said...

terbaik la inspector

:)

Inspector Saahab said...

Reiichi :

=,=
woot woot :)

Ciklong said...

haha!

bila nk jenguk blog tcer?? rindu dgn komen awak la.

chapter yg tcer post ni, ada karakter yang terpaksa tcer matikan dia....huuhuhu

Inspector Saahab said...

teacher : tu laa. sy dah lost.
kena start balik, chapter 18 kot last skali. inshaallah la bila ada free. hehe
free je senanye. bila da bnyk sng miss ...hehe

Ciklong said...

Awk dh byk miss. huhu..sekarang ni dh masuk chapter 33. tcer nk post chapter 34 tak lama lg. hehehe

Inspector Saahab said...

saya akan cuba. mgkin petnag ke malam ni ke start balik.
banyak sgt.
dah lupa pun kot karakter. stefan , alice, beatrice, tu je kot yg ingt. oh grandma sume tu.

Tabib wannabe said...

Well Express!!membuka minda betol.

Inspector Saahab said...

Tabib : terlampau sinis ni. hehe

akuinsankaujugakinsan!kitahamba ALLAH. said...

huhu..bole la buat ubat jantung yang tengah berdebar mnunggu result...bersangka baik dengan ketetapan Allah...REDHA TU PERLU...

p/s:typo tu yang mensenikan ayat:O,,teruskan typo..kaka!