Monday, May 21, 2012

KENAPA AKU ?

Episode1 sini

..Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan….

(Ar Rahman)

***

Pagi itu Anis ke kedai runcit, bersendirian. Agak jauh kaki berjalan, melangakh setapak demi setapak. Usai urusan membeli dia bergegas pulang ke rumah, khuatir dibiarkan ibunya bersendirian terlalu lama. Anis mempercepat langkahnya. Takut kalau-kalau tidak sempat. Itu sahaja di benaknya, sang ibu. Setiba di rumah..

“Assalamualakimu encik”

“Ha waalaikumusalam, kamu Anis Bin Rahmat?”

Anis mengangguk, menjawab pertanyaan Encik Postman.

“ Ni ha, ada surat untuk kamu, bukalah, macam penting”

“Terima kasih” Dia senyum


Dan postman itu berlalu pergi dengan motor merahnya. Setelah beberapa jenak, figura penghantar surat itu hilang dari pandangan. Bunyi enjin motornya turut lesap.

Tertera pada sampul surat itu, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Anis menarik nafas sedalam-dalamnya. Lidahnya kelu. Tangannya terketar-ketar. Dia melabuhkan diri di atas tangga rumahnya sambil membuka surat itu perlahan-lahan. Air wajahnya berubah. Ada cerita disebalik itu, rumit untuk dirungkaikan.

Tawaran Melanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara

Anis menghembus nafas lega. Sang Pencipta mengkabulkan doanya. Hatinya melonjak keterujaan. Sekaan tidak percaya. Sudah dibayanginnya kehidupan di perantauan. Dia seakan lupa akan ibunya yang pasti sudah lama menuggu.

Teringat akan ibu, wajah Anis kembali suram.

“Ya Tuhan, mengapa aku Kau permainkan?”

Tiba-tiba surat tadi digumpalnya. Dia tanpa ragu-ragu membuangnya ke dalam bakul sampah. Penuh lemah. Peluang yang mendatang ditolak ketepi. Anis tiada pilihan. Harapannya yang tinggi menggunung untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara diratapi tanpa daya. Musnah.

Butir-butir air jernih mula mengalir dari matanya. Suasana sunyi dan sayu. Tiada angin bertiup pagi itu. Burung-burung yang biasa aktif bersiul turut kaku. Membisu. Seakan memahami isi hati Anis, semuanya hampa.

Anis bingkas bangun. Dia mengesat air matanya.



Langakh diatur penuh cermat menuju ke kamar ibunya. Anis berlutut di sisi ibu yang tebaring kaku, lemah dan tidak berdaya. Dia menggenggam erat tangan ibunya. Tiada respon dari sang ibu. Ibunya sudah tiga tahun lumpuh. Namun Anis tidak pernah patah semangat. Tatkala menatap wajah ibu yang tidak bermaya, pekertinya untuk berjasa pada ibu kian membara.

“Anis tak kan tinggalkan ibu. Anis tak kan tinggalkan ibu”

Anis mengalirkan air mata yang menjadi saksi pada kasihnya.

Si ibu terus kaku.

***

Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman

(Ali Imran : 139)

PS: Sebarang komen untuk penambahbaikkan, sila la ke comment box. Semoga bermanfaat. Jazakumullahukhairan katheera. Semoga saya tidak syok sendiri. Heh.

6 comments:

Miss Yaya said...

elakkan typo. peace :P

Inspector Saahab said...

erks. dah agak.
ni warning yang ke empat belas ribu sembilan puluh sembilan.

jazakillah atas bacaan dan teguran anyway :)

Batcute said...

Apa mksd kau episod 1?
Nak buat novel kah? Haha

Inspector Saahab said...

bAt :
cute ke ? err
ni episode 2 .

yeap. cita cita. xdela novel. cerita ceritas. yg Islamik la. hehe

cerita tarbiyyah

dah baca episod satu ?

Djuita said...

Mana nak baca sambungan episod ni ye ? Baru baca episod 1 & 2. Episod 3 dan seterusnya dah ada ke belum? Kalau ada, mohon provide link untuk cerita ni.

Syukran :)

Inspector Saahab said...

djuita :

err..tak sangka ada sambutan. haha
memang xde lagi episod 3 dan seterusnya. dalam pembikinan.
in sha Allah dah post sy provide link nya di sini :)

terima kasih atas sokongan. teruskan menyokong. oh dan untuk cerita pendek yg bnyk lagi, dan juga menarik, anda boleh ke bahagian label dan klik ragam ikhwah.

ada koleksi ragam-ragam berunsurkan tarbiyyah :)

sekali lagi terima kasih :)
boleh ajak kengkawan :P