Monday, May 28, 2012

AKU PUNYA ANAK YANG SOLEH

Assalam alaik.

Tanya sama awan, mengapa kau mendung hari ini. Awan kata, “Aku ikut perintah Tuhanku”. Tanya sama matahari, mengapa kau memancar ganas dan liar hari ini. Matahari kata, “Aku ikut perintah Tuhanku”. Tanya sama hujan, bila kau mahu turun. Hujan kata “ Aku ikut perintah Tuhanku”

Allahurabbi.

Skip. Skip. Skip.

Sudah kita berbicara tentang Malam Pertama yang indah bagai. Sudah kita baca cereka Rashid dan Jamil. Tika mana saya membaca kembali apa yang saya repekkan itu, kedua-duanya membawa mesej yang saling bersangkutan. Persediaan menghadapi mati dan bekalan di sana. Kemudian saya duduk terbaring ayu di atas tilam yang empuk lagi permai dan berfikir sejenak. Risau. Bukan pasal diri saya. Yang saya risaukan lebih adalah kedua orang tua saya.


Jujur saya katakan saya bukan anak yang soleh lagi baik. Tetapi selalu je orang puji. Wahah. Ok sila muntah sekarang. Saya risau bila teringatkan bonda dan ayahanda saya. Adakah saya cukup baik untuk menjadi asset buat mereka kelak? Atau saya akan menjadi liability yang bakal menyekat mereka di titian nanti?

Sedih. Saya sedih. Terus terang saya katakan, ibu dan ayah saya bukanlah malaikat. Hamba Allah yang biasa-biasa sahaja. Bukan ingin membuka aib, tapi mereka tidaklah dari golongan huffaz, tidak pula punyai ilmu menggunung bertaraf ulamak, dan tidak lari daripada melakukan dosa. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Wah, sudah lama kiranya saya tidak menggunakan peribahasa ini. Heh.

Kemudian saya fikirkan lagi. Bagaimana boleh saya bantu mereka. Memang, kita tidak tahu siapa yang pergi dahulu, mungkin saya yang lebih awal, namun sudah pasti sebagai seorang anak kita ingin berbakti kepada orang tua kita. Setiap orang ada sejarah tersendiri. Saya tidak mahu sejarah itu menggelapkan kehidupan alam barzakh mereka berdua. Saya yakin dalam kalangan kita yang mendapat sentuhan tarbiyyah pasti memikirkan hal ini.

Saya tidak tahu sama ada ayah dan ibu saya punyai kefahaman yang sama. Apakah mereka mengerti tujuan hidup yang sebenar. Adakah mereka punyai fikrah ini. Saya lihat keduanya makin hari makin layu, dimamah usia. Namun masih aktif bekerja untuk dunia. Mencari nafkah. Benar. Saya lihat ayah dan ibu keluar pagi kemudian pulang rumah bila petang mengunjung. Saya sedih.

Bila saya baca dan renungi ayat ini, sedih saya bertambah-tambah;

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk dijadikan harapan

(Al-Kahf : 46)


Jika diikutkan hati hendak sahaja saya pohon keduanya berhenti. “ Wahai ayah, cukup la dahulu. Wahai ibu, untuk siapa harta yang kau kumpul itu”

Tapi saya tiada upaya. Jika diikutkan hati lagi, hendak juga saya usrahkan keduanya. Bincang pasal Ini Sejarah kita. Bawa mereka pergi daurah. Ikut sama-sama berusrah kabilah. Mendaki gunung, panjat bukit,taddabur alam. Tapi sekali lagi saya tiada upaya.

Berat rasanya untuk kuteruskan karangan ini. Aiwah.

Lemahnya aku ya Tuhanku. Aku hanya mampu berdoa. Malulah wahai diri. Doa sahaja yang mampu kau utuskan. Dan belum tentu doa kau itu dimakbul Tuhan. Arghh, drama bermain dalam minda. Tertusuk juga.

Saya yakin ada cara lain. Ada cara yang boleh saya gunakan untuk membantu mereka. Dan saya sedang usahakannya.

Sudah sembilan belas tahun saya berpijak di bumi Tuhan ini. Sudah sembilan belas tahun keduanya menabur bakti kepada saya. Dan sudah sembilan belas tahun usia dan waktu saya bazirkan. Saya tidak tahu, dalam tempoh sembilan belas tahun yang lampau, adakah mana-mana part atau portion yang mampu menghantar ayah dan ibu ke syurga. Saya tidak tahu dan saya malu.

Cukuplah sembilan belas tahun yang sia-sia.

Saya ingin tsabit dijalan ini. Moga apa yang saya lakukan atas jalan ini menjadi hujah kepada ibu dan ayah saya agar mereka bisa berkata,

“Aku punya anak yang soleh”

14 comments:

Mat Salah said...

:')

Inspector Saahab said...

Mat salah :
tetibe je emosi sekarang
idea idea mengarut dah tak datang
:')

Mat Salah said...

hahaha.. malu nak tulis idea mengarut.. hahaha.. MALU. *sepak kiri kanan*

Inspector Saahab said...

Mat Salah : weh jangan rosakkan bi'ah sedih ni. hehe.
chow lu. komen la song-song

Azery said...

no comment

Inspector Saahab said...

Abi Noah :
and that explains everything :)

Anonymous said...

teruskan berdoa untuk mereka.
Allah yang pegang hati-hati mereka.
mungkin tak perlu nak formal sangat bila nak "berusrah" dengan mereka.
usrah tu bila-bila ja boleh berlaku.
just dekati mereka, kenali mereka, insyaAllah lama-lama mereka akan "sedar" juga.
mungkin perlu gunakan strategi lain.
tengok keadaanlah juga.
teruskan usaha!

Ciklong said...

T__T

sedih la bila baca post ni. tcer pun masih lagi belum menjadi anak yg soleh buat kedua ibu bapa tcer.

kadang2 terfikir adakah apa yg tcer buat boleh bantu mereka satu hari nanti...

Akhi. said...

JazakAllah Khaira,
Terdiam memikirkan salah silap aku kat mak ayah aku,

Terima kasih, sebab ingatkan,
Sekali lagi,
JazakAllah Khaira,

Inspector Saahab said...

encik Enonimos : jazakallahukhair ya akh :)
tu la, hais.
tak kan nk berliqa' kot. kannn.
mencari sesuatu yg hilang.


Teacher :
sob sob. tidak berniat mengguriskna hati dan mencederakan mana-mana jiwa. saya pun. ayuh sama-sama la kita. nanti bole jemput reramai budak besut ke sini. keh keh :P
*koff koff*


Afiqqqq :
:D
yujzikel kheir ya akh :)
smoga bermanfaat.
aku pun rasa cenggitu.

ok sekali lagi,
yujzikel kheir

FARIZ NA'AMAN said...

I can't tell what have I've done for these 19 years... what did my parents done to me and what did I've done to them....
"Son, I won't left you even just 1 cent, but I'll left you my things after I gone"
.....today I see why he wont left even just 1 cent..because he use every cent for me... to teach me how to live... "Your success is yours,not mine,my money is yours too because I'm your dad"... great person,thats what he only want to see I've become...
Even today,I don't know what have I wasted all of that...
those words are from Mr Na'aman himself....

"Does he not know that Allah sees everything?" Surah Al-Alaq' : 14

Inspector Saahab said...

Dear Fariz :

we have no pint to defy what our parents have done to grow us up and i believe that they would not stop doing that until the end of their time.

there is not solid point to say no upon that. and they have played their part very well, amazingly impressive.

i just sometimes worry and and sometimes feel upset that they might do too much. not realizing that life is not just about you struggle hard for your kids, for wealth and power. i must say that i am scared if they see that, and only that. not realizing that worshiping Allah should be our priority now and always.


and for that concern i came out with a post, a post with solution what we can do to help them. just to let me myself and the readers if any read this that we should be an endless asset that keep giving benefits and hope to them till that 'day' comes.

and what came out from Mr Na'aman, i couldn't agree more :)

oh and thanks for reading and dropping a comment here despite you are wrestling with books and notes for the upcoming exams, am i right ? <.<

jazakallahukhair ya akh :)
May Allah ease your path :)

Pemimpi Tegar said...

Nasik lemak menggemukkan. Sekian.

Inspector Saahab said...

pemimpin Tegar :

sudah stalked anda. wahaha
oh dan entry terbaru, kat ats :)
alaika salam :)