Saturday, July 20, 2013

PINJAMKAN SEJENAK MASAMU



Dengan tiba-tibanya, saya menulis

Menurut keterangan Ibnu Katsir dalam tafsirnya,

“Suatu keterangan daripada ath-Tabrani yang ia terima dari jalan Hamad bin Salmah, dari Tsabit bin ‘Ubaidillah bin Hashn,

 “Kalau dua orang sahabat Rasulullah s.a.w bertemu, belumlah mereka berpisah melainkan salah seorang di antara mereka membaca Surah al-’Asr terlebih dahulu..”



Macam biasa Madmie China punya baik hati :)
-----------


Hmm.

Perkara yang hampir sama berlaku kepada kita hari ini. Dalam setiap pertemuan, biasanya kita akan akhiri dengan bacaan surah al Asr juga kan. Persoalannya, kenapa al-Asr ? kenapa Tak baca surah Yasin ? Ok melampau la kalau nak baca Yasin baru boleh tamat meeting.

Isunya, mesti ada something big disebalik surah pendek ini,yang hanya mengandungi tiga ayat. Tapi malangnya kita terus mengamalkan membacanya di akhir pertemuan tanpa menghayati mesej sebenar.

Intro. Heh


----------


Demi masa!

Sesungguhnya manusia itu adalah dalam kerugian
Kecuali ornag yang beriman dan beramal yang shalih dan berpesan dengan Kebenaran dan berpesan dengan Kesabaran

(Al ‘Asr)


Demi masa. Al Asr.

Masa sering kali dikaitkan dengan kerugian dan kelalaian. Allah bersumpah dengan makhlukNya yakni masa untuk memberitahu bahawa manusia itu berada dalam kerugian. Kesemua manusia dalam kerugian. Baik dia jutawan, Perdana Menteri, Menteri Wilayah, LeeChongWei mahupun Pandalela Ranong, semuanya dalam kerugian. Wah. Ini satu berita yang mengejutkan.

Kalau nak ditulis balik kesemua tafsir surah ini, boleh muat satu Metro tahu ?


Lebih mudah untuk melihat masa yang suntuk ini dengan kerugian, cuba lihat waktu asar, kerana al-‘asr juga dimaksudkan dengan waktu asar. Biasanya waktu asar adalah waktu puncak bagi kehidupan zaman moden ni. Waktu pelajar balik kuliah, yang bekerja balik dari ofis, yang jual kad top up pun dah mula tutup kedai, waktu manusia kepenatan dan kelesuan. Waktu ni juga traffic kat Malaysia jam teruk. Sangat teruk sehingga menguji keimanan.

So apa kaitannya?

Ia menggambarkan kehidupan kita dunia ini sebenarnya kesuntukan waktu. Tidak ada masa untuk berpeleseran. Kalau kita memilih untuk bersenang lenang, berhibur melampau-lampau, maka jadilah kita orang yang rugi.

Nah, sekarang apa yang dimaksudkan rugi?


Secara mudahnya, rugi ini maksunya benda yang kita patut dapat tapi kita tak dapat. Macam jual kad top up, sepatutnya adalah paling kurang dapat dua puluh sen untuk setiap kad, tapi-tapi kita jual murah sangat sampai rugi. Haha. Dan bila kondisi rugi ini diberitakan dari Allah s.w.t ia pasti bukan sekadar rugi kad top up. Bukan rugi yang kecil.

Apa yang lebih merugikan melainkan manusia yang datang dari syurga, sepatutnya kembali ke syurga tapi dia gagal kembali ke syurga?

SubhanaLlah!


Cuma jangan risau, ada jalan keluar untuk menjadi orang yang tidak rugi. Ada satu kelompok sahaja orang yang tidak rugi. Kelompok ini ialah kelompok orang yang melakukan dua jenis islah, atau pembaikan. Pertama mereka memperbaiki diri, kedua mereka memperbaiki orang lain. Keduanya perlu ada dan berjalan serentak.

Beriman dan beramal salih, untuk diri sendiri
Berpesan dengan kebenaran dan kesabaran untuk orang lain.

Bahkan pesanan dengan benar dan sabar ini secara tidak langsung mengutuhkan proses pengislahan diri sendiri. Hanya golongan ini yang tidak rugi. Kalau tidak rugi maknanya untung. Ataupun balik modal la. Datang dari syurga, balik masuk syurga.

Imam Syafi’ie berkata,
Kalau manusia seanteronya sudi merenungkan Surah ini, sudah cukuplah baginya.

Memang benar. Surah ini mengajak kita untuk melaksanakan dua tugas kita yakni sebagai ‘abid dan sebagai khalifah. Beriman dan beramal soleh serta buat dakwah. Oh ye, pesan memesan ni dalam bahasa prosa tradisionalnya buat dakwah la.

Begitulah sedikti sebanyak inti pati surah ini. Namun ini baru muqadimmah. Kebanyakan daripada kita sudah mengetahui hakikat ini. Yang saya nak kongsi benda lain.


Untuk makluman anda, surah ini diturunkan di Mekah. Modenya agak serius, memberi peringatan kepada manusia, bahawa mereka berada dalam kerugian.


Waktu itu di Mekah, berlatarbelakangkan masyarakat Arab Jahiliyyah. Semasa penurunan surah-surah Makkiyah ini sebenarnya, hanya segelintir sahaja mereka yang bersama ar Rasul. Dan kehidupan mereka sarat dengan perjuangan di setiap detik.

Bayangkan,

Dalam keadaan saat-saat hari mereka berjuang menjaga akidah, risalah dan Islam ini, sudah Allah turunkan satu peringatan tentang manusia yang kesuntukan masa dan kerugian. Walhal, mereka itu tidak ada sebab untuk berada dalam kondisi kerugian. Masa mereka tidak banyak terluang. Mereka tidak sempat pun untuk lalai. Yang ada pada waktu itu dalam kalangan umat Islam, hanya dakwah, pesan memesan.

Bandingkan pula dengan kita hari ini.

Masa yang terluang begitu banyak. Perjuangan pula seakan tiada. Dan hari ini kita ada banyak sumber dan sebab untuk lalai dan rugi. Dengan pelbagai mainan dunia moden, bila-bila masa kita boleh jadi orang yang rugi, walaupun berstatus da’ie!

Mereka di zaman Mekah tidak ada fesbuk. Tidak ada twittah. Tidak ada gelanggan futsal. Tidak ada panggung wayang. Traffic pun tak jam. Tidak ada i-pad, i-pod, i-paid dan segala aneka gadget yang lain. Tidak ada TV apatah lagi PlayStation. Bahkan mungkin mereka belum menerokai sukan dan permainan tradisional seperti batu seremban, congkak, takraw, bola beracun, musical chair dan sebagainya.

Tidak ada sumber kelalaian !

Saya merujuk kepada yang bersama Rasulullah.

Di zaman itu tidak ada sebab untuk lalai, tapi sudah diberi amaran ini.

Maka sepatutnya kita hari ini dengan sumber kelalaian dikeliling pinggang, namakan apa sahaja, semua ada, macam-macam ada, dengan Tom-Tom Bak nya, Kilauan Emas nya, dengan Chibi Maruko Chan dan siri-siri Sinetron dan Cinderella, sepatut merasa lebih gerun dengan surah ini. Kita sepatutnya lebih beriman dengan surah ini. Ibrahnya pasti lebih tepat ditujukan ke muka kita.

Tapi bagaimana reaksi kita ?

Atau kita sanggup sahaja menjadi orang yang rugi?

Formula untuk selamat juga sudah diberitakan. Pilihan di tangan kita untuk bertindak. Nak atau tidak. Tambahan di Bulan Ramadhan ini, mari kita keluar dari kepompong orang-orang yang rugi. Renggangkan diri kita daripada punca-punca kelalaian tadi.

Beriman dan beramal solehlah!
Berpesan-pesanlah!

Tidak hairanlah kenapa surah ini dibaca di setiap akhir pertemuan, kerana sarat dengan pesanan yang siapa sangka jika diamal nescaya dapat membezakan destinasi kita di sana.

Wallahu’alam


Tidaklah saya menulis melainkan untuk diri saya juga.
Akhir kalam,


“Aslih Nafsak, Wad’u Ghairak”

8 comments:

ENCIK MUSAB said...

nafsik ke nafsak?

Anonymous said...

Nafsak kots.

Aslih nafsak wad'u ghairak .

Selalu dengar mcm itulah.

Wallahua'lan

Inspector Saahab said...

jayzeks :D

haha

fail lol arabs T_T

Anonymous said...

islah nafsik wad'u ghairak

:)

post yang menyelam ke dasar hati, keep writing

rti hidup pada memberi

Inspector Saahab said...

mana satu yg betul ni ?

o.O

in sha Allah

ENCIK MUSAB said...

Mintalah fatwa dari hatimu, herher

abdussalam said...

assalamualaikum.. Mohon mencelah. Yg btlnya mcm penulis tulis tu lah. Aslih nafsak. Nafsak (dgn fathah) krn dia jd maf'ul bihi kpd fi'il amar (aslih)..:) blog yg baik. Penulisan yg hbt. Teruskan menulis. Semoga allah merahmati anda.

Anonymous said...

Salam. Tumpang tanya, apa maksud ayat yg terakhir tu. Maaf ana kurg paham bahasa arab hehe.