Simon
Santoso, bukan nama sebenar, merupakan seorang pelajar kesayangan guru-gurunya
di sekolah. Anak muda yang sering menunjukkan prestasi akademik yang gemilang
serta aktif dengan penglibatan aktiviti ko-kurikulum membuatkan dia diminati
ramai. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara. Pepatah moden.
Pada suatu pagi
yang hening,
“Eh Simon, ngapain kamu di sini? Apa kamu
enggak ada kuliah sih pagi ini?”
Ketua
Warden asrama terserempak dengan Simon dalam kamar tidurnya, masih lagi tidur
walhal saat itu dia pantasnya berada di bilik kuliah bersama teman-teman yang
lain. Dialog tu bunyi indon sikit, nama pun Simon Sontoso, orang Jowo la katakan.
“Eh Cikgu Budi, perut saya lagian bikin hal
pagi ini, minta excuse ya cikgu”
----------------------
“Simonnn, kamu tidak puasa hari ini?”
Sekali lagi
beberapa hari yang lalu, di Bulan Ramadhan, Simon kantoi makan peha ayam masak
merah, senyap-senyap dalam biliknya. Nah, kali ini kita dengar pula apa alasan
Simon ini.
“Saya lapar bangat cikgu”
“Eish, mana bisa kamu tidak puasa. Saya keciwa
bangat sama kamu”
Simon, oh
Simon.
Harapkan pagar,
pagar makan padi. Begitulah keciwanya Cikgu Budi.
----------------------
Kalau kita
perhati soalan-soalan yang diajukan oleh Cikgu Budi, dia berasa hairan dan
kaget. Simon sepatutnya ke kelas atau berpuasa tapi gayanya dia tidak.
Saya pun
akan pelik dan hairan.
Nah, mari
kita lihat ayat dibawah pula,
Maka tidakkah mereka yatadabbaru (menghayati) ayat Quran?
4:82
4:82
Kalau kita
dialogkan ayat di atas, bunyi nya macam ni,
“Eh, apa
kamu tidak tadabburi ayat Quran itu?
Eh eh.
Maknanya soalan
ini diajukan dalam mode hairan, kaget. Kalaulah Quran itu tidak perlu
ditadabburi, dihayati, maka soalan ini tidak relevan. Yang menariknya tuan-tuan
dan puan-puan sidang pembaca, dialog ini dari al Quran sendiri, dari Allah.
Tidak pelik
ke kita, bila Allah tanya macam tu?
Maknanya tadabbur
al Quran tu satu perintah, behind the lines. Kalau Allah perintah apa hukumnya?
Ini bukan soal hukum.
Dan, sekali
lagi diajukan,
“Maka tidakkah mereka yatadabbaru (menghayati) ayat Quran ?
Ataukah hati mereka sudah terkunci ?”
47:24
47:24
Dua kali
Allah tanya soalan yang sama. Yang saya jumpa setakat ini la dalam al Quran
tapi kali ini, ada penambahan sikit, seolah-olah
“Ke hati
Kamu dah terkunci?”
Macam tu.
Panahan ini.
Panahan tepat kat kita semua.
-----------------------------
Saya dengan
penuh kerendahan hati, mengajak anda semua untuk mentadabbur ayat Quran ini,
usahalah sebaik mungkin. Pasti besar benar hikmah mentadabbur ayat Quran,
sehinggakan dua kali Allah sebut dalam ayat Quran.
Bahkan bila
mana kita mentadabbur atau menghayati ayat Quran, kita sebenarnya sedang
menyahut seruan Allah s.w.t yang pasti memuliakan dan meninggikan darjat kita. Tidak
cukup sebenarnya sekadar kita baca sahaja al Quran itu, tapi hayatilah, dan
ambil ibrah.
Atas dasar
itu, ada beberapa post kat sini, saya kongsi tadabbur Quran, untuk membantu
kita semua dan membakar semangat kita untuk lebih dekat dengan Quran. Apa yang
saya kongsi itu, sekadar tadabbur, atau khowatir, lintasan-lintasa yang Allah
ilhamkan bila mana kita membaca Quran, bukannya tafsir.
Dan saya
ada la juga rujuk kitab untuk menambahkan penghayatan untuk manfaat bersama. Pokoknya,
marilah kita tadabbur Quran, dalam satu hadith, saya tak pasti matannya,
mafhumnya, Rasulullah cakap Quran akan datang pada hari Kiamat sebagai sahabat,
dan memberi syafaat kepada kita.
So, nak
jadi sahabat Quran kat sana?
Kena lah
bersahabat sekarang.
Jangan pula kita jadi golongan, atau kaum yang mengecewakan Rasulullah kerana mengabaikan al Quran sebagaimana diceritakan dalam surah al Furqan,
Sanggup kita kecewakan Baginda?
Dan pada waktu yang sama kita mengharapkan syafaat dari baginda?
Irony.
Jangan pula kita jadi golongan, atau kaum yang mengecewakan Rasulullah kerana mengabaikan al Quran sebagaimana diceritakan dalam surah al Furqan,
Dan Rasul (Muhammad) berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al Quran ini diabaikan"
25:30
25:30
Sanggup kita kecewakan Baginda?
Dan pada waktu yang sama kita mengharapkan syafaat dari baginda?
Irony.
No comments:
Post a Comment