Dia baik. Sumpah baik. Dia sayang dekat aku. Eh macam mana aku tahu? Nanti aku cerita lagi detail. Tapi aku tak layan sangat, jual mahal. Nama aku Jamil.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Mil, jum turun solat” pelawa Rashid.
Rashid, budak bilik si Jamil ni. Budak surau. Kopiah tak pernah bukak. Ok tipu. Aku tipu, tapi si Rashid ni tak pernah tipu. Budak surau.
“Hmm, hang pi dulu. Satgi aku turun” jawab Jamil. Ringkas. Dan sah-sah dia tak kan turun solat.
Jamil terus mengadap skrin laptop nya. Kusyuk, entah layan apa. Dalam setengah jam, boleh kira berapa kerap je mata dia kerdip. Taat Jamil ni pada laptop dia. Dia ni liat sikit bab agama. Bukan budak surau. Dan tak pakai kopiah.
“Mil, kau dah solat belum” Rashid menanya lagi setelah selesai solat berjemaah.
Dia memang tak nampak Jamil dekat surau. Rashid ni dah macam bapak Jamil. Semua benda dia ingatkan si Jamil. Kadang-kadang naik jemu Jamil melayannya.
“Belum lagi, satgi” jawab Jamil, bersahaja.
Dah nampak tanda-tanda awal Jamil naik jemu.
“Hang dah solat ke Sid” eh, boleh tahan juga si Jamil ni.
“Aku dah. Eh satgi jum pi pasaq malam sama-sama” Ajak Rashid.
Oh lupa aku nak bagi tahu. Rashid orang utara. Sebab tu aku tulis skrip macam tu. Sebab memang dia cakap macam tu. Aku tak pandai sangat, kalau salah tulis ka salah eja ka hangpa kira faham la. Ok aku pun dah terikut si Rashid.
Eh jap, siapa aku? Aku bukan Jamil. Jangan salah faham. Aku sah-sah bukan Rashid. Anggap jela aku A Samad Said masa depan. Aku nak jadi cam dia. Simpan janggut panjang-panjang. Nanti bini boleh belai-belai. Heh.
“Aku ade hal sikit Sid, lain kali ek” Jamil menolak.
“Ok takpe” sahut Rashid, lemah.
Kasihan aku tengok si Rashid ni. Dah berapa ratus kali dia ajak teman sebiliknya keluar bersama. Tapi si Jamil ni keras macam batu. Batu pun tak keras macam tu. Si Jamil ni malu. Rashid budak surau. Budak baik. Dia tak nak geng sangat, nanti orang kata dia poyo, kerek. Dia? Hmm.
Hidayah itu milik Allah. Nak buat macam mana. Rashid terus mencuba. Dia berdoa semoga hati batu itu cair akhirnya. Orang kata, sekeras mana manusia, kalau dah terkena lembut la. Nak berubah makan masa.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu pagi Jamil menerima pesanan ringkas dari adiknya. Maknya sakit, terlantar di hospital. Dia bergegas pulang.
Rashid,
Aku balik dulu, mak aku sakit.
Hang tolong doakan ek.
Apa-apa hal aku text hang.
Nota untuk teman sebiliknya.
Terkejut juga si Rashid bila dia terbaca nota itu. Terkumat kamit mulutnya, berdoa semoga dipermudahkan urusan sahabatnya itu. Jamil beruntung. Aku pun hairan kenapa Rashid ni baik sangat. Nanti aku tanyakan, dia makan apa.
Dua tiga hari..
Jamil menghantar pesanan ringkas kepada Rashid;
“Mak aku dah takde. Tolong sedekahkan al-Fatihah”
Luluh hati Rashid. Ujian. Dia tidak dapat menahan sebak. Apa ni Rashid, mak kau ada lagi. Chill chill. Tapi aku pun terkejut bila baca pesanan ringkas tadi. Ya Allah..
Innalillahi wa inna ilaihirojiun..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di suatu pagi yang hening, Jamil masih diselubungi perasaan sedih. Rashid pun. Kedua-duanya sepi, tanpa kata. Susana di dalam bilik mereka begitu mengelirukan. Erks. Begitu sayu. Kedengaran Cuma kipas buruk yang berpusing penuh waspada.
Setelah beberapa jenak..
“Rashid, hang tahu bila anak Adam itu meninggal, ada tiga benda kat dunia tak putus membantu dia” Jamil memecah kesunyian dalam biliknya.
Terkejut juga Rashid. Sejak bila… Alhamdulillah. Berseri-seri muka Rashid.
“Ha ah, ilmu yang bermanfaat, sedekah yang berpanjangan, dan anak yang mendoakan si mati”
Rashid berkata-kata sebagai response kepada temannya itu. Dia senyum. Dah macam iklan sabun daia senyumannya itu. Dia memandang wajah Jamil, cuba menceriakan keadaan.
“Hmm, Mak aku tak pandai, takde ajar ilmu, harta pun tak ada untuk sedekah, dia cuma ada aku dan adik aku” Jamil menghuraikan isi yang terbuku di hati.
Tiba-tiba dia emosi. Rashid menundukkan mukanya. Batu itu sudah pun lembut akhirnya. Allahurabbi!. Rashid terus kaku. Tiada respon untuk itu. Keduanya saling berpandangan, dalam kesunyian.
“Sid, aku nak jadi macam hang. Aku nak jadi baik. Aku nak tolong mak aku kat sana. Hang tolong aku?” Jamil sekali lagi memecahkan kesunyian.
Whoaaa, aku pun nak nanges dengan dua sahabat ni. Touchy.
“Ya Allah aku kan sahabat hang Jamil, aku sentiasa akan tolong hang” Rashid menitiskan air mata.
Dia memeluk erat sahabatnya itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum.
Aku Jamil. Rashid memang baik. Aku tak pernah jumpa sahabat macam dia. Tapi ada yang lagi baik. Kini aku dah mula bercinta dengan Dia. Aku sayang mak aku, sebab tu aku berubah,dan Dia sayang aku, Dia ubah aku. Dia memang sayang kita, Cuma kita kadang-kadang terlepas pandang kasih dan sayang Dia.
Ini cerita aku.
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang airnya memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlha mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah :74)
27 comments:
:')
nice. namaku Mat, bukan Mat Salleh tapi Mat Salah. Aku nak jadi macam hang.. :')
isk isk..
T_T"
Ana Pengembara ;
:')
Mat Salah : =.=
kenal sangat
Ramadhan Lotphi :
erks. oh dan mengapakah anda punyai byk nama ni? o.O
Reiichi :
T_______T
semua ;
Jazakumullahukhairan katheera :)
semoga bermanfaat :)
sayangi sahabat
pimpin tangan bersama
berjalan berlari
menuju sorga abadi
:')
saya pun kenal Mat Salleh tu
tsk tsk uhuk uhuk~~
menangis kegembiraan sebab ana sedar bahawa ana Allah telah kurniakan sahabat2 yg mcm sape tu...apa nama...Rashid.
Alhamdulillah~
Hehe...
=.=
Mat Salah rupenye . silap pulak daa
really nice story..
Hazmi Anas :
jazakallah :)
anamuzakkar : T___T
komen enta sangat menyentuh.. ah, aku tersentuhhhhh
terzentuh.
Abi Noah : :)
selamat berusrah :)
kalau ada ahli baharu, jaga, sebar bahagia :)
anda style insp sahab!
huhu!
semoga ada kesempatan utk kita taaruf, hehe. da lama lam perjuangn, lom knl scara dkt lg. nk sgt2 knal.
best!
akhi Habiburrahim: style anda. pengaruh sihat :D
inshaallah moga dipermudah urusan.
jauh di mata namun hati terpaut keranaNya :)
cewahhh
eh macam mana anda kenal saya? saya tau la saya famous.. hahahha..
salah tetap salah : =,=
dunia di hujung jari bai
HAHAHHA... i
nspector, plan nak gi melawat tanah air anda asyik tak jadi ar.. next year je la.. ok silap terkomen disini.. -.-''
mAT sALAH :
WEH JUM RERAMAI. IKHWAH AUSMAT BAKAL DATANG RABU NI >.<
oh dan ada entry baharu kt ats :)
tu la baru nampak??? eksited nak baca...
xleh la sebab kakak balik. so kena jadi driver dia.. T.T. next time :mj
[Mat Salleh ke Salah ada aku kesah ? haha] :
ok.
Insyaallah,
moga dipermudah :)
ana yg byk terpengaruh dgn anta. kalau tak, takde nye ana nk mnulis ni.
jzkk..
ya Allah anda ni saudara akhi Habiburrahim nak jugak. haha
inshaallah sama2 terpengaruh :) benda baik ..kot..err :)
Ana pun nak terpengaruh jgk la..wahaha
Pemimpi tegar : haaa, sila sila :)
Semut ;
pergh A.Samad Said yang ori pun boleh nanges baca cite hang .
enonimos : anda dh kantoi haha
tak yah nk enonimos sgt ler :)
sbrng komen masyuk email sy walau dah dleted :P
Post a Comment