Showing posts with label GHAZWUL FIKR. Show all posts
Showing posts with label GHAZWUL FIKR. Show all posts

Friday, May 9, 2014

BERHALA PERKAUMAN



Mulianya Manusia

Sayyid Quttb dalam tafsir Fi Zilalil Quran nya menulis satu perenggan yang cukup indah menerangkan kemuliaan manusia;


“Oleh sebab manusia mempunyai darjah kemuliaan dan ketinggian yang seluhur ini, maka Allah telah menjadikan tali hubungan yang mengikat umat manusia itu ialah tali hubungan yang diambil dari tiupan ilahi yang mulia, iaitu tali hubungan aqidah kerana Allah.

Oleh itu aqidah seseorang Mu’min merupakan tanahairnya, kaumnya dan keluarganya dan di atas aqidah inilah umat manusia harus bersatu padu bukannya seperti haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar”


Kemuliaan manusia diiktiraf Allah swt melalui dua perkara iaitu;

Pelantikan manusia sebagai kahlifah;


“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “ Sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di muka bumi”

 (Al Baqarah :30)


Dan penciptaan segala apa yang ada di bumi untuk kegunaan manusia;

“Dialah yang menciptakan untuk kamu segala apa yang ada di bumi”

(Al Baqarah :29)



Sekarang apa pula yang dimaksudkan dengan kenyataan ini;


“Atas aqidah  inilah umat manusia harus bersatu padu bukannya seperti haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar”



Roh dan Jasad


Setiap insan komponen dirinya terdiri daripada roh dan jasad. Roh inilah yang merujuk kepada pegangan akidah dan keimanan manakala jasad pula merujuk kepada fisikal manusia, warna kulit, rupa paras, bangsa dan apa sahaja fisik yang boleh dilihat yang dinisbahkan kepada manusia.


Kedua komponen ini boleh mengikat manusia untuk bersatu. Contohnya, ada orang bersatu kerana percaya kepada perkara yang sama,seperti pegangan agama, akidah, ideology dan seumpamanya. Inilah ikatan roh. Ada pula sebahagian manusia terikat sesama yang lain kerana ikatan fizikal seperti hubungan nasab, kerana tinggal di tempat yang sama, pernah belajar bersama, menyokong pasukan bola sepak yang sama dan sebagainya. Inilah ikatan jasad.


Dan saya percaya ikatan roh yang paling kuat adalah keterikatan atas dasar akidah manakala ikatan jasad yang paling kuat pula atas dasar hubungan kekeluargaan.

Persoalannya, ikatan manakah yang diutamakan dan diangkat lebih tinggi daripada yang lain oleh al Quran ?


Dalam surah al Hujurat ayat persaudaraan yang dihafal banyak orang, Allah swt berfirman,

“Innamal mu’minunna ikhwah”

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara”


Daripada ayat ini al Quran mengajar kita tentang persaudaraan atau keterikatan yang sebenar iaitu berdasarkan aqidah dan keimanan mengatasi ikatan ikatan lain. Bahkan dalam konteks bahasa arab, apabila perkataan “innama” digunakan untuk penegasan, ia bukan sahaja bermaksud sesungguhnya, tetapi penegasan sesungguhnya serta menafikan faktor faktor lain.

Atau bahasa mudahnya, hanya orang beriman yang bersaudara.


Ini membuktikan bahawa ikatan roh sentiasa lebih tinggi daripada ikatan jasad, mengatasi hubungan darah daging, hubungan kebangsaan, geografi dan apatah lagi hubungan kerana minat artis yang sama atau menyokong partai partai politik yang sama.

Hal ini dikuatkan lagi dengan kisah Nabi Nuh dengan anaknya semasa Baginda memohon diselamatkan anaknya daripada bala banjir;


“Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku dan sesungguhnya janji Engkau itulah benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya”


(Hud:45)

Lalu apa jawapan daripada Allah swt ?


“Allah berfirman, “Wahai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatanya) perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepadaKu sesuatu yang kamu tidak mengetahui. Sesungguhnya  Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan”


(Hud:46)


Dari sini kita dapat lihat bagaimana Allah swt meletakkan ikatan akidah dan keimanan jauh lebih tinggi daripada ikatan jasad meskipun ikatan jasad itu ialah ikatan darah daging, nasab kekeluargaan.
Atas kefahaman ini juga lah kita belajar melaui seerah, dalam peperangan Badar Kubra, ada sahabat Ar Rasul saw sanggup berhadapan, berperang bahkan membunuh ahli keluarga sendiri kerana tidak mempunyai akidah yang sama. Kerana mereka tahu keimanan itu mengatasi hubungan kekeluargaan.

Sebagai contoh;

Abu Ubaidah al Jarrah membunuh bapanya sendiri iaitu Abdullah al Jarrah. Umar al Khattab membunuh bapa saudaranya sendiri, Al Ash bin Hisyam bin al Mughirah dan Mus’ab bin Umair Al Badari sendiri meminta ikatan tangan terhadap saudaranya, Abu Aziz bin Umair yang menjadi tawanan perang diperketat. (Raheeq Makhtum)


Bukanlah fakta sejarah ini bertujuan untuk mengapi-apikan hubungan persaudaraan tetapi untuk menjelaskan betapa tingginya ikatan akidah, ikatan roh sehingga apabila ada konflik antara roh dan jasad, maka ikatan roh didahulukan.


Pra dan Pasca Islam

Islam datang, antara pembaharuan yang dibawa ialah membentuk fikrah ini. Ia meleburkan keterikatan jasad yang terlampau, yang menyebabkan perpecahan dan mengikat manusia dengan ikatan aqidah yang menyucikan.

Kita semua sedia maklum, masyarakat arab dahulu begitu taksub dengan semangat berpuak-puak atau term yang sering digunakan ialah semangat asobiyah sehingga mereka saling berbunuhan, bermasam muka, berperang meskipun disebabkan konflik yang remeh temeh.

Bukanlah salah untuk kita mengiktiraf ikatan jasad seperti ikatan kerana bangsa, negara, kaum, apatah lagi keluarga yang sangat dekat, tetapi semua ikatan ini tidak boleh mengatasi ikatan akidah dan sepatutnya ikatan ikatan jasad ini menambah perencah dalam mengharmonikan ikatan aqidah yang sepatutnya sedia utuh itu.


Tetapi hari ini kefahaman jahiliyyah seperti masyarakat arab sebelum kedatangan Islam kembali dihidupan bahkan datang dalam versi yang mengelirukan kerana bertopengkan agama. Kita tengok negara umat Islam berpecah belah kerana berbeza nama negara, walhal mereka berpegang kepada akqidah yang sama.


Umat Islam dibeza-beza oleh semangat perkauman yang kuat, dibezakan dengan wujudnya sempadan negara yang berbeza, warna kulit yang berbeza, pegangan politik yang berbeza, meskipun mempunyai ikatan aqidah yang sama. Bayangkan, bangsa Arab yang aqidah sama, warna kulit dan bahasa pertuturan yang sama turut berpecah belah kerana nama negara yang berbeza.


Inilah agenda musuh Islam sejak kejatuhan khalifah, memecah belahkan umat Islam dengan memperkenalkan idea nation state, dan membuat sempadan sempadan geografi yang tidak masuk akal tetapi mendarah daging dalam tubuh umat Islam.

Sehinggakan Malaysia dan Indonesia yang serumpun itu pun mahu bergaduh suatu masa dahulu, walhal menganut agama yang sama, warna kulit yang sama dan bahasa percakapan yang hampir sama. Dan semangat perkauman yang sempit ini, tidak membawa apa-apa manfaat kepada dakwah Islam melainkan menyebabkan larinya mereka yang belum memeluk Islam.


Manusia yang taksub dengan ikatan jasad, dan bersatu memperjuangkan ikatan jasad ini persis haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar.
Itulah yang hendak disampaikan oleh Sayyid Quttb, tentang pemahaman yang silap yang hendak disucikan oleh al Quran.


Saudaraku,

Rugilah kalau kita yang berstatus du’at masih tidak boleh memahami hakikat ini. Memalukan jika kita menindas saudara seakidah kita kerana meletakkan ikatan kaum, bangsa atau negara di hadapan.
Dan meskipun ada masyarakat di sekeliling kita belum Islam, belum lagi terikat dengan ikatan aqidah dengan kita, juga tidak wajar kita menindas, mengancam dan mewujudkan permusuhan dengan mereka.

Kerana nikmat Islam ini hak bersama,

Mereka juga berhak untuk merasai nikmat ukhuwah Islamiyah. Maka sepatutnya ayat persaudaraan yang kita baca tadi menjadi roh untuk kita menggandakan usaha dakwah kepada mereka, bukannya mengambil sikap pentingkan diri dan berpegang kepada sangkaan sangkaan yang tidak berasas. Oleh itu, santuni mereka dengan baik dan penuh hikmah agar tersingkap segala prasangka dan terlihatlah keindahan agama yang maha tinggi ini.

Akhir kata,

Siapa yang menceroboh sebenarnya ? Eh.
Nastaghfirullah

Wallahu’alam

Thursday, November 15, 2012

AKU DI MUKABUKU

Bosan. Duduk di meja study. Meja study. Buka laptop. On. Desktop loading. Click pada browser kegemaran. Sebelum itu connect pada mana-mana internet service provider. Type muka buku. Log in. Masuk home page. Scroll down. Ok ini bukan tutorial guna akaun mukabuku. Bosan lagi. Tiada yang menarik. Adelah dua tiga status yang wajar diberi like. Maka, liked. Usha-usha.

Kemudian yang perempuan, upload gambar, makan kfc semalam. Dengan boyfriend. Kawan lelaki je pun kan. Kan. Memang ‘je pun’.
Gambar uploaded. Tunggu dua tiga minit.
Naik notis. Dua tiga likes. Comment pun masuk.
saya namakan jela sample hari ini Cik X
Adegan membalas komen bermula. Dan berlarutan



 
Katijah Rejab  : Wow! Cweet nya kitorang.
Cik X              : Mana ada Kak Tie, biasa-biasa aje. Doa-doakan huhu

Lina Lolipop   : Pewwit. Cik X cantik. Mata macam artis korea. Retis habis.
Cik X              : Mana ada. Alhamdulillah. (ewah) titew tak santek pun. Lina lagi santek.
Lina Lolipo     : Tawadhuk la Cik X ni. Bagus. Hehe
Cik X              : Hew hew

Rafi Gemas     : Untung la ada orang belanja…
Cik X              : Jeles lettew, hew hew

Ros Berduri     : Bahagia. Titew sukew gambor ni. Hue hue.
Cik X              : Thanks. Biasa-biasa je. Hew hew

Kay Serdang   : New boyfie? Lama dah?
Cik X              : Ah’a. hencem tak? Hew hew
Kay Serdang   : Semoga tahan lama. Eh.
Cik X              : Ameen.

Bulan Penuh    : Wah. Jangan lupa ajak makan nasi minyak tau !
Cik X              : Okeh.
Bulan Penuh    : Btw, baju Cik X cun, ada kelas gittew
Cik X              : Yeke? Thanks. Malu titew

Dan berlarutan..

Yang lelaki. Semalam masuk gym. Jumpa kawan lama. Kawan puji muscle dah naik sedepa ambik gambar. Upload. Tunggu dua tiga saat. Beberapa likes diterima. Dari Sarang Lebah, dari Liza Petronas, dari Mamat Kapak, dari Sayap Kiri, dari Katty Ros dan beraneka nama lagi.

Komen pun masyuk. Antaranya yang sempat dirakam;
Eh lupa, sample kali ini namanya Bro Y

Imam Tua        : Peh mantap bro
Bro Y              : Eh biasa je. Imam pun apa kurangnya

Erma Hudson  : Wow, so hot
Bro Y              : Hot ke? Penat buat ni. Hehe

Reena Berduri : Biar betik. Plastic ke ori ni Bro?
Bro Y              : Hehe mesti la ori. Besar jihad ni. Hue hue

Roy Rosak      : Style syle
Bro Y              : Hehe

Man Laksa      : Cekang wow
Bro Y              : Dok aih, hang cekang lagi. Huhu

Abe Mat          : Kemah set kito!
Bro Y              : Tak leh lawe Abe Mat. Huhu.

Gagak Hitam   : Maskulin nya
Bro Y              : Mana ada. Ni biasa je. Huhu

Mael Baling     : Tudiaaa
Bro Y              : Awat Hang ni?

Dan berlarutan..

Demi masa. Sesungguhnya setiap insan berada dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan serta saling berpesan-pesan untuk kebenaran dan berpesan-pesan untuk kesabaran.
(103:1-3)

Demi masa! Setiap insan,setiap jiwa jiwa, setiap manusia berada dalam kerugian. Tak kisah la Katty Pery ke, Abe Mat ke, Barrack Obama ke, Wong Mew Chook ke, Lina Lolipop ke, setiap insan,aku kau dan dia serta mereka, insan berada dalam kerugian. Kerugian ini bukan kerugian biasa-biasa. Bukan kerugian untung rugi yang melanda usahawan. Bukan kerugian yang biasa dicari ganti,tapi kerugian yang maha dahsyat. Rugi serugi-ruginya.

Ada jalan untuk tidak jadi orang-orang yang rugi. Ayuh beriman kepada Allah dan Rasul, dan ayuh mengerjakan amal kebajikan. Tingkatkan amal ibadah mu wahai diri. Mantapkan hubungan dengan Allah wahai diri. Jauhi dunia yang penuh dengan drama dan kesia-siaan ini. Atau kau terus akan menjadi orang yang rugi.

Tak cukup amal mu sendiri-sendiri, imanmu yang memuncak sorang-sorang, melainkan engkau berpesan-pesan dan menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.

Jazakumullahukhairan katheera, titik.

Jangan salahkan facebook apatah lagi ibu yang bayar bil internet.
Salahkan diri. Sila rasa bersalah sekarang.

Sunday, May 13, 2012

JIKA BAGINDA MELIHAT KITA

Allahuakhbar Allahuakhbar

Sayup sayup kedengaran azan Maghrib memecah keheningan senja. Senjata sang mentari kian malap. Yang tinggal picisan warna kemerah-merahan, perlaha-lahan bersembunyi disebalik awan awan yang berarak bagai nak rak. Suara muezzin yang serak serak basah mengalahkan suara buluh perindu Ramli Sirap menyentak diri lalu terus bergegas menadah tangan di bawah pili air kerajaan negeri.

Jika diikutkan kita ni kalau bersolat lima kali sehari, jika sentiasa berwudhuk pastilah kita tersangat bersih. Tiap-tiap solat fardhu kita basuh muka kita, kita basuh tangan kita, kita basuh kaki kita. Tidakkah kita ni orang-orang yang bersih? Namun menyedari akan hakikat kebersihan, mengapa masih ramai di luar sana yang masih enggan, malu katanya untuk bersolat. Mungkin mereka ni takut berwajah bersih, takut kulit muka licin dan tegang dan anjal. Heh.


Hey manusia, azan sudah berkumandang. Jom kita bersolat, jom kita menuju kejayaan. Tapi mengapa, semakin kuat muezzin berteriakan semakin kuat pula volume kotak hitan itu bersuara? Yes, the stupid box. Yang berwarna hitam, baik berjenama tempatan mahupun antarabangsa, baik diisi dengan plasama membrane, pepejal mahupun cellulose, itulah kotak hitam yang meracuni minda anak bangsa Islam darsawarsa.

Laki bini, anak pinak semuanya berbaris di hadapan kotak bodoh itu dan terus menerus diperbodohkan. Menonton sambil diiring gelak ketawa bila watak-watak dalamnya berjaya menipu diri mereka, aduh sakitnya ummat.

Eh kenapa kau sibuk? Biarlah diorang. Jaga tepi kain kau tu

Eh boleh ke kita begitu? Biarkan sahaja perkara ni berleluasa? Biarkan sahaja al-hawa menguasai insan-insan seakidah dengan kita? Biarkan sahaja mereka menjadikan kotak hitam itu illah mereka? Biarkan sahaja sembahan-sembahan modern itu mengawal minda mereka. Tidak boleh sama sekali. Di sini, peribasa jaga tepi kain masing-maisng sangat tidak praktikal, sebaliknya kita perlu menjaga tepi kain mereka, nantikan terbelah nampak aurat.

Erks.

Anda pula bagaiamana? Ye anda sendiri?


Aku pula bagaimana? Malulah wahai diri. Banggakah kau melihat aksi-aksi yang tidak senonoh dalam kotak itu? Bayangkan sedang kita menyaksikan sesuatu yang tidak patut, tiba-tiba sambil kita menguyah ais dikala petang yang hangat kita tercekik dan mati serta merta. Sempat kah kita nak melafaz shahadah tika itu?

Perlukah kita melihat aksi-aksi tidak sopan, yang mendedah tubuh mereka sana sini itu? Apakah yang menggembirakan hatimu sangat wahai insan? Tidak malukah ? melihat aksi bertepuk tampar tanpa menjaga batas lelaki perempuan, melihat aksi-aksi liar bergusti situ sini, melihat aksi orang-ornag yang sesat lagi menyesatkan itu. Perlukah?

Tiada kerja lain kah kita ni?

Solat mu bagaimana? Tilawah mu bagaimana? Pelajaranmu bagaimana? Engkau tidak risau akan ummat yang makin tenat? Engkau terus membiar diri ditungangi serangan-serangan musuh? Engkau merelakan sahaja mindamu diracuni? Engkau terus redha? Heh ni yang kau katakan redha?

*Ahh, pengsan*

Mentang-mentang kau cuti lama, berbulan-bulan pulak tu, habis hukum hakam kau maen redah je. Ingat ape ni? Islam ni macam hukum algebra? Maen letak je kiri kanan, kanan kiri? Ni suka hati buat cara sendiri rujuk kitab mana? Epic Gilgamesh? Ramayana?

*Pengsan lagi*


Bayangkan saban hari dalam solat kita, dalam tahiyyat kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga baginda,

Dan bayangkan baginda melihat kita dengan penuh liar dan meliar bersama kotak hitam itu? Tidak malukah? Dan syafaat baginda yang kita kejar di akhirat nanti?

Ironi bukan.

Sudahkah engkau melihat orang yang menjadikan keinginannya sebagai tuhannya. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya?

Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat jalannya

(Al-Furqan : 43-44)

*HABIS TERBAKAR DUSHHH*