(sepatutnya kita lihat al Quran dulu ^.^)
Monday, December 16, 2013
KEMUNCAK CINTA & IBADAH
(sepatutnya kita lihat al Quran dulu ^.^)
Sunday, August 11, 2013
ANTARA DUA DARJAT
Kilat pun tak sepantasnya. Ok over.
Monday, September 3, 2012
SIAPA CARI SIAPA?

Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapak dan kaum kerabatmu. Jika dia yang didakwa kaya ataupun miskin, maka Allah, lebih tahu kemaslahatanya.
Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan kata-kata atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Mahateliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan.
(An Nisa’:135)
Peh. Muka merah padam. Seperti ingin terbakar. Pinjam selimut. Nak sorok. Malu. Malu. Terlalu. Eh buat apa nak malu ? Nak sorok dari sapa? Allah ?Perasaannya seperti seguni beras cap Arnab yang diseludup dari Negeri Thai jatuh di atas belakang. Tulang retak, beras bertaburan.
Pernah bau bangkai cicak? Busuk kan. Bila cicak mati tersepit, kecoh satu rumah. Operasi mencari cicak mati dilaksanakan. Selagi tak setel, sanggup postpone waktu lunch dinner segala bagai.
Bayangkan setiap dosa kita lakukan, setiap penyimpangan dari kebenaran kita lakukan, setiap tugas yang kita abaikan, setiap itu satu bau busuk. Sekarang dah bermacam-macam bau.
Dan kalaulah cicak yang hidup tu boleh bau dosa-dosa itu,
Agaknya siapa cari siapa sekarang ?
Monday, August 27, 2012
JANJI DITEPATI
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati
Ok tiada kaitan.
Paling saya suka bila cuti, dapat kumpul tulisan. Tulis banyak-banyak kemudian set date untuk post. Tapi tu la, tertanya-tanya juga, sebab apa masih menulis? Sebab apa nak menulis sebenarnya? Kadang-kadang takut pun ada. Takut tulis segala bagai, tapi hakikatnya satu pun tak melekat pada saya sendiri.
“…Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya…”
(Al A’raf ;179)

Takut nya bila menulis ini, berdentum dentum nasihat dilontar. Teguran dihambur dan segala benda baik ditintakan. Tapi yakinlah, yang menulis ini pun masih terkapai-kapai dalam arus perdana menongkah al hawa. Saya takut berlaku munafik. Baik dalam kata dan tinta tapi pada dasarnya saya juga masih gagal. Tapi kenapa masih menulis. Kerana saya sedang melaksanakan tugas seorang saksi.
Bukankah setiap kita adalah saksi? Menyaksikan kebenaran. Menyaksikan bahawa tiada Illah yang layak disembah melainkan Allah Azza Wajal dan Muhammad sebagai pesuruhNya? Bukankah kita telah melafazkan kesaksian kita?
Ekoran itu, janji telah diishtihar, kini masa untuk ditepati.
Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka seraya berfirman,
“Bukankah Aku ini Tuhanmu?”
Mereka menjawab, “Betul, Engkau Tuhan kami, kami bersaksi”
Kami lakukan yang demikian agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesunggunya ketika itu kami lengah terhadap ini”
(Al A’raf :172)
Maka jelaslah setiap dari kita telah mengikat janji. Jelaslah bahawa hidup kita ini tidak lebih daripada seorang saksi yang memikul tugas dan amanah yang sangat berat. Amanah untuk menyaksikan kebenaran di atas muka bumi Tuhan ini. Amanah ini, jika tidak dilaksnakan akan menyebabkan kebatilan akan menang di pengadilan dunia. Seperti mana saksi yang mendiamkan diri di kandang kesaksian di perbicaraan mahkamah, maka yang bersalah terus bebas dan yang tidak bersalah terus dizalimi, menjadi mangsa.

Merasa akan amanah ini, saban hari menekan nekan jiwa dan diri ini, saya berasa perlu untuk memberi peringatan. Peringatan ini dituju khas juga untuk diri sendiri. Saya pun lemah. Sering melakukan dosa. Bukan malaikat yang maksum. Ada keinginan tersendiri. Kadang kadang apa yang saya nukilkan, juga masih gagal membumi dalam diri ini. Namun tugas sebagai seorang saksi tetap harus dijalankan.
Saban hari, syaitan-syaitan dan konco makin rancak memanipulasi iman ini. Syaitan itu, wujud, dan sudah berkecimpung dalam aktiviti menyesatkan manusia ini sejak zaman nabi Adam lagi. Maka pasti banyak idea licik mereka. Sudah pasti kita punyai halangan. Maka kita patut juga hadir menegakkan kebenaran dengan idea dan wasilah yang pelbagai, menggunakan logam logam tersendiri.
Tujuan saya menulis post ini supaya anda juga sedar akan amanah yang dipikul. Kita semua keturunan Adam. Maka tugas saksi di bahu kita. Di bahu saya dan anda. Diluar sana, masih ramai yang tidak sedar, masih ramai yang lalai dan tidak aware akan kebenaran ini. Maka adakah kita akan terus tunggu? Tunggu apa ye?
Belum tibakah waktunya?
Ramai yang memberi jawapan, belum bersedia, belum cukup baik
Ini untuk anda;
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan".
Imam Hassan al-Basri
Kita punya hati. Jangan biar hati itu mati tidak digunakan. Bacalah firmanNya yang benar. Hidupkan hati itu supaya dapat menghidupkan yang lain.