Showing posts with label ORKID. Show all posts
Showing posts with label ORKID. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

ORKID DAN EPAL [3]


Empat lima tahun yang lalu.

Hampir.
Satu petang, Jebat duduk-duduk di kaki lima rumah. Bertemankan angin petang, bersahabatkan kucing liar. Jebat panggil kucing tu Lekiu. Entah. Teringat kisah pahlawan Melayu purba.

 Mungkin.
Jebat dan Lekiu.
Lagenda.

Kat kawasan kampung tu banyak kucing liar. Banyaknya yang lari bila tengok Jebat. Sedikitnya datang dekat-dekat. Tinggal Lekiu seekor, yang sebati. Jebat pun tak ada kawan sangat. Tersisih. Mujur ada Lekiu. Peneman sepetang.



Jebat ambil sisa tulang ikan kat dapur. Main acah-acah dengan Lekiu. Terlompat-lompat Lekiu, menagihkan tulang ikan yang dah tinggal sisa semata.

Belum sempat tulang dijamah, tiba-tiba sebuah motorsikal merah meluncur laju menghampiri mereka berdua. Terlompat lintang pukang Lekiu meninggalkan Jebat sendirian. Kaget barangkali.

“Ayah kamu ada kat rumah?”

“Tak de. Kat kebun kot” Jebat layan tak layan.

Encik Posmen buka getah yang mengikat timbunan surat. Dihulurnya satu sampul putih kepada Jebat. Surat rasmi. Dari luar.

“Ni ha, surat. Jebat bin Selamat.” Jebat baca nama yang tertera. “Selamat ni nama ayah kamu kan?” tambah Encik Posmen.

Jebat bin Selamat. Tu nama dia.
Jebat diam sejenak.

“Betul la tu Pak Cik. Jebat tu sayalah”

“Baguslah kalau macam tu. Pak Cik pergi dulu. Nanti kirim salam kat ayah kamu ye”

Jebat masih tatap surat putih tadi. Sekilas memandang Encik Posmen. “Sama-sama”. Jebat bagi jawaban, dalam diam.

Motosikal merah berlalu.
Lekiu entah menghilang ke mana.

Jebat buang tulang ikan tadi ke dalam tong sampah. Pasir-pasir yang bertaburan kat ruang garaj depan rumah disapu. Matahari pun dah nak terbenam. Yang tinggal cahaya kemerah-merahan. Lekiu, ah biarkan jela.

Pak cik Selamat belum pulang. Sambil-sambil tunggu ayahnya pulang, Jebat duduk atas tangga depan rumah. Sampul surat tadi, dia buka. Jebat baca isi tersurat. Macam tak percaya.

Dah agak.
habislah.
Jebat mula terbayang masa depannya
makin gelap

“Surat apa tu?”

Mak Teh datang dari belakang. Jebat cepat-cepat sorok surat tadi. Takut kalau-kalau Mak Ayahnya tahu. Matilah dia.

“Mana ada pape. Mak masa apa malam ni?”

“Kau tak payah nak sembunyi-sembunyi dengan Mak la Jebat. Bak sini surat tu?”

Pinta Mak Teh. Jebat mati akal.
Nak tak nak, dia kena terima hakikat.

“Surat tawaran masuk MRSM Mak. Jebat tak nak”

Jebat berterus terang. Kalau bagi Mak Teh surat tu pun Jebat tahu Mak dia kurang mahir baca. Huruf jawi boleh la.

 Tersungkur jatuh Mak Teh kegembiraan.
Dah lama dia tunggu. Cepat-cepat Mak Teh peluk Jebat. Dikucupnya Jebat.
Lemas Jebat..

“Murah rezeki Jebat” bisik Mak Teh ke telinga anak lelakinya.

Jebat dilemma. Dia keliru, nak gembnira ke tak.
yang pasti dia tahu, dia tak boleh lari dari reality lagi. Habislah.


-----------


“Eh Mak nak gi mana pulak ni?”

“Pergi kebun. Cari ayah kau, dia mesti tahu cepat-cepat. Kalau ada rezeki lebih kita boleh buat doa selamat Jebat.”

“Alaa tak payah la Mak, dah nak Maghrib ni. Nanti Ayah balik Mak bagi tahu la dia” Jebat cuba tenangkan ibunya. Hasilnya gagal.

Semangat Mak Teh seakan tiada apa lagi mampu menghalangnya. Ibu mana tak gembira bila dapat tahu anaknya dapat. masuk MRSM. Waktu tu, bukan calang-calang pelajar terpilih. Kalau tak kerana kabel, mesti yang terpilih tu yang terbaik dari sekolah masing-masing.

Rezeki Jebat.

Mak Teh bergegas ke kebun nenas milik dia dan Pak Selamat. Tak sabar-sabar dia nak bagi tahu suaminya berita gembira tadi.

Pak Selamat pasti-pasti jadi orang paling gembira. Cita-cita dia nak tengok anak lelakinya suatu hari nanti jadi seorang doctor makin dekat. Semakin menjadi kenyataan.

Jebat?

Masih keliru.
Tapi kegembiraan tadi, tak tahan lama
sekejap sahaja.

Sekejap.


---------

Tersenyum Jebat.
Kenangan.

 Azan Asar berkumandang.
Dia tinggalkan kenangan tadi di tangga rumah.


Demi waktu duha dan demi malam apabila telah sunyi, Tuhanmu tidak meninggalkan engkau dan tidak pula membebanimu. Dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan.

(Ad-Duha:1-4)



--------


Saya tak pasti sama ada saya akan teruskan cerita ini atau tidak. Kerana saya khuatir yang  bakal datang dari cerita ini adalah kelalaian, bukan kebaikan. Namun saya berdoa moga ada kebaikan, mengalir dari tiap celah huruf, sekelumit cuma pun memadai.

Saturday, December 29, 2012

ORKID DAN EPAL [2]



“Millah apa khabar Mak Cik?”

“Sihat je. Dia pregnant sekarang. Dah lapan bulan. Anak dah dua, nak masuk tiga” semangat Mak Temah bercerita, bersinar anak matanya.

Terbeliak juga biji mata Jebat. Cepat benar.
Tak sangka. Millah dulu janji sehidup semati dengannya. Sanggup tunggu dia, tamat belajar, bina kerjaya, impikan fantasi keluarga bahagia segala bagai. Manusia. Semuanya kata dan dusta.

Jebat hanyut sekejap.

“Alhamdulillah, murah rezeki anak makcik”

“Alhamdulillah. Nasib baik dia kahwin dengan si Salleh tu, kerja bagus, belajar pun bagus. Kalau bertemu jodoh dengan budak kampung ni, tak ke mana la Millah tu” Mak Temah pandang Jebat semacam.

Jebat faham sangat.
Dia pernah sangkut dengan Millah. Dulu. Ah cerita monyet monyet.
Jebat dah tak kisah.

“Kau ni Jebat, bila nak kahwin?”

“Entahlah. Tengoklah Mak Cik, kalau saya rajin saya kahwin la” Jebat berseloroh. Tak nak dipanjangkan cerita.

Mak Temah dulu tak suka sangat kat dia. Ada sahaja. Ada sahaja benda nanti jadi isu. Jebat anak yatim, keluarga susah, belajar tak pandai, rupa pun biasa-biasa. Ah nama pun Jebat. Orang kampung tak pandang sangat. Reality.


“Aih orang Manchester, mengidam Nasi Kerabu ke?”

Tetiba sahaja Udin sapa Jebat dari belakang. Terkejut juga Jebat. Mak Temah la paling terkejut. Manchester?

Terkesima Mak Temah tak percaya.


----------------------------


“Kau Millah, mari sini!”

Salam tak bagi, apa apa pun tak, tiba-tiba Pak Samad masuk rumah marah-marah. Dijerkah anak gadisnya Millah.

“Apa Ayah ni? Marah-marah orang”

“Aku malu Millah. Tu, orang-orang kampung duk bising, kau dengan anak Saputeh tu. Kau jangan Millah”

“Ha, betul tu bang, Mak pun ada dengar, sapa nama budak tu ? Jebat? Kau tak payah nak menggatal Millah” Mak Temah menambah.

“Mana ada pape la Ayah, Mak” Millah pertahan diri. Hilang kata.

“Budak tu dah la miskin, bapak pun dah tak ada, Mak tak suka kau rapat dengan dia. Entah-entah dia ada niat tak baik dekat kau?”

“Ish Mak ni, tak baik tahu”

“Mak cakap Mak tak suka, Mak tak suka la”


Millah cerita kat Jebat. Habis bunga bunga cinta. Berkcecai.
Jebat sedar. Dia tak kisah. Mujur juga tak jadi. Waktu tu dia tak tahu apa-apa.
Waktu tu la juga Millah tabur janji, sulam kasih. Ayat ayat drama. Sanggup tunggu walau seribu tahun lamanya. Jebat dah ahli sangat taktik cinta budak.


----------


Dua bungkus nasi kerabu masuk dalam plastic. Jebat tengok tengok kuih. Lompat tingkam. Badak berendam. Pun best. Dah lama tak merasa kuih kuih kampung. Satu-satu dimasukkan dalam plastic. Buat sarapan.


“Kau belajat kat Manchester Jebat?” Mak Temah kembali bersuara.

“Yela Mak Temah, dia belajar doktor kot. Tak lama lagi ada Tuan Doktor la kat kampung kita ni” Udin mencelah.

Jebat diam sahaja.

Tergamam Mak Temah. Budak ni bukanlah pandai sangat time sekolah dulu.  Belajar pun ala kadar. Mak Temah berdialog sendiri, masih tak percaya.

“Ni semua je kot, berapa ya Mak Cik?”

Jebat hulur plastik tadi. Minta dikira semuanya. Mak Temah tiba tiba ceria.
Ditekan-tekan kalkulator.

“Lapan setengah. Takpelah, Mak Cik kira lapan jela”

“Eh jangan macam tu Mak Cik.”

Aih.
Jebat pula tergamam.

“Ala bukan selalu kan. Ni Mak Cik masukkan karipap sedap ni dua biji, kesukaan Mak Jebat. Nanti kirim Salam dekat dia ye?”

“Ahha, in sha Allah, terima kasih Mak Cik”

Jebat hulur duit sepuluh ringgit sekeping. Mak Temah balas baki dua ringgit.
Jebat susun duit, masuk dalam wallet.

“Kau dah nak balik Jebat?”

“Ah yelah Mak Cik, ada apa lagi ye?”

Jebat pelik. 
Eh.

“Adik si Millah tu, Aishah, kau kenal kan,  kosong lagi. Kalau kau nak cari calon boleh Mak Cik tolong”

Adeh.
 
Jebat senyum sahaja.

Pelik? Tak pelik pun.
Reality.

Tapi..

[Part 2]

Wednesday, December 26, 2012

ORKID DAN EPAL [1]


Tomato dah. Timun pun dah. Daun salad sikit.
Jebat ambik, ikut list. Masuk plastic. Jebat ke kaunter. Nak bayar. Pelik. Makcik makcik kat pasar raya usha semacam. Entah dia pakai seluar terbalik. Eh tak kot.

“Berapa ye?”

“Jebat kan… ?”

Muka jebak kaget. Tiba tiba je.

“Ya Allah Udin…kau..kau sehat?”

“Eh aku macam ni la” Udin. Ringkas. “Kau bila balik sini?”

“Dah seminggu..” Ringkas, Jebat tak nak panjangkan bual.

“Din aku nak cepat, berapa ni? ”

“Tak payah la..” Udin ikhlas.

Jebat buka wallet. Belek-belek. “Eh jangan macam tu”

“Kau setel malam ni, warung Kak Ros, ok?”

Jebat blur. “Ahha boleh jugak, in sha Allah”

“Lepas Isha’ tau” Udin remind.


Jebat bergegas pegi.
Warung Kak Ros. Dah lama tak pergi
In sha Allah. Jebat berdialog sendiri.


--------


Matahari dah sejengkal nak terbenam. Jebat selesai makan malam. Lauk ikan goreng dengan sayur ubi. Feveret. Selera kampong. Kena pulak dengan ulam raja. Petik dari halaman rumah Peh. Segar segar lagi. Baja organic pula tu. Memang terbaik dari laman.

Terdiam Jebat di meja makan.
Dijilat jilat jari. Penangan air tangan ibunya.

“Sedap ..?”

“Eh mestila Mak, terbaik” Jebat masih duk jilat jari.
belum beransur dari meja makan.

 Mak Teh tengok saje kelibat anaknya. Pinggan dalam sinki dibasuh. Sudu garfu disusun dalam bekas. Sisa makanan dikumpul dalam plastic. Kasi makan itik belakang rumah.

“Mak…”

Sekali sekala Mak Teh toleh kebelakang “Ada apa”
Ringkas. Banyak kerja nak dibuat.

“Tak de pape la..” Jebat segan silu pula.
 
Niat terbuku di hati. Tapi… Takpela.
Jebat perlahan-lahan bangun. Meja dikemas.
Susun langkah bergerak ke sinki.

“Mak..”

“Kau ni kenapa Jebat” Mak Teh tutup pili air. Tatap anaknya. macam-macam

“Bila tukar langsir kat luar tu?” Jebat melencong pula.

Mak Teh tenung je kat Jebat.
Ah takpelah. Lain kali jela. Jebat senyum senyum.
Macam kerang busuk.


-------------


Balik dari warung Jebat terus tidur. Pagi itu awal. Dia bertahajjud. Lebih awal dari Maknya. Semalam pulang ke rumah agak lewat. Lama sudah, terlalu. Banyak pula cerita silam dibuka kes di warung semalam. Udin.

Persoalan semalam masih lagi terbuku.

Usai mengimami ibunya solat Subuh berjemaah, Jebat capai mushaf al Quran di rak sebelah meja televisyen. Sudah lama tak tersentuh. Dulu sering sekali jadi tatapan arwah bapanya. Kegemaran arwah. Semenjak itu, mushaf tadi terkulai layu tanpa perhatian. Jebat dulu pula liat sekali. Terlalu bahkan.

Jebat baca.
Ibunya memerhati. Mulut terkumat kamit.
 
Bertahmid barangkali.

“Makk..”

Jebat terhenti di situ. Hilang fokus. Disimpan kembali mushaf tadi. Persoalan semalam, menggangu. Dia ingin tahu.

“Ada apa Jebat”

“Entah la Mak”

“Ish kau ni. Ha nanti ikut Mak ke kebun nenas, banyak kerja nak dibuat”

“Asal orang kat sini tengok Jebat semacam je Mak?”

Tiba tiba terpacul jua. Jebat tertanya-tanya

Mak Teh lipat kain sembahyangnya. Dilipat bersama sejadah. Dia sepi. Tiada jawapan. Mak Teh beransur-ansur bangun dari ruang solat. Perlahan-lahan. Kudratnya makin kurang. Langkah diatur penuh cermat. Sebelum melangkah ke biliknya, Mak Teh menyahut pertanyaan Jebat.

“Kau dah lain Jebat”

[Part 1]