Showing posts with label JEMPUTAN. Show all posts
Showing posts with label JEMPUTAN. Show all posts

Saturday, March 21, 2015

KJ : KEK CHOCOLATE




24 TAHUN


“Abang,” lengan Imran didakapnya dengan kedua belah tangan.

“Kenapa ni, tetiba je nak bermanja ni?” pipi Haura’ dicubit geram.
Haura' Maqsurah menggosok pipi yang kemerahan. “Ala, nak bermanja dengan suami pun tak boleh ke?” Haura’ menarik muncung.

“Ish, muncung tu, abang tarik panjang-panjang karang baru tahu.” Siaran Buletin Utama di kaca tv langsung tidak masuk ke dalam kepala.

“Hehe. Abang, nak tahu tak bang?”

“Tahu apa?”

“Haura’ kan,.. Haura’ kan,..”

“Haura’ apa..?” Imran mendepangkan tangan memeluk belakang Haura’.

Malu la.

“Haha. Malu apa nya, bukan ada orang pun. Meh, bisik kat abang.”

Haura’ mendekatkan mulutnya kepada telinga Imran, membisikkan sesuatu.

“Ha?? Betul ke Haura’? SubhanAllah. Alhamdulillah.”

“Hmm.. 7 minggu. Tadi petang Haura’ pergi klinik depan sana. Kan sebelum ni, Haura’ pening-pening, mual-mual. Haura’ ingat demam biasa je.”

“Ya Allah! Maafkan abang Haura’, abang tak jaga Haura’ selama ni…”

“You’re taking care of me just by staying by my side, abang.” Terus kata-kata Imran dipotong.
Imran sekadar menggeleng.” Isteri abang ni sorang. Ni yang geram ni!” Sekali lagi pipi Haura’ dicubit.

Haura’ mengusap pipi. Muncung ditarik.

“Ahaha. Tok..tok..tok..assalamualaikum. Baby apa khabar?”

“Ish abang ni. Baby baru umur 7 minggu. Kesian dia kena ketuk.”



16 TAHUN. Tingkatan 4.
Tok..tok..tok..

“Assalamualaikum. cikgu, izinkan saya..”

“Pardon me, English please..”

Tak tahu pulak aku cikgu ni cikgu English. “Assalamualaikum teacher. Excuse me, may I have Haura’ Maqsurah to come with me to the principal’s office?”

“What for?”

“Oh, I was informed that both of us were asked by the principal to go to his office, now.”

“Haura’ Maqsurah, your husband’s calling. “

Seluruh kelas galak dengan hilai ketawa. Pipi Haura’ dah merona merah. Imran cuba beriak selamba, senyum meraikan. Mereka bergerak ke pejabat Pengetua.


“Tahu kenapa kita kena panggil ni?”

“Entah,“ Imran angkat bahu.

“Assalamualaikum cikgu. “

“Waalaikumussalam. Oh, Imran Yaakob, Haura’ Maqsurah. Silakan masuk. Duduk, duduk.”

Imran dan Haura’ melabuhkan pungging di kerusi di hadapan Cikgu Humaidy.

“Ok, let’s just go straight to the main point. Saya nak kamu berdua handle projek mega ni berdua, projek sempena hari guru.”

Kali ni, giliran Haura’ beriak biasa. Imran dah melopong. Berdua? Sekali lagi??

“Oh, jangan bimbang. Of course la rakan-rakan MPP lain akan tolong kamu,” Cikgu Humaidy menarik senyum.



24 TAHUN

“Haha, ala baby tak jawab la Haura’. Cop! Kalau baby lelaki abang nak bagi nama.”

“Ala, mana aci! Tak apa, kalau perempuan, Haura’ nak bagi nama.”

Tiba-tiba, wartawan Buletin Utama yang sedang rancak menyampaikan laporan kepada Seri Pentas menghentikan bicara. Tv tertutup. Lampu dan kipas terpadam. Gelap. Blackout!

“Abang..”lengan Imran di sebelah kuat didakap.” Haura’ takut.”

Hujan takde, ribut takde, tetiba je blackout. “Tak apa, abang ada. Haura’ tunggu sini dulu ya. Abang nak gi ambik lilin.”

“Haura’..takut.” sedikit getaran terdengar dari balik suara Haura’.

“Tak apa, sekejap je. Abang nak gi ambik lilin je. Nanti abang datang balik. “

“Abang..”

“Ala, takde pape. Nanti abang datang balik. Abang janji!”

Dakapan di tangan dah terasa longgar sedikit. Imran cuba menafsir riak wajah Haura’ di tengah gelap.

“Haura’, Allah kan ada,“ Imran cuba menenangkan.

Perlahan-lahan Haura’ melepaskan dakapan. Walaupun takut, dia cuba memberanikan diri. Imran bergerak teraba-raba ke arah dapur.



17 TAHUN. Tingkatan 5


Hari ni, seluruh warga SMKPS bergelap. Blackout sejak petang. Malam tu, Aspura dan Aspuri terpaksa berpanas bergelap. Tapi dorm Imran riuh. Semua tak lena tidur. Apa lagi, bersembang la jawabnya. Tak kurang yang merungut, mengeluh. Imran tumpang sekaki. Alang-alang esok cuti.


“Ha’ah, dulu kan aku satu sekolah dengan Hadi. “ Alan rancak bercerita.

“La, Hadi pun satu sekolah dengan korang jugak. Baru aku tahu.” Alif mencelah.

“Ha’ah. Tiga je yang datang sini, aku, Hadi, Haura’. “

Haura’?” nama itu melanggar saraf otak Imran. Haura’ Maqsurah.

“Ha’ah, Haura’ pun sekali. Dia tu, baik kan?”

And the rest is history.



24 TAHUN


Dalam kegelapan malam itu, Haura’  perasan satu cahaya lilin yang baru dinyalakan dari arah meja makan. Cepat dia berpaling.


"Surprise!" Imran mendepangkan tangan, menunjuk kepada meja makan.
Cahaya merah lilin itu menyimbah di seluruh meja makan yang terhias cantik dengan renda dan reben. Menyimbah pada dua pinggan nasi di atas meja. Menyimbah pada ayam masak merah, sayur kailam, salad, daging masak kicap dan sirap bandung kesukaan Haura’. Menyimbah pada kek coklat topping chocolate chip, sultana dan kacang. Dan yang paling penting, tersimbah pada muka manis Imran, wajah penyejuk jiwa. Wajah yang tidak pernah lekang dengan senyuman tatkala bersamanya. Candle light dinner.


"Tada!" Ala, Haura’ tak buat reaksi pun. Imran membuka penutup ELCB dan menekan suis. Lampu dan kipas berfungsi seperti biasa. Blackout dah berakhir. Buletin Utama pun dah bertukar ke slot Cerekarama.

Haura’ terkedu. Dia hanya mampu melihat Imran yang menghampirinya, melihat pula ke arah meja makan penuh kejutan itu.

“Shall we?” Imran menghulurkan tangan.

Tangan bersambut. Imran memimpin Haura’ ke meja makan. Haura’ speechless. Imran mendudukkan Haura’.

“Happy anniversary sayang!” Imran ambil tempat di kerusi hadapan Haura’.

“Ha? Bukan ke hari ni 8hb ek? Besok la abang!”

“Yup! Besok. But, waiting is suffering right? Lagipun, macamana nak surprise kalau Haura’ dah alert esok anniversary.”

“So, this is a planned blackout?”

“Ala, sorry la. Abang tak tahu Haura’ takut sampai macam tu sekali.”



23 TAHUN. Tamat belajar.

Orang kata, penantian suatu penyeksaan. Ya! Orang kata, waiting is suffering. Indeed!


Imran sambung belajar di US. Haura’? Entah. Yang dia pasti, selepas sahaja SPM, dia tidak lagi berhubung dengan Haura’. Segala perasaan, emosi yang bermadah di jiwa, cuba dia kawal. Minta disisihkan. Dia meletakkan sepenuh prioriti kepada pelajaran terlebih dahulu. Hari ini, dia bergelar seorang graduan Actuarial Science, seorang pekerja di Bank Islam dan seorang anak kepada pasangan suami isteri yang soleh solehah.

“Mama, Papa” mata tajam merenung nasi di dalam pinggan. Cuba melawan dari bertembung  dengan Mama.

“Ya? Kenapa?” Mama senyum kepada Imran. Papa beriak biasa, menyuap nasi ke mulut.

“Imran rasa, Imran dah bersedia untuk kahwin.”

“Alhamdulillah. Siapa calonnya? Mana jumpa? Macamana orangnya? Bila nak bawa jumpa Mama?” bertalu-talu soalan diajukan.

“Ahaha. Sabar la mama. Okey, dia okey. Classmate masa form 4. Then fly US, dah tak dengar berita lagi.”

“Oh. Eloklah tu. Papa rasa, kena la risik dulu. Then, kalau dia on, Papa masuk meminang.”

“Betul ke Papa? ”Alhamdulillah. Ya Allah, kau permudahkan urusanku ya Allah.

Penantian itu suatu seksaan, tetapi tak semestinya kita tidak perlu menanti, kan?



24 TAHUN


Mata Haura’ dah menakung air mata. “Abang, terima kasih.” Terharu.

“Ala, nothing la. Dah dah, tak baik menangis depan rezeki ni.”

“Tapi Haura’ tak belikan abang hadiah.”

“Tu kat dalam tu.” Imran menjuihkan bibir ke perut Haura’.

“Abang ni. Dia main-main pulak.” Haura’ tersenyum. Manis. Sedih terubat.

“Okey, baby dah lapar tu. Dah, jom makan. ”

“Abang masak sendiri ke ni?”

“Ha’ah, tu yang sikit lauk tu. ”

“Simple but rather delicious “          

“One more question.”

“Apa?”

“Dulu, macamana abang boleh suka kat Haura’ ? Tak pernah2 approach ke, bagi signal ke. Tup-tup, parents datang rumah.”

“Hmm, malas la nak cerita. Let that to remain as a secret,” Imran menarik senyum.


16 TAHUN. Tingkatan 4, awal tahun.


Okey kelas. Kenalkan, ini pelajar baru. Haura’ Maqsurah. Dia baru pindah dari MRSM Kuantan.
Semua mata memandang pelajar perempuan bertudung litup itu. Tidak terkecuali juga, Imran.

'Haura Maqsurah. Bidadari yang terpelihara.' detik hati Imran.

And the rest…?hmmm..let it remains as a secret I guess.



Ibrah

-When Allah forbids something, He replaces it with something more beautiful.
He forbids zina, but he replaces it with marriage, which is something much, much, much beautiful!


-Waiting is suffering. 
Ramai yang tidak sabar menunggu, so end up dengan kapel. hmm.. padahal, nikmat menunggu itu lebih cantik! Cth : puasa. Ramai yang tidak sabar, last2 bukak puasa. Tapi, at the end, nikmat bbuka puasa tu lagi best. Cth lain : syurga. Ramai yang terkejar-kejar duniawi, kerana lebih sukakan cash daripada kredit. So, nikmat syurga tercicir.
---


Karya Faris Nafiah

Faris Nafiah merupakan seorang penulis muda yang sedang mendapat tempat dalam industri penulisan bertema bebas. Buku terbaru beliau, himpunan puisi boleh lihat di sini, Memoar Rasa. Nantikan penampilan luar biasa Faris Nafiah, Inspector Saahab dan penulis lain dalam satu karya, untuk anda.

Sebarkan berita bahagia ini!

Tuesday, March 17, 2015

KJ : STARGAZE




“Orang alim memang suka stargazing ye?” Jat merebahkan badan di sebelah Haikal.

“Errr..,” Haikal mengalih pandang dari langit ke muka kawan di sebelah.

“Kau. Alim. Suka stargazing.”

“Alim…?”

“Ya la, alim. Selalu je aku tengok kau stargazing.”

Soalan tak bersambut. Haikal hanya membiar jeda. Fifteen seconds of silence, and…, “Assignment dah siap?” Soalan skema setiap kali nak ubah topic.

“Dah. Tu yang aku turun sini. Bosan atas sana. Duk melalak je semua.”


Jeda menyapa lagi. Haikal hanya memerhati langit.

“Kau pernah tengok tahi bintang?” Giliran Jat lagi bukak mulut.


“Google image.”

“Haha. Ala, kalau google image, aurora pun aku pernah tengok.”

“Kidding. Pernah, tu pun sekali je.”

“Wooahhh! Giga best!”

“Lain kali, join aku stargazing.”

“Ceh!” Jat mencebik. “Kenapa kau stargazing?”

“Jawapan skema, tadabbur ciptaan Ilahi.” Haikal memandang langit.

“Jawapan tak skema?”

“Entah. Lebih kepada buang masa aku rasa. Lagipun, cantikkan malam?” Ikhlas.

            “Malam yang lebih baik dari seribu bulan…” Jat tak membiar jeda lebih dari 10 saat.

“Apa?”

“Lailatul qadr…”

Bulat mata Haikal memandang Jat. Mana tak nya, sehari dalam seribu si Jat ni nak sebut-sebut pasal agama.
“Jangan buat jatuh rahang sangat la. Aku belajar time sekolah menengah la. Agama aku, kurang-kurang SPM dapat la B-.”

“Belum.”

“Lailatul qadr?”

“Yup.”

“Aku tahu la. 10 malam terakhir Ramadhan.”

“Ha’ah.”

“Kenapa nak kena baca al-Quran?”

“Ha??!” tak faham kehendak soalan. Terlalu, ke’tiba-tibaan’an.
“Malam lailatul qadr. Kenapa nak kena baca al-Quran? Malam tu je, ramai baca al-Quran.”

“Sebab ibadah.”

Jat memandang Haikal. Meminta lagi jawapan.

“Sebab, malam tu pahala berlipat ganda. So, buat amal banyak-banyak, dapat pahala berganda-ganda dari amalan hari biasa.” Haikal menerangkan ringkas. “Tapi, bukan malam tu je orang baca al-Quran,” gumamnya rendah.

“Okey, let’s get straight to the point. Kenapa nak kena baca al-Quran? I mean, tak kira bila-bila pun. Why do Muslims read the Quran??”

Haikal membawa lengan mengalas kepala di atas rumput. “Dapat pahala. Every alphabets counts.”

“Lagi?”


“Nak syurga.”

“Hmmm…” Minta jawapan.

“Nak ketenangan.”

“Lagi?”

“Bersihkan hati.”


“Other?”

“Penghapusan dosa.”

“Lagi?”

“Zikrullah. Nak basahkan hati.” Haikal tidak jemu menjawab.

“Jawapan tak skema?”

Haikal tersenyum. “Al-Quran ni kalamullah. Kata-kata Allah.Kalau dengan kata-kata Allah pun kita tak pandang, macam mana nak melihat wajah Allah pada hari Kiamat kelak?”


Jat mengalih pandang dari wajah Haikal ke arah langit. Dan jeda sekali lagi mengambil alih perbualan mereka.

114 surah cintaNya yang tersia.
Sempena meraikan Ramadhan.

“Nanti ajar aku al-Quran..,” Jat bersuara. Pandangan masih pada bintang malam.

“InsyaAllah.”


May Allah Bless :)

---

Karya Faris Nafiah

Faris Nafiah merupakan seorang penulis muda yang sedang mendapat tempat dalam industri penulisan bertema bebas. Buku terbaru beliau, himpunan puisi boleh lihat di sini, Memoar Rasa. Nantikan penampilan luar biasa Faris Nafiah, Inspector Saahab dan penulis lain dalam satu karya, untuk anda.

Sebarkan berita bahagia ini!

Monday, March 16, 2015

KJ : GRAFFITI





Masuk.
Tak.
Masuk.
Tak.
Masuk… tapi, kalau nak masuk, nak masuk dengan siapa?


Banner “Street Art Spur-Of-The-Moment Competition” ditatap macam nak tembus. Medium, anything. Menarik. Tapi… berkumpulan… masalah! A group of two or more…aku ni, dah la jenis kurang mesra pelanggan. Budak-budak dari….

“Nak join?”

Serentak dengan itu, pandangan dari banner tersebut teralih kepada suara di sebelah, melirik dari cap di kepala, sleeveless, jeans dan juga sneakers, sebelum keempat-empat mata itu bertembung.

“Aku takde group member. Nak join? Kita satu group.” Suara tadi lagi sekali bergetar.
Jat melirik senyum segaris.“Layan…~” Street art punya pasal, masa ni, dia tak fikir siapa. Janji nak cukupkan group member je.

Jat meminta borang penyertaan di booth penganjur.

“Nama?” Jat berpaling ke arah teammate bidan terjun di sebelah.

            “Syakir Ahmad.”

“Course?”

“Degree photography. Sem 4.”

“Hmm..preferred medium?”

“Spray can. ”

“Layan…~”


Sesi orientasi ringkas dengan Jat. Masa tu, punya la di luar keberanian nak tegur Jat. Tapi entah. Street art punya pasal. Memang tak boleh fikir kawan lain lagi. Semua sibuk semedang. Pa'an dengan final year project. Liss dah masuk mode studyholic sebab exam punya pasal. Man dengan Sein masing-masing dengan kursus itu ini. memang kebetulan habis berorientasi dengan Jat.

HTC Sense dikerling sekilas. Tiada mesej. Means, Jat tak kesah??

“Beauty.”

“Indeed.” Jat memeluk tubuh, memandang dinding parit Dato’ Keramat. Cahaya dari lampu suluh menampakkan kedua figura kartun yang terlekat di dinding parit tersebut. Danbo dan Spongebob yang sedang berkelahi.

“Jat, kenapa kau tak join mana-mana clan?”

Jat memandang Syakir dengan kedua kening terangkat. “Kenapa tanya?”

“Random.”

Jat memandang kembali Danbo dan Spongebob di dinding parit. “Mungkin sebab, aku lagi suka indie. Bersendirian.” Jat meneguk Gatorade. “Dan mungkin sebab aku tak suka cara sesetengah budak-budak dalam clan.”

Syakir mendiam, memberi laluan Jat menyambung kata-katanya.

“Minat ni ada dua Kay. Satu, minat sebab memang kau minat. Kedua, minat sebab kau fikir benda tu senang untuk kau.”

“Contoh?”

“Contoh street art. Sesetengah orang fikir benda ni senang, dan diorang berbakat untuk buat benda tu. Nak hasilkan graffiti bagai. Dan dalam bidang street art ni, dia maju. Lebih dari orang lain. Tapi, deep inside, dia tak semestinya minat benda ni. And when it comes to failure, atau ada yang lagi berbakat daripada dia, dia rasa down. Dan dia tak discover something yang sepatutnya boleh membuuatkan dia naik balik. Mungkin sebab ni aku lagi suka indie. Sebab bagi sesetengah budak-budak dalam clan, diorang terjun dalam street art ni sebab clan diorang lagi berjaya dari clan-clan yang lain. Nama diorang naik sebab clan diorang maju.”


Syakir hanya mengangguk. Ada betulnya apa yang Jat cakapkan.

“Point is, sama ada kau buat art semata-mata sebab kau minat, atau sebab nak naikkan nama.” Jat menyambung. "Easy word, sincerity towards art.”

Tapi tu Jat yang dulu. Jat yang memang nightlife hanya di depan dinding dengan spray can dan cat. Jat yang memang hidup dah terabadi sepenuhnya pada street art life. Jat yang memang sempoi dan tak kisah masa, mesti lepak dengan dia.

Syakir menengadah siling bilik. Itu Jat yang dulu. Tadi tengahari...

“Lama tak lepak.”

“Aku…,” Jat mencari kata.”…busy.” Sekilas, jam di tangan dipandang.
Syakir akur. Straw diputar-putarkan.“Malam ni, Pasar Seni jom. Aku ada sketch something.”

“Malam ni pun sama. Ada hal.”
Syakir hanya mengangguk. Jat menghirup habis air dalam gelas.

“Got to go. Ada hal.” Jat bangun dari kerusi sambil menggalas be ke bahu.

“OK.”

“By the way, nak lepak petang ni?”

“Mana?”

“Dengan kawan-kawan aku.”

“Huh?!” Sejak bila Jat ada clan?

“Kat surau uni. Layan?”


Syakir tidak menjawab.

“Lepak-lepak under HIS rahmat and barakah. Nak join?” Jat menambah.


"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya"
[As-Syams, 91 : 8]

Jat dah…

…berubah?? Argggh! Kepala dah berselirat memikirkan. Lately, Jat dah tak lagi lepak. Nightlife Jat pun memang dalam bilik dia la jawabnya. Spray can dengan cat bagai...? Mungkin dah masuk tong sampah.


HTC Sense diatas meja pandang sekilas. Nak call ke, tak. Nak call ke tak...


“1 Message Received.” HTC Sense membuka mulut. Cepat-cepat Syakir mencapai smartphone tersebut.


Jat : Kau join petang ni? Surau uni.

Jari jemari terus dilarikan di atas skrin sesentuh. Butang send ditekan.

Syakir : Tak kot. Busy.


Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
[As-Syams, 91 : 10]


HTC Sense diletakkan semula ke atas meja. Syakir merebahkan diri ke atas katil. Seketika, jam di dinding dikerling. Dan pandangan kembali kepada HTC Sense di atas meja. Sekali lagi HTC Sense dicapai.


Syakir : Jat, bila lagi kau nak lepak?

Jat : Minggu depan.

Syakir : Aku join.


Jat menarik senyum nipis segaris. Alhamdulillah..


Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu.
[As-Syams, 91 : 9]


---

Karya Faris Nafiah.


Faris Nafiah merupakan seorang penulis muda yang sedang mendapat tempat dalam industri penulisan bertema bebas. Buku terbaru beliau, himpunan puisi boleh lihat di sini, Memoar Rasa. Nantikan penampilan luar biasa Faris Nafiah, Inspector Saahab dan penulis lain dalam satu karya, untuk anda.

Sebarkan berita bahagia ini!



(Photo By AZ)

Sunday, March 15, 2015

KJ : EXTERNAL FORCE





“Weh,” bahuku terasa ditepuk-tepuk.
                
“Wehhh,” kali ni bahuku digoncang-goncang. Ish,sabar Imad. Sabar.
                
“Weehhhhhhh,” cuping telinga aku ditarik. Bukan setakat tarik, dipulas-pulasnya hampir lumat. Ini dah lebih!
                
“Woi! Sakitlah! Kau nak apa?!” aku membentak perlahan. Takut nanti cikgu Normala pulak yang pulas telinga aku nanti.
                
“Heheh. Takdelah. Aku tengok kau tekun betul buat kerja. Saja je, tengah cuba try test kau  ni,” Razak di sebelah aku tersengih kerang.
                
“Banyaklah kau punya test. Aku cepuk satgi, lebam biji mata kang. Dah gi buat kerja sana,” aku kembali menyambung latihan yang cikgu Normala bagi tadi. Pasal Newton’s Law kot. Kalau tak silap lah.
                
“Eh. Kejap kejap kejap. Sebelum kau sambung jadi rajin balik, aku ada satu benda yang musykil lah. Sebenarnya aku dah duk terpikir dari tadi ni. Sejak cikgu Normala ni bagitahu pasal Newton’s Law lagi,”
                
“Apa yang nak dimusykilnya? Kau nak sangkal teori pakcik Newton ni ke? Kemain,” aku menggeleng kepala. Haish, macam-macamlah kau Razak.
                
“Haish, dok aih. Aku tengah comparekan, Newton’s First Law dengan hidup kita ni,” aku pandang Razak. Dia tengah main-main dengan janggut yang tumbuh tipis di dagunya. Ini kalau kena tahan dengan pengawas, memang licinlah dagu budak ni.
                
Tapi apa kena mengena Newton’s First Law dengan hidup pulak ni. Apa eh pakcik Newton ni cakap? Aku pandang nota yang aku salin tadi.

‘Newton’s First Law state that an object will remain stationary or moving in constant velocity, unless if there is external force acting on the object.’ *baca dengan british accent, bunyinya lebih menarik*
                
Apa kena mengena dengan hidup pulak? Ish.
                
“Aku tak pahamlah apa yang kau cakap ni. Cakap guna Bahasa Melayu tinggi boleh tak?” aku garu kepala. Bukan sebab ketumbir ke gatal ke. Tapi dah memang tabiat aku garu kepala, bila aku tak paham atau tak yakin dengan sesuatu benda. Macam statement Razak tadi. Aku tak paham.
                
“Ok. Aku nak kau bagitau aku. Apa yang kau buat dari dua hari yang lepas sampai hari ni. Mula dari kau bangun sampai kau tidur balik,” lain macam je Razak ni. Tapi sebab dia ni dah lama kawan dengan aku, aku ikutkan jela apa yang dia nak.
                
“Pagi, aku bangun, lepastu sarapan. Gi sekolah. Belajar semua. Lepastu tengah hari tengok TV. Petang main bola dengan kau. Malam, makan, tengok TV, homework lepas tu tidur. Esoknya, aku bangun. Sarapan. Gi sekolah. Tengok TV. Main bola. Makan. Homework. Tidur. Hari ni, err. Sama,”
                
“Kan? Kau tak rasa ke kita asyik ulang benda yang sama setiap hari. Kita bangun, makan apa semua. Gi sekolah, petang main bola. Malam, buat homework, lepas tu tidur. Lepas tu esok buat benda yang sama lagi, kan?” aku mengangguk tanda setuju. Dasyat jugak cara si Razak ni berfikir.
                
“Aku rasa kita ni macam robot lah Imad. Kita buat benda yang sama je setiap hari. Tunggu masa bateri habis je,” satu perkataan je timbul bila Razak cakap macam tu. Mati.
                
“Betullah apa yang kau cakap ni. Tapi apa kena mengena dengan hukum pakcik Newton ni pulak?” aku bercakap perlahan, sambil sesekali mengerling ke hadapan. Cikgu Normala masih bersemangat mengajar.
                
“Hah! Ni yang aku nak cakap kat kau ni. Si Newton ni cakap, an object will remain stationary or moving in a constant velocity. So, bila velocity constant, acceleration jadi apa?”
                
“Zero,” aku jawab pendek.
                
“Yes! Zero. Dia bergerak tapi takde acceleration. Bergerak tapi tak maju. Macam bergerak tanpa hala tuju. Tu lah kita sekarang ni Imad. Kita bergerak je, buat benda yang sama. Kita akan terus bergerak sampailah ada external force yang buatkan object tu accelerate. Dalam konteks ni kita untuk bergerak maju ke hadapan,”
                
“Tapi apa benda yang dalam hidup kita ni, bertindak sebagai external force?” aku mengerutkan kening. Fikir.
                
“Tu yang aku tengah musykil ni sekarang. dari tadi aku duk pikir,”
                
“Apa yang kamu fikir dari tadi ni Razak? Imad? Ada benda yang nak dikongsi dengan kelas?” aku pandang depan. Cikgu Normala dah bercekak pinggang dengan mata yang terjegil keluar. Kami hanya tersengih kerang.


Katakotak: Makin lama kita makin terbiasa dengan habit harian sebagai robot sampai diri kita sendiri tak sedar yang kita dah jadi robot sepenuhnya. So, kita kenalah cari external force tu. Tapi mana nak cari? *senyum senget sambil buat tanda aman*

-Arif Zulkifli

---

KJ ialah Karya Jemputan. Bukan Khairy Jamaludin --,


Arif Zulkifli merupakan seorang penulis muda yang sedang melonjak naik, selama ini bernaung dengan FIXI. Antara buku yang pernah dikeluarkan oleh beliau ialah 40 (Lihat sini; Buku40 ) Nantikan dalam masa terdekat Arif Zulkifli akan membuat penampilan julung julung kali menerbitkan buku bersama Inspector Saahab dan penulis lain yang akan diperkenalkan dari masa ke masa.

 (Photo By Google)