24 TAHUN
“Abang,” lengan Imran didakapnya dengan kedua belah tangan.
“Kenapa ni, tetiba je nak bermanja ni?” pipi Haura’ dicubit
geram.
Haura' Maqsurah menggosok pipi yang kemerahan. “Ala, nak
bermanja dengan suami pun tak boleh ke?” Haura’ menarik muncung.
“Ish, muncung tu, abang tarik panjang-panjang karang baru
tahu.” Siaran Buletin Utama di kaca tv langsung tidak masuk ke dalam kepala.
“Hehe. Abang, nak tahu tak bang?”
“Tahu apa?”
“Haura’ kan,.. Haura’ kan,..”
“Haura’ apa..?” Imran mendepangkan tangan memeluk belakang
Haura’.
Malu la.
“Haha. Malu apa nya, bukan ada orang pun. Meh, bisik kat
abang.”
Haura’ mendekatkan mulutnya kepada telinga Imran,
membisikkan sesuatu.
“Ha?? Betul ke Haura’? SubhanAllah. Alhamdulillah.”
“Hmm.. 7 minggu. Tadi petang Haura’ pergi klinik depan sana.
Kan sebelum ni, Haura’ pening-pening, mual-mual. Haura’ ingat demam biasa je.”
“Ya Allah! Maafkan abang Haura’, abang tak jaga Haura’
selama ni…”
“You’re taking care of me just by staying by my side,
abang.” Terus kata-kata Imran dipotong.
Imran sekadar menggeleng.” Isteri abang ni sorang. Ni yang
geram ni!” Sekali lagi pipi Haura’ dicubit.
Haura’ mengusap pipi. Muncung ditarik.
“Ahaha. Tok..tok..tok..assalamualaikum. Baby apa khabar?”
“Ish abang ni. Baby baru umur 7 minggu. Kesian dia kena
ketuk.”
16 TAHUN. Tingkatan 4.
Tok..tok..tok..
“Assalamualaikum. cikgu, izinkan saya..”
“Pardon me, English please..”
Tak tahu pulak aku cikgu ni cikgu English. “Assalamualaikum
teacher. Excuse me, may I have Haura’ Maqsurah to come with me to the
principal’s office?”
“What for?”
“Oh, I was informed that both of us were asked by the
principal to go to his office, now.”
“Haura’ Maqsurah, your husband’s calling. “
Seluruh kelas galak dengan hilai ketawa. Pipi Haura’ dah
merona merah. Imran cuba beriak selamba, senyum meraikan. Mereka bergerak ke
pejabat Pengetua.
“Tahu kenapa kita kena panggil ni?”
“Entah,“ Imran angkat bahu.
“Assalamualaikum cikgu. “
“Waalaikumussalam. Oh, Imran Yaakob, Haura’ Maqsurah.
Silakan masuk. Duduk, duduk.”
Imran dan Haura’ melabuhkan pungging di kerusi di hadapan
Cikgu Humaidy.
“Ok, let’s just go straight to the main point. Saya nak kamu
berdua handle projek mega ni berdua, projek sempena hari guru.”
Kali ni, giliran Haura’ beriak biasa. Imran dah melopong.
Berdua? Sekali lagi??
“Oh, jangan bimbang. Of course la rakan-rakan MPP lain akan
tolong kamu,” Cikgu Humaidy menarik senyum.
24 TAHUN
“Haha, ala baby tak jawab la Haura’. Cop! Kalau baby lelaki
abang nak bagi nama.”
“Ala, mana aci! Tak apa, kalau perempuan, Haura’ nak bagi
nama.”
Tiba-tiba, wartawan Buletin Utama yang sedang rancak
menyampaikan laporan kepada Seri Pentas menghentikan bicara. Tv tertutup. Lampu
dan kipas terpadam. Gelap. Blackout!
“Abang..”lengan Imran di sebelah kuat didakap.” Haura’
takut.”
Hujan takde, ribut takde, tetiba je blackout. “Tak apa,
abang ada. Haura’ tunggu sini dulu ya. Abang nak gi ambik lilin.”
“Haura’..takut.” sedikit getaran terdengar dari balik suara
Haura’.
“Tak apa, sekejap je. Abang nak gi ambik lilin je. Nanti
abang datang balik. “
“Abang..”
“Ala, takde pape. Nanti abang datang balik. Abang janji!”
Dakapan di tangan dah terasa longgar sedikit. Imran cuba
menafsir riak wajah Haura’ di tengah gelap.
“Haura’, Allah kan ada,“ Imran cuba menenangkan.
Perlahan-lahan Haura’ melepaskan dakapan. Walaupun takut,
dia cuba memberanikan diri. Imran bergerak teraba-raba ke arah dapur.
17 TAHUN. Tingkatan 5
Hari ni, seluruh warga SMKPS bergelap. Blackout sejak
petang. Malam tu, Aspura dan Aspuri terpaksa berpanas bergelap. Tapi dorm Imran
riuh. Semua tak lena tidur. Apa lagi, bersembang la jawabnya. Tak kurang yang
merungut, mengeluh. Imran tumpang sekaki. Alang-alang esok cuti.
“Ha’ah, dulu kan aku satu sekolah dengan Hadi. “ Alan rancak
bercerita.
“La, Hadi pun satu sekolah dengan korang jugak. Baru aku
tahu.” Alif mencelah.
“Ha’ah. Tiga je yang datang sini, aku, Hadi, Haura’. “
Haura’?” nama itu melanggar saraf otak Imran. Haura’
Maqsurah.
“Ha’ah, Haura’ pun sekali. Dia tu, baik kan?”
And the rest is history.
24 TAHUN
Dalam kegelapan malam itu, Haura’ perasan satu cahaya
lilin yang baru dinyalakan dari arah meja makan. Cepat dia berpaling.
"Surprise!" Imran mendepangkan tangan, menunjuk
kepada meja makan.
Cahaya merah lilin itu menyimbah di seluruh meja makan yang
terhias cantik dengan renda dan reben. Menyimbah pada dua pinggan nasi di atas
meja. Menyimbah pada ayam masak merah, sayur kailam, salad, daging masak kicap
dan sirap bandung kesukaan Haura’. Menyimbah pada kek coklat topping chocolate
chip, sultana dan kacang. Dan yang paling penting, tersimbah pada muka manis
Imran, wajah penyejuk jiwa. Wajah yang tidak pernah lekang dengan senyuman
tatkala bersamanya. Candle light dinner.
"Tada!" Ala, Haura’ tak buat reaksi pun. Imran
membuka penutup ELCB dan menekan suis. Lampu dan kipas berfungsi seperti biasa.
Blackout dah berakhir. Buletin Utama pun dah bertukar ke slot Cerekarama.
Haura’ terkedu. Dia hanya mampu melihat Imran yang
menghampirinya, melihat pula ke arah meja makan penuh kejutan itu.
“Shall we?” Imran menghulurkan tangan.
Tangan bersambut. Imran memimpin Haura’ ke meja makan.
Haura’ speechless. Imran mendudukkan Haura’.
“Happy anniversary sayang!” Imran ambil tempat di kerusi
hadapan Haura’.
“Ha? Bukan ke hari ni 8hb ek? Besok la abang!”
“Yup! Besok. But, waiting is suffering right? Lagipun,
macamana nak surprise kalau Haura’ dah alert esok anniversary.”
“So, this is a planned blackout?”
“Ala, sorry la. Abang tak tahu Haura’ takut sampai macam tu
sekali.”
23 TAHUN. Tamat belajar.
Orang kata, penantian suatu penyeksaan. Ya! Orang kata,
waiting is suffering. Indeed!
Imran sambung belajar di US. Haura’? Entah. Yang dia pasti,
selepas sahaja SPM, dia tidak lagi berhubung dengan Haura’. Segala perasaan,
emosi yang bermadah di jiwa, cuba dia kawal. Minta disisihkan. Dia meletakkan
sepenuh prioriti kepada pelajaran terlebih dahulu. Hari ini, dia bergelar
seorang graduan Actuarial Science, seorang pekerja di Bank Islam dan seorang
anak kepada pasangan suami isteri yang soleh solehah.
“Mama, Papa” mata tajam merenung nasi di dalam pinggan. Cuba
melawan dari bertembung dengan Mama.
“Ya? Kenapa?” Mama senyum kepada Imran. Papa beriak biasa,
menyuap nasi ke mulut.
“Imran rasa, Imran dah bersedia untuk kahwin.”
“Alhamdulillah. Siapa calonnya? Mana jumpa? Macamana
orangnya? Bila nak bawa jumpa Mama?” bertalu-talu soalan diajukan.
“Ahaha. Sabar la mama. Okey, dia okey. Classmate masa form
4. Then fly US, dah tak dengar berita lagi.”
“Oh. Eloklah tu. Papa rasa, kena la risik dulu. Then, kalau
dia on, Papa masuk meminang.”
“Betul ke Papa? ”Alhamdulillah. Ya Allah, kau permudahkan
urusanku ya Allah.
Penantian itu suatu seksaan, tetapi tak semestinya kita tidak perlu menanti, kan?
Penantian itu suatu seksaan, tetapi tak semestinya kita tidak perlu menanti, kan?
24 TAHUN
Mata Haura’ dah menakung air mata. “Abang, terima kasih.”
Terharu.
“Ala, nothing la. Dah dah, tak baik menangis depan rezeki
ni.”
“Tapi Haura’ tak belikan abang hadiah.”
“Tu kat dalam tu.” Imran menjuihkan bibir ke perut Haura’.
“Abang ni. Dia main-main pulak.” Haura’ tersenyum. Manis.
Sedih terubat.
“Okey, baby dah lapar tu. Dah, jom makan. ”
“Abang masak sendiri ke ni?”
“Ha’ah, tu yang sikit lauk tu. ”
“Simple but rather delicious “
“One more question.”
“Apa?”
“Dulu, macamana abang boleh suka kat Haura’ ? Tak pernah2
approach ke, bagi signal ke. Tup-tup, parents datang rumah.”
“Hmm, malas la nak cerita. Let that to remain as a secret,”
Imran menarik senyum.
16 TAHUN. Tingkatan 4, awal tahun.
Okey kelas. Kenalkan, ini pelajar baru. Haura’ Maqsurah. Dia
baru pindah dari MRSM Kuantan.
Semua mata memandang pelajar perempuan bertudung litup itu.
Tidak terkecuali juga, Imran.
'Haura Maqsurah. Bidadari yang terpelihara.' detik hati
Imran.
And the rest…?hmmm..let it remains as a secret I guess.
Ibrah
-When Allah forbids something, He replaces it with something
more beautiful.
He forbids zina, but he replaces it with marriage, which is
something much, much, much beautiful!
-Waiting is suffering.
Ramai yang tidak sabar menunggu, so end up dengan kapel.
hmm.. padahal, nikmat menunggu itu lebih cantik! Cth : puasa. Ramai yang tidak
sabar, last2 bukak puasa. Tapi, at the end, nikmat bbuka puasa tu lagi best.
Cth lain : syurga. Ramai yang terkejar-kejar duniawi, kerana lebih sukakan cash
daripada kredit. So, nikmat syurga tercicir.
---
Karya Faris
Nafiah
Faris Nafiah
merupakan seorang penulis muda yang sedang mendapat tempat dalam industri
penulisan bertema bebas. Buku terbaru beliau, himpunan puisi boleh lihat di
sini, Memoar Rasa. Nantikan
penampilan luar biasa Faris Nafiah, Inspector Saahab dan penulis lain dalam satu
karya, untuk anda.
Sebarkan
berita bahagia ini!
No comments:
Post a Comment